Rabu, 14 September 2016

Riwayat 11 - 15

Riwayat kesebelas


وعن سليمان بن مهران، عن الصادق جعفر بن محمد، عن أبيه، عن آبائه، عن علي(ع)، قال: (قال رسول الله (ص): يا علي، أنت أخي ووارثي ووصيي وخليفتي في أهلي وأمتي، في حياتي وبعد مماتي، محبك محبي، ومبغضك مبغضي. يا علي، أنا وأنت أبوا هذه الأمة. يا علي، أنا وأنت والأئمة من ولدك سادة في الدنيا، وملوك في الأخرة، من عرفنا فقد عرف الله، ومن أنكرنا فقد أنكر الله عز وجل)

Dan dari Sulaiman bin Mihran, dari Al-Shadiq Ja'far bin Muhammad, dari bapanya, dari bapa-bapanya, dari Ali (as), beliau berkata: (Rasulullah (S):bersabda: Wahai Ali, kamu adalah saudaraku dan pewarisku dan washiku dan khalifahku pada keluarga dan umatku, semasa hidupku dan selepas kematianku. orang yang mengasihimu aku kasihi, dan orang yang membencimo aku benci. Wahai Ali, aku dan kamu adalah bapa-bapa umat ini. Wahai Ali, aku dan kamu serta para imam dari anak-anak kamu adalah tuan-tuan di dunia, dan raja-raja di akhirat, sesiapa yang mengenali kita telah mengenal Allah, dan sesiapa yang menafikan kita dia telah menafikan Allah AWJ.) [1]


Riwayat Kedua belas:

و عن ابن أبي يعفور، قال: قال أبو عبد الله(ع):  (إن الله واحد، أحد، متوحد بالوحدانية، متفرد بأمره، خلق خلقا ففوض إليهم أمر دينه، فنحن هم يا ابن أبي يعفور، نحن حجة الله في عباده، وشهداؤه على خلقه، وأمناؤه على وحيه، و خزانه على علمه، ووجهه الذي يؤتي منه، وعينه في بريته، ولسانه الناطق، و قلبه الواعي، وبابه الذي يدل عليه، ونحن العاملون بأمره، والداعون إلى سبيله، بنا عرف الله ، وبنا عبد الله ، نحن الأدلاء على الله ، ولولنا ما . عبد الله

Dan dari Ibn Abi Ya’fur, beliau berkata Abu Abdillah (as) telah berkata: (Sesungguhnya Allah satu, tunggal, sendiri dengan esa pada zat dan sifat, tiada tandingan, pada perintahNya, mewujudkan penciptaanNya dengan mewakilkan kepada mereka agamaNya. Kamilah  mereka itu, wahai Ibn Abi Ya’fur. Kami adalah Hujah Allah pada hambaNya dan saksi-saksi atas penciptaanNya, Pemegang AmanahNya atas wahyuNya, khazanah atas ilmuNya, dan wajah-wajah yang datang dariNya, mata-mata (pemerhati) pada makhlukNya, dan lidahNya mereka berkata-kata, dan hatiNya mereka sedar, dan pintu-pintuNya yang menjadi bukti kepadaNya, dan kami pelaksana perintahNya, dan penyeru kepada jalanNya, kerana kami dikenal, dan kerana kami Allah disembah, kami adalah bukti bukti kepada Allah, dan kalaulah bukan kerana kami Allah tidak disembah.) [2]


Riwayat Ketiga Belas


قال الصادق(ع)،  لولا الله ما عرفنا، ولولا نحن ما عرف الله (  

Al-Shadiq (as) berkata, sekiranya bukan kerana Allah kami tidak akan dikenal, dan sekiranya bukan kerana kami Allah tidak akan dikenal.) [3]


Riwayat ini, ia adalah tumpuan utama untuk menggabungkan riwayat-riwayat dan keterangan-keterangannya, ia akan dijelaskan kemudian nanti.


Riwayat Keempat Belas:


وعن الرسول محمد (ص) أنه قال لعلي(ع):   (يا علي، ما عرف الله إلا بي ثم بك، من جحد ولايتك جحد الله ربوبيته. يا علي، أنت علم الله بعدي الأكبر(  

Dan dari Al-Rasul Muhammad (S), baginda berkata kepada Ali (as):. (Wahai Ali, Allah tidak akan dikenal melainkan melalui Aku dan kemudian engkau, sesiapa yang menafikan wilayah (kuasa) engkau, telah menafikan wilayah Allah dan rububiyahNya. Wahai Ali engkau adalah Ilmu Allah selepasku yang terbesar.) [4]


Riwayat Kelima Belas:


وعنهم (ع) أنهم قالوا: (نحن الليالي والأيام، من لم يعرف هذه الأيام لم يعرف الله حق معرفته، فالسبت رسول الله (ص) النبوة ولا نبي بعده ... والخميس خمسة أنوار، الرضا، والجواد، والهادي، والعسكري، والمهدي و (.......  

Dan dari mereka (as): Bahawa mereka telah berkata: (Kamilah malam-malam dan hari-hari, sesiapa yang tidak mengenal hari-hari ini tidak akan mengenal Allah sehinggalah mengenalkannya, Maka hari Sabtu itu adalah Rasulullah (S) (hari) kenabian dan tiada Nabi selepas baginda ... dan hari Khamis ada lima cahaya-cahaya, Al-Redha, Al-Jawad, Al-Hadi, Al-‘Askari, dan Al-Mahdi dan.......) [5]

Dan untuk peringatan saya telah meninggalkan banyak daripada riwayat-riwayat, cukuplah dengan riwayat-riwayat yang telah disebutkan, dan saya juga telah meninggalkan ulasan pada kebanyakan riwayat-riwayat kerana ia tidak perlukan penjelasan lagi.

Bagi dalil yang dibawa oleh Syeikh Al-Baghdadi, dengan riwayat berikut:

(اللهم عرفني نفسك فإنك إن لم تعرفني نفسك لم أعرف رسولك، اللهم عرفني رسولك فإنك إن لم تعرفني رسولك لم أعرف حجتك، اللهم عرفني حجتك فإنك إن لم تعرفني حجتك ظللت عن ديني)

(Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan)  diriMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah diriMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, akan tersesatlah aku dari agamaku. )

Ia bukanlah nash untuk bermakrifah pada Allah Taala mengikut jalan para Imam (as), Dan mungkin sekali arahannya seperti berikut::

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) diriMu melalui kebiasaan manusia ke atasnya  iaitu fitrah Tauhid, untuk mengenal Tuhanku dan Penciptaku, dan ianya diwajibkan atasku untuk mengenal bahawa mestilah Tuhan yang dimaksudkan adalah dari utusan di antara penciptaanNya; Kerana Dia Yang Maha Suci, suci dari bercakap dengan semua penciptaan-Nya tanpa perantara (terus menerus), maka untuk mengenal Tuhan yang dimaksudkan sehinggga mengenalNya dan mentauhidkanNya, dan beribadat kepadaNya menjadi seperti mana yan g dikehendakiNya mestilah dari mengenal RasulNya yang menghuraikannya kepada manusia, dan dengan itu sekiranya bukan kerana mengenal kewujudan Pencipta tidak diarahkan untuk mencari makrifah (mengenal) Rasul: (jika aku tidak dapat makrifah diriMu aku tidak kenal UtusanMu.) Sekiranya bukan kerana Rasul tidak tidak akan dikenal tauhid, ibadah dan sifat-sifat sebenar Pencipta ....... dan cara (kaedah) mencapai makrifah yang sempurna,
.
Dan haqiqat pada aqidah-aqidah dan peraturan (hukum-hukum) - (sekiranya bukan kerana kami, Allah tidak akan dikenal) oleh itu terdapat orang-orang musyrik dan penyembah berhala apabila mereka tidak mrmbimbing diri mereka mengenal para Rasul dan mengenal Allah Taala dari jalan mereka, maka menyimpang ke dalam syirik dan penyembahan berhala, bintang-bintang dan yang lain dari makhluk-makhluk yang serba kurang dan memerlukan kewujudan Yang Kaya Mutlak. Mereka percaya bahawa Pencipta yang wujud adalah Allah Taala, tetapi mereka percaya bahawa berhala-berhala ini dapat memberikan kesan dalam kewujudan dan bebas daripada Allah Taala


--------------------------------
[1] – Al-Mali - oleh Al-Syeikh Al-Shaduq: halaman 754
[2] - Al-Tauhid - oleh Al-Syeikh Al-Shaduq: halaman 152..
[3] - Al-Tauhid - oleh Al-Syeikh Al-Shaduq: halaman 29 . -
[4] - Bihar al-Anwar: Jilid 22, halaman 142.
[5] – Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad (as) oleh Al-Syed Al-Husseini Al-Qazwini: Jilid 1, halaman 192


.
Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Seterusnya



Tiada ulasan: