Rabu, 5 Oktober 2016

Bagaimana Mengenal Khalifah Allah Di BumiNya:



Bagaimana Mengenal Khalifah Allah Di BumiNya:

          
Kekhalifahan seperti yang telah  diterangkan tidak dapat tidak mesti dilaksanakan, kerana jika meninggalkanya adalah bertentangan dengan kebijaksanaan dan akal dan bertentangan dengan rahmat. Manusia sebagai penciptaan (makhluk) yang paling sempurna yang perlu diletakkan dari salah satu peribadi yang terpilih. dan telah ditunjukkan bahawa manusia yang terpilih itu adalah untuk melaksanakan kekhalifahan, dan dicipta untuk menjadi Khalifah Allah:
  
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
  
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.". [Al- Baqarah 2:30]


Allah menciptakan Adam menurut rupa-Nya« [1]. Telah disebut di dalam Taurat atau Perjanjian Lama:

(26) Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kami menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kami." [2]

(27) Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya penciptaan-Nya. [3]§   
              
Maka tidak dapat tidak dalam keadaan ini bahawa Allah meletakkan pilihanNya untuk setiap zaman seorang manusia bagi menjadi pengganti (khalifah) kepada Allah di bumi ini, bahkan walaupun Khalifah itu terpaksa ditiadakan mesti ada yang menggantikan (timbalannya) untuk memegang kedudukannya atas sebab yang sama. Maka kami di sini dikhususkan kepada kami sebagai Khalifah di kalangan semua makhluk secara umum dan dihadkan yang seumpama kami menjadi seorang manusia yang dicipta dan dibentuk menurut rupa bentuk (imej) Al-Lahut (ketuhanan)..

Keperibadian yang khusus ini memegang kenyataannya, dan di sini kita sentiasa memerlukan peraturan untuk membezakan khalifah, jika tidak ia akan memusnahkan tujuan kekhalifahan iaitu merekalah yang membimbing manusia untuk mengenal Allah SWT dan dengan perintah-perintahNya, kehendak dan laranganNya. Oleh itu kita memerlukan peraturan bagi mengenal Hujah itu yang berkuat kuasa sejak hari pertama ia diutus sehinggalah berlakunya Al-Saah (Kiamat) dan berakhirnya ujian di dunia ini kerana manusia adalah mukallaf (orang-orang diberati) untuk beriman dengan khalifah Allah apabila mereka diutus dan selepas mereka diutus, dan pengetahuan tentang kebenaran dan aqidah dari mereka dan diwariskan dari mereka dan mematuhi apa yang digantikannya dari Khalifah berikutnya. Sekurang-kurangnya peraturan itu seharusnya berkuat kuasa untuk tempoh masa dilanjutkan sehingga berakhirnya kepentingan dan penggunaan risalah yang diutus pengutus, contohnya, pada Muhammad (S) ia dilanjutkan sehingga ke hari ini.





--------------------------------------------
[1] Al-Kafi - Al-Kulaini: Jilid 1, halaman 134; Al-Tauhid- Al-Shaduq:.. halaman 103
[2] Taurat (Perjanjian Lama): Kejadian - Bab 1
[3] Taurat (Perjanjian Lama): Kejadian - Bab 1




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya

Tiada ulasan: