Jumaat, 28 Oktober 2016

Kedua: Ilmu


Kedua: Ilmu


Khalifah Allah seorang yang alim (berilmu)..Dia lebih menguasainya dari orang lain. Tidak ada seorang manusia pun lebih berilmu selain daripadanya dan dari ilmunya; kerana Allah mewahyukan kepadanya apa yang diperuntukkan dalam agama Allah, dan semua diperlukan oleh manusia di zamannya dalam agama mereka. Ilmu yang wajib di sini adalah ilmu agama, yang diperuntukkan kepada Khalifah Allah untuk disampaikan kepada manusia, Khalifah Allah mesti ada perhubungan dengan Allah dan Allah mengajarnya apa yang diperlukan untuk menyampaikan risalah dan agamaNya yang benar dan diredhai Allah kepada manusia, dan semua peruntukan terkini perundangan Ilahi dan qaul (kalimat) setiap bahagian dan penyelesaian apa yang diperselisihkan manusia mengenainya.

Mereka yang mencari kebenaran hendaklah menjadikan perkara ini – iaitu ilmu terkini yang diperuntukan dan qaul  (kalimat) setiap bahagian dan penyelesaian apa yang diperselisihkan manusia – yang menjadi dalil (bukti) kepadanya untuk mengenal Khalifah Allah yang disokong oleh dalil nash terhadapnya, tidak disyaratkan bagi Khalifah Allah mengetahui ilmu-ilmu pengajian atau penyelidikan mahupun ilmu-ilmu agama terdahulu seperti risalah khalifah-khalifah Allah yang mendahuluinya, Ilmunya itu hendaklah yang berhubung dengan Allah dan Allah sendiri yang mengajarkannya apa yang diperlukan dalam perutusan risalahnya yang dierintahkan Allah untuk menyampaikannya kepada manusia. Ini tidak bermakna bahawa semestinya ia menjadi Khalifah Allah yang jahil dengan risalah khalifah-khalifah Allah yang terdahulu atau ilmu-ilmu pengajian atau penyelidikan, tetapi hanya tidak diwajibkan dan tidak disyaratkan padanya untuk mengajarkannya atau mengetahui setiap satu darinya secara terperinci. Maka dia memperoleh ilmu dengan pencapaiannya atau ilham Ilahi atau kedua-duanya apabila diperlukannya, iaitu, dia belajar seperti yang lain dengan membaca, sebagai contoh, akan tetapi Allah memberi keyakinan kepadanya dengan menambahkan ilham Ilahi sebagai Khalifah Allah, terutama apabila ia berkaitan dengan agama, seperti membuktikan kewujudan Allah AWJ atau mempertahankan agama secara umum, Bagi mempermudahkan sebahagian iktiqad-iktiqad yang mendalam dan keperluan untuk ilmu dalam semua bahasa, atau memelihara bahasa dan yang serupa dengannya daripada kejahilan, seperti disifatkan pada pengaruh batu, akan dibincangkan dan diterangkan mengenai kejahilan mempercayainya.

Dan Khalifah Allah mungkin terpaksa berdiam diri di zaman fatrah (terputusnya) KhalifahNya, dan tidak diperlihatkan ilmunya pada zaman-zaman fatrah (terputus) tersebut. Pada masa itu tidak ada penerima kebenaran, , atau diberhentikan keperluannya atas kehendak Allah AWJ, Ia telah melaksanakan tugas pertamanya iaitu tanggung jawab menyerahkan 
Khalifah Allah selepasnya. Maka membawa amanah khilafah Allah adalah tugas yang diberikan kepada Khalifah Allah, dan dia mesti melaksanakan semua tugas yang boleh agar perkara ini dalam bentuk terbaik yang dipegang oleh Al-Hujah kepada manusia, dan mereka tidak dibiarkan dengan menjadikan alasan untuk mengikut jejak langkah syaitan, dan dibiarkan dari agama Allah, atau Khalifah Allah yang berikutnya.

Dia AWJ berfirman:

﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [Al-Nisa’ 4:58]
      

 Yang dimaksudkan ialah menyampaikan Khalifah Allah kepada Khalifah yang berikutnya mestilah dilaksanakan oleh Khalifah terdahulu dengan mengemukakan penyerahan; kerana ia adalah amanah Ilahi di lehernya (atas tugasnya), tetapi ini mungkin terpaksa dirahsiakan untuk melindungi hayatnya, walaupun sebahagian perlaksanaannya khusus bagi khalifah berikutnya atau sehingga kelahirannya, dan riwayat-riwayat di bawah menerangkannya:

Al-Kulaini: Al-Hussein bin Muhammad, dari Mu’la bin Muhammad, dari Al-Hassan bin Ali Al-Wasya’, dari Ahmad Ibn ‘Aa'izh, dari Ibn Azhinah, dari Yazid Al-‘Ijli katanya:

"سألت أبا جعفر عليه السلام عن قول الله عز وجل: " إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل قال: إيانا عنى، أن يؤدي الأول إلى الامام الذي بعده الكتب والعلم السلاح " وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل الذي في أيديكم، ثم قال للناس: " يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ إيانا عنى خاصة، أمر جميع المؤمنين إلى يوم القيامة بطاعتنا، فإن خفتم تنازعا في أمر فردوه إلى الله وإلى الرسول وإلى اولي الامر منكم، كذا نزلت وكيف يأمرهم الله عز وجل بطاعة ولاة الامر ويرخص في منازعتهم إنما قيل ذلك للمأمورين الذين قيل لهم، " أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم

"Aku bertanya kepada Aba Jafar (as) mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” Beliau berkata: Hanyalah kepada kami, dan mengenaiku, bahawa yang pertama disampaikan kepada Imam, yang selepasnya adalah kitab, ilmu dan senjata," dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil yang berada di tangan kamu, dan kemudian berkata kepada manusia itu:"
Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Al-Rasul, dan Ulil Amri di kalangan kamu Hanyalah kepada kami, mengenaiku secara khusus, diperintahkan kepada semua orang-orang mukmin sampai hari kiamat supaya mentaati kami, Maka jika kamu takutkan pertelingkahan dalam urusan itu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan kepada Al-Rasul, dan kepada Ulil Amri di antara kamu, begitulah diturunkan dan bagaimana Allah AWJ memerintahkan kepada mereka mentaati penguasa (Wulaat Ul-Amr)  dan dipandang rendah dalam pertikaian mereka. Sesungguhnya dikatakan demikian bagi mereka yang mempunyai tanggungjawab untuk mengatakan: "Taatlah Allah dan taatilah Al-Rasul, dan Ulil Amri di kalangan kamu [1]

Al-Kulaini: Al-Hussein bin Muhammad, dari Mu’la bin Muhammad, dari Al-Hassan bin Ali Al-Wasya’, dari Ahmad bin ‘Umar katanya:: Aku bertanya Al-Reza (as) mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya," kata beliau: mereka adalah Imam-imam dari Aali (keluarga) Muhammad (S) dan yang disampaikan sebagai Imam pemegang Amanah sebagai pengganti selepasnya dan tidak dikhaskan selain daripadanya dan tidak dipisahkan selain darinya [2]

Al-Kulaini:: Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad, dari Al-Hussein bin Said, dari Muhammad bin Al-Fadhil dari Abi Al-Hassan Al-Ridha (as) mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya," kata beliau: mereka adalah Imam-imam, Imam yang menyampaikan kepada Imam selepasnya, dan tidak dikhaskan selain daripadanya dan tidak dipisahkan selain darinya [3]

Al-Kulaini:: Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad, dari Muhammad bin Sinan, dari Ishak bin ‘Ammar, dari Ibn Abi Ya’fur, dari Al-Mu’la bin Khanis katanya: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya," Beliau berkata, Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada Imam yang pertama untuk mengangkat Imam selepasnya, kesemuanya dari dia. [4]

Al-Shaduq: - diriwayatkan Al-Mu’la bin Khanis dari Al-Shadiq (as), katanya "Aku berkata kepadanya mengenai firman Allah AWJ:" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil." Beliau berkata: Imam-lah yang akan mengangkat dari sisinya untuk Imam selepasnya, dan memerintahkan Imam supaya menetapkan hukum dengan adil, dan memerintahkan manusia supaya mengikut mereka"[5].

Al-Ttusi: Muhammad bin Ali bin Mahbub, dari Muhammad bin Al-Hussein bin Abi Al-Khattab, dari Shafuan bin Yahya, dari Abi Al-Ma’za, dari Ishak bin ‘Ammar, dari Ibn Abi Ya’fur, dari Al-Mu’la bin Khanis katanya, dari Aba Abdillah (as) katanya "Aku berkata kepadanya mengenai firman Allah AWJ: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” Beliau berkata: Imam-lah yang akan mengangkat  dari sisinya kepada Imam selepasnya, dan memerintahkan Imam supaya menetapkan hukum dengan adil, dan memerintahkan manusia supaya mengikut mereka.[6].

Dengan itu, Firman yang dipetik di atas: 


﴿إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا﴾

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,



Dari Ahmad bin Mehran, dari Muhammad bin Ali, dari Abi Al-Hakim Al-Ramni katanya: Dikhabarkan padaku Abdullah bin Ibrahim bin Ali Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, dari Yazid bin Salith Al-Zaidi, telah berkata Abu Al-Hakim: Dikhabarkan padaku Abdullah bin Muhammad bin ‘Ammarah Al-Jurni dari Yazid bin Salith, dia berkata, Aku bertemu dengan Aba Ibrahim (as) dan dalam perjalanan sewaktu  kami mahu mengerjakan Umrah. Dalam perjalanan aku berkata, semoga aku menjadi tebusan tuan, Adakah betul kedudukan di mana kita berada ini? Dia berkata, Ya. Adakah betul pada kamu? Jawabku, Ya, Aku dan bapaku bertemu tuan di sana dan tuan bersama Abi Abdillah (as) dan bersamanya ada saudara tuan, maka bapaku berkata kepadanya, Demi Bapa dan ibuku sebagai btebusan bagimu, Tuan-tuan semua adalah imam-imam suci dan kematian tidak dapat dihalang oleh seorang pun. Maka berbicaralah kepadaku sesuatu bicara yang yang dapat kusampaikan kepada penggantiku selepas kematianku supaya tidak tersesat. Beliau berkata: Ya, Aba Abdillah mereka semua anak-anakku dan ini penghulu mereka sambil menunjuk ke arah kamu. Dis mempunyai Ilmu Kebijaksanaan, sangat memaham, murah hati dan arif dengan apa yang diperlukan manusia dan apa yang mereka perselisihkan dalam agama dan jiwa mereka. dan padanya sebaik-baik akhlak dan sebaik-baik penyelesaian dia adalah pintu dari pintu-pintu Allah AWJ dan padanya yang lain lebih baik daripada semua itu. Maka dia berkata kepadanya, Demi bapa dan ibuku sebagai tebusan bagimu Beliau (as) berkata daripadanya Allah AWJ memberikan pertolongan kepada umat ini dan pertolongannya, cahayanya, penyelesaiannya dan kebijaksanaan yang terbaik sejak dilahirkan dan sebaik-baik tunas simpanan Allah AWJ, padanya darah dan dengannya diperbaiki hubungan, dengannya direlaikan kekusutan, dipecahkan perselisihan dan dengannya berpakaian orang yang telanjang, dan kenyang bagi yang lapar. dan dengannya beriman orang yang takut, dan kerananya Allah menurunkan hujan dan merahmati  hamba-hamba sebagai manfaat yang tua dan yang muda. Perkataannya bijaksana dan ilmunya mendiamkan manusia menerangkan apa yang mereka perselisihkan dengan mengetuai puaknya pada masa kematangannya. Maka dia berkata kepadanya, Demi bapa dan ibuku sebagai tebusan bagimu, Adakah telah dilahirkan. Katanya, Ya dan telah berlalu bertahun-tahun, berkata Yazid, Maka datang kepada kami orang yang kami tidak dapat bercakap dengannya. berkata Yazid kepada Abi Ibrahim (as) Maka khabarkan kepadaku, tuan seperti yang dikhabarkan kepadaku oleh bapa tuan (as) Lalu dia berkata kepadaku, Ya, bahawa zamannya bapaku (as) bukanlah zaman ini. Aku berkata kepadanya Maka sesiapa yang redha dengan tuan dengan perkara ini akan ia akan dilaknat Allah. Dikatakan, Abu Ibrahim ketawa dengan ketawa yang bersangatan, lalu berkata, dikhabarkan kepada kamu, Ya Aba ‘Ammarah, bahawa aku keluar dari rumahku, maka aku wasiatkan kepada anakku Si Fulan dan bersama-sama dengan anak-anakku (yang lain) pada zahirnya dan pada batinnya seorang sahaja. Walaupun perkara ini pada Al-Qasim anakku kerana kasihku dan aku menaruh kasih kepadanya tetapi ia pada Allah AWJ jua yang terjadi mengikut kehendakNya. Sesungguhnya telah datang kepadaku khabar dari Rasulullah (S) kemudian aku melihatnya dan terlihat kepadaku siapa yang akan menjadinya (memegangnya) dan itu semua tidak diwasiatkan kepada salah seorang daripada kami sehinggalah datang perkhabaran dari Rasulullah (S) dan datukku Ali (shalawatu Allah 3alaihi), dan aku melihat bersama Rasulullah (S) ada cincin dan pedang, tongkat, sebuah kitab dan serban, lalu aku berkata, apa ini wahai Rasulullah baginda bersabda kepadaku, Adapun serban adalah kekuasaan Allah AWJ, pedang adalah Kemuliaan Allah TWT, kitab adalah cahaya Allah TWT, tongkat adalah kekuatan Allah, dan cincin pengumpul semua perkara-perkara ini. kemudian baginda bersabda kepadaku dan perkara ini telah keluar daripada kamu kepada orang lain. Maka aku berkata, Wahai Rasulullah perlihatkan padaku yang mana satu dari mereka, Rasulullah (S) bersabda Tidak ku lihat seorang pun daripada imam-imam itu merasa sedih atas perbezaan perkara ini daripada engkau walaupun imamah itu dengan penuh kasih sayang pasti Ismail akan lebih dikasihi bapamu daripada kamu tetapi itu adalah dari Allah AWJ dan kemudian Abu Ibrahim berkata, dan aku melihat anak-anakku semua yang masih hidup dan yang telah mati, Lalu Amir ALMukminin (as) berkata kepadaku, inilah ketua mereka sambil menunjukkan ke arah anakku Ali, dia adalah dariku  dan aku dari dia, dan Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. Yazid berkata, kemudian Abu Ibrahim (as) berkata, Ya Yazid, ia adalah amanah kepada kamu, jangan diberitahu mengenainya, melainkan kepada orang yang berakal atau hamba yang benar-benar mengenalinya, jika diminta  kepadamu kesaksian maka berikanlah kesaksian padanya, kerana ia adalah firman Allah AWJ 
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya. Dan Dia juga berfirman kepada kita: 
ومن أظلم ممن كتم شهادة عنده من الله
dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan kesaksian yang ada padanya dari Allah?"
Katanya maka Abu Ibrahim (as) berkata, Aku pergi bertemu Rasulullah (S) Maka aku berkata, Aku telah menhimpunkan mereka, demi bapa dan ibuku, siapakah di antara mereka? Baginda bersabda, dialah yang melihat dengan cahaya Allah AWJ, mendengar dengan kefahamanNya, berbicara dengan kebijaksanaanNya, menjaga bukan menyalah gunakan, dan yang mengajar bukan yang memperbodoh, dia seorang pengajar yang bijaksana dan berilmu, dia ini adalah anakku dibawa di tangan Ali, kemudian bersabda, Tidak kurang kedudukanmu bersamanya. Jika pulang dari perjalananmu maka berpesanlah dan perbaiki  urusanmu dan kosongkan apa yang kamu mahu, kerana kamu berpindah dari mereka dan orang lain yang berhampiran Jika kamu  inginkan serulah Ali untuk memandikan kamu dan mengkafankan kamu, kerana ia menyucikan kamu tidak meluruskan melainkan begitu dan sunnah itu telah berlalu yang meletakkannya di hadapan dan barisan saudara-saudaranya dan sepupu di belakangnya sekali maka akan berkembang atas kamu menjadi Sembilan orang. Maka ia menegakkan wasiatnya dan mengikuti kamu dan ketika kamu masih hidup, kemudian dikumpulkan anak-anaknya selepas mereka menjadi saksi kepada mereka dan memberi kesaksian kepada Allah AWJ dan cukuplah Allah sebagai saksi. kemudian Yazid berkata, Abu Ibrahim (as) telah berkata kepadaku, bahawa aku mengambil sunnah ini, dan perkaranya adalah untuk anakku Ali yang dinamakan Ali, sempena Ali yang pertama adalah Ali bin Abi Talib dan yang satu lagi adalah Ali bin Al-Hussein (as) telah diberikan kepadaku, maka mereka yang pertama memikul, menolong dan mengembalikan agamanya dan percubaannya (mehnahnya) serta percubaan yang lain, dan bersabar pada apa yang dibencinya dan dia tidak bercakap melainkan hanya selepas empat tahun kematian Harun. kemudian dia berkata kepadaku, Ya Yazid! Jika kamu melalui perkara seperti ini, menemui dan menerimanya maka bergembiralah bahawa ia akan dikurniakan anak yang terpercaya baginya. penyelamat yang barakah dan akan mengajarkan kamu niscaya aku datang kepadamu. Maka khabarkanlah perkara itu akan terus mengalir kepada mereka dari anak muda ini, mengalir dari kijang Ahl Bait mengalir dari Rasulullah (S) Ummi Ibrahim jika berupaya menyampaikan salam dariku maka akan dilakukan. Yazid berkata, Aku bertemu Abi Ibrahim (as) selepas itu iaitu Ali (as) pada mulanya, beliau berkata kepadaku, Yazid, apa yang dikatakan semasa Umrah, maka aku berkata, demi bapa dan ibuku sebagai tebusan pada tuan, itu sudah mencukupi untuk kamu. dan apa yang ada padaku dibelanjakan. Katanya Subhana Allah, tidak sekali-kali kami diamanahkan untuk kamu dan tidak memadai untuk kamu mengeluarkan kami sehingga kami mencapai tempat itu terlebih dahulu. Lalu Beliau berkata, Ya Yazid bahawa tempat ini sangat banyak tidak ditemui jiran kamu dan saudara pupuan kamu di dalamnya. Aku berkata, Ya ceritakanlah megenai khabar itu. Maka beliau berkata kepadaku Adapun pengaliran itu tidak datang  selepas apabila telah disampaikan salam darinya. Maka pergilah mereka ke Mekah ia memperolehnya pada tahun itu,  ia tidak mengambil masa yang lama, sehingga dikandung dan dilahirkan anak-anak itu. Yazid berkata dan mereka adalah saudara-saudara yang berharap untuk mewarisi secara melampaui batas saudara-saudaranya yang tidak bersalah dikatakan kepada mereka, Ishaq bin Jaafar, Demi Allah aku melihat dia sedang duduk bersama Abi Ibrahim di majlis yang saya tidak duduk di dalamnya. [7]




------------------------------

[1] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 276..
[2] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 276.. 
[3] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 276.. 
[4] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 277.. 
[5] Man La Yahduruhu Al-Faqih- Al-Shaduq Juzuk 3, hal. 3.
[6] Tahzhib Al-Ahkam- Al-Thusi: Juzuk 6, hal. 223.
[7] Al-Kafi - Al-Kulaini: Juzuk 1, hal. 314-315..



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya

Tiada ulasan: