Mukjizat Kebendaan Jasmani Dan Kedudukannya Dalam Agama
Allah:
Sebab dimasukan ke alam Jasmani ini adalah untuk menguji dan memilih manusia.
Allah berfirman:
﴿الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ
لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ
الْغَفُورُ﴾
Yang menjadikan kematian dan kehidupan,
supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, [Al-Mulk 67: 2]
Maka apabila manusia masuk ke dunia ujian tentulah tidak benar Pencipa Ujian Al-Hakim Al-Mutlak memberi keutamaan kepada sebahagian atas sebahagian yang lain dalam perjuangan ujian ini tanpa sebab, dan tidaklah betul untuk membatalkan ujian sebahagian daripada mereka dan memberikan mereka keputusan yang lebih baik tanpa sebab atau diberikan keutamaan mereka melakukannya.
Mukjizat Kebendaan berbentuk Jasmani (jisim
benda) tidaklah dijadikan suatu ukuran untuk dipakai dan untuk melontarkan syak wasangka orang-orang yang berselisih (khilaf), kerana ianya akan menjadi tarikan (paksaan) dan memansuhkan ukuran sesuatu yang ghaib, dan tidak melindungi iman kepada ukuran yang ghaib, dan memansuhkan sebahagian ujian terhadap orang-orang yang diuji, di mana terdapat mengutamakan sebahagian orang-orang yang diuji atas sebahagian yang lain tanpa sebab, kita dapati ia membatalkan keputusan ujian yang dilaluinya – atas ketetapan yang dicapainya - seolah-olah imannya adalah iman kebendaan semata-mata dan bahagian yang ghaib adalah sifar, dan kita dapati ia mendapatkannya oleh keutamaannya atas orang lain dan memperoleh syurga tanpa diuji, dan dengan itu keadilan tidak berlaku di kalangan orang-orang yang termasuk dalam ujian, dan untuk ini kita mengatakan yang berikut: Mesti diadakan mukjizat berbentuk jasmani (jisim
benda) - jika didatangkan - dalam had-had tidak membatalkan sunnah Ilahiyah untuk beriman kepada yang ghaib.
Sekiranya kita selidiki Nash agama yang ada di tangan kita, kita akan dapati yang berikut:
Dalam Al-Qur'an:
Pertama: Ayat-ayat menunjukkan bahawa para nabi yang membawa mukjizat dengan izin Allah, dan mungkin tidak dizinkan Allah:
﴿وَأَقْسَمُوا بِاللَّـهِ جَهْدَ
أَيْمَانِهِمْ لَئِن جَاءَتْهُمْ آيَةٌ لَّيُؤْمِنُنَّ بِهَا ۚ قُلْ
إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ ۖ وَمَا يُشْعِرُكُمْ أَنَّهَا إِذَا
جَاءَتْ لَا يُؤْمِنُونَ ﴾
Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan
segala kesungguhan, bahawa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat,
pastilah mereka beriman kepada-Nya. Katakanlah: "Sesungguhnya
mukjizat-mukjizat itu hanya berada di sisi Allah". Dan apakah kamu tidak
sedar bahawa apabila mukjizat datang mereka tidak akan beriman. [Al-An3aam 6:109]
﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ
مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا
أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ﴾
Mereka mengatakan:
"Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?"
Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan
sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata".[Al-3angkabut
29:50]
Kedua: Ayat-ayat yang menunjukkan mukjizat-mukjizat yang didatangkan menarik
(memaksa) dan tidak memelihara yang ghaib sedikitpun, tidak akan diterima iman melaluinya:
﴿هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا أَن تَأْتِيَهُمُ
الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ
رَبِّكَ ۗ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا
إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا
خَيْرًا ۗ قُلِ انتَظِرُوا إِنَّا مُنتَظِرُونَ﴾
Yang mereka nanti-nanti
tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka atau kedatangan Tuhanmu
atau kedatangan beberapa mukjizat Tuhanmu.
Pada hari datangnya mukjizat-mukjizat dari
Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang
belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa
imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu
(pula)". [Al-An3aam 6:158]
Ayat ini adalah jelas: [Pada hari datangnya mukjizat-mukjizat dari Tuhanmu,
tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum
beriman sebelum itu] apabila datang sebahagian ayat-ayat (mukjizat-mukjizat) Allah tidak lagi
akan diterima iman seseorang. Dengan ini kita tahu hakikat penerimaan taubat
kepada nafs (diri) yang terakhir. Jadi, tidak ada ruang di sini untuk menjadikan
makna, bahawa mukjizat-mukjizat ini membatalkan ujian, supaya menjadikan keadaan
manusia seperti mayat, yang keluar meninggalkan dunia ujian ini, yang tidak lagi
diterima iman dan amalannya, Iaitu, dibatalkan ujiannya atau dikatakan meletakkan
jawapan di hadapannya dengan jelas (mukjizat paksaan) dan tidak ada lagi makna untuk mencari
jawapan kepada soalan.. yang ditimbulkan.
﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ
الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا
وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ
الْمُسْلِمِينَ ۞ آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ
الْمُفْسِدِينَ ۞ فَالْيَوْمَ
نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ
كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾
Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut,
lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya
dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam
berkatalah dia: "Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang
dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri
(Muslimin)".* Apakah baru sekarang, padahal sesungguhnya kamu telah
durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Maka
pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi
orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia
lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami. [Yunus 10:90-92],
saya telah menulis dalam menerangkan makna ayat-ayat ini pada masa lalu
dan boleh dirujuk semula (Tafsir Ayat Dari Surah Yunus.)
Ketiga: Ayat-ayat menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman, apabila diturunkan
satu mukjizat, Allah menerima iman
mereka, dan iman mereka adalah diterima (benar):
﴿فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا
آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَىٰ .... وَمَن يَأْتِهِ مُؤْمِنًا قَدْ
عَمِلَ الصَّالِحَاتِ فَأُولَـٰئِكَ لَهُمُ الدَّرَجَاتُ الْعُلَىٰ ۞ جَنَّاتُ
عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ
جَزَاءُ مَن تَزَكَّىٰ﴾
Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur dengan
bersujud, seraya berkata: "Kami telah percaya kepada Tuhan Harun dan
Musa"..... Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman,
lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang
memperoleh kedudukan-kedudukan yang tinggi, * syurga 'Adn yang mengalir
sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan
bagi orang yang membersihkan diri. [Thaha 20:70-76]
Sebab diterima iman mereka adalah kerana mereka tidak mendapat jawapan
yang lengkap, tetapi mereka mendapatkan sebahagian jawapan lagi, iaitu apabila
orang-orang itu memberikan isyarat dan tanda-tanda yang memuaskan dalam menjawab
soalan yang diuji itu, walaupun ia adalah di peringkat yang rendah daripada jawapan
yang lain yang kurang memuaskan, tetapi hasil daripada ini juga diterima jawapan
darinya, kerana ia membuktikan bahawa dia mengetahui mengikut kadarnya, yang membolehkan
dia untuk mencapai jawapan walaupun dengan kadar kepuasan yang khusus, yang
bererti bahawa mereka tidak membatalkan ujian yang diletakkan di hadapan
mereka, jawapan kepada soalan-soalan ujian itu menjadikan jawapan mereka tidak
bernilai, dan supaya mereka tidak keluar dari ujian itu seperti dalam keterangan
"Kedua" di atas.
Keempat: mukjizat perlu menjadi sedikit kekeliruan:
﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ
رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ﴾
Dan kalau Kami jadikan rasul itu malaikat, tentulah Kami jadikan dia
seorang laki-laki dan, tentulah Kami meragu-ragukan atas mereka apa yang mereka
ragu-ragukan atas diri mereka sendiri.
[Al-An3aam 6:9]
Secara ringkas dari perkara di atas: Bahawa mukjizat-mukjizat datang, dengan izin
Allah, dan tidak atas permintaan manusia, Oleh itu manusia meminta mukjizat dan rasul mengabaikan
dari mengemukakannya, ini tidak bermakna rasul tidak berkelayakan. Juga:
Terdapat mukjizat-mukjizat yang diterima yang
manusia imani apabila didatangkan dan mereka melihatnya dan terdapat mukjizat-mukjizat yang tidak diterima
manusia untuk beriman apabila didatangkan. Juga: Allah mengatakan bahawa mukjizat ini jika diturunkan
akan membuatkan mereka keliru seperti firmanNya:[Dan kalau Kami jadikan rasul itu
malaikat, tentulah Kami jadikan dia seorang laki-laki dan, tentulah Kami
meragu-ragukan atas mereka apa yang mereka ragu-ragukan atas diri mereka
sendiri.]
Jadi, mukjizat-mukjizat yang diterima dan
beriman melaluinya adalah mukjizat-mukjizat,yang terdapat keraguan, dan meninggalkan ruang untuk beriman kepada yang ghaib, dan bagi mukjizat-mukjizat yang tidak diterima
untuk beriman melaluinya, ia adalah mukjizat-mukjizat,yang tidak terdapat keraguan di dalamnya, dan tidak ada ruang
bagi seseorang untuk meragukannya. Ini juga jelas dari kisah Nabi Musa, Maka
Firaun mampu meragukan dan mempersoalkan mukjizat tongkat Musa apabila ia
berubah menjadi ular:
﴿قَالَ آمَنتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ
لَكُمْ ۖ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ﴾
Berkata Fir'aun:
"Apakah kamu telah beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu
sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu
sekalian. [Taha 20:71)
﴿فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِندِنَا
قَالُوا لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَىٰ ۚأَوَلَمْ يَكْفُرُوا
بِمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُ ۖ قَالُوا سِحْرَانِ تَظَاهَرَا
وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ﴾
Maka tatkala datang kepada
mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: "Mengapakah tidak
diberikan kepadanya seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?". Dan
bukankah mereka itu telah ingkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada
Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: "Musa dan Harun adalah dua ahli
sihir yang bantu membantu". Dan mereka (juga) berkata: "Sesungguhnya
kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu"., [Al-Qashash 28:48]
Akan tetapi dia tidak mampu untuk meragukan dan mempersoalkan mukjizat membelah laut dan ia
tunduk dan berkata, saya beriman,
﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ
الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا
وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ
الْمُسْلِمِينَ﴾
Dan
Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun
dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga
bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya
bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan
saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslimin)". [Yunus 10:90],
Tetapi imannya tidak diterima, kerana beriman dengan mukjizat paksaan dan tiada
keraguan padanya, dan tidak menerima persoalan,
﴿آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ
الْمُفْسِدِينَ ۞ فَالْيَوْمَ
نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ
كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾
Apakah baru sekarang, padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami. [Yunus 10:91-92],
Bahkan sehingga kepada tahap mukjizat-mukjizat yang menerangkan
permintaan bercanggah dengan mukjizat dari Rasulullah Muhammad (S) seperti
firman Allah Taala:
﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ
مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا
أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ﴾
Mereka mengatakan:
"Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?"
Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan
sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata".[Al-3angkabut
29:50]
Maka ia sangat jelas bertentangan dengan apa yang dinukilkan oleh sejarah mengenai
mukjizat-mukjizatnya
di mana
mereka mungkin memahami sebahagian dari mukjizat-mukjizat ini dan ia tidak didatangkan
sebagai mukjizat,
dengan itu mereka meminta mukjizat, dengan berhujah bahawa mukjizat itu dari Allah, pada hakikatnya bahawa sebahagian
perkara ini adalah untuk meragukan mereka dengan Islam yang mengesahkan kenabian
Al-Rasul (S) yang mewakili pertentangan itu
Ia menjelaskan, sekurang-kurangnya ada percanggahan di antara Nash Al-Quran
dengan penulisan pada dakwaan-dakwaan bagi mukjizat Al-Rasul Muhammad (S),
tetapi pada hakikatnya tidak wujud suatu percanggahan pun; kerana mukjizat terkandung
dalam peraturan umum dan Sunnah Ilahiyah adalah untuk beriman kepada yang
ghaib, iaitu terjadinya iman yang diterima adalah percaya kepada yang ghaib,
dan oleh itu mukjizat-mukjizat yang ditimbulkan oleh para rasul dan juga Muhammad (S)
di hadapan orang-orang yang menentang seruan keimanan tidak dijadikan paksaan, Walaupun
mereka yang menafikan kebenaran meminta mukjizat-mukjizat yang menarik (yang memaksa)
dan tiada keraguan di dalamnya.
Dengan berlakunyya mukjizat yang menarik (yang memaksa) dan tidak lagi
melindungi sesuatu yang ghaib dan tidak akan diterima iman melaluinya, oleh itu
ia tidak didatangkan untuk mereka yang keras kepala percaya (beriman) melaluinya
di mana ia adalah sama ada:
1. Dihadapan orang-orang mukmin, sudah
tentulah ia tidak memberi kesan kepada terjadinya iman kepada yang ghaib atas
mereka; kerana keimanan mereka telah pun berlaku, bahkan ia menambah keyakinan
mereka, dan boleh menjadi hujah kepada siapa yang membawanya.
2. di hadapan mereka yang di ambang keimanan
dan pengakuan pada kebenaran, oleh itu ia
tidak membatalkan ukuran ghaib dengan keimanan mereka, di mana mereka mendapat nisbah
peluang untuk membenarkan dakwah Ilahiyah, oleh itu mereka beriman dengan dakwah
Ilahiyah mengikut kadarnya, tetapi tidak lagi mengisytiharkan keimanan mereka.
3. Di hadapan orang-orang kafir yang diazab, seperti
mukjizat taufan (bah besar) Nuh (as), dan mukjizat di sisi Musa (as) membelah laut.
Biasanya jika mukjizat berlaku di hadapan semua orang, atau di hadapan orang-orang
yang menafikan kebenaran yang dituntut oleh iman mereka, ia mesti berlaku dalam
ruang yang ghaib, dan ada keraguan. Mengapa orang-orang kafir tidak melihat
bahawa apa yang berlaku dengan mukjizat-mukjizat ini memudahkan dakwah Muhammad.
kerana mereka menganggap orang-orang beriman pindah kepada Muhammad (S) adalah
hasil pendustaan di hadapan mereka, dan menganggap apa yang berlaku kepada mereka
di hadapan diri mereka sendiri, atau apa yang berlaku kepada orang lain
daripada mereka hanya sihir atau khayalan,
﴿وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا مِّنَ
السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ
۞
لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا بَلْ
نَحْنُ قَوْمٌ مَّسْحُورُونَ﴾
Dan jika seandainya Kami
membukakan kepada mereka salah satu dari pintu-pintu langit, lalu mereka terus
menerus naik ke atasnya, * tentulah
mereka berkata: "Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan
kami adalah orang orang yang kena sihir". [Al-Hijr 15:14-15]
Atau hanya pemalsuan dan pentafsiran kejadian tebi’ei (semulajadi) alam
yang berlaku setiap hari, Allah telah membinasakan secara langsung
dengan kuda yang diheret ke dalam api atau diletakkan sebuah batu untuk membunuhnya untuk mengatasi Muhammad
(S). mereka menganggap ia hanya peristiwa alam tebi’ei, dan kematian itu berlaku
setiap hari. Dan orang-orang yang beriman pindah kepada Muhammad (S) kerana kerinduan
batang (kurma) yang ada di masjid Rasulullah (S); [batang (kurma) yang menangis dan
berkata-kata kerana kerinduan dengan Rasulullah – pent.] dengan menganggap orang-orang
khilaf yang didustakan, dan bahawa orang-orang yang beriman kepada Muhammad (S)
cuba untuk menjadikan Muhammad (S) terkenal,
Begitu juda mukjizat-mukjizat yang terus dilakukan sebagai tindakbalas bukan
paksaan, yang melindungi ukuran perkara ghaib, Ini perkataan mereka
﴿وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ
مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا
أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ﴾
Mereka mengatakan:
"Mengapa tidak diturunkan kepadanya mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?"
Katakanlah: "Sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu terserah kepada Allah. Dan
sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan yang nyata".[Al-3angkabut
29:50]
Iaitu, mereka mahukan mukjizat-mukjizat yang menarik (memaksa), yang
jelas tidak samar-samar. Ia tidak melindungi iman dengan yang ghaib pada
ukurannya, ini adalah permintaan mereka secara ringkas, permintaan itu
berterusan hingga ke hari ini, manakala ianya bertentangan dengan akal dan Nash
agama dan sunnah ilahiyah, tidak berlaku pada masa lalu tidak akan berlaku pada
masa berikutnya; kerana ia membawa makna menghapuskan ujian sebahagian penciptaan
(makhluk) walaupun mereka masuk ke dunia untuk diuji, dan kebodohan ini tidak bersumber
dari kebijaksanaan sempurna, bagaimana manusia boleh hadir untuk diuji dan
kemudian dibatalkan ujian sebahagian mereka tanpa sebahagian dari bahagiannya dan
tanpa sebab yang boleh diterima; Dan tanpa akan ada di antaranya pemenang bagi mereka
yang dibatalkan ujiannya dan mereka yang tidak menjalani ujiannya?!!!
Dan bagaimana mereka yang dibatalkan ujiannya dimasukkan ke dalam
syurga manakala mereka yang menjalani ujian dimasukkan ke dalam neraka kerana
gagal dalam ujiannya, Jadi di manakah letaknya keadilan Allah SWT dalam kata-kata
ini dan ianya telah memfitnah Allah?!!!
Maka kesimpulan bersama dari Al-Quran dan akal: bahawa masalah mukjizat
mempunyai had dan sekatan, dan tidak
masuk akal dan bercampur baur apa yang digambarkan oleh ulamak yang tidak beramal, terutamanya apabila
mereka menghadapi para nabi dan washi-washi di sepanjang zaman.
Maka mukjizat seperti yang diterangkan tidak didatangkan demi keinginan
rasul atau keinginan orang-orang mukallaf, tetapi ia adalah urusan Allah yang
diturunkan Allah pada bila-bila masa yang Dia kehendaki dan di mana sahaja yang
Dia inginkan, dan mukjizat kebendaan didatangkan semestinya tidak membatalkan ukuran
yang ghaib; kerana peraturan dan sunnah ilahiyah ialah beriman kepada yang
ghaib, Tetapi malangnya kebanyakan manusia meminta mukjizat-mukjizat di sepanjang
zaman itu menindasnya untuk beriman dengannya dan tidak tinggal suatu ukuran pun
untuk ditafsirkan atau diragukan, dan dengan itu mereka telah meminta keimanan
kebendaan semata-mata bukan untuk ukuran yang ghaib di dalamnya, dan iman seperti
ini tidak diterima kerana mereka meminta permintaan yang bodoh yang tidak disediakan
Allah untuk mereka, kerana kebijaksanaanNya Maha Sempurna tidak terkejar orang-orang
bodoh atas kebodohan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan