Perdagangan Dan Sebahagian Urusniaga
Soalan 70: Saya telah meminta seseorang menjadi rakan kongsi untuk berniaga dengan saya dan dia telah tersalah guna dan masalah kelemahannya itu saya telah membebaskan dan membenarkan dia keluar,
dan kini dia dalam keadaan baik. Bolehkah saya meminta hak saya darinya selepas
dibebaskan tanggung jawabnya?
Jawapan: Jika kamu membebaskan tanggung jawabnya sama
sekali bermakna kamu telah memberi sedekah kepadanya dengan wang yang dia
berhutang tidak bolehlah untuk merujuk kembali pada sedekah selepas dia tertangkap,
iaitu kamu tidak boleh menuntut darinya. Ada pun jika kamu membebaskan tanggung
jawabnya kerana masalah kelemahannya maka jika dia mati atas kelemahannya maka
tanggung jawabnya terlepas (iaitu gugur tuntutan agama), bermakna, apabila
keadaannya bertambah baik dikembalikannya kewangan kepada kamu sebagai pemilik, dalam keadaan ini kamu boleh membuat tuntutan.
Soalan 71: Adakah dibenarkan untuk berniaga barangan
antik yang tidak diketahui ianya dicuri
atau sebaliknya?
Jawapan: Dibenarkan jika ia milikan seseorang.
Soalan 72: Seorang daripada ansar ingin
menjalankan perniagaan, adakah dibenarkan menjalankan perniagaan itu dengan
pengikut-pengikut Maraji’?
Jawapan: Dibenarkan.
Soalan 73: Apa hukumnya menjual sesuatu
yang tidak munasabah, seperti: menjual (daging yang tidak suci atau daging babi
atau Al-Jara (pembayaran)) yang tidak munasabah, adakah ia dibenarkan bekerja
dan menjual semua benda yang wujud di kedai dari daging babi dan yang
lain-lain atau tidak?
Jawapan: Dibenarkan, tetapi tidak dibenarkan menjual
arak atau alkohol yang memabukkan.
Soalan 74: Bolehkah seseorang bekerja
di tempat mana ada daging babi dijual, walaupun ia tidak menjualnya kepada
orang Islam, dan juga kedai itu bukan miliknya, tetapi hanya pekerja di kedai
tersebut?
Jawapan: Dibenarkan bekerja di kedai yang
menjual daging yang tidak halal dimakan, seperti daging babi atau daging yang tidak
suci secara syari’ah.
Soalan 75: Adakah dibenarkan untuk
membuka restoran yang menjual makanan?
Jawapan: Dibenarkan membuka restoran yang
menjual makanan.
Soalan 76: Apakah hukum membeli,
membuat dan menjual anak patung yang badannya menyerupai haiwan?
Jawapan: Dibenarkan membeli, membuat, menjual
anak patung dan yang semisal dengannya yang badannya menyerupai haiwan, tetapi ia
makruh (dibenci). Jika ianya tidak ada sesuatu yang diharamkan seperti
memperlihatkan aurat dan mempengaruhi nafsu, atau yang diambil untuk sembahan
dan sujud selain Allah atau sujud kepadanya seumpama kiblat.
Soalan 77: Seseorang membuat pinjaman membeli hartanah (dengan kadar faedah) dari salah sebuah bank-bank
Arab (dan tidak diketahui kedudukan pemilik bank yang sebenar), dan ditambah
kepada jumlah pinjaman itu apa yang disimpan dari pekerjaannya, dan wang itu bercampur-campur,
kemudian separuh nilai tanah itu telah dijual pada mereka. Soalannya: Adakah
terdapat kekeliruan wang dalam bentuk jualan hartanah? Adakah ia sesuatu yang dibolehkan
untuk membayar pinjaman?
Jawapan: Tidak ada masalah pada
wang yang dia dapat dari penjualan hartanah itu.
Soalan 78: Bolehkah diberikan kepada
pembuat roti satu beg tepung dan menerima rotinya setiap hari, dan apakah
hukumnya jika ia adalah hasil campuran tepung saya dengan tepung-tepung lain oleh
pembuat roti itu?
Jawapan: Dibenarkan, tidak ada masalah pada campuran
itu selagi ia biasa
diamalkan dan boleh diterima oleh semua orang.
Soalan 79: Bolehkah berurusan dengan
bayaran ansuran - bayaran tertangguh (pemotongan dana kewangan dalam tempoh masa tertentu atau tidak
terhad). Adalah diketahui jumlah yang diambil ditambah dengan jumlah harga barang
dagangan itu diketahui? Adakah terdapat perbezaan urusniaga dan ketetapan ini di antara
ansar dan bukan ansar?
Jawapan: mengambil faedah kewangan
(bunga) kerana menangguhkan semua pembayaran atau sebahagian daripada nilai
kewangan yang berlaku apabila membeli satu barangan tertentu dianggap riba yang
diharamkan, riba terjadi di antara orang-orang yang beriman atau di antara mukmin
dengan muslim yang mendakwa kasih kepada Muhammad dan Aali Muhammad, para imam
dan Mahdi-mahdi, Tidak terjadi riba di antara mukmin dengan Neshibi (kekal
memusuhi) atau di antara mukmin dengan
bukan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan