Berkenaan
dengan makanan dan minuman
Soalan
41: Bagaimana
melakukan penyembelihan (menurut syarak) dan apakah penyembelihan haiwan atau nahar
(lehernya), dan apakah makna terpotongnya empat urat leher dan hukum terpenggalnya
kepala haiwan?
Jawapan: Wajib dalam penyembelihan
dipotong empat urat leher:
( الحلقوم والبلعوم والشريان والوريد)
( الحلقوم والبلعوم والشريان والوريد)
1.
(halkum (salur udara),
2.
tenggorok (salur makanan),
3.
arteri (salur darah keluar dari jantung)
4.
vein - vena (salur darah keluar dari jantung
yang
berada di leher, dan dilarang (haram) memotong saraf tulang belakang, tetapi
jika ia terputus tidak haram sembelihannya.
Nahar
adalah (penyembelihan) khusus untuk unta iaitu membenamkan pisau atau pedang dengan
memakuk sekali atau dua kali atau lebih, dan tidak boleh terpenggal atau
disembelih sehingga ia mati dengan sembelihan itu.
Soalan
42: Didatangkan
dari negara umat Islam dari pelbagai mazhab dan tidak beriman kepada Wilayah
bagi Wali Allah (as) daging dan ayam yang ditulis di atasnya disembelih secara
syariah Islam, kerana kita dapat tahu adanya sembelihan dalam bilangan yang
besar (beramai-ramai) di mana diletakkan (digantung) ayam dan para pekerja
bergerak memotong kepalanya, dan pekerja menarik tali-tali bergerak untuk
pembersihan. Kita tidak tahu adakah ia di hadapkan ke arah kiblat dan syarat-syarat
perlaksanaan penyembelihan syariah yang lain, kerana ia datang dengan bertong-tong
ayam tidak disembelih (iaitu kepalanya), dan telah terlepas pandang para pekerjanya?
Apa hukumnya wahai tuan?
Jawapan: wajib berusaha menghadapkan
sembelihan ke arah kiblat, dan wajib melabelkan pada setiap sembelihan dengan
suara yang diiktiraf orang Islam yang meneruskan proses sembelihan, dan wajib dipotong
empat urat sembelihan. Dan dilarang memutuskan kepala (Al-Tankhi3), tetapi
tidak haram sembelihan yang terjadi putus kepalanya (Al-Tankhi3) melainkan jika
sembelihannya tanpa menghiraukan hukum.
Jika
syarat-syarat ini tidak diambil kira untuk mematikan dalam sembelihan skala
besar-besaran tidak dibenarkan memakan daging yang dihasilkan itu walaupun ia dalam
sebuah negara Islam, tetapi jika ia diambil kira, hasil sembelihannya dibenarkan
untuk dimakan dagingnya walaupun dihasilkan di negara bukan Islam.
Soalan
43: Daging
tanpa lemak jenis merah dan putih yang dijual di negara-negara Arab dan pasaran
Islam tradisional dan moden - PASARAYA - Bolehkah dibeli dan digunakan?
Jawapan: Untuk ayam perlu diselidiki
sumbernya (sah sembelih); Kerana ianya disembelih dalam skala besar dengan menggunakan
pisau automatik dalam penyembelihan dan hendaklah dipertimbangkan penyembelihannya
sah menurut syarak, dan penyembelihannya bagaimanapun mesti dengan tangan
orang-orang Islam bukan dengan mesin, tidak boleh bergantung atas kewujudannya
di pasaran Islam pada tarikan luaran daging ayam dan burung sahaja dengan tidak
diperiksa dan diselidik ia benar-benar sah penyembelihannya dengan tangan dan
bukan dengan mesin.
Bagi
lembu dan kambing; boleh dipegang pada perkataannya jika penjualnya adalah
seorang Islam dan mendapat jaminan penyembelihan yang sah dengan perkataannya.
Untuk daging merah atau daging lembu dan kambing boleh bergantung kepada
kewujudannya di pasaran orang-orang Islam pada sifat luarannya.
Soalan
44: Apakah
penting tulisan pada label sebahagian makanan yang ditinkan, di mana
kadang-kadang ditulis rangkaikata (ungkapan) gelatin halal,
kadang-kadang gelatin haiwan, dan kadang-kadang gelatin sayuran. Kadang-kadang
pula disebut bahan-bahan dengan perkataan penuh tanpa menyebut apa
bahan-bahannya. Adalah diketahui makanan yang ditinkan ini terdapat dalam
pasaran bukan Islam?.
Jawapan: Kita boleh bergantung
kepada apa yang tertulis jika terdapat tanda-tanda yang menunjukkan keyakinan
dan kepercayaan, dengan apa yang tertulis (dan cukup yakin bahawa tidak ada
muslihat atau kepentingan tertentu kepada pengeluar untuk berbohong tentang
kandungan produknya), manakala untuk tulisan yang kabur (kandungan bahan, bahan
pengawet) yang mesti diselidik mengenainya dan mengetahuinya.
Bagi
produk haiwan, yang memerlukan penyembelihan mengikut syari’ah untuk dimakan
atau digunakan dalam sumber-sumber tertentu tidak perlulah diselidik ia halal
dan disembelih; kerana ia dihasilkan dalam sebuah negara Islam, dan tidak
perlulah diselidik ia haram dan disembelih; kerana ia dihasilkan di sebuah
negara bukan Islam, tetapi yang menjadikan ia halal, yang telah disembelih
(mati) mengikut syari’ah sama ada dalam sebuah negara Islam atau yang bukan
Islam dan menjadi haram jika tidak mengambil kira sisi hukum syari’ah yang
betul, sama ada dalam sebuah negara Islam atau bukan Islam, saya akan
memberikan contoh realitinya:
Misalnya,
sembelihan di Mekah Al-Mukaramah disembelih oleh orang yang bertegas memusuhi
(nasibi) Aali Muhammad (as) tidak dianggap disembelih, dan sembelihan di
Perancis, disembelih oleh orang Islam yang tidak bertegas memusuhi (nasibi)
Aali Muhammad (as) adalah dianggap disembelih, dan ayam yang dipotong lehernya
dengan mesin di Iran tidak dianggap disembelih dan ayam yang disembelih di
China dengan tangan orang Islam, yang tidak bertegas memusuhi (nasibi) Aali
Muhammad (as) adalah dianggap disembelih.
Soalan
45: Bolehkah
dimakan ayam Brazil yang didapati di pasaran negara-negara Islam?
Jawapan: Jika kamu telah mendapat
tahu ia disembelih secara syari’ah dibenarkan untuk kamu memakannya, bukanlah
kewujudannya dalam pasaran negara Islam menjadi bukti (dalil) ia disembelih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan