Sabtu, 1 Oktober 2016

Zaman Terputusnya Utusan Allah




Zaman-zaman Al-Fatrah
(terputus; tertangguhnya utusan /kosongnya risalah)


Orang-orang mukallaf yang berhadapan dengan mana-mana utusan (Khalifah) yang didahului oleh tempoh selang (terputus), mereka tidak ditaklifkan (tidak diberati) untuk mengenal keadaan manusia terdahulu dalam zaman Al-Fatrah yang mendahului Khalifah yang diutus, dan ke manakah nasib mereka, sama ada mereka pergi ke syurga atau ke neraka, dan mereka tidak diwajibkan beramal; kerana zaman telah berakhir, mereka adalah orang-orang yang telah mati dan telah berlalu zaman tanggung jawab mereka, dan tanggung jawab (taklif) mereka adalah berhadapan dengan orang yang diutus dengan mencari dalil dan untuk beriman kepadanya dan tidak sibuk bertanya tentang keadaan orang-orang yang terdahulu dan nasib mereka, apakah menjadi amalan mereka, adakah mereka lalai atau tidak, dan adakah kecuaian mereka membawa mereka ke nereaka atau tidak – semoga dilindungi Allah..

Inilah sebabnya Allah berfirman menyanggah Firaun melalui lisan Musa (as), (عليها ِعند ربي)
Perkara itu ada di sisi Tuhanku

Firaun berkata:
 
  ﴿قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَىٰ﴾  

Berkata Fir'aun: "Maka bagaimanakah keadaan umat-umat yang dahulu?" [Taha 20:51]

Jawapan Ilahi dari Musa (as):

﴿قَالَ عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي فِي كِتَابٍ ۖ لَّا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنسَى﴾

Musa menjawab: "Pengetahuan tentang itu ada di sisi Tuhanku, di dalam sebuah kitab, Tuhan kami tidak akan salah dan tidak (pula) lupa; [Taha 20:52]

Jawapan ketuhanan kepada Firaun melalui lisan Musa (as) bermaksud: jangan tanyakan kurun-kurun terdahulu, dengan tujuan untuk meringan-ringankan kaum kamu dengan kemuskilan tersebut; kerana soalan itu tiada kaitan dengan perkara yang sedang di tangani, iaitu Musa (as) dibangkitkan (diutus) secara sah, demi untuk membatalkan kepercayaan Firaun dan kaumnya pada masa itu.

Sesungguhnya soalan "Bagaimana pula dengan abad-abad awal," atau "Mengapa manusia tidak diperlakukan sebelum kamu dibangkitkan (diutus), wahai orang yang diutus?", ia adalah soalan atau kekeliruan yang sentiasa digunakan oleh ulamak sesat untuk mewajarkan pendekatan mereka yang batil; kerana tidak lain mereka terperangkap dengan pendekatan mereka itu, di mana mereka mendakwa bahawa tidak ada penggantian Ilahi sebelum dibangkitkan utusan!

Jika ada kesalahan, mengapa Allah tidak mengutus sebelum kamu utusan-utusan yang membetulkan (islah) kesalahan dan kesesatan-kesesatan itu!

Mengapa pengislahan ditangguhkan selama ini, dan tidakkah berdosa orang-orang terdahulu?!

Begitulah yang dihadapi oleh penganut  agama-agama Hanif, Yahudi dan Kristian dan begitu juga dihadapi oleh penganut agama Muhammad (S) satu bentuk kekeliruan yang sama, ia adalah: Apabila rujukan pendekatan ulamak batil (sesat) maka di manakah penggantian ilahi pada zaman-zaman dahulu itu? Mengapa tidak diutus tempoh fatrah (terputus) yang panjang itu, mengapa pula ada tempoh Al-Fatrah (terputus):


﴿يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ﴾
  
Wahai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu ketika terputus (pengiriman) rasul-rasul. [Al-Maidah 5:19]

Mengapa tidak diberikan peringatan kepada bapa-bapa kami, Engkau biarkan mereka dalam kelalaian dan kesesatan sekiranya mereka sesat atau mengikut jalan yang bid’ah tersesat yang tidak diredhai Allah?

﴿لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ﴾

Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. [Yassin 36: 6]


Masalah Yang Sama Kini Diperbaharui.


Jadi, dalam keadaan ini tidak ada salahnya menerangkan makna Al-Fatrah (tempoh terputus) dan yang menyebabkannya, dan keadaan orang-orang dahulu atas perutusan rasul-rasul dalam zaman-zaman Al-Fatrah.

Al-Fatrah: adalah zaman yang tidak ada utusan (rasul) yang diutus dan diperintahkan untuk menyampaikan risalah kepada manusia. Dalam zaman Al-Fatrah (tempoh terputus) mungkin ada Rasul yang dilantik dan ianya telah ditetapkan Allah dengan ilmu pengetahuan, tetapi oleh kerana tidak wujud para penerima tidaklah Allah memerintahkannya untuk menyampaikan dakwahnya,


﴿لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ... وَسَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴾


Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai... Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman.. [Yassin 36: 6 dan 10]

Tidaklah bijak untuk menyampaikan dakwah pada hal tidak ada yang menerimanya dan tidak wajar hasil menyampaikan dakwahnya itu, dan kewujudan rasul itu dalam keadaan ini adalah selaras dengan kebijaksanaan, kerana ia menegakkan hujjah kepada manusia, supaya tidak ada alasan bagi manusia dan wujudnya orang yang mempunyai hujah dengan kewujudan rasul itu. Maka jadilah zaman itu suatu zaman Fatrah (terputus) yang wujud padanya rasul sebagai Khalifah Allah di bumiNya dan hujahNya atas hamba-hambaNya, atau dari lantikanNya – pada zaman dia dighaibkan atau diangkatNya [1] - tetapi tidaklah diperintahkan untuk menyampaikan dakwah walaupun tempoh Fatrah (terputus) itu panjang dan terdapat ramai rasul-rasul, dan bagi zaman Fatrah yang ditunjukkan Allah SWT mengenainya:

﴿يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا مَا جَاءَنَا مِن بَشِيرٍ وَلَا نَذِيرٍ ۖفَقَدْ جَاءَكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
  
Wahai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu ketika Fatrah (terputus) rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan: "Tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.. [Al-Maidah 5:19]

Dan perkataan "Fatrah" dalam ayat tersebut tidak bermakna pemberhentian sepenuhnya, ia bermakna kelemahan dan kelesuan (sikap tidak peduli), iaitu, para rasul dalam zaman Fatrah wujud, tetapi terdapat (Fatrah) tempoh berdiam diri dalam kepentingan kerasulan mereka, dimisalkan kurangnya tanggungjawab mereka untuk menyampaikan risalah ketuhanan atas  kurangnya kepercayaan bahawa rasul-rasul itu adalah hujah ke atas seluruh manusia dan orang-orang yang menyedari akan kehendak Allah SWT, punca yang menyebabkan tiadanya tanggungjawab untuk menyampaikan risalah ditambah pula dengan tiadanya penerima. juga adalah rahmat Allah kepada manusia, orang-orang mukmin memikul beban kebenaran lebih besar berbanding kebatilan dan sebahagian iktiqad mereka mengandungi kebatilan, dan malangnya mereka gagal untuk menerima utusan dari yang ghaib, ini tidak bermakna bahawa mereka tidak kekal dalam nereka. Sesungguhnya rahmat Allah diperlukan pada masa lalu tetapi oleh kerana tiadanya penerima maka dengan rahmat Allah kepada mereka tidak dijadikan Rasul bersedia menyampaikan kepada mereka dan mengumumkan seruan dakwahnya untuk semua manusia; kerana jika disampaikan kepada mereka tetapi mereka tidak menerimanya akan membuat mereka layak dimasukkan ke neraka jahanam, dan dengan itu Allah membiarkan mereka dengan rahmatNya dan tidak memerintahkan supays disampaikan kepada mereka serta mengembalikan mereka ini pada urusan Allah dalam zaman Fatrah tersebut.
  
﴿وَآخَرُونَ مُرْجَوْنَ لِأَمْرِ اللَّـهِ إِمَّا يُعَذِّبُهُمْ وَإِمَّا يَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾
  
Dan ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; adakalanya Allah akan mengazab mereka dan adakalanya Allah akan menerima taubat mereka. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Al-Taubat 9:106]
            
Itulah sebab yang menyebabkan Al-Fatrah, dengan tiadanya penerima, dan juga menjadikan Al-Fatrah mewakili rahmat kepada manusia.

Dan kita dapati Dia SWT menerangkan dengan jelas dan menyempurnakan masalah Al-Fatrah serta keadaan manusia yang terlibat dengannya, dan mengapa tidak diutuskan kepada mereka, dan apakah keadaan mereka jika Dia Yang Maha Suci akan mengutuskan kepada mereka
  
﴿لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّا أُنذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ ۞ لَقَدْ حَقَّ الْقَوْلُ عَلَىٰ أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ۞ إِنَّا جَعَلْنَا فِي أَعْنَاقِهِمْ أَغْلَالًا فَهِيَ إِلَى الْأَذْقَانِ فَهُم مُّقْمَحُونَ ۞ وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ  ۞ وَسَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ۞ إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَـٰنَ بِالْغَيْبِ ۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ ۞ إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُّبِينٍ﴾
  
Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. * Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, kerena mereka tidak beriman. * Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka bertengadah. * Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. * Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman. * Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. * Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata. [Yasin: 36 6 - 12]

Dan ayat-ayat di atas menerangkan punca-punca Al-Fatrah adalah kerana tiadanya para penerima: [Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka ataukah kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman] juga menerangkan dengan jelas bahawa sebab diutus Rasul untuk menyampaikan dakwah kepada manusia dan memberi peringatan kepada mereka selepas tempoh Al-Fatrah sebelumnya dan telah wujudnya penerima: [Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah] dan dalam kedua-dua keadaan Yang Maha Bijaksana (Al-Hakim) telah mengutus dan menyampaikan samada ada atau tidak rahmat ketuhananNya dan ilmuNya yang mutlak terhadap keadaan hamba-hambaNya: [Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata.], dengan itu maka diperlukan Rahmat dengan tidak memerintahkan orang yang diutus ini memberi peringatan dan menyampaikan dakwah apabila tidak ada penerima, dia membiarkan hamba-hambaNya dengan menangguhkan perintahNya, manakala mengutus pemberi peringatan dan menyampaikan dakwah apabila didatangkan penerima dengan dikeluarkan auliakNya yang tinggi darjat mereka dan mereka akan menolong rasulnya yang diperintahkan Allah SWT. Sesungguhnya Al-Quran telah menerangkan bahawa para rasul yang telah menyampaikan dan mengumumkan dakwah mereka dijauhkan dari mengumumkan kerasulannya[2],


﴿مَّا كَانَ اللَّـهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ۚوَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ  مَّا كَانَ اللَّـهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ۚوَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ  ﴾
  
Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar. [Al-Imran 3:179]
            
Masalah dibiarkan manusia dengan ditangguhkan perintah Allah tidak terhad kepada zaman Fatrah yang tidak diumumkan risalah utusanNya kepada manusia, bahkan juga ada zaman-zaman yang diumumkan risalah utusanNya di dalamnya kepada sebahagian manusia, tetapi ia tidak diumumkan sebahagian daripada mereka untuk pembaikan atau manfaat besar seperti taqiyah atau memelihara nyawa mereka atau mana-mana perintah yang dikehendaki Allah .

Dan perkara ini berlaku sehingga kepada sebahagian anak-anak Imam-imam [3]

Dan riwayat di bawah ini [4], adalah ungkapan mengenai perbincangan di antara Zaid bin Ali dan Mu’min Al-Thaaq dan atas persetujuan Imam Shadiq (as) kepada Mu’min Al-Thaaq bahawa Imam Ali bin Al-Hussein (as) membiarkan anaknya menangguhkan perintah Allah dan ia mempunyai syafaat::



عن مؤمن الطاق واسمه محمد بن علي بن النعمان أبو جعفر الإحول، قال: كنت عند أبي عبد الله (ع) فدخل زيد بن علي فقال لي: يا محمد بن علي أنت الذي تزعم أن في آل محمد إماما مفترض الطاعة معروفا بعينه ؟ قال: قلت: نعم كان أبوك أحدهم. قال: ويحك فما كان يمنعه من أن يقول لي فو الله لقد كان يؤتى بالطعام الحار فيقعدني على فخذه ويتناول البضعة فيبردها ثم يلقمنيها، أ فتراه كان يشفق على من حر الطعام ولا يشفق على من حر النار؟ قال: قلت: كره أن يقول لك فتكفر فيجب من الله عليك الوعيد ولا يكون له فيك شفاعة، فتركك مرجئ لله فيك المشيئة و له فيك الشفاعة.




·      Mu’min Al-Thaaq bernama Muhammad bin Ali bin Al-Nu’man Abu Jaafar Al-Ahwal, berkata: saya berada di sisi Abi Abdillah (as) Zaid bin Ali masuk bertemuku lalu berkata berkata kepadaku: Wahai Muhammad bin Ali engkaukah yang mendakwa bahawa keluarga Muhammad adalah Imam yang sepatutnya ditaati yang khususnya dikenali? Katanya, Aku berkata: Ya, bapa kamu adalah salah seorang daripada mereka. Beliau berkata: Celakalah apa yang akan menghalangnya daripada aku mengatakannya, maka demi Allah sesungguhnya telah dibawa makanan panas yang melemahkanku.pada pahanya dan mengambil bahagian-bahagian lain lalu menyejukkannya kemudian memberikan makanannya kepadaku, Apakah apabila ia sejuk takut untuk dipanaskan makanan dan tidak takut dengan panasnya api neraka? Katanya lagi, Aku berkata:: Aku tidak suka untuk mengatakannya kepada kamu maka keingkaran kamu perlukan ancaman dari Allah kepada kamu dan jangan sampai Dia tidak memberikan syafaat kepada kamu, Maka kamu dibiarkan dan penangguhan adalah milik Allah maka bagi kamu kebebasan dan bagiNya untuk kamu adalah syafaat. [5]

Dari Mu’min Al-Thaaq, katanya:

·      Zaid bin Ali berkata: Wahai Muhammad bin Ali telah sampai berita kepada ku bahawa engkau mendakwa, bahawa pada Aali Muhammad imam-imam (imamah) yang sepatutnya ditaati!. Katanya, Aku berkata: Ya, dan bapa kamu adalah Ali Ibn Al-Hussein salah seorang daripada mereka. Maka Beliau berkata, dan bagaimana ia telah dibawa padaku seketul yang masih panas lalu disejukkan dengan tangannya dan kemudian memberikannya kepadaku. Apakah apabila ia sejuk takut untuk dipanaskan makanan itu dan tidak takut dengan panasnya api neraka? Aku berkata kepadanya, Aku tidak suka untuk memberitahu kamu kerana keingkaran kamu, jangan sampai Dia tidak memberikan syafaat kepada kamu. Tidakkah Allah memberikan kebebasan bagi kamu. Lalu Abu Abdillah (as) berkata: Dia telah mengambil dari hadapan dan belakangnya maka Tidaklah aku tinggalkan untuknya jalan keluar [6]

Dalam (Kitab) Al-Kafi:

·      Dari beberapa orang sahabat kami dari Ahmad bin Isa dari Ali bin Al-Hukm dari Aban, katanya ceritakan padaku mengenai Zaid bin Ali bin Al-Hussein (as) yang dibangkitkan kepadanya sebagai penyamar. Beliau berkata, Aku mendekatinya, lalu berkata kepadaku Aba Jaafar,  kamu katakan, Jalan kamu adalah jalan daripada kami, keluarlah bersamanya, lalu aku katakan kepada beliau, walaupun ia adalah bapa tuan atau saudara tuan aku keluar bersamanya. Lalu dia berkata kepadaku, Aku ingin keluar berjihad dengan orang-orang ini, maka keluarlah bersamaku, Aku berkata, tiada apa yang aku lakukan, semoga aku menjadi tebusan tuan. Maka dia berkata kepadaku, Adakah dirimu ingin beramaku. Aku katakan, Sesungguhnya inilah diriku yang satu, ia adalah hujah kepunyaan Allah di bumi, maka mengingkari mahkota dan keluar bersama tuan adalah binasa.  Dan jika tuan tidak dijadikan hujah milik Allah di bumi, maka meningkari mengenai tuan dan keluar bersama tuan adalah sama sahaja. Lalu dia berkata kepadaku, Ya Aba Jaafar, aku sedang duduk bersama bapaku dengan hidangan makanan, maka dihidangkan kepadaku bahagian berlemak dan disejukkan bagi ketulan panas sehingga sejuk kerana bersimpati kepadaku dan tidak takut dengan panasnya api neraka apabila diberitahu kepada kamu oleh agama dan tidak diberitahu kepadaku. Lalu aku berkata kepadanya, Semoga aku menjadi tebusan tuan daripada takutnya tuan dengan panasnya api neraka, tidak pernah tuan khabarkan ketakutan tuan adalah bahawa tuan tidak diterimanya, maka akan dimasukkan ke dalam api neraka dan dikhabarkan padaku jika aku menerima aku terselamat tetapi jika tidak menerima tidak akan dipedulikan dan akan dimasukkan ke neraka. Kemudian aku berkata kepadanya, Semoga aku menjadi tebusan tuan, Adakah tuan lebih utama atau para nabi? Katanya, bahkan para nabi, kata Ya’kub kepada Yusuf, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu kerana mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu.  Sebab itu jangan kamu memberitahu mereka sehingga mereka tidak berkhianat. Tetapi diamkan mereka sebagai mana bapa tuan mendiamkan tuan kerana bimbangkan tuan. Maka katanya lagi, Demi Allah, jika aku mengatakannya nescaya akan dicakapkan sahabat kamu di Madinah dan aku aku dibunuh dan disalib di kawasan sampah walaupun dia telah memberitahu mereka untuk membunuh ku dan menyalibku. Maka aku pun mengerjakan haji dan aku ceritakan kepada Aba Abdillah (as) mengenai ulasan Zaid dan aku tidak berkata kepadanya. Maka dia berkata kepadaku, Ambillah ia dari hadapan, dari belakang, dari sebelah kiri dan kanan, dan dari atas kepalanya dan di bawah kakinya dan tidak meninggalkan padanya jalan bagi aluannya. [7]


--------------------------
[1] Seperti keadaan Elia, Isa dan Muhammad bin al-Hasan (Shalawatu Allah 3alaihim Ajma3in).
[2] Iaitu orang-orang yang diperintahkan menyampaikan dakwah dan telah sampai menerima atau orang-orang yang tidak diperintahkan menyampaikan dakwah pada asalnya seperti dalam zaman-zaman Al-Fatrah.
[3] Tidak dinafikan bahawa tidak sampai imamah kepada sebahagian anak-anaknya tentang Imamahnya jika kepentingan dikehendaki sedemikian, dan tidak boleh seorangpun membuat tuntutan bahawa dia lebih arif daripada Imam, kerana dia (Imam) berhubung dengan Allah dan diwahyukan kepadanya oleh Allah.
[4] Lihat: Lampiran 1
[5] Rijal Al-Kasyi, halaman 187
[6] Rijal Al-Kasyi, halaman 187.
[7].Al-Kafi Al-Kulani, Jilid 1, halaman 1



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya



Tiada ulasan: