Berkenaan
dengan makanan dan minuman
Soalan
51: Bolehkah
makan sumsum tulang haiwan yang halal dimakan?
Jawapan: dibenarkan..
Soalan
52: Bolehkah
makan ayam atau kambing dan lembu yang memakan tulang babi yang dihancurkan atau tulang
haiwan yang haram dimakan?
Jawapan:.Jika ia adalah sebahagian
daripada makanan haiwan tersebut, tidak ada masalah dalam keharusan memakannya.
Soalan
53: Apakah
hukum bagi sebahagian bahan makanan yang ditambah pada ayam atau daging atau sebahagian
perasa rempah di mana ada tulang-tulang haiwan di dalamnya?
Jawapan: Tidak dibenarkan makan apa
sahaja dari daging atau ayam, melainkan jika is suci dari segi syarak, untuk perasa
daging atau ayam jika ia adalah dari bahagian-bahagian tertentu maka hukumnya mengikut
hokum asal, tidak dibenarkan makan tulang atau rawan, walaupun ianya dari haiwan
yang suci dan halal dimakan.
Soalan
54: Apakah hukum
sebahagian pencuci mulut yang tertulis padanya (sedikit daging babi), atau
(makanan mengandungi arak)?
Jawapan:.Semua makanan yang di
dalamnya ada sesuatu daripada daging babi atau arak yang memabukkan tidak dibenarkan
memakannya.
Soalan
55: Apakah hukum
bagi kangaroo, adakah ia makanan suci atau tidak? Air kencingnya? Dagingnya?
Jawapan:. Hukumnya sama seperti seperti
hukum keldai dan baghal.
Sebelum ✡✡ MENU
✡✡ Seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan