Rabu, 28 September 2016

Kekhalifahan Adalah Sunnah Yang Berterusan


Kekhalifahan Adalah Sunnah Yang Kekal, Tidak Boleh Ditinggalkan Dalam Apa Jua Keadaaan:


Allah Yang Maha Suci adalah pemilik bumi ini dan penghunihya. Pemerintahan adalah mutlak milikNya. Bagi memindahkan pemerintahan milikNya kepada selainNya mestilah yang diwariskanNya kepada suatu peribadi tertentu yang dilantikNya dan yang ditunjukNya. Maka sesiapa yang menceroboh dan mengisytiharkan dirinya atau mengisytiharkan orang lain, maka telah menjadi perampas kuasa bagi Khalifah Allah, penzalim dan penceroboh kepada milik Allah tanpa izin-Nya, dan kita dapati - sunnah Allah - sesungguhnya telah ditetapkan pada masa lalu sebelum Al-Rasul Muhammad (S) khalifah-khalifahNya di muka bumiNya, dan telah melantik Rasulullah Muhammad (S), Dan sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan manusia tanpa melantik Khalifah untuk mereka selepas Rasulullah Muhammad (S), seperti mana disebut oleh Dia SWT:


﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِّن رَّبِّهِ ۗ إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾


Orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya suatu tanda dari Tuhannya?" Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk. [Al-Ra3d 13::7]

                      
Bagi mereka yang mengatakan sunnah Ilahiyah telah ditinggalkan selepas Al-Rasul Muhammad (S), maka ia telah mengetepikan kesimpulan bahawa Kerajaan adalah milik Allah dan tidak dibenarkan menerajuinya tanpa kebenaranNya, dan ianya ada nash yang khusus, dan kemudian didatangkan dengan dalil qath’ei mengenai meninggalkan sunnah Ilahiyah yang berlangsung di sepanjang perjalanan agama Ilahi sejak dari Adam hinggalah kepada Muhammad (S).



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
   

Tiada ulasan: