Selasa, 19 Julai 2016

Nafs, Roh Dan Aqal


Nafs, Roh Dan Aqal:
النفس والروح والعقل:


Setelah diterangkan penciptaan Nafs dari pembentukan unsur tanah yang dinaikkan dan Roh, dan dengan itu ia adalah berbeza dari Roh, tetapi dari segi penamaan kadang kala Nafs dipanggil-Roh; kerana ianya diciptakan dari Roh, dan kerana ianya mencerminkan gambaran (shurah) Roh iman dan Roh Qudus. Dan kadang-kadang juga ia dipanggil Roh bagi Nafs, Maka manusia adalah gabungan jasad dan penggerak jasad yang tidak dilihat oleh penglihatan. Penggerak ini dari mana ia disambungkan kepada jasad yang dipanggil nafs walaupun peningkatannya melibatkan Roh Qudus, dan di mana penggerak kepada jasad dan kerana ia adalah dari tajalli (penzahiran) alam Malakut Tertinggi (iaitu dari Roh hakiki) dan boleh dipanggil Roh, walaupun ia tidak naik (meningkat) disebabkan ia tidak mempunyai Roh Iman dan Roh Qudus .

Sebenarnya untuk menjadikan seorang manusia itu mempunyai Roh haqiqi sekurang-kurangnya ia mesti mempunyai nasib (peluang) wujud di langit Malakut kedua, kerana ia adalah awal Syurga-syurga Malakut.

Dan juga, penggerak kepada nafs ini ia adalah dari tajalli aqal (Langit Ketujuh) yang dipanggil (berkenaan) Aqal. Sebenarnya untuk menjadikan seorang manusia itu mempunyai aqal haqiqi ia mesti mempunyai nasib (berpeluang) wujud di Langit Ketujuh.


Nafs (النفس):

Pada mulanya Roh Qudus dan Roh Iman berkumpul dengan unsur tanah (Thinah) yang ditingkatkan lalu diciptakan nafs kemanusiaan yang pertama, dan kemudian didatangkan pula nafs-nafs manusia yang lain dari nafs pertama ini. Maka nafs-nafs yang lain adalah ibarat dari gambaran (shurah) bagi nafs kemanusiaan yang pertama. Maka didedahkan kepada tanah itu dan padanya ada syahwat (keinginan) dan kekuatan kebendaan, dan didedahkan padanya Roh Iman dan Roh Qudus.

﴿وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا ۞ فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ۞ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ۞ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا﴾

Dan diri (Nafs) serta penyempurnaannya (ciptaannya), * maka Allah mengilhamkan kepada Nafs itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. * sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan Nafs (jiwa) itu, * dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorkannya. [Al-Syams 91:7-10] 

Setiap manusia mempunyai nafs dan nafs di alam benda ini ibarat cermin yang memantulkan Roh iman dan Roh Qudus, dan bagi nafs ini ada tiga Roh iaitu Roh Kehidupan, Roh Kekuatan dan Roh Syahwat. Setiap satu daripada Roh-roh ini adalah nafs kemanusiaan kerana ia menuju ke arahnya dan pada alamnya untuk urusan ini. Maka jika gambaran nafs kita sendiri sebagai makmal (tempat urusan) bagi semua roh dari segala roh-roh di tempat urusan ini melengkapi antara satu sama lain dan dengan menghimpunnya dikeluarkan oleh tempat urusan (makmal). Sebagai contoh, Roh Kehidupan adalah sebagai kuasa elektrik di makmal, dan Roh Kekuatan dia adalah enjin yang dikendalikan dengan kuasa elektrik
atau Roh Kehidupan, dan Roh Syahwat adalah sebagai peralatan yang dikendalikan dengan kuasa elektrik.

Nafs dalam diri bagi seorang manusia tidaklah bermakna ia adalah Roh yang haqiqi, Roh Haqiqi bermula dari Langit Kedua yang dengan itu perlu menaikkan Nafs ke Langit Kedua sehingga ia menjadi Roh Haqiqi. Ya, dia boleh dipanggil Roh Haqiqi walaupun dalam langit yang pertama; sebagai tajallinya (penzahirannya) dari Malakut Al-A3la (yang lebih tinggi) atau Roh Haqiqi, kerana ia bersama dengan ketiga-tiga (Roh Kehidupan, Roh Kekuatan Dan Roh Syahwat) penggerak bagi jasad, sama seperti peningkatkan manusia untuk meninggikan maqamnya walau apa pun yang terjadi ia tidak mengenepikan penggerak jasad dengan nama ini – iaitu Nafs - walaupun ia adalah untuk manusia yang mempunya peluang ke Langit Malakut bahkan hingga ke lapis ketujuh keseluruhan (Langit Aqal) seperti anbia, aushia dan aulia (as); kita boleh katakan mengenai penggeraknya adalah nafs manusia; kerana nama ini sebagai keadaan penciptaannya dari tanah dan Roh yang dipertingkat.

Dan Penurunan Nafs kemanusiaan dengan mengukuhkan cermin yang memantulkan ke Roh iman dan Roh Qudus, atau hakikat bahawa seorang manusia itu hendaklah merubahnya, dan ini adalah fitrah manusia yang mendorongnya supaya mendaki untuk mencapai puncak ke maqam insan, maka jika terhalang pada jalannya yang dicarinya untuk mempertingkat dengan ikhlas yang menyampaikannya ke maqam pemberian taufiq oleh Allah padanya untuk mengenal Tuhannya, mengikut keadaaannya, apa yang diperlukan manusia untuk meningkat nafsnya ke maqam Roh Haqiqi dan Aqal. Maka sesiapa yang tidak naik ke langit kedua maka tiadalah ia mencapainya, sesungguhnya ia adalah bayangan Roh, serta ia adalah perkara untuk aqal; selagi manusia tidak naik sehingga ke Langit Ketujuh Keseluruhan, maka tidaklah ada padanya bayangan Aqal (akal) dan kesempurnaan akal, dan kadang-kadang ia dipanggil (roh dan aqal) dengan anggapan bahawa ia cerminan Roh dan Aqal Haqiqi..

Dari Ibrahim bin Umar Al-Yamani dari Jabir Al-Ja’fi, Abu Abdullah (as) berkata: Wahai Jabir bahawa Allah TWT menciptakan penciptaan ada tiga golongan, dan ia adalah firman Allah AWJ:

﴿وكنتم ازواجا تلاتة ۞ فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ ۞ وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ لْمَشْأَمَةِ۞ وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ ۞ أُولَـٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ﴾

Dan kamu menjadi tiga golongan. * Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. * Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. * Dan orang-orang yang beriman paling dahulu, * Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah. [Al-Waqi3ah 56:7-10] 

Orang-orang yang paling dahulu (beriman) adalah utusan-utusan Allah (as), Allah utamakan penciptaanNya dengan menjadikan pada mereka [2] lima Roh dan diperteguhkan kepada mereka dengan Roh Al-Qudus lalu mereka mengenal segala sesuatu dengan diperteguhkan kepada mereka Roh Al-Iman lalu mereka takut kepada Allah AWJ dan dan diperteguhkan kepada mereka dengan Roh Kekuatan hingga berupaya taat kepada Allah dan diperteguhkan kepada mereka dengan Roh Syahwat hingga mereka berkeinginan taat kepada Allah AWJ dan membenci melakukan kesalahan dan dijadikan pada mereka Roh (Al-Madraj) yang dengannya manusia datang dan pergi dan dijadikan pada orang-orang beriman dan golongan kanan Roh Al-Iman hingga mereka takut kepada Allah dan dan dijadikan pada mereka Roh Kekuatan hingga berupaya taat kepada Allah dan dan dijadikan pada kepada mereka Roh Al-Madraj dengan mana orang datang dan pergi [3]

Dan dari Jabir, daripada Abi Ja'far (as): katanya, Aku bertanya kepadanya tentang Ilmu Seorang Alim, ia berkata kepadaku, Ya Jabir! Pada anbia dan aushia ada lima Roh, Roh Qudus. Roh Iman, Roh Kehidupan, Roh kekuatan dan Roh Syahwat.Dengan Roh Qudus, Ya Jabir! Mereka mengenal apa yang ada di bawah arasy dan apa yang di bawah tanah, dan kemudian berkata, Ya Jabir! Semua keempat-empat roh-roh terjejas dengan dua perkara, melainkan Roh Qudus, ia tidak lalai dan tidak bermain-main [4]

Dan dari Mufadhdhal bin Umar dari Abi Abdillah (as) katanya: Aku bertanya kepadanya tentang Ilmu Imam mengenai penjuru dunia, dia berada di rumahnya, berehat di belakang tirainya, lalu ia berkata, Ya Mufadhdhal bahawa Allah TWT menjadikan Nabi (S) lima Roh, iaitu Roh Kehidupan dengannya ia bergerak dan maju, Roh Kekuatan yang dengannya ia bekerja dan bangun berjuang, Roh Syahwat yang dengannya ia makan dan minum serta mendatangi wanita yang halal, Roh Iman yang dengannya ia selamat dan berlaku adil dan Roh Qudus , yang dengannya membawa amanah kenabian. Maka apabila dipegang oleh Nabi (S) Roh Qudus berpindah dan dipegang pula oleh Imam. Roh Qudus tidak tidur, tidak lalai, tidak bermain-main dan tidak berbangga dan keempat-empat Roh itu tidur, lalai, berbangga dan bermain sementara Roh Qudus  melihatnya. [5]

Roh (الروح)


Sesungguhnya Allah SWT menciptakan manusia pertama di Alam Al-Zhar di (Langit Pertama, atau Langit Al-Anfus), di mana di langit ini nafs-nafs kemanusiaan mempunyai tiga roh (Roh Kehidupan, Roh Kekuatan Dan Roh Syahwat) atau tiga penggerak, dan sebenarnya ia dari satu segi adalah untuk nafs kemanusiaan, jika kita melihat nafs kemanusiaan kita akan dapati mereka adalah Roh Kehidupan, Roh kekuatan dan Roh Syahwat.

Atau gambaran lebih jelas lagi, bahawa nama-nama ini adalah untuk nafs kemanusiaan kerana ia mempunyai sifat-sifat dengan sifat-sifat nama-nama ini, ketiga-tiga roh ini adalah nafs kemanusiaan, tanpa mengira sama ada ianya beriman atau tidak.

Roh Iman dan Roh Qudus, ia adalah berkaitan dengan iman dan kejayaan (tahap iman). Dalam Alam Al-Zhar; mereka menjawab (ya - Balaa) dan orang-orang yang tidak menjawabnya, semua mereka mempunyai tiga roh itu. orang-orang yang mengatakan (Tidak) hasil dari hakikat iman di dalam hati mereka, maka mereka, mengikut maqam-maqam mereka dan mengikut kelajuan mereka memberikan jawapan. Sebahagian mereka yang memiliki Roh iman sahaja dan hanya sebahagian daripada mereka itu Roh Qudus. Dan orang-orang yang mempunyai Roh Qudus mereka juga di antara yang terdahulu memberikan jawapan mereka, dan setiap dari mereka yang mempunyai Roh Qudus yang sepadan dengan maqamnya, maka Roh Qudus sepadan dengan Isa (as) dan tidak sepadan dengan Yunus (as), dan sebagainya ….

.... Dan keutamaan Muhammad dan Aali Muhammad (as) dengan pedamping mereka adalah Roh Qudus yang teragung, tetapi juga Roh Qudus yang teragung bukan hanya satu martabat, kesemuanya mengikut maqamnya yang menjadikan Roh Qudus yang teragung.





------------------------------
[1] Langit terdiri daripada dua bahagian atau dua martabat, iaitu: Langit Jasmani dan ia adalah Langit Kebendaan Jasmani yang mana terdapat galaksi, matahari, bulan-bulan dan bumi di mana kita hidup di atasnya. Langit Pertama adalah Langit Anfus (nafs-nafs), di dalamnya Adam dicipta, dan ada Syurga Dunia di mana Adam dan Hawa diletakkan buat pertama kali keduanya dicipta sebelum mereka diturunkan ke bumi selepas melakukan kesalahan. dan Langit Pertama adalah juga langit Alam Al-Zhar
[2] Ini juga merupakan riwayat dan riwayat-riwayat yang berikutnya menerangkan bahawa Roh Qudus ada pada mereka. .
[3] Al-Kafi - Al-Kulayni: 1, halaman 271
[4] Al-Kafi - Al-Kulayni: 1, halaman 272..
[5] Al-Kafi - Al-Kulayni: 1, halaman 272..



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya




Tiada ulasan: