Kedua: Nash dari Khalifah Terdahulu Melantiknya Secara Langsung ditetapkan
Atasnya
Ini dipersetujui oleh semua mereka yang beriman dengan Khalifah Allah, Nash langsung atas
washinya pada hujah tertentu atas sesiapa yang mendengarnya dan atas sesiapa yang
sampai pada mereka Nash ini. Dia SWT telah mewajibkan kepada orang-orang mukmin
yang diamanahkan mereka sebagai individu-individu supaya mereka mengenal urusan
Khalifah Allah ini di zaman mereka dan untuk menerima mereka, Fieman Allah Taala:
﴿وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا
كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ
لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ
لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ﴾
Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya.
Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang
untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan
kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat
menjaga dirinya. [Al-Taubah
9:122]
Tidak dapat diragukan lagi bahawa Nash ini menjadi dalil terkait hal
ehwal mengenai Khalifah Allah di bumiNya.
Ketiga: Nash Dari Khalifah Terdahulu ditetapkan Melantiknya Secara Tidak
Langsung
Nash dari khalifah terdahulu yang melantiknya secara tidak langsung
yang ditetapkan ke atasnya; jika terdapat keterangan-keterangan atau dalil-dalil
dalam Nash yang sama atau Nash-nash lain yang menghalang penggunaan Nash kepada
orang yang berada di pihak yang salah yang mendakwanya. Sebagai contoh mengenainya:
wasiat Al-Rasul pada malam kewafatnya, di mana baginda menyifatkan Nash sebagai
sesuatu yang dapat memelihara dari kesesatan kepada mereka yang berpegang
dengannya
Di sini, kita katakan: Bahawa mestilah Yang Maha Mengetahui, Maha
Berkuasa, Maha Benar Maha Bijaksana dan Yang Maha Sempurna (Al-Alim Al-Qadir Al-Shadiq
Al-Hakim Al-Mutlaq) itu yang memelihara Nash, kerana ia disifatkan sebagai pelindung dari kesesatan
kepada mereka yang berpegang dengannya, untuk melindunginya daripada dakwaan
(seruan) orang-orang yang menyesatkannya, sehinggalah pemilik yang mendakwanya
mencapai tujuannya, Jika tidak ia adalah kejahilan atau kelemahan atau penipuan
yang memperdaya dan menggoda kepada mereka yang serba kurang yang diajak supaya
mengikut perkara yang batil. Dan mustahil mereka akan menjadi jahil atau lemah
kerana ilmuNya, keupayaanNya Maha Sempurna. Dan adalah mustahil kedustaan dapat
memadamkan kebenaran Dia SWT; kerana Dia sentiasa Benar dan sentiasa
Bijaksana dan tidak mungkin bersifat
sebagai pendusta. Jika tidak, apa yang boleh menjadi tunggak kepada kata-kataNya
pada sesuatu yang membatalkan agama..
Nash Khalifah Allah di bumiNya ke atas sesiapa yang disifatkannya
sebagai pelindung dari kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya - Nash Ilahi
– yang perlu dipelihara oleh Allah dari dakwaan para pendusta yang menyesatkan dengan
diseru oleh pemiliknya, jika tidak ia akan menjadi satu pendustaan dan godaan bagi
para mukallaf untuk mengikut perkara yang batil, dan yang tidak dikeluarkan
oleh Al-Alim Al-Shadiq Al-Hakim Al-Qadir Al-Mutlak Yang Maha Suci [13]
Allah telah mewajibkan diriNya sendiri di dalam Al-Quran dan dari apa
yang diriwayatkan dari mereka (as), Nash Ilahi diperlihara dari didakwa oleh orang
yang batil, orang yang batil menyelewemgkan mereka dengan seruannya, maka perkara
ituakan terhalang seperti kataNya SWT:
﴿وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ
الْأَقَاوِيلِ * لَأَخَذْنَا
مِنْهُ بِالْيَمِينِ * ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ﴾
Seandainya dia mengadakan sebagian perkataan atas Kami,* niscaya
benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.* Kemudian benar-benar Kami
potong urat tali jantungnya. [Al-Haaqah 69:46-44] [14]
Imam Al-Shadiq (as) berkata:
(إن هذا الإمر لا يدعيه غير صاحبه الإ تبر الله
عمره (
(Urusan ini tidak dituntut oleh orang yang bukan
pemiliknya melainkan Allah memendekkan umurnya.) [15]
Maka yang membatalkan dan yang mengeluarkan para pendakwa dari wasiat
ilahiyah yang disifatkan bahawa akan dipelihara dari kesesatan bagi sesiapa yang
berpegang dengannya, atau bahawa tuntutannya akan menjadi semakin hancur sebelum
tuntutan ini ditunjukkan kepada manusia, di mana penyampaian seruan-seruannya bersama
tuntutan wasiatnya yang melibatkan sama ada kejahilan atau ketidakupayaan atau kedustaan
dari orang-orang yang berpegang kepada janji tidak akan tersesat, dan perkara-perkara
ini tidak dapat tidak adalah atas haq Al-Mutlak Yang Maha Suci, dan untuk ini Dia
SWT berfirman:
﴿َأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ * ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ﴾
Benar-benar Kami pegang dia pada tangan
kanannya. * Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.
Berkata Al-Shadiq (as) (Allah
memendekkan umurnya)
Untuk lebih jelas lagi saya katakan: bahawa ayat ini dapat diselaraskan
dengan kesimpulan yang dicapai oleh pemikiran sebelumnya; iaitu, bahawa menyekat
para pendakwa dan tidak memberi kemungkinan kepada mereka, Dia SWT berfirman:
﴿وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ
الْأَقَاوِيلِ * لَأَخَذْنَا
مِنْهُ بِالْيَمِينِ * ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ﴾
Seandainya dia mengadakan sebahagian perkataan atas Kami,* niscaya
benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.* Kemudian benar-benar Kami
potong urat tali jantungnya. [Al-Haaqah 69:46-44]
bermakna bahawa kebinasaan itu dihalang bagi mengelakkan dari yang mengatakannya,
iaitu, jika ia adalah perkataan yang membinasakan, dan ayat itu ditujukan
kepada orang-orang yang tidak beriman kepada Muhammad (S) dan Al-Quran, dan dengan
itu ia dibantah dengan perkataan dalam ayat tersebut yang bukannya Kalam Allah,
kerana mereka tidak percaya dengannya, tetapi bantahan itu adalah isi kandungan
ayat ini, iaitu bantahan yang sahih terhadap fikiran mereka, ia adalah Nash Ilahi
yang disifatkan sebagai pemelihara dari kesesatan bagi sesiapa yang berpegang
dengannya dan tidak boleh dituntut selain pemiliknya. kerana perkataan itu
mungkin boleh dituntut oleh selain pemiliknya adalah kerana ianya akur dengan kejahilan,
lemah atau mendustakan Allah SWT.
Jadi, maka tidak mungkin - dengan dalil aqal, Al-Quran dan riwayat -.
Untuk mendapatkan dakwaan-dakwaan Nash Ilahi peribadi yang ditentukan dan yang
disifatkan sebagai pemelihara dari kesesatan kepada mereka yang berpegang
dengannya, iaitu Nash yang terpelihara dari dakwaan-dakwaan walaupun yang mendakwanya
adalah pemilik untuk mencapai tujuan Nash, yang menghalang kesesatan daripada orang
mukallaf yang berpegang dengan Nash seperti yang dijanjikan Allah SWT[16]
Seharusnya menjadi perhatian kepada kata-kata kami dalam dakwaan Nash penentuan
yang digambarkan ianya sebagai pemelihara daripada kesesatan, bukan dakwaan
perlantikan ilahi pada umumnya, Dakwaan perlantikan ilahi atau nubuwah atau Khalifah
Allah di bumiNya tidak sah dengan kebodohan dan tanpa pengecualian dengan
Wasiat (Nash Penentuan) terhasil pada kebanyakannya, mungkin sesiapa yang
mendakwa secara batil masih hidup menyelangi masa [17], Maka
para pendakwa tanpa kesaksian dan Nash Allah serta tanpa wasiat tiada nilai
padanya, dan ia adalah dakwaan yang bodoh, membenarkan dakwaan yang batil yang
tiada alasan baginya di hadapan Allah.
Jadi, maksudnya tidaklah dapat menghalang dakwaan-dakwaan orang-orang
yang batil itu sama sekali, tetapi dapat menghalang mereka daripada dakwaan-dakwaan
Nash penentuan yang disifatkan sebagai pemelihara dari kesesatan bagi orang-orang
yang berpegang dengannya, dan ia adalah wasiat Al-Hujah untuk manusia, dan halangan
ini yang kami buktikan dengan akal dan disahkan oleh Nash al-Quran dan riwayat
juga mengesahkan kewujudan pada hakikatnya, maka telah berlalu ratusan tahun atas
Nash tersebut tanpa ada seorang pun yang mendakwanya, adalah mencukupi untuk
membuktikan kebenarannya. Telah terlaksana atas wasiat-wasiat para nabi di
dalam Taurat, dan wasiat Isa (as) beratus-ratus tahun dahulu tidak dituntut selain
Muhammad (S) dan washi-washi selepas baginda, dan begitu juga tidak dituntut wasiat
Nabi selain para Imam (as). Imam Al-Redha (as) mencabar kenyataan ini atas Al-Jatsliq.
Iaitu mengenai Nash para nabi terdahulu ke atas Al-Rasul Muhammad (S) dari Taurat
dan Injil, Al-Jatsliq membantah bahawa Nash-nash tersebut boleh terpakai kepada
lebih daripada satu orang, Maka bantahan-bantahan Imam Al-Redha (as) pada Al-Jatsliq.;
Sesungguhnya tidak diterima tuntutan orang-orang batil untuk sesuatu wasiat.
Ini adalah dbawakan faedah daripada Nash:
Tetapi kami belum memutuskan bahawa sahnya Muhammad
ini sama ada namanya Muhammad maka tidak sahih bagi kami, untuk mengakui bagi kamu
dengan nubuwahnya dan Kami merasa syak (ragu-ragu) dia adalah Muhammad kamu....
Maka Al-Redha (as) berkata kamu membantah
dengan syak. Adakah Allah mengutus sebelum atau selepas dari Adam hingga ke hari
ini seorang nabi yang namanya Muhammad? Dan kamu dapati sesuatu di dalam
kitab-kitab yang diturunkan kepada semua nabi tidak kepada Muhammad? Maka
diamlah dia dari memberikan jawapannya. [18]
Maka membantah washi-washi terdahulu dengan Nash ini adalah hujah ke
atas orang-orang yang beriman kepada mereka, dan Isa serta Muhammad (shalawatu
Allah 3alaihima) telah membuat bantahan, Maka Isa membantah dengan Nash nabi-nabi
terdahulu walaupun tidak secara langsung baginya:
(17) Kepada-Nya diberikan kitab nabi Yesaya dan setelah dibuka-Nya, Ia
menemukan nash, di mana ada tertulis: (18) Roh Tuhan ada
pada-Ku, oleh sebab Ia telah mengurapi Aku, untuk menyampaikan khabar baik
kepada orang-orang miskin; dan Ia telah mengutus Aku. (19) untuk memberitakan
pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan penglihatan bagi orang-orang buta,
untuk membebaskan orang-orang yang tertindas, untuk memberitakan tahun rahmat
Tuhan telah datang." (20) Kemudian Ia menutup kitab
itu, memberikannya kembali kepada pejabat, lalu duduk; dan mata semua orang
dalam rumah ibadat itu tertuju kepada-nya. (21) Lalu Ia
memulai mengajar mereka, kata-nya: "Pada hari ini genaplah nash ini
sewaktu kamu mendengarnya." (22) Dan semua orang itu
membenarkan Dia dan mereka hairan akan kata-kata yang indah yang diucapkan-nya,
lalu kata mereka: "Bukankah Ia ini anak Yusuf?" [19]
Dan Muhammad (S) juga dia dalam Al-Quran telah membantah dengan Nash
Isa (as) Nash para nabi sebelum Isa (as), Dia SWT berfirman:
﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا
بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ
يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ
أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ
مُّبِينٌ﴾
Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Wahai Bani
Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab
sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang
Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul
itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata:
"Ini adalah sihir yang nyata". [Al-Shaf 61:6]
﴿الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ
النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي
التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ
الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ
آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ
مَعَهُ ۙ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾
(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi orang-orang ummi yang
(namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi
mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari
mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan
mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban
dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman
kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang
diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. [Al-A’raf 7:157]
Dan Allah menerangkan di dalam Al-Quran bahawa Muhammad (S) mendakwa
jika ia dalam kebatilan – jauh sekali daripadanya - apa yang tinggal dengan
seruannya; kerana Allah memastikan dengan memeliharanya dan dan melindunginya dari
dakwaan orang-orang yang
batil, dan Allah memastikan mereka dari menyelewengkan Nash:
﴿فَلَا أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ ۞ وَمَا
لَا تُبْصِرُونَ ۞ إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ ۞ وَمَا
هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ ۚ قَلِيلًا مَّا تُؤْمِنُونَ ۞ وَلَا
بِقَوْلِ كَاهِنٍ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ ۞ تَنزِيلٌ
مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ ۞
وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ ۞ لَأَخَذْنَا
مِنْهُ بِالْيَمِينِ ۞ ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ ۞ فَمَا
مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَاجِزِينَ۞ وَإِنَّهُ لَتَذْكِرَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ ۞ وَإِنَّا
لَنَعْلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ ۞
وَإِنَّهُ لَحَسْرَةٌ عَلَى
الْكَافِرِينَ ۞ وَإِنَّهُ لَحَقُّ الْيَقِينِ۞ فَسَبِّحْ بِاسْمِ
رَبِّكَ الْعَظِيمِ﴾
Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat. * Dan
dengan apa yang tidak kamu lihat. * Sesungguhnya ia untuk dikatakan kepada Rasul
yang mulia, * dan ia bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu
beriman kepadanya. * Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali
kamu mengambil pelajaran daripadanya. * Ia diturunkan dari Tuhan semesta alam.
* Seandainya dia mengadakan sebahagian perkataan atas Kami, * niscaya
benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. * Kemudian benar-benar Kami
potong urat tali jantungnya. * Maka sekali-kali tidak ada seorangpun dari kamu
yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu.* Dan sesungguhnya
Al Quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. * Dan
sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahwa di antara kamu ada orang yang
mendustakan(nya). * Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar menjadi
penyesalan bagi orang-orang kafir (di akhirat). * Dan sesungguhnya Al Quran itu
benar-benar kebenaran yang diyakini. * Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama
Tuhanmu Yang Maha Besar. [Al-Haaqah 69:
38-52.
---------------------------
[13] Untuk lebih jelas lagi: Jika seorang lelaki
memberitahu kamu mengenai ilmu ghaib dan tentang nasib: Apabila kamu mahu minum
air: Maka minumlah dengan bekas tertentu dan saya jamin sampai bila pun kamu
tidak akan tuangkan racun ke dalam bekas itu, maka jika kamu tuangkan ke dalam
bekas itu air beracun, apa yang boleh menjaminnya? Ia sama ada jahil, atau
pembohong yang menjadi asasnya, atau tidak dapat memberi jaminan, atau dia akan
memungkiri janjinya. Adakah boleh diterima orang-orang yang beriman kepada
Allah, dengan menyifatkan Allah sebagai jahil atau berdusta atau cacat atau
memungkiri janji, MahaTingggi Allah, jauh dari disifatkan seperti itu.
[14] Perkataan yang mutlak bagi Allah sentiasa
ada, dan tiada yang dapat menghalang Allah, dan bahawa Allah tidak perlu
memusnahkan orang-orang yang berdusta secara langsung, tetapi sebaliknya Dia
memberikan mereka walaupun seketika, dan dengan itu mereka akan mengetahui
siapa yang mengikut seruan yang terang-terang dalam kebatilan; seperti seruan Musailamah
yang pasti tidak hanya dengan satu ayat mutlak diperkatakan kepada Allah,
tetapi hanya diperkatakan kepada Allah dengan seruan-seruan perkataan Ilahi untuk
menegakkan hujah, padanya memerlukan campur tangan Allah untuk mempertahankan hujah
sebagai Nash Ilahi yang memberinya jawatan Khalifah Allah untuk ditentukannya
dan menyifatkan Dia sebagai pemelihhara dari kesesatan, kerana jika tiada
campur tangan Dia yang Maha Suci adalah bertentangan dengan kebijaksanaan dan
contoh perkataan atau Nash ini:adalah wasiat Isa (as), kepada Al-Rasul Muhammad
(S), dan wasiat Al-Rasul Muhammad (S) kepada Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as), Maka
ayat dalam menerangkan perkataan ini tidak boleh ditolak,. dan dengan itu Nash tersebut
dipelihara untuk pemiliknya tanpa dituntut oleh orang lain. Ia adalah Nash Ilahi
yang dipelihara Allah sehingga ia menemui pemiliknya, Ia adalah Nash Ilahi yang
dipelihara dari sebarang campur tangan yang memberi kesan kepadanya, sama ada
gangguan ini dalam peringkat perpindahannya kepada Khalifah yang akan
membawanya, atau pada peringkat - atau pada peringkat-peringkat – ia sampai
kepada Khalifah yang mendakwanya, dan terdapat riwayat yang menerangkan hakikat
ini yang merupakan perkataan dalam ayat ini yang dikhususkan kepada Nash ilahi.
Dari Muhammad bin Al-Fadil, dari Abi Al-Hassan
(as): ((Katanya, Aku bertanya kepadanya mengenai
firman Allah Azza Wajalla
يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُا نُورَ اللَّهِ
بِأَفْواهِهِمْ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut
mereka,
Katanya, mereka mahu memadamkan Wilayah Amirul
Mukminin (as) dengan mulut-mulut mereka, Aku katakan dan Allah mnyempurnakan NurNya,
Katanya, dan Allah mnyempurnakan Imamah .... . Aku katakan, FirmanNya mengatakan
kepada Rasul Karim (Rasulullah) yang bermakna kata-kata Jibrail dari Allah mengenai
Wilayah Ali (as), Katanya aku berkata, dan apa yang mereka katakan sedikit kata-kata
penyair yang tidak beriman, beliau berkata, mereka mengatakan Muhammad berdusta
kepada Tuhannya dan apa yang diperintahkan Allah mengenainya pada Ali, Maka
Allah menurunkannya di dalam Al-Quran, bahawa Wilayah Ali itu diturunkan dari
Tuhan semesta alam, dan jika sekiranya dikatakan kepada kita sebahagian khabar dari
Muhammad hendaklah kita mengambilnya, Kemudian benar-benar Kami potong urat
tali jantungnya.)) Al-Kafi – Kulaini - Jilid 1, halaman 434
[15]
Al-Kafi – Kulaini, Jilid 1, halaman 372.
[16]
Sesiapa yang mendakwa lantikan Ilahi adalah sama ada untuk menjadikan dakwaan Nash
yang ditentukan bersifat sebagai pemelihara dari kesesatan kepada mereka yang
berpegang dengannya, maka dakwaannya tepat dan tidak mungkin dipalsukan atau disesatkan;
kerana Nash ini mesti dipelihara dari dakwaan orang-orang yang berdusta dan menyesatkan,
jika tidak Allah telah memerintahkan manusia berpegang dengan sesuatu yang
boleh menyesatkan mereka walaupun kata-kataNya ini adalah sesuatu yang memelihara
dari kesesatan, dan kesesatan ini mustahil suatu yang terbit dari Allah. atau menjadikan
dakwaannya sebagai perlantikan Ilahi bagi jawatan itu, tetapi dia adalah
seorang pendakwa untuk Nash yang ditentukan bersifat sebagai pemelihara dari
kesesatan kepada mereka yang berpegang dengannya, dan bahawa pendakwa boleh
sama ada mendakwa di dalamnya terdapat sebahagian syubhah (syak wasangka) pada sebahagian
mukallaf kerana kejahilan mereka pada sebahagian perkara, dan ini mungkin Allah
telah menentukan tanda-Nya dan memusnahkannya sebagai rahmat kepada hamba-hamba
walaupun selepas dakwaannya pada satu tempoh (terputusnya) zaman, walaupun
tidak terdapat hujah dan tiada alasan bagi mereka yang mengikutinya, atau
bahawa ia tidak dapat mematuhi dengan mengesyaki sesuatu, melainkan jika dia
adalah pencari kesesatan dan mengikuti seseorang tanpa Nash penentuan sebagaimana
yang telah diterangkan, bagaimanapun, kerana keluar darinya banyak kebodohan
kebodohan dan menjadikan Allah kebatilannya yang jelas dan untuk diterangkan
kepada manusia, dan ini bukan propaganda yang terpakai bagi ayat tersebut, tetapi
mungkin melibatkan tempoh (terputusnya) zaman yang panjang, maka dibiarkan bagi
orang-orang yang mencari kebatilan dengan kebodohannya
Untuk
menggambarkan dengan lebih jelas lagi dibawakan perumpamaan ini: Ada tiga
bulatan; putih, kelabu dan hitam, Kawasan bulatan putih
dilindungi daripada dimasuki orang yang berdusta, dan dengan itu sesiapa yang
memasukinya, mereka adalah pendakwa yang benar dan wajib mempercayainya, pada
ayat: Seandainya dia
mengadakan sebahagian perkataan atas Kami,* niscaya benar-benar Kami pegang dia
pada tangan kanannya.* Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.
Wajib
dipakai dalam kawasan bulatan ini.
Kawasan
kelabu tidak
dilindungi daripada dimasuki orang yang berdusta, tidak sah mengiktiraf orang-orang
yang berada di dalamnya dan mempercayainya, walaupun mungkin kadang-kadang ia dilindungi
dari pendusta selepas dimasukkan rahmat kepada hamba-hamba, walaupun ianya
bukanlah satu alasan bagi mereka untuk mengikuti sesiapa yang berada di kawasan
bulatan ini, maka ayat tersebut mungkin terpakai di kawasan bulatan ini dan tetapi
tidak diwajibkan memakainya (menggunakannya).
Dan
yang ketiga adalah kawasan bulatan hitam tidak dilindungi
daripada dimasuki pendusta, dan sangat jelas ia adalah kawasan bulatan
pendusta, sejak asal lagi tidak ada pendakwa pun untuk melindungi mereka
daripada orang yang berdusta, tidak sebelum mereka masuk atau selepasnya, maka ayat
tersebut tidak berlaku di kawasan bulatan ini.
[17].
Contohnya Musailamah Si Pendusta, beliau mendakwa menjadi nabi semasa
Rasulullah (S) masih hidup dan Musailamah masih hidup selepas kematian
Rasulullah (S).
[18]
Bihar al Anwar - Majlisi:. Jilid 49 hal. 76; Itsbat Al-Hadah – Al-Hurr
Al-3amili: Jilid 1 hal. 194-195..
[19] ..Injil Luke (Lukas): 4: (17-22)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan