Pemerintahan Milik Allah Disyariatkan Perlaksanaannya:
Telah diterangkan sebelumnya bahawa Khalifah Allah di bumiNya adalah aqidah
yang hak, dan bahawa Allah mengutus khalifah-khalifahNya pada setiap zaman,
sama ada mereka menzahirkan pengumuman supaya membantu mereka sebahagian
manusia apabila terdapat penerima, atau menyembunyikan pengumuman (membekukan)
apabila tidak ada penerima, Maka melalui mereka ditegakkan hujah ke atas manusia
dan mengugurkan alasan mereka,
﴿لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ
حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ﴾
Supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. [Al-Nisa’ 4:165].
Mereka menunjukkan kebenaran terhadap penyimpangan (kesalahan) penciptaan
(makhluk) dengan makrifah mereka, Dan juga mereka meneruskan kehendak Allah
dalam kerajaanNya; kerana mereka sahaja yang boleh melakukannya, maka selain
mereka tidak ada yang berupaya mengenal kehendakNya dan bagaimana menjalankan kerajaanNya.
Di sini, kita perlu memberi perhatian kepada bahawa aqidah yang benar ini
yang telah diterangkan di atas sesuai bagi asas pegangan orang yang menyedarinya
iaitu seorang mukmin yang waras, Dialah Allah pemilik sebenar bagi bumi ini dan
pengghuninya dan tiada seorang pun berkuasa pada kerajaan Allah tanpa izin-Nya
Yang Maha Suci, manakala iktiqad pemerintahan manusia samada undang-undang atau
untuk perlaksanaan atau untuk mengatakan boleh ditinggalkan kekhalifahan
bermakna bahawa terdapat satu kuasa (wilayah) selainNya SWT dalam kerajaanNya
tanpa izin-Nya, dan ia adalah jelas tidak sah (batil) bahkan dengan iktiqad ini
boleh membawa kepada membatalkan ketuhanan mutlak..
Dengan itu, tertolaklah perkataan Ahl Al-Sunnah dan yang lain dari
mereka yang melantik di kalangan manusia, [secara Syura atau membaiah
Ahlul-Halli wal-‘Aqdi (di kalangan ulama dan tokoh-tokoh agama) atau yang memenangi
atau apa jua cara lain.)
Maka bumi ini dan pengghuninya serta langit termasuk apa yang dicipta
oleh Allah, Dialah pemilik kesemuanya. Maka kerajaan adalah milik Allah, dan Dan
menetapkan keutamaan bahawa kuasa kerajaan pemilik sebenar (haqiqi) dan bukan
untuk sesiapa sahaja menguasai kerajaan yang lain tanpa izinNya, maka Ahl Al-Sunnah
telah memindahkan (berdalil) hak kekuasan milik Allah kepada manusia dan menjadikan
pemerintahan milikNya Yang Maha Suci kepada manusia dan mereka mempunyai hak
untuk melantik sesiapa yang mereka kehendaki sebagai pemerintah dalam kerajaan
Allah tanpa dalil muktamad (qath’ei) adalah amalan merampas hak Allah dan mengatasi
Allah Yang Maha Suci, dan mereka tidak boleh keluar melainkan mengakui bahawa pemerintahan
adalah milik Allah dan perlantikan adalah di tangan Allah SWT. Dan ini
membuktikan bahawa hak (milikan) pada keluarga Muhammad (as) atau Ahl Al-Sunnah
hendaklah mendatangkan dalil muktamad (qath’ei) bahawa Allah telah membenarkan manusia
melantik sesiapa yang mereka kehendaki, tetapi sebenarnya ini tidak wujud. Kerana
semua aqidah diambil dengan dalil-dalil yang qath’ei dan mereka pula tidak
mempunyai dalil qath’ei (kukuh) atas perkataan mereka.
Keterangan dalam bentuk yang lain
Pada asasnya wilayah (kekuasan) adalah milik Allah, dan kekhalifahan adalah
satu cabang dari asas ini. Maka wilayah (kekuasan) khalifah adalah cabang wilayah
(kekuasan) Allah, dan tiada sesiapa yang berhak untuk memindahkan wilayah Allah
kepada selainNya melainkan dengan dalil yang qath’ei.
Pegangan asas (Al-Ushul) bahawa wilayah (kekuasan) adalah tetap kepunyaan
Allah atas manusia. Wilayah (kekuasan) bukan untuk manusia menguasai manusia melainkan
terdapat dalil yang qath’ei. Adapun orang-orang yang mengatakan bahawa pemerintah
- atau seorang daripada khalifah-khalifah mereka - tidak mempunyai bidang kuasa
(wilayah) ke atas manusia maka tidak sah pemerintahannya dan telah terbatal,
atau mereka mengatakan bahawa ia mempunyai bidang kuasa (wilayah) ke atas manusia
seperti kedudukan perlantikan dari Allah, mereka perlu membawa dalil yang qath’ei
dan nash Ilahi yang khusus bagi setiap orang yang mendakwa dia adalah khalifah yang
mempunyai wilayah atas manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan