Kedua: Riwayat-riwayat Khalifah Allah Al-Mahdi:
Baginda Rasulullah (S) telah memberitakan bahawa Al-Mahdi adalah
Khalifah Allah, dan ini tidak diperselisihkan di kalangan Syiah dan ada banyak riwayat-riwayatnya,
dan pegangan Mazhab Syiah adalah bumi tidak akan berlalu tanpa Al-Hujah (Khalifah
Allah).
Adapun dalam kitab-kitab Al-Sunnah perkara ini juga diriwayatkan dengan
jelas dengan itu mereka perlu mematuhinya:
§
Sunan Ibn
Majah: Dikatakan pada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, katanya: Dikatakan
pada kami Abdul Razaq dari Sufian Al-Tsuri, dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi
Qulabah, dari Abu Asma’ Al-Rahbi, dari Tsauban, beliau berkata:
قال رسول الله (ص):
يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع
الرايات السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم". ثم ذكر شيئا لا
أحفظه. فقال »فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج. فإنه خليفة الله، المهدي
"Rasulullah (S)
bersabda: Perperangan pada khazanah antara kamu ada tiga (pihak)
semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka.
Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan
terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian
baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila
kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas
salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi."[1]
§ Dikeluarkan
oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dengan sanad lain dari Sufian Al-Tsuri: Diberitakan
pada kami Abu Abdullah Al-Saffar Al-Shafar dari Muhammad bin Ibrahim bin Arumah
dari Al-Hussein bin Hafsh dari Sufian dari dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi
Qulabah, dari Abi Asma’dari Tsauban (ra), dia berkata:
: قال رسول الله)ص(: يقتتل عند كنزكم ثلاثة
كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق
فيقاتلونكم قتالا لم يقاتله قوم ثم ذكر شيئا فقال إذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا
على الثلج فإنه خليفة الله
"Rasulullah (S) bersabda: Perperangan pada khazanah antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, peperangan yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu lalu bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.
Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh (Bukhari, Muslim). [2]
Al-Mustadrak 3ala Al-Shahihain oleh Al-Hakim: Diberitakan pada kami Al-Hussein bin Ya’kub bin Yusuf Al-3adl dari Yahya bin Abi Talib dari Abdul Wahab bin 3atha’ diberitakan dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qulabah, dari Abi Asma’ dari Tsauban (ra)
قال: إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فاتوها ولو حبوا فإن فيها خليفة الله المهدي.
Baginda telah bersabda: Apabila kamu melihat
panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan datanglah kepadanya walaupun dengan
merangkak kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi.
Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua
syeikh (Bukhari, Muslim) walaupun tidak mengeluarkannya. [3]
§ Dalam
Musnad Ahmad bin Hanbal: Diberitakan pada kami Abdullah dari bapaku dan Waki3
dari Syarik dari Ali bin Zaid dari Abi Qulabah, dari Tsauban katanya:
Rasulullah (S) bersabda:
إذا رأيتم الرايات السود
قد جاءت من قبل خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله
Sekiranya kamu melihat panji-panji hitam
datang dari arah Khurasan datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah
Al-Mahdi. [4]
§ Dalam
Kitab Al-Qaul Al-Musaddid (القول المسدد) oleh Ibn
Hajar: Dari Abdullah bin Mas’ud katanya: Rasulullah (S) bersabda:
إذا أقبلت الرايات السود
من خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهدي
Apabila datang kepada kamu panji-panji hitam
datang dari arah Khurasan pergilah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah
Al-Mahdi [5]
§ Dikeluarkan
oleh Abu Nu`aim Al-Ashbahani (empat puluh hadits mengenai Al-Mahdi): Hadits ke 16,
dari Abdullah ibn Umar katanya:
قال رسول (ص): يخرج
المهدي وعلى رأسه عمامة، فيها مناد ينادي: هذا المهدي خليفة الله فاتبعوه
Rasulullah (S) bersabda: Al-Mahdi keluar dan ada
serban di atas kepalanya, ada penyeru yang menyeru: Ini Khalifah Allah Al-Mahdi,
maka jadilah pengikutnya« [6]
Penemuan Daripada Al-Quran Dan Al-Sunnah:
Sejak hari pertama manusia di muka bumi ini, terdapat perlantikan Khalifah, ia adalah Adam (as) dan Daud, yang datang selepas Adam lama selepas bertahun-tahun juga disebut dalam Al-Quran bahawa dia adalah Khalifah Allah, tetapi pada hakikatnya mereka tidak merasakan untuk beriman dengan nabi-nabi (as), mereka membantah dijadikan khalifah-khalifah Allah di muka bumiNya seperti Adam (as) dan Al-Mahdi yang juga akhirnya mengambil tempat sebagai Khalifah Allah di muka bumiNya.
Dengan itu, jika kita anggap agama Allah terkandung dalam sebuah kitab (tulisan), dan kita buka halaman awal kita akan dapati tertulis di dalamnya Adam adalah Khalifah Allah, dan kita buka halaman di tengah-tengah kita akan dapati Daud adalah Khalifah Allah, dan kita buka halaman penghujungnya kita akan dapati Al-Mahdi adalah Khalifah Allah. Apa yang boleh kita fahamkan dari kitab (tulisan) ini, yang permulaannya, pertengahannya dan penghujungnya disebutkan Khalifah Allah? Dan mengenai apakah yang dicakapkan oleh kitab (tulisan) ini? Bukankah jelas bahawa seluruh kitab (tulisan) mengenai Khalifah Allah? Bukankah jelas sekarang bahawa pererlantikan Khalifah Allah adalah sunnah Ilahiyah yang terus menerus berlangsung di muka bumi ini; Dan sunnah Allah tidak bertukar, tiada perubahan dan tidak boleh berlalu zaman tanpa Khalifah Allah di di muka bumiNya, Bukankah cukup jelas sekarang bagi orang-orang yang mencari kebenaran bahawa agama Allah ada pada Khalifah Allah? Seperti kata Imam Al-Shadiq (as)
§ إن الدين وأصل الدين هو رجل وذلك الرجل هو
اليقين وهو الإيمان وهو إمام أمته وأهل زمانه فمن عرفه عرف الله ومن انكره
انكرالله ودينه ومن جهله جهل الله ودينه ولا يعرف الله ودينه وشرايعه بغير ذلك
الإمام كذلك جرى
بان معرفة الرجال دين الله والمعرفة على وجهه معرفة ثابتة على بصيرة يعرف بها دين
الله ويوصل بها إلى معرفة الله
Agama dan asas agama (ushuluddin) ada pada
seorang lelaki dan lelaki itu berkeyakinan dan beriman dan dia adalah imam umatnya
dan ahli pada zamannya. Sesiapa yang mengenal dia akan mengenal Allah dan sesiapa
yang menafikan dia telah menafikan Allah dan agamaNya. Sesiapa yang tidak
mengenal (jahil) terhadapnya, tidak akan mengenal Allah dan agamaNya dan tidak
akan mengenal syariatnya selain dari apa yang Imam itu laksanakankan. Kerana telah.
mengenal agama Allah pada lelaki dan mengenal pada wajahnya adalah makrifah
yang tsabit (benar) atas pengelihatan yang dengannya dapat mengenal agama Allah
dan membawa kepada mengenal Allah. [7]
Al-Sunnah telah meriwayatkan dalam Sahih Muslim, Rasulullah Muhammad
(S) telah bersabda:
§ من خلع يدا من طاعة لقي الله يوم القيامة لا
حجة له، ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية
Sesiapa yang berlepas tangan dari ketaatan
akan bertemu Allah pada hari kiamat dengan tidak alasan baginya, dan sesiapa
yang mati tanpa (terkalung) di lehernya bai’ah, matinya adalah mati jahiliyah. [8]
Adalah jelas bahawa bai’ah (ikrar taat setia) mesti dilakukan kepada
Imam dan Khalifah. Maka maksud hadits tersebut adalah: Orang-orang yang tidak
memberikan bai'ah kepada khalifah atau Imam matinya adalah mati jahiliyah. Ini
bermakna tidak ada manfaat bagi puasa, sholat dan ibadahnya, mahupun imannya
kepada Muhammad Rasulullah jika di lehernya tidak ada bai’ah yang diberikan kepada
seorang lelaki tertentu. Menghidupkan agama berkisar dengan menyerahkan bai’ah
dan ketaatan kepada lelaki itu di sepanjang zaman, menurut Sahih Muslim; Oleh
kerana hadits ini menghadapkan setiap individu Muslim ke hari kiamat agar
berbai’ah (berjanji setia) kepada seorang lelaki tertentu (yang terlantk) atau matinya
adalah mati jahiliyah, dan kerana Wilayah adalah kepunyaan Allah dan Pemerintahan
atas penciptaan adalah hak Allah SWT pada asasnya
﴿فَتَعَالَى اللَّـهُ الْمَلِكُ
الْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰ
إِلَيْكَ وَحْيُهُ ۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا﴾
Maka Maha Tinggi Allah Raja
Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an
sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku,
tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan". [Taha: 20: 114]
﴿فَتَعَالَى اللَّـهُ الْمَلِكُ
الْحَقُّ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ﴾
Maka Maha Tinggi Allah, Raja
Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan 'Arasy yang mulia. [Al-Mu;minun
23:116],
Maka pemindahan Raja dan kerajaan kepada selainNya dan
pewarisanNya memerlukan kepada dalil qath’ei (petunjuk muktamad) yang khusus, dengan
itu diwajibkan mencari apakah dalil naqalnya tentang wilayah dan lantikan Allah
bagi Khalifah dan Imam agar membai’ahnya dan perlu mengelakkan diri dari mati dalam
keadaan jahiliyah. Adapun perlantikan dirinya sendiri atau oleh manusia iaitu
mereka yang tidak melanggar aturan secara berlebih-lebihan dengan menceroboh
dan memusuhi kerajaan Alah dan pemerintahanNya adalah tanpa keizinanNya. Dengan
demikian bagi ajaran (mazhab) yang mengatakan perlantikan dan pewarisan yang bukan
dari lantikan Allah dan membai’ahnya dan difardhukan taat kepadanya adalah terbatal.
Adapun hadits yang sama yang dianggap sebagai dalil atas kewajipan berbai’ah
dan taat kepada yang bukan dilantik, dan bahawa manusia tidaklah mati secara jahiliyah,
maka ini adalah tanpa pengesahannya dan telah mencelupkan penukarannya.
Bahkan hadits yang sama menunjukkan supaya taat dan kekhalifahannya tidak
akan terjadi melainkan dilantik dan menjadi pengganti dari Allah. maka hadits
itu pertama-tamanya sebelum segala segala sesuatu perlu mengambil kira kenyataan
keadaan sebelumnya termasuk pada zaman Rasulullah, Mohammad (S), dan bai’ah (ikrar
taat setia) kepada Al-Rasul Muhammad pada zamannya, adalah lantikan dari Allah:
﴿ إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا
يُبَايِعُونَ اللَّـهَ يَدُ اللَّـهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَن
نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا
عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّـهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًاَ.... لَّقَدْ رَضِيَ
اللَّـهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ
مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا
قَرِيبًا ﴾
Bahwasanya orang-orang yang
berbai’ah (berjanji setia) kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia
kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang
melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya
sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan
memberinya pahala yang besar..... Sesungguhnya Allah telah redha terhadap
orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka
Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas
mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat
(waktunya).: [Al-Fath 48:10 dan 18]
Dan berbai’ah (berjanji setia) kepada nya di sini adalah perlantikan dari Allah SWT maka sesiapa yang mahu menukar syarat-syarat berbai’ah kepadanya dan keadaannya dari yang asal hendaklah dia mendatangkan dalil-dalil yang qat’ei, dan Al-Sunnah telah mengganti dan mengubah syarat-syarat berbai’ah kepadanya tanpa dalil, Adapun yang mengekalkan yang asal, dalilnya adalah mengekalkan yang asal yang dikatakan di dalam hadits, ia adalah membai’ah kepada yang dilantik, sebagaimana ia adalah yang utama dari keseluruhan hadits dan ia adalah Al-Rasul Muhammad (S) yang dilantik dari Allah. Ini adalah apa yang kita katakan dan yang dijelaskan di dalam perbincangan ini.
-----------------------------------
[1].Sunan Ibn Majah – oleh Muhammad bin Yazid Al-Qizwaini Al-Mutawaffi tahun 273 H - ditahqiq (dinilai) dan tarqim (dinomborkan) dan dita'liq (ulasan): Mohamed Fuad Abdul Baqi - Cetakan, penerbitan dan pengedaran Dar Al-Fikr: Jilid 2, hal 1367 No 4084.
Al-Mustadrak 3ala Al-Shahihain, Al-Hakim Al-Naisaburi (Tahun 405 Hijrah.), Asyraf Yusuf Abdul Rahman Al-Mar3asyli: Jilid 4, hal 463-464; Al-Bahr Al-Zikhar, yang terkenal dengan sanad- Al-Bazaz, oleh Abi Bakr Ahmad bin ‘Amru bin Abd Al-Khaliq Al-3atiki Al-Bazaz (tahun 292 Hijrah), ditahqiq (dinilai) oleh Adil bin Saad , Maktabah Al-‘Ulum Al-Hukum, Al-Madinah Al-Munawarah, cetakan pertama tahun 1424 H – 2003 M -, (2/1367 / Hadits No 4084); Al-Sunan Al-Waradah pada fitnah, musibah, Al-Saah dan tanda-tandanya,
Oleh Abi -Amru ‘Utsman bin Sa’eid Al-Muqra Al-Dani (tahun 444 H), dikaji dan dinilai, Dr. Redhaud-Din bin Muhammad bin Idris Al-Mubarakfuri - Dar Al-‘Ashimah untuk Penerbitan dan edaran: Jilid 3, hal 1032 hadits no. 548; tanda-tanda nubuwah, oleh Al-Baihaqi (tahunT. 458 H), ditahqiq: Dr. Abdul Mu3thi Qal3aji, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan, cetakan pertama 1405H: Jilid 6, hal 515-516; sejarah Damsyik, oleh Ibn 3asakir (tahun 571: H) Jilid 32, hal 280-281; Kitab Al-Tazkirah dengan hal ehwal kematian dan urusan-urusan akhirat, oleh Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad. bin Abi Bakr Al-Ansari Al-Kharaji Al-Andalusi Al-Qurthubi (tahun 671 H), dikaji dan dinilai, Dr. Al-Shadiq bin Muhammad bin Ibrahim, Maktabah Dar Al-Minhaj , Riyadh, cetakan pertama, 1425H Jilid 3, hal 1201, Bab Al-Mahdi dalam mengingat persediaan pemerintahannya, hadits no. 1; Al-Nihayah Fi Al-Fitan wal-Malahim, Al-Hafidz Abi Al-Fada’ 3imadu Al-Din Ismail bin Omar bin Katsir Al-Qurashi Al-Damsyiq. (tahun 774 H), dinilai (tahqiq) 3ishamuddin Al-Shababathi, Dar Al-Hadith, Kaherah: Jilid 1, hal 48; Al-Bidayah wa Al-Nihayah, oleh Ibn Katsir, dinilai Ali Syiri, Dar Ihyau Al-Tirats Al-Arabi, Beirut - Lubnan, cetakan pertama,1408 H – 1988 M: Jilid 6, hal 275-276; Zawaid Ibn Majah 3ala Al-Kitab Al-Khamsah, Al-Hamad bin Abi Bakr bin Ismail Al-Bushiri (840 H), disahih dan Ta'liq (ulasan) Al-Syeikh Muhammad Mukhtar Hussain, cetakan pertama, pada tahun 1414 H – 1993 M, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan,: halaman 527-528 nombor 1370; Jami3 Al-Jawami3, oleh Jalaludin Al-Suyuthi, cetekan Al-Azhar Al-Syarif, 1426H – 2005 M: Jilid 13, hal 257 no 1459/28086; Al-Dar Al-Mantsur dalam Al-Tafsir Bi Al-Ma’tsur, oleh Jalaludin Al-Suyuthi: Jilid 6, hal 58; Arba3un Haditsan Fi Al-Mahdi, oleh Abi Naim Al-Ashbahani (Tahun; 430 H), ditahqiq Ali Jalal Baqir: Hadits ke 32. Dan dibawa Al-Suyuthi dalam Al-Hawi juga untuk Abu Naim; lihat Al-Hawi Al-Fatawa, oleh Al-Suyuthi, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan, 1403 H – 1983 M: Jilid 2, hal 60; Musnad Al-Rawayani, oleh Al-Hafidz Abu Bakr Muhammad bin Harun Al-Rawayani (tahun 307 H), disesuai dan dia'liq (ulasan) Aiman Ali Abu Yamani, Muassasah Qurthubah, cetakan pertama, 1416 H – 1995 M: Jilid 1, hal 417-418. nombor 637; Kanz Al-3amal, oleh Al-Muttaqi Al-Hindi (tahum 975 H): Jilid 14, hal 263 nombor 38658; Al-Burhan Fi 3alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman, oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: hal 47; Imta3 Al-Asma3, oleh Taqiyud-Din Ahmad bin Ali bin Abd Al-Qadir Al-Maqrizi (tahunv 845 H), ditahqiq Muhammad Abdul-Hamid Al-Namisi, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan,: cetakan pertama,1420 H – 1999 M: Jilid 12, hal 296-297; Yanabi3 Al-Mawaddah LiZhawi Al-Qurba, oleh Al-Syeikh Suleiman bin Ibrahim Al-Qanawazi Al-Hanafi (tahun 1294 H), ditahqiq Syed Ali Jamal Asyhraf Al-Husseini, Dar Al-Aswah, cetakan pertama 1416 H: Jilid 3, hal 391; 3uqud Al-Durur Fi Akhbar Al-Muntadzar. Oleh Yusuf bin Yahya Al-Maqaddisi Al-Syafi’ei Al-Silmi; dari para ulama abad ketujuh Hijrah, dittahqiq Dr. Abdul Fattah Muhammad ALHalw, Al-Maktabah 3alim Al-Fikr- Kaherah, cetakan pertama, 1399 H -1979 M: halaman 57. Ulamak aqama telah mensahihkan Hadits berikut:
a) Dikeluarkan Al-Bazzaz dalam Al-Bihar Al-Zikhar: Jilid 2, hal 1367 hadits no 4084 dan disahihkannya, di mana beliau berkata: "... saya memilih hadits ini yang disahihkan dan dimuliakan oleh Tsauban dan sanadnya adalah sahih."
b) Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak: Jilid 3, hal 463-464 dengan sanad yang lain sehingga pada Sufian Al-Tsuri, katanya: "Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh."
c) Al-Qurthubi menyebutnya di dalam kitabnya Al-Tazkirah dengan hal ehwal kematian dan urusan-urusan akhirat,: Jilid 3, hal 1201 Bab Al-Mahdi dalam menyebut persediaan pemerintahannya, hadits no 1 dari Ibn Majah, dan dia berkata kepadanya: "Sanadnya sahih."
d) Ibn Kathir dan juga menyebutnya dari Ibn Majah dalam Al-Nihayah Fi Al-Fitan wal-Malahim:. Jilid 1, hal 48, dan berkata mengenainya: ". Diunggulkan oleh Ibn Majah, dan sanadnya kuat lagi sahih."
e) Disebut Al-Busairi, di dalam kitabnya Al-Zawaid Ibn Majah di dalam kitab Al-Khamsah: halaman 527-528 hadits no.1370, dan berkata mengenainya: "Sanadnya sahih, rijal (perawinya) tsiqah (boleh dipercayai), diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dengan jalan Al-Hussein bin Hafsh dari Sufian kepadanya, dan katanya: Hadits ini adalah sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh."
f) dan disahihkan oleh Al-Suyuthi di dalam Al-Jami3 Al-Saghir: Jilid 1, nombor 1648
g) Dipersetujui oleh Al-Zhahabi Al-Hakim dalam Al-Talkhish Al-Mustadrak) bahawa Hadits ini adalah sahih mengikut syarat kedua-dua Syeikh
[2] Al-Mustadrak atas Al-Shahihain (kedua-dua sahih) - Al-Hakim Al-Naisaburi (tahun 405 H), Asyraf Yusuf Abdul Rahman Al-Mar3asyl: Jilid 4, hal 463-464.
[3] Al-Mustadrak atas Al-Shahihain (kedua-dua sahih) – oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: Jilid 4, hal 502; Musnad Ahmad bin Hanbal, oleh Ahmad bin Hanbal) (tahun 241 H), Jilid 5, hal 277; Al-Fitan oleh Naim bin Hammad Al-Maruzi (tahun 229 H): hal 188; Dalail Al-Nubuwah, oleh Al-Baihaqi (tahun 458 H). ditahqiq: Dr. Abdul Mu3thi Qal3aji, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan, cetakan pertama 1405 H,: Jilid 6, hal 515-516; Al-Bidayah wa Al-Nihayah, oleh Ibn Katsir, dinilai Ali Syiri, Dar Ihya’u Al-Tirats Al-Arabi, Beirut - Lubnan, cetakan pertama,1408 H – 1988 M: Jilid 6, hal 275-276; Misykaah Al-Mishabih, oleh Muhammad bin Abdullah Al-Khatib Al-Tabrizi) (tahun 741 H), ditahqiq Muhammad Nashir Al-Din Al-Albani, dicetak dan diterbitkan Al-Maktab Al-Islami: Jilid 3 Kitab Al- Al-Fitan hal 1503 nombor 5461; Hidayah Al-Rawaah pada keluarnya hadits-hadits Al-Mishabih wa Al-Misykaah, oleh Ibn Hajar Al+3asqalani (tahun 852 H), ditahqiq Ali bin Hassan Abdul-Hamid Al-Halabi, Dar Ibn Al-Qaiyim nilai - Dar Ibn Affan, cetakan pertama, 1422 H – 2001 M: Jilid 5, hal 123 nombor 5389; Jami3 Al-Jawami3, oleh Hilal Al-Din Al-Suyuthi: Jilid 1, hal 392 nombor 972 / 1887; Al-Jami3 Al-Shaghir dalam hadits-hadits khabar gembira dan peringatan, oleh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr Al-Suyuthi (tahun 911 H), Jilid 1, hal 100 nombor 648; Hadits 40 untuk Al-Mahdi, Abu Naim Asbahani, Hadits ke 26 Dan dibawa Al-Suyuthi dalam Al-Hawi juga untuk Abu Naim; lihat Al-Hawi Al-Fatawa, oleh Al-Suyuthi, Jilid 2, hal 63; Kanz Al-3amal, oleh Al-Muttaqi Al-Hindi: Jilid 14, hal 261 nombor 38651; Al-Burhan Fi 3alamat Al-Mahdi Akhir Al-Zaman, oleh Al-Muttaqi Al-Hindi, ditahqiq dan dikaji di bahagian pusat kajian, Dar Al-Sahabat warisan di Tanta, cetakan pertama,1412 H – 1992 M: halaman 76 ; Sabil Al-Hadi wa Al-Rashad fi Sirah Khair Al-3ibad, oleh Muhammad bin Yusuf Al-Salahi Al-Shami (tahun 942 H), ditahqiq Al-Syeikh Adil Ahmed Abdul Maujud dan Al-Syeikh Ali Muhammad Mu3uawad, Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan Dar Al-Kitab Al-Ilmiyah, Beirut - Lubnan, cetakan pertama,1414 H – 1994 M: Jilid 10, hal 171; Yanabi3 Al-Mawaddah LiZhawi Al-Qurba, oleh Al-Qunduzi: Jilid 3, hal 259; Al-Bada’ wa AL-Tarikh oleh Ahmad bin Sahl Al-Balkhi (tahun 507 H), Jilid 2, hal 174; 3uqud Al-Durur Fi Akhbar Al-Muntadzar. Oleh Yusuf bin Yahya Al-Maqaddisi hal 125, dan sumber-sumber lain..
[4] Musnad Ahmad bin Hanbal, oleh Ahmad bin Hanbal) (tahun 241 H), Jilid 5, hal 277.
[5] Perkataan cemerlang dalam mempertahankan Musnad Ahmad, Ibn Hajar: hal 69.
[6] Al-Hawi Lil-Fatawa - Suyuti: Jilid 2, hal 61 . 3uqud Al-Durur Fi Akhbar Al-Muntadzar. ditahqiq Al-Syeikh Muhib bin Saleh Al-Bawarini, Jilid 6, hadits 212 hal 205. Nur Al-Abshar – Al-Syiblanji, Al-Mathba3ah Al-Mahmudiyah, di Mesir tahun 1313 H, cetakan pertama, hal 158, dikatakan dikeluarkan oleh Abu Naim dan Al-Thabrani dan lain-lain. .
[7] Bashair Al-Darajaat
- Muhammad bin Hassan Al-Shaffar: hal; 549; ringkasan Bashair Al-Darajaat - perhiasan Al-Hassan bin Suleiman: hal 82; Khatimah Al-Mustadrak - Al-Mirza Al-Nuri:.. Jilid 4, hal 118; laut lampu - Majlisi: C 42, ms 290.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan