Kerja-Kerja Pengutusan Tetap Tiada Perbezaan Bagi Menegakkan
Hujah:
Daripada apa yang diterangkan sebelum ini bahawa pengutusan tidak
dapat dielakkan dalam setiap zaman, ia disebabkan untuk mencapai tujuan
penciptaan iaitu makrifah (mengenal), dan memastikan perlaksanaan kehendak
Al-Malik yang sebenar dalam KerajaanNya, dengan mengutus utusan atau khalifah yang
dilantik untuk menjalankan tugas atau jawatan ini, ia seolah-olah mengutus
DiriNya sendiri untuk menegakkan hujah dan menggugurkan alasan (dalih) hatta
meskipun rasul atau khalifah itu berada dalam sebahagian zaman jumud (beku) dan
tidak diperintah untuk menyampaikan dakwah kerana tiada para penerima, kerja-kerja
mengutus tiada perbezaan dalam setiap zaman iaitu menggugurkan (memusnahkan) alasan,
kerana ia adalah urusan tetap sekiranya terdapat
para penerima atau tidak ada penerima:
﴿لِئَلَّا
يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ﴾
Agar supaya tidak ada alasan
bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. [Al-Nisa’ 4:
165]
Malah dalam keadaan semua manusia beriman sekalipun, akan
ditegakkan (diutus) Al-Hujjah demi menggugurkan (memusnahkan) alasan, tetap akan
diutus utusan-utusan; untuk mengenalkan mereka dan menerapkan mereka bagi mengatasi
kekurangan kerana kecuaian mereka, dan ini dengan wujudnya utusan yang
menegakkan hujah ke atas mereka
Pewarisan Sunnah Allah:
Telah diterangkan pengertian bahawa perlantikan
Khalifah sesuai dengan kebijaksanaan dan kasih sayang (Rahim Hikmah), dan perselisihannya
(tersasar) bukanlan datang dari Al-Rahim Al-Hakim Al-Mutlak SWT. Dan sekarang akan
ditingkatkan dengan nash-nash dan melihat apa yang berlaku di bumi, mengikut
apa yang diriwayatkan di dalam tiga kitab-kitab samawi:
Pertama: Al-Quran
1 - Kita dapati manusia pertama [1] yang hidup
di bumi ini adalah Adam (as) dan Allah telah melantik dia menjadi KhalifahNya
di bumiNya, dan memerintahkan para malaikat untuk taat kepadanya dan belajar
daripadanya:
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي
الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ
لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ ۞ وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا
ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ
هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ۞ قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا
إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ ۞ قَالَ يَا آدَمُ أَنبِئْهُم
بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنبَأَهُم بِأَسْمَائِهِمْ
قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ۞ وَإِذْ
قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ
وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾
Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui". Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama
seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu semamangnya orang-orang
yang benar!" * Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang
kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".* Allah
berfirman: "Wahai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-namanya".
Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama itu, Allah berfirman:
"Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui
rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu
sembunyikan?" * Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia
enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Al-Baqarah
2: 30-34]:.
Ayat-ayat ini menjelaskan; Sesungguhnya Allah sejak
awal-awal lagi dan sejak hari pertama telah melantik Adam menjadi KhalifahNya
di bumiNya. Kemudian menyampaikan kepada malaikat supaya taat kepadanya. Maka
apabila mereka membantah dan berhujah dengan Allah atas kejahilan mereka apa
yang ditanyakan kepada mereka. Dan kemudian di antara mereka ilmu Adam (as)-lah
yang terserlah; maka tahulah mereka yang Adam lebih layak lalu mereka tunduk
kepada kebenaran. Kemudian Allah memerintahkan mereka sujud lalu mereka sujud
dan menerima Adam (as) sebagai seorang imam (pemimpin) dan seorang guru dan sebagai
arah (kiblat) kepada Allah untuk mereka mengenal Allah. Seperti yang dinyatakan
dalam tafsiran ayat tersebut:
v
Al-Husain
bin Muhammad dari Mu3alla bin Muhammad dari Ahmad bin Muhammad bin Abdullah dari
Al-Hasan dari Ibn Abi ‘Umair dari Muhammad bin Ishaq bin ‘Ammar, katanya:
قلت
لابي الخسن ألأول (ع) ألا تدلني الى مَن آخذ عنه ِديني، فقالَ : هذا ابني علي إنِ
ابي آخذ بيدي فأدخلني الى قبر َ رسُوِل الله (صلى الله عليه وآله( فقال
يا بني إن الله عز وجلَ قالَ "إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً" وإن
الله عز وجلَ اذا قالَ قولَا وفى به]
Aku berkata kepada Abi Al-Hasan
Al-Awwal (as) Tunjukkanlah padaku kepada siapa diambil akan agama, beliau
berkata: Ini anakku Ali sesungguhnya bapaku memegang tanganku lalu dimasukkan
ke kubur Rasulullah (S) dia berkata, Wahai anakku, Allah AWJ berfirman: "Aku
hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi," dan sesungguhnya
Allah AWJ ketika berfirman kata-kata itu adalah pada baginda] [2]
2 - Allah telah membawa Ibrahim kepada seorang raja Ilahi,
dan menjadikan Ibrahim KhalifahNya di bumiNya Allah berfirman:
﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ
آتَاهُ اللَّـهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي
وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ
اللَّـهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ
فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ
الظَّالِمِينَ﴾
Apakah kamu tidak
memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya karena Allah telah
memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim
mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang
itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata:
"Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia
dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Al-Baqarah 2: 258].
- 3 Dan nabi
Allah Daud (as), Allah telah melantiknya sebagai Khalifah di bumiNya, Allah
berfirman:
﴿يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً
فِي الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَىٰ
فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن
سَبِيلِ اللَّـهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ ﴿٢٦﴾﴾
Wahai Daud, sesungguhnya
Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi, maka berilah keputusan di antara
manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan
menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin
jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari
perhitungan. [Shad 38:26]
FirmanNya lagi:
﴿فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللَّـهِ وَقَتَلَ دَاوُودُ جَالُوتَ
وَآتَاهُ اللَّـهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا
يَشَاءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ
لَّفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ﴾
Mereka (tentara Thalut)
mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan Daud membunuh Jalut, kemudian
Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah dan mengajarkan
kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan)
sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini.
Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam. [Al-Baqarah
2: 251]:
4- Allah berfirman
﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَةٌ
مِّن رَّبِّهِ ۗ إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ
هَادٍ﴾
Orang-orang yang kafir
berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya suatu tanda (kebesaran) dari
Tuhannya?" Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi
tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk: [Al-Ra3d 13: 7]
Ayat ini menjelaskan, bahawa setiap kaum ada yang
memberi petunjuk pada masa lalu sebelum Al-Rasul Muhammad dan pada masa
selebihnya. Al-Rasul (S) telah menghuraikan dalam hadits-hadits Al-Sunnah di
dalam kitab-kitab mereka dengan mengkhususkan lantikan dari Bani Hashim, dan di
dalam salah satu riwayat tokohnya adalah Ali (as))
v
Hadits
dikeluarkan oleh Ibn Jarir Al-Thabari di dalam Jami3 Al-Bayan (13/142) Dengan
sanadnya dari Ibnu Abbas, beliau berkata:
قال: »لما نزلت "إنما أنت منذر ولكل قوم
هاد" وضع (ص) يده على صدره، فقال: أنا المنذر ولكل قوم هاد، وأومأ بيده إلى
منكب علي، فقال: أنت الهادي يا علي، بك يهتدي المهتدون بعدي«
«Apabila ayat ini," Sesungguhnya
kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang
yang memberi petunjuk " diturunkan baginda (S) meletakkan tangan
pada dada baginda. baginda bersabda: Aku adalah pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap
kaum ada orang yang memberi petunjuk, dan memberi isyarat dengan tangannya
kepada rusuk Ali, lalu bersabda: Engkau pemberi petunjuk (Al-Hadi) wahai Ali, dengan
engkau orang-orang mendapat petunjuk selepasku,»,
[3]
v
Hadits
dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Kitab Tafsirnya (7/2225 nombor 12152) Dengan
sanadnya dari Ali (as), bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi
petunjuk, rkatanya: «Al-Hadi adalah lelaki dari Bani Hashim.» Ibn Abi
Hatim berkata: Ibn Al-Junaid berkata: Ia adalah Ali bin Abi Talib (ra): [4]
v
Hadits
dikeluarkan oleh Al-Hakim Al-Naisaburi dalam Mustadrak (3/130) Dengan sanadnya dari
Ali bin Abi Talib (as),
"إنما أنت منذر ولكل قوم هاد" قال علي: «رسول الله (ص) المنذر
وأنا الهادي» قال
الحاكم: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.
"Sesungguhnya
kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang
yang memberi petunjuk," kata Ali: «Rasulullah (S) pemberi peringatan
(Al-Mundhir), Aku pemberi petunjuk (Al-Hadi).»
Al-Hakim berkata: Hadits ini
sahih sanadnya tetapi dia tidak mengeluarkannya.
5 – Firman Allah SWT
﴿قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ ۖقُل لِّلَّـهِ ۚ كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ
الرَّحْمَةَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ
فِيهِ ۚ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾
Katakanlah: "Kepunyaan
siapakah apa yang ada di langit dan di bumi". Katakanlah: "Kepunyaan
Allah". Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh akan
menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang
yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman. [Al-An3am 6:12]
Allah telah telah menetapkan atas Diri-Nya kasih
sayang dan mewariskan Khalifah ysng menilai ketentuan-ketentuan Allah dari
kasih sayang. Ini juga disimpulkan mengikut panduan Al-Quran yan telah
diterangkan pegertiannya sebelum ini..
------------------------
[1] Dari jenis yang sama dengan kita, kita adalah dari
jenis "Homo Sapien" Maka Adam bukan individu pertama di
dalamnya.
[2] Al-Kafi - Al-Kulaini: Jilid 1, hal 312..
[3] Ibn Hajar berkata di dalam Fath Al-Bari: Jilid 8,
hal 285 mengenai hadits ini bahawa sanadnya hassan
[4] Ibn Abi Hatim menyatakan dalam muqaddimah Tafsirnya
Jilid 1, hal 14 bahawa ia termasuk riwayat-riwayat yang sahih, dan teks kata-katanya
seperti berikut: "... dia meminta sekumpulan dari saudara-saudara untuk mengeluarkan
tafsir Al-Quran secara ringkas dengan sanad yang sahih ....... dan menyuruh
mereka membuat permintaan, dan semoga Allah memberi taufiq, dan kepadanya kita memohon
pertolongan, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah. Maka diselidiki pengeluarannya
pada kesahihan sanad –sanad haditsnya dan begitu juga dengan matannya, dan jika
mendapat penjelasan (tafsir) dari Rasulullah (S) – yang tidak disebut bersamanya
salah seorang sahabat yang mendatangkan yang sepertinya, dan jika terdapat dari
sahabat maka ia adalah disepakati sebutannya mengikut darjah ketinggian kesahihan
sanad-sanadnya, dan dinamakan kesepakatannya memadamkan sanad-sanadnya.
walaupun mereka berbeza mengikut sebutan dengan perbezaan sebutan setiap
seorang daripada mereka dari sanad-sanadnya, dan dinamakan kesepakatan mereka dengan
memadamkan sanad-sanadnya. Jika tidak terdapat sahabat dapatkan dari tabi’ein yang
mengamalkan apa yang mereka katakan dengan mencontohi sahabat, Begitulah
dijadikan contoh pada pengikut-pengikut tabi’ein yang mengikut mereka ... " tamat. Kesaksian ini adalah kesaksian yang
sah bagi semua riwayat dan khabar (hadits) yang terkumpul di dalam tafsirnya
ini, dan ini sudah cukup untuk menentukan tsiqahnya riwayat ini.
Dikeluarkan oleh Al-Thabarani dalam Al-Mu3jam Al-Ausath:
Jilid 2, hal 94 Jilid 5, hal 153-154.
Disebut dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: Jilid 1, hal 126,
dan disahihkan oleh Ahmad Muhammad Syakir dalam ulasannya terhadap Musnad
Ahmad:. Jilid 2, hal 48-49 No. 1041 ketika ia berkata: "Sanadnya sahih, Al-Muthalib
bin Ziyad bin Abi Zuhair Al-Tsaqafi Al-Kufi adalah tsiqah,.
dan tsiqahlah ia (dipercayai).
Ahmad, Ibn Mu’in dan lain-lain, dan diterjemahkan oleh
Al-Bukhari dalam Al-Kabir 4/2/8 ... tidak disebut cacat adilnya dan hadits ini ditambah
Abdullah bin Ahmad
Dan Dikeluarkan oleh Al-Haythami dalam Majmu3 Al-Zawaid:
Jilid 7, hal 41, katanya: "Diriwayatkan oleh Abdullah bin Ahmad, dan Al-Thabarani
dalam Al-Saghir Al-Ausath dan Musnad rijalnya tsiqah (dipercayai.").
Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan