Jumaat, 2 September 2016

Soalan 62 – 69 - Masalah orang lelaki


Merokok, Mencukur Janggut Dan Bahagian Khusus Untuk Lelaki

Soalan 62: Apakah hukum merokok?

Jawapan: Apabila merokok ia adalah memudharatkan. Ia menimbulkan kemudharatan pada perokok atau sesiapa di sekelilingnya maka ia tidak dibenarkan.


Soalan 63: Apa hukumnya orang yang merokok secara suka-suka dan dia bukan seorang perokok sebenar?

Jawapan: Jika ia disahkan berpotensi membawa mudharat dengan merokok maka tidak dibenarkan baginya untuk merokok, dan tidak ada perkara yang dipanggil suka-suka atau seorang perokok sebenar (tegar), maka merokok hanyalah satu tabiat buruk yang boleh bagi seseorang itu untuk kembali berhenti darinya, hanya dengan sedikit melawan dirinya sendiri dan melawan keinginannya.


Soalan 64: Apakah hukumnya membuang rambut di kedua-dua pipi seperti yang sering dilakukan di kalangan tukang gunting rambut?

Jawapan: Diharamkan bercukur janggut (di dagu) dan dibenarkan membuang rambut dari kedua-dua pipi.


Soalan 65: Soalan mengenai mencukur janggut kerana bertaqiyah, dibenarkan atau tidak?

Jawapan: Bagi orang mukmin tidak dibenarkan walaupun untuk tujuan bertaqiyah, tetapi jika dia bermaksud dengan menggunakan mesin (gunting) dan meninggalkan yang dipanggilkan janggut adalah dibenarkan.


Soalan 66: Apa hukumnya mencukur janggut dengan krim buih pencukur dan mengambil bayaran jika pemilik kedai seorang ansar, dan apakah hukum membetulkan kusut? Jika saya mempunyai sekumpulan orang yang bekerja dengan saya yang perlu membayar atas krim buih pencukur dan pada membetulkan kusut?

Jawapan: Diharamkan bercukur janggut (di dagu) dan dibenarkan membuang rambut (jambang) dari kedua-dua pipi.

Maka membuang rambut kusut pada kedua-dua pipi adalah dibenarkan dan dibenarkan mengambil bayaran atas kerja-kerja ini.

Dan dibenarkan untuk menggunting bagi melaraskan cukuran pada selain dari dagu dengan krim buih pencukur dan menerima bayaran untuk kerja-kerja ini. Adalah haram jika bercukur janggut di dagu pada mukallaf seperti yang diterangkan sebelum ini.

Dan wajib atas mukallaf mengelakkan diri dari mencukur janggut di dagunya; kerana ia adalah amalan yang dilarang (haram), dan merupakan dosa-dosa kecil yang menyebabkan berpaling dari Allah dan ditarik taufiq. Walaupun seorang mukallaf tidak boleh bertaqiyah atau susah untuk menjaga janggut di dagunya, ia hendaklah cuba menjauhkan diri dari bercukur menggunakan krim buih, tetapi dia boleh memendekkannya dengan mesin (gunting) untuk meninggalkan sedikit janggut di dagunya untuk menjauhkan diri dari yang diharamkan.


Soalan 67: Apakah hukum memakai seluar bagi lelaki, Adakah ia dibenarkan untuk bersholat?

Jawapan: Dibenarkan memakai seluar bagi lelaki, tidak ada masalah dengannya, dan ia dibenarkan untuk bersholat.


Soalan 68: Apa hukumnya memakai tali leher?

Jawapan: Dibenarkan


Soalan 69: Bolehkah seorang lelaki masuk rumah sahabatnya atau bermalam tanpa tuan rumah itu dan di dalam rumah itu hanya ada isteri dan anak-anaknya? Pada amnya bolehkah dia memasuki rumah yang di dalamnya hanya ada wanita?

Jawapan:  ia dibenarkan duduk dan bermalam di tempat yang berasingan dan terpencil dari wanita, di kawasan  luar atau tempat menyambut tetamu yang menjadi kebiasaan bagi rumah-rumah orang-orang Arab.


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Seterusnya

Tiada ulasan: