Rabu, 5 Oktober 2016

Ayat Ikmal Al-Din:


Ayat Ikmal Al-Din:
(Ikmaluddin  - Ayat Kesempurnaan Agama):


Allah SWT berfirman:

﴿حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ الله بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ الله غَفُورٌ رَّحِيمٌ﴾

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Maidah 5:3]
Yang sempurna mengikut ayat ini adalah agama. Agama adalah Aqidah dan Syari’at, Untuk mengatakan tidak lengkap pada salah satu daripadanya sudah tentulah bertentangan dengan makna zahir ayat. Seolah-olah mana-mana dari keduanya (Aqidah dan Syari’at) tidak lengkap dalam keanyaaan yang sebenarnys dan dalam penulisan risalahnya bagi mana-mana mazhab Islam yang bermakna bahawa mazhab ini adalah tidak benar, kerana keadaan sebenarnya dapat dilihat dengan jelas bertentangan dengan Al-Quran.
            
Golongan Salafi atau Wahabi dan Sunni pada umumnya mereka menetapkan syari’at dahulu dan sekarang tidak mengadakan (mengambil) nash dari Al-Maksum dalam banyak perkara. Oleh kerana perkembangan kehidupan yang menuntut hukum syar’ei dalam peribadahan (taabudi), dan sebagai contoh: sholat di sekitar kawasan kutub. Dengan demikian pada kenyataanya mereka mengatakan: Bahawa pada mereka Agama ini tidak lengkap, dan ini memaksa mereka menggubal perundangan dengan pendapat (pandangan) apabila tiada nash, malahan mereka juga mempunyai perbezaan (khilaf) besar di antara mereka dalam aqidah. Golongan Salafi atau Wahabi, contohnya, beriktiqad (percaya) bahawa pada hakikatnya Tuhan mempunyai mata, tangan dan jari, dan golongan Al-Asya’irah seperti Al-Azhar tidak beriktiqad dengannya, bahkan mengatakan iktiqad Salafi Wahabi itu adalah aqidah yang rosak (fasad)........

Keluarga Muhammad (as) adalah pelengkap bagi agama, dan dari merekalah Khalifah Allah dilantik. Kerana sesungguhnya baginda (S) yang bertanggungjawab menerangkan aqidah dan syariat yang sebenar melalui perintah Allah, oleh itu tidak ada perselisihan dan tidak ada percanggahan pada aqidah ini menurut zahir Ayat Ikmal Al-Din (Ikmaluddin).: Agama dilaksanakan oleh juru bicara rasmi dari Allah atau Khalifah Allah selepas Rasulullah Muhammad (S), dan ini menjadikan aqidah dan syariat agama lengkap sempurna, dan tidak wujud perselisihan dalam urusan agama jika fuqahak (ulamsk) yang bukan maksum itu melakukan tindakan yang betul dengan pendapat-pendapat dan keinginan mereka, begitu juga halnya dengan Aqidah Al-Sunni yang bercanggah dengan Zahir ayat tersebut
                       
Pada persoalan ketiadaan maksum kita katakan: Ketiadaan maksum adalah ibarat dari terlaksananya keghaiban akibat tidak wujudnya penerima dan ia adalah perlaksanaan Ilahi sebagaimana semestinya, dan bukan seperti yang diandaikan dan dikhayalkan oleh mereka yang memberi pendapat dan membuat tuduhan. dan dengan itu tidak ada percanggahan antara aqidah ini dengan zahir Ayat Ikmal Al-Din.

Ya, percanggahan pada Ayat Ikmal Al-Din terjadi di halaman orang-orang yang beriiktiqad bahawa Al-Maksum yang tidak hadir (ghaib) telah meninggalkan syariat untuk diurus oleh fuqahak yang bukan maksum dan mwlaksanakan agama Allah atau dalam perkembangan menurut pandangan (pendapat) mereka, dan kemudian yang memburukkan lagi keadaan adalah dengan memfardhukan kepada orang-orang beriman aqidah wajib bertaqlid kepada yang bukan maksum dan mereka mendakwa sebagai maksum.

Sebenarnya, tidak ada cara untuk disepakati zahir Ayat Ikmal Al-Din ini
selain daripada apa yang kita katakan dan kita iktiqadkan bahawa menyempurnakan agama itu hanya dengan menjadikan perlantikan Khalifah Allah selepas Rasulullah Muhammad (S) adalah orang-orang yang melaksanakannya - dan menyampaikan perlaksanaan syariat dari Allah - kepada manusia, dan ketiadaan imam kerana tiada wujudnya penerima, dan zaman sebelum kemunculan Mahdi Pertama yang disebut dalam Wasiat Rasulullah (S) adalah zaman Fatrah – terputus, dan bahawa perintah Allah atas manusia dalam tempoh itu ditangguhkan dan tidak layak diberi ganjaran, tetapi diberikan ganjaran dengan rahmat Allah SWT.

Ayat ini membuktikan kesilapan (kebatilan) semua pendekatan (manhaj) yang mengatakan zaman ini bebas dari Khalifah Allah (seperti pendekatan Sunni atau Salafi Wahhabi), dan juga membuktikan kesilapan (kebatilan) semua pendekatan dengan ketiadaan Al-Maksum umat menghadapi kekurangan dan tidak wujudnya penerima, Maka ayat ini tidak selaras dengan pendekatan tersebut pada terasnya, kerana agama pada mereka adalah mengikut kenyataan amalan (perlaksanaan) - bukan disempurnakan dengan jalan ilahi, jalan Khalifah ilahi yang dilantik oleh Allah atau oleh orang yang dilantik untuk berhubung dengan manusia sebagai duta-duta, tetapi dilengkapi oleh ulamak yang bukan maksum yang secara sukarela menceroboh dalam tempoh Fatrah – terputus itu, untuk melaksanakan agakan pemikiran (dzan) dan mengemukakan hukum-hukum yang mereka katakan ia bukan hukum Allah pada kenyataannya, dan dengan itu mereka sendiri mengakui bahawa agama adalah di sisi mereka dan mengikut bahawa penggubalan mereka adalah serba kurang dan tidak lengkap. Dengan itu mereka mengakui bahawa mereka tidak mengetahui bahawa mereka menggubal aqidah yang bertentangan dengan Ayat Ikmal Al-Din.

Kita mesti memberi perhatian pada perkara yang mempunyai matlamat yang sangat penting ini: janganlah sekali-kali kedua-dua pendekatan itu dapat melalaikan di halaman Allah dan halaman Khalifah Allah atau halaman maksum; dengan menganggap bahawa Allah telah meninggalkan agama kepada mereka untuk melaksanakan apa yang baru dan memerlukan pertimbangan hukum syar’ei, tetapi sebaliknya merekalah yang mengaku melalaikan menjadikan mereka enggan menerima kedudukan Khalifah Allah (atau wakilnya). Mereka menganggap bahawa Allah telah meninggalkan agama kepada orang-orang yang bukan maksum dan tidak dilantik dari kalangan maksum, untuk melaksanakan kesemua pendapat mereka tanpa apa-apa nash syar’ei. Ini sebenarnya, jelas mencabar kebijaksanaan Allah serta ia juga menyediakan percanggahan dengan firman Allah SWT (Ayat Ikmal Al-Din) yang sesungguhnya menyempurnakan Agama..


Kesimpulan Dan Ringkasan:


Terdapat satu pendekatan yang kononnya bumi bebas daripada Hujah Allah seperti pendekatan Sunni dan Salafi. Ia adalah pendekatan (manhaj) iktiqad yang bertentangan nash Zahir di beberapa tempat dalam Al-Quran, termasuk: Ayat Ikmal Al-Din seperti yang telah diterangkan.

Pendekatan yang lain adalah orang yang menngakui bahawa zaman tidak berlalu tanpa Hujah Allah, tetapi dia mengatakan bahawa Hujah itu boleh tiada (ghaib) walaupun wujudnya penerima, tanpa perlantikan dan nash untuk mengadakan kedudukan tertentu sebagai wakil untuk menyampaikan hukum Allah pada kenyataannya. Oleh itu untuk memenuhi kekurangan dalam agama, mereka adalah fuqahak yang menawarkan diri mereka sendiri walaupun mereka tidak dilantik sebagai Hujah Allah. Pendekatan (manhaj) ini jelas bertentangan dengan Ayat Ikmal Al-Din. Mereka mengira  merekalah sebenarnya yang menyempurnakan agama Allah. Pada hal mereka sendiri yang menawarkan diri mereka sebagai fuqahak tanpa lantikan dan tidak ada nash pada mereka dengan kelayakan mereka ubtuk memenuhi kekurangan dengan hukum-hukum dan fatwa-fatwa yang mereka gubal yang tidak mewakili hukum Allah pada kenyataannya. Pada hakikatnya pendekatan ini tidak banyak berbeza daripada yang sebelumnya, Kedua-duanya adalah bertentangan dengan Ayat Ikmal Al-Din.

Adapun pendekatan ketiga adalah apa yang kami sampaikan. Ia adalah zaman yang tidak bebas dari Hujah Allah dan tidak benar tidak ada lantikan wakil (naib) padanya. dan dalam hal keghaiban yang tidak ada lantikan wakil (naib) padanya di khalayak umum, maka jadilah umat itu secara keseluruhannya lalai dan sesat (menyeleweng) dari kebenaran dan tidak ada padanya penerima, yang menerima pendekatan Ilahi yang sahih,

                      
Dalam keadaan ini Al-Hujah atau Naib (wakil) ditetapkan oleh Al-Rasul tetapi tidak diminta baginda mengisytiharkan dan menyampaikannya kepada manusia-kerana tidak wujudnya penerima padanya. dan dalam keadaan ini menjadikan umat beriman kepada Khalifah Allah dalam zaman Fatrah – terputus.
:
﴿يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا مَا جَاءَنَا مِن بَشِيرٍ وَلَا نَذِيرٍ ۖفَقَدْ جَاءَكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾

Wahai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu ketika Fatrah (terputus pengiriman) rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan: "Tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Al-Maidah 5 19]

Dan jadilah penduduknya orang-orang yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah.

﴿وَآخَرُونَ مُرْجَوْنَ لِأَمْرِ اللَّـهِ إِمَّا يُعَذِّبُهُمْ وَإِمَّا يَتُوبُ عَلَيْهِمْ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾

Dan ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan Allah; adakalanya Allah akan mengazab mereka dan adakalanya Allah akan menerima taubat mereka. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [AlTaubah 9:106]
Seperti halnya dengan pengaut Agama Hanif *Ahnaf) sebelum diutus Al-Rasul Muhammad (S) dan keadaan Syiah sebelum diutus Mahdi Pertama yang disebut dalam wasiat Rasulullah Muhammad (S).

Dalam Kitab Al-Ghaibah Al-Nu’mani:
Dari Muhammad bin Ya’kub Al-Kulaini, katanya: dari Muhammad bin Yahya, dari Ahmad Ibn Idris, dari Muhammad bin Ahmad, dari Jaafar bin Al-Qasim, dari Muhammad bin Al-Walid Al-Khazaz, dari Al-Walid bin ‘Uqbah, dari Al-Harith bin Ziyad, dari Syu’aib bin Abi Hamzah, dia berkata:

دخلت على أبي عبد الله (ع) فقلت له: أنت صاحب هذا الإمر؟ فقال: لا. فقلت: فولدك؟ فقال: لا. فقلت: فولد ولدك؟ فقال: لا. قلت: فولد ولد ولدك؟ قال: لا. قلت: فمن هو؟ قال: الذي يمألها عدلأ كما ملئت ظلما وجورا لعلى فترة من الإئمة يأتي كما أن النبي (ص) بعث على فترة من الرسل.  :

Aku masuk berjumpa Abi Abdillah (as) dan aku berkata kepadanya: Tuan adalah pemilik urusan ini (Shohib Al-Amr)? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya: Adakah anak tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Adakah anak kepada anak tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Adakah anak kepada cucu tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Siapakah dia? Beliau berkata: Orang yang memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan ketika tempoh Fatrah – terputusnya - Imam-imam, yang datang sebagai mana datangnya Nabi (S) yang diutus pada tempoh Fatrah – terputusnya Rasul-rasul. [1]

Maka kesimpulannya: Tidak wujud pendekatan disebabkan kebocoran di halaman Allah sehingga mengalami kekurangan, dan ini berlawanan dengan Ayat Ikmal Al-Din dan tidak selaras dengannya selain pendekatan yang kami sampaikan,:ia adalah: Bahawa masa tidak akan berlalu tanpa hujah yang jelas untuk berhubung dengan umat secara langsung atau melalui duta-duta sekiranya wujudnya penghalang, atau hujah tidak hadir berhubung dengan umat manusia, dan dalam keadaan ini di mana zamannya adalah zaman Fatrah – terputus – kerana tidak wujud penerima, dan orang-orang yang beriman kepadanya adalah orang-orang yang lalai dan mereka diberi tangguh sampai ada keputusan Allah.


--------------------------------------

[1] AL-Ghaibah – Al-Nu’mani: halaman 192-193..




Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


Tiada ulasan: