Penciptaan Diri (Nafs) Manusia:
خلق النفس اإلنسانية:
﴿الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ ۖ وَبَدَأَ
خَلْقَ الْإِنسَانِ مِن طِينٍ﴾
Yang membuat segala sesuatu
yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari
tanah. [Al-Sajadah 32:7]
Tanah Adam diangkat dari bumi ke Langit Pertama [2] (Alam
Al-Zhar), kemudian disebarkan Roh Al-Iman padanya maka jadilah nafs manusia
pertama, kemudian disebarkan Roh Al-Qudus di dalamnya dan memerintahkan para
malaikat untuk sujud kepadanya,
﴿فَإِذَا
سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ﴾
Maka
apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya
ruh-Ku, maka tunduklah kamu
kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr 15:29] [Shad 38:72]
Dengan itu terbentuklah nafs manusia pertama dari tanah Adam yang dipertingkatkan
dan disebarkan roh padanya, dan kemudian diambil dari nafs manusia pertama ini nafs
yang lain sebahagian darinya dengan kuasa Allah SWT, dan ini adalah nafs manusia kedua
atau nafs Hawa (as) pasangan (isteri) Adam (as)
Firman Allah SWT:
﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن
نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا
كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ
وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا﴾
Hai sekalian manusia,
bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan
dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah
memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada
Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan hubungan
silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. [Al-Nisaa’
4:1] [1]
FirmanNya lagi
﴿هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا
زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا ۖ فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ
حَمْلًا خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ ۖ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا
اللَّـهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحًا لَّنَكُونَنَّ مِنَ
الشَّاكِرِينَ﴾
Dialah Yang menciptakan kamu
dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa
senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan
yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan. Kemudian tatkala dia merasa berat,
keduanya bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya
jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang
yang bersyukur".[Al-A3raaf 7:189]
Kemudian dikeluarkan nafs-nafs zhuriat dari nafs-nafs Adam dan zhuriat
(keturunannya) diuji oleh Allah di alam tersebut (Alam Al-Zhar) dan ini adalah
ujian pertama yang mendahului ujian dalam Alam Jasmani ini:
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن
ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ
بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن
تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴾
Dan (ingatlah), ketika
Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap diri-diri (nafs-nafs) mereka (seraya berfirman):
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Ya! Betul, kami
menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:
"Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lalai terhadap perkara ini.",
[Al-A3raaf 7:172]
Oleh itu, semua diri-diri (nafs-nafs) anak-anak Adam mengenderai
(lembaga) tanah yang dipertingkatkan dan ditajallikan dengan Roh Iman dan Roh Qudus,
atau disebut shurah (imej) Roh Iman dan Roh Qudus, dan dengan ini jadilah
setiap manusia mempunyai kecenderungan untuk mencapai ke martabat tertinggi,
dan mempunyai kecenderungan untuk bersama dengan golongan tertinggi (Al-Mala’
Al-A3la), dan mempunyai kecenderungan untuk mengenal Allah, bahkan juga ia
mempunyai peralatan, yang akan meningkatkannya dan ia adalah shurah (imej) Roh Iman
dan Roh Qudus, maka sepatutnya ia dari shurah (gambaran/imej) yang diisimpan di
dalamnya yang mengenal akan hakikatnya dan melihat kepadanya, tetapi malangnya sebahagian
anak-anak (bani) Adam menukarnya untuk mendapat manfaat daripada shurah (imej) yang
terpantul dalam cerminannya; mereka memadamkan dan memperkecilkannya sendiri sehingga
tidak tinggal di dalamnya selain sebuah jasad binatang yang dikongsi dengan
lembu, monyet dan babi, Dia SWT berfirman:
﴿أَمْ
تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ
إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖبَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا﴾
Atau apakah kamu mengira bahawa
kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi jalannya. [Al-Furqan
25:44]
FirmanNya lagi
﴿قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن
ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّـهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّـهُ وَغَضِبَ
عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ
الطَّاغُوتَ ۚ أُولَـٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ﴾
Katakanlah: "Apakah
akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya
di sisi Allah, dari orang-orang yang dilaknat dan dimurkai Allah, di antara
mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan yang menyembah thaghut?".
Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus. [Al-Maidah
5:60]
---------------------------------
[1] Peningkatan: kembali satu langkah atau lebih ke arah permulaan atau
ke arah sumber, dan ini bererti jika shurah (imej) kita seorang manusia - dan begitu
juga penciptaan yang lain - sebagai penzahiran ketuhanan (Tajalli Al-Lahut) yang
tidak menghampiri kepada kewujudan. Kita akan mempunyai martabat tertentu mengikut
sejauh mana (pengetahuan) kita bergerak dari sumber tajalli (penzahiran), martabat
ini akan menjadi martabat tertentu yang kurang cahaya dan banyak kegelapan
(ketiadaan yang diselang-seli (bercampur)).
Andaikanlah alam kebendaan yang di dalamnya terdapat jasad-jasad kita
terdiri daripada 10% bahagian cahaya dan bahagian kegelapan (ketiadaan)
sebanyak 90% yang membawa setiap langkah cahaya ke arah kegelapan mutlak (ketiadaan
mutlak – tiada makrifah (pengetahuan) dan kesedaran) diwakili satu angka yang tepat,
maka dinaikkan satu langkah bagi jisim (jasad) benda "seperti tanah Adam
(as)" adalah pemindahan ke alam yang selari di mana nisbah bahagian cahaya
11% dan kegelapan (ketiadaan) 89% iaitu alam sebelumnya.
Alam-alam mesti dibahagikan sesuai mengikut pembahagiannya kerana kewujudannya
adalah mutlak dan mesti dibuat sehampir mungkin kepada yang mutlak, kerana ia mewakili
sumber pertama darinya (Muhammad - keseluruhan alam-alam). Ini bermakna pergerakan
(untuk hampir menyatu dengan mereka) bahagikan pemahagian ini dengan yang
paling kecil yang anda boleh bayangkan yang bermakna anda boleh bayangkan
bahawa terdapat sebilangan nombor yang paling hampir dengan sifar, tetapi anda
tidak boleh tahu (kenal) nombor perpuluhan ini, sebagai contoh, jika saya katakan
(0.0001), maka (0.00001) adalah lebih kecil daripadanya, supaya ia akan terus kepada
nombor yang boleh dipastikan bahawa ia wujud dan diketahui sebahagian sifatnya
tetapi tidak boleh mengenalnya sama sekali, dan nombor ini jika anda meletakkannya
di tempat iaitu bahagian yang akan mrnjadi hasil bahagi adalah perkara yang
paling hampir dengan yang tidak mempunyai pengakhiran, sebab tempat di bahagian
ini adalah sehampir mungkin kepada sifar, ini bermakna jika kita tentukan kadar
untuk kita, kita akan melihat peningkatan satu peribadi di hadapan mata kita,
maka mungkin dapat melihat ia secara beransur-ansur hilang yakni kita lihat jisimnya
(objeknya) dan kemudian bayangan cahaya dan kemudian menghilang. Ia pada
hakikatnya tidak pernah hilang tetapi semua ada pergi ke alam yang selari
dengan alam kita dan yang lebih tinggi kedudukannya (martabatnya) ke arah
cahaya, atau kita boleh katakan: dia kembali ke arah permulaan atau melangkah ke
sumber atau langkah-langkah mengikut peningkatan kedudukan jisim kebendaan, dan
dalam apa jua keadaan, berhimpunnya cahaya dan kegelapan atau kewujudan dan ketiadaan
di luar sumber cahaya atau kewujudan bersamaan dengan sifar iaitu tidak wujud sesuatu
dalam menuju hakikat di luar sumber.
Contohnya: untuk membayangkan satu sumber cahaya (Al-Dhu’), dan cahaya bergerak
pada satu arah tertentu. Semakin banyak cahaya bertambah menuju ke hadapan
meningkatkan sebahagian bahan yang kabur dan menjernihkan dari yang kabur ini
menjadi sebahagian cahaya, dan dengan itu menjadi bahagian hadapan sumber
cahaya beberapa bahagian dari kekaburan-kekaburan itu yang menjadi cahaya itu
sendiri, dan menjernihkan beberapa bahagian cahaya, dan jumlah kekaburan-kekaburan
adalah sehampir mungkin dengan apa yang tidak berakhir dan di antara kekaburan-kekaburan
kosong dipenuh dengan jisim-sisim bercahaya (bukan bahan benda) sama dengan
jumlah bahan-bahan kabur dan tenaga cahaya, yang bermaksud bahawa jumlah bahan
dan tenaga daripada sumber cahaya adalah sama dengan sifar, iaitu, seseorang
mungkin mengatakan bahawa tidak wujud sesuatu tentang hakikat daripada sumber
cahaya.
[2] Pada martabat yang lebih tinggi untuk menjadi Roh pertama Roh Muhammad
(S) yang darinya dicipta Roh yang lebih rendah dan ia adalah Roh Ali dan Fathimah
(3alihima Al-Salam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan