Isnin, 3 Oktober 2016

Al-Fatrah - Imam Yang Menunggu Tetapi Bukan Ditunggu


Tempoh Al-Fatrah (Terputus) Sebelum Kedatangan Imam Mahdi:      
                  

Imam Yang Menunggu Tetapi Bukan Ditunggu

(الإمام مُنتظِر وليس مُنتظَر )

Ini adalah haqiqat yang diakui oleh semua oramg mukmin dengan apa yang diriwayatkan dari Muhammad dan Aali Muhammad (as) pada suatu bentuk atau bentuk-bentuk yang lain. Sekurang-kurangnya mereka mengakuinya apabila mereka mengatakan bahawa Imam sedang menunggu kesediaan (313) orang lelaki menampilkan diri, walaupun mereka tidak memahami perkara ini sebelumnya atau sebelum penerangan ini, bahkan diakui oleh semua yang mengatakan bahawa terdapat orang-orang terpilih untuk menyokong sang penyelamat, seperti dinyatakan dalam Injil. [1]
Oleh itu soalan-soalan terdahulu dan yang baru yang terus menerus cuba untuk mewajarkan pendekatan yang menyeleweng itu [2] dengan berkata, "Bagaimana dengan keadaan buruk abad-abad terdahulu ", atau "Bagaimana keadaan mereka yang terdahulu, dan bagaimana mereka yang beramal dengan agama", Itu adalah kerana berdasarkan kepada anggapan yang salah dengan mereka mengandaikan bahawa tiada kesalahan pada kurun-kurun terdahulu, Oleh itu, apakah semua yang ada pada mereka adalah kebenaran dan haqiqat yang mutlak? Ini tidaklah betul sebagaimana yang telah diterangkan. Masalah ini telah diterangkan dan disebut dalam riwayat bahawa kelapangan (faraj) bergantung kepada kesediaan (313) lelaki, yang bermaksud bahawa riwayat-riwayat ini menerangkan bahawa Al-Fatrah (zaman terputus)  menjelang kebangkitan di mana tidak wujud (313) lelaki yang bersedia untuk menerima Al-Mahdi [3]. Iaitu, tidak wujud penerima Khalifah Allah di bumiNya dan risalah pemulihan yang dibawanya. Ini membawa kepada terjadinya Ghaibah Kubra (keghaiban besar) dan diangkat Al-Hujah dari penglihatan di antara mereka atas kecuaian mereka, seperti yang disebutkan dalam riwayat [4], dan ditangguhkan kedatangan Al-Mahdi Pertama ke Alam Jasmani (dunia) ini sehingga ada kesediaan para penerima.

Riwayat ini jelas menunjukkan bahawa zaman keghaiban (Imam al-Mahdi (as) diangkat) tidak lain adalah sama seperti zaman Fatrah (terputus) yang mendahului pengutusan Rasulullah Muhammad (S). Dan Nabi Isa (as) juga diangkat, tetapi jelas menunjukkan bahawa Al-Mahdi, yang memenuhinya dengan keadilan adalah Mahdi Pertama yang diutus dalam tempoh Fatrah – terputusnya - Imam-imam; dan sebab itulah Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hassan (as) tidak diutus pada zaman Fatrah – terputusnya - Imam-imam, tetapi beliau telah diutus memegang Imamah dan menyebarkan risalah selepas syahid bapanya, Imam Al-Hasan Al-‘Askari (as):

Al-Nu’mani: Dari Muhammad ibn Ya’kub Al-Kulaini, katanya: dari Muhammad bin Yahya, dari Ahmad Ibn Idris, dari Muhammad bin Ahmad, dari Jaafar bin Al-Qasim, dari Muhammad bin Al-Walid Al-Khazaz, dari Al-Walid bin ‘Uqbah, dari Al-Harith bin Ziyad, dari Syu’aib bin Abi Hamzah, dia berkata:


دخلت على أبي عبد الله (ع) فقلت له: أنت صاحب هذا الإمر؟ فقال: لا. فقلت: فولدك؟ فقال: لا. فقلت: فولد ولدك؟ فقال: لا. قلت: فولد ولد ولدك؟ قال: لا. قلت: فمن هو؟ قال: الذي يمألها عدلأ كما ملئت ظلما وجورا لعلى فترة من الإئمة يأتي كما أن النبي (ص) بعث على فترة من الرسل.  :

Aku masuk berjumpa Abi Abdillah (as) dan aku berkata kepadanya: Tuan adalah pemilik urusan ini (Shohib Al-Amr)? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya: Adakah anak tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Adakah anak kepada anak tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Adakah anak kepada cucu tuan? Beliau berkata: Tidak. Aku bertanya lagi: Siapakah dia? Beliau berkata: Orang yang memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan ketika tempoh Fatrah – terputusnya - Imam-imam, yang datang sebagai mana datangnya Nabi (S) yang diutus pada tempoh Fatrah – terputusnya Rasul-rasul. [5]
Bagi mereka yang mengatakan bahawa Imam Mahdi adalah yang dilahirkan di akhir zaman, dan mereka tidak mengatakan pada Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as) yang berada dalam keghaiban, dan mereka menyingkirkan sebab yang juga mendaduluinya, dan telah menangguhkan kelahirannya ke akhir zaman adalah disebabkan oleh tidak adanya penerima pada zaman yang lalu, dan hanya jika adanya penerima bagi Khalifah Allah di alam Jasmani ini sebelum kebangkitannya.

Untuk menyebarkan keadilan dan kesaksamaan dan mengembalikan semula Sunnah Rasulullah (S) yang subur dan segar sebagaimana diisyaratkan oleh Rasulullah (S), walaupun jika dilihat terhadnya tugas-tugas Al-Mahdi - walaupun dia adalah Khalifah Allah di sisi Al-Sunnah [6] - untuk menegakkan Khalifah Al-Rasyidah mereka akan diusir atas sebab-sebab terdahulu; di mana Khalifah Al-Rasyidah pada mereka telah berakhir pada Khalifah Ali (as) atau Al-Hassan (as) dan telah berlalu lebih daripada seribu tahun, Tidakkah semua ini melewatkan kemunculan Khalifah Allah Al-Mahdi, jika ia tidak berkaitan dengan para penerima seperti yang telah dijelaskan.

Apa Yang Mendahuluinya:

Jelas menunjukkan bahawa masa di antara diangkat Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as) dan terutusnya Mahdi Pertama atau Al-Yamani adalah tempoh Fatrah – terputus -  seperti tempoh masa di antara diangkat Isa (as) dan terutusnya Al-Rasul Muhammad (S) [7]. Sebab bagi tempoh Fatrah – terputus -  itu juga menunjukkan tidak wujudnya penerima, dan betapa rahmat Allah kepada manusia yang telah membiarkan untuk menangguhkan urusan menyempurnakan rahmat-Nya.

Juga: ia menerangkan dengan jelas sebab-sebab pemindahan kepada keghaiban dan bahkan juga sebab ditangguhkan kelahiran Mahdi Pertama yang diciptakanNya di Alam Jasmani ini.

Dan juga: ia menjawab terhadap  kekeliruan bahawa jika tiada atau diangkatkan Al-Hujah dari manusia yang memerlukannya adalah bertentangan dengan keadilan dan kebijaksanaan Ilahiyah sebagaimana didakwa oleh Wahabi atau orang-orang yang memanggil diri mereka Salafi.

Juga: Ia menerangkan makna apa yang disebut bahawa setiap panji sebelum Al-Qaim adalah panji taghut [8], kerana ia panji-panji dalam tempoh Fatrah – terputus -  yang mendahului kezuhuran (Al-Mahdi), dan oleh itu ia adalah panji-panji yang membawa sebahagian dari kebatilan walaupun sebahagiannya bercampur dengan kebenaran.

Jadi, pada hakikatnya Imam AL-Mahdi yang tidak diterima dighaibkan kerana tidak wujudnya para penerima. 

Dari Abi Ja'far (as): 

Sesungguhnya Allah apabila marah (benci) kepada kita disisi sesuatu kaum akan diangkat kami daripada penglihatan mereka [9]

Tiada siapa yang boleh menafikan tidak wujudnya para penerima dalam zaman Al-Ghaibah atau zaman sebelum berdiri dan tertegaknya keadilan di muka bumi, kerana para penerima yang terlalu sedikit, seperti yang dijelaskan dalam riwayat-riwayat, mereka adalah (313) orang. Jadi para penerima tidak wujud [10] untuk tempoh Fatrah – terputus -  Al-Ghaibah yang panjang, dan Imam dighaibkan dan tidak hadir.

-------------------------------------
[1] (15) "Kalian akan melihat 'Kejahatan yang menghancurkan', seperti yang dikatakan oleh Nabi Daniel, berdiri di tempat yang suci. 
(16) maka orang-orang yang di Yudea haruslah melarikan diri ke pegunungan.
(17) Orang yang sedang di peranginan di atas rumah janganlah ia turun untuk mengambil barang-barang dari rumahnya,
(18) dan orang yang sedang di ladang janganlah ia kembali untuk mengambil pakaiannya.
(19) Celakalah ibu-ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi pada masa itu.
(20) Berdoalah, supaya waktu kamu melarikan diri itu jangan jatuh pada musim dingin dan jangan pada hari Sabtu.
(21) Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan yang dahsyat seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi.
(22) Dan sekiranya waktunya tidak dipersingkat, maka dari segala yang hidup tidak akan ada yang selamat; akan tetapi oleh karena orang-orang pilihan waktu itu akan dipersingkat.
(23) Pada waktu itu jika orang berkata kepada kamu: Lihat, Mesias ada di sini, atau Mesias ada di sana, jangan kamu percaya.
(24) Sebab Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul dan mereka akan mengadakan tanda-tanda yang dahsyat dan mukjizat-mukjizat, sehingga sekiranya mungkin, mereka menyesatkan orang-orang pilihan juga. [Injil Matius 24:15-24]
(15) Orang yang sedang di peranginan di atas rumah janganlah ia turun dan masuk untuk mengambil sesuatu dari rumahnya,
(16) dan orang yang sedang di ladang janganlah ia kembali untuk mengambil pakaiannya.
(17) Celakalah ibu-ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi pada masa itu.
(18) Berdoalah, supaya semuanya itu jangan terjadi pada musim dingin.
(19) Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia, yang diciptakan Allah, sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi.
(20) Dan sekiranya Tuhan tidak mempersingkat waktunya, maka dari segala yang hidup tidak akan ada yang selamat; akan tetapi oleh karena orang-orang pilihan yang telah dipilih-Nya, Tuhan mempersingkat waktunya.
(21) Pada waktu itu jika orang berkata kepada kamu: Lihat, Mesias ada di sini, atau: Lihat, Mesias ada di sana, jangan kamu percaya.
(22) Sebab Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul dan mereka akan mengadakan tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat dengan maksud, sekiranya mungkin, menyesatkan orang-orang pilihan. [Injil Markus bab 13]
[2] .hakikat, keadaan orang yang menganjurkan wajibnya bertaqlid kepada yang bukan maksum hari ini amat memalukan dan menyedihkan sekali.. Mereka telah menyalahi pendekatan ilmiah dengan mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, yang mengemukakannya dan memfardhukannya ke atas manusia dengan menerangkan bahawa ianya diperlukan atau penting tanpa dalil atasnya melainkan keinginan mereka. mereka mengambil dan berpegang kepada syubhah-syubhah (syak wasangka) termasuk syubhah bertaqlid ini. Mereka demi Allah mengada-adakan dan mengikuti untuk berbid’ah, dan jika mereka tidak menyedarinya pada masa lalu, maka pada hari ini mereka telah mengetahui ianya bid’ah berkat seruan dan dakwah kebenaran zaman Al-Mahdi (Al-Mahdawiyah).
Mereka menyediakan semua maklumat untuk mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum sebahagian dari aqidah seperti yang disebutkan oleh Al-Syeikh Muhammad Redha Al-Mudzaffar dalam kitabnya "3aqaid Al-Imamiyyah " yang kini menjadi kitab panduan di seminar-seminar Ilmiah. Kemudian mereka mengatakan bahawa aqidah ini perlukan dalil qath’ei (muktamad) atau tidak cukup hanya dengan satu sanad riwayat sahih sahaja (mengikut pendekatan mereka), dan tidak jugs dengan satu ayat Al-Quran yang tidak muhkamat yang tidak jelas keabsahannya (petunjuknya), tetapi walaupun mereka menafikan persediaan mereka pada bid’ah mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum sebagai salah satu daripada aqidah mereka pada hal mereka sudah mempunyai syariat asal yang tidak membenarkan bertaqlid seperti mana asal kewajipan sholat dan kewajipan berpuasa, dan dengan itu mestilah mengadakankan dalil qath’ei atasnya tidak cukup dengan agakan (dzan) dan kekeliruan (waham) untuk mengesahkannya.
Dengan ini mereka datang dengan tangan kosong, tiada ayat yang muhkam dan dalil-dalil (petunjuk) yang jelas. Bahkan tidak ada satu riwayat dengan sanad sahih dan dengan sanad yang muhkam pun dapat diberikan. Mereka perlu membawa riwayat-riwayat yang mutawatir atau yang kukuh (qath’ei) mengikut kaedah mereka. Mereka hanya medatangkan kekeliruan-kekeliruan sahaja, sekiranya kita bersemuka dengan mereka, mereka akan berkata kepada kita tidak lain selain andaian belaka, tidak ada yang kukuh (qath’ei). Dan dengannya mereka telah mendapat manfaat dari sepotong aqidah ini sehingga mereka membawa kata-kata mereka kepada golongan miskin daripada orang awam. Amalan orang awam tanpa bertaqlid kepada mereka adalah batil dan amalan sholat dan puasa mereka tidak sah dan jika tidak bertaqlid kepada mereka ... dan lain-lain. Ini adalah aliran yang menyeleweng dengan kekeliruan-kekeliruan mereka. Al-Shadiq (as) telah berkata: 
"Berhati-hati dengan taqlid, sesiapa yang meniru- niru (bertaqlid) dalam agamanya akan binasa, Allah SWT berfirman:
 اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, 
Demi Allah tidak diterima sholat dan puasa mereka jika yang halal pada mereka diharamkan dan yang haram pada mereka dihalalkan. maka taqlid mereka pada perkara itu adalah pengabdian (penyembahan) mereka tetapi mereka tidak menyedarinya." – Al-Mufid:. halaman 73. Mengenai dalil akal dakwaan bahawa wajib yang jahil merujuk kepada yang alim, ia adalah benar, tetapi ia tidak terpakai kepada para fuqaha yang bukan orang-orang maksum. Mengenai perkataan "yang alim" di sini, siapakah yang dimaksudkan dengannya, adakah dimaksudkan kepada fuqahak atau marajik, adakah kerana mereka dipanggil dengan nama itu, iaitu orang-orang yang hanya membuat andaian (sangkaan) dan mendahulukan sangkaan? Dan para marajik sendiri mengatakan yang mereka mendahulukan andaian dan bukanlah ulamak hanya dengan andaian (sangkaan), hukum dari andaian (sangkaan)  dimiliki orang yang membuat andaian (sangkaan) , Adakah wajib yang jahil merujuk kepada orang yang berandaian?! Adakah ia wajib diterima oleh akal?
Orang alim yang diterima imunya "wajib yang jahil merujuk kepada yang alim." hanyalah– Al-Hujah (Allah), Al-Hujah yang berfatwa dengan ilmu dan keyakinan, tidak dengan andaian (sangkaan) seperti mereka itu.. Perkara yang menyedihkan adalah mereka yang berusaha menyesatkan golongan miskin orang awam, seumpama dirujukkan orang sakit kepada doktor, kadang kala secara tidak segaja orang sakit merujuk kepada orang biasa yang mengagak-agak dan tidak ahli (berilmu), Para doktor tidak mendakwa dia alim (berilmu) - terjamin seratus peratus - dan tidak mempunyai kata putus apabila melakukannya, dia tidak memberikan kadar kejayaan seratus peratus apabila melakukannya dan hanyalah mencadangkannya. Dan tidak terpakai atasnya kaedah "wajib yang jahil merujuk kepada yang alim." Jadi, kamu hendaklah mengatakan bahawa jika kaedah kamu diterima akal pada hakikatnya adalah wajib yang jahil merujuk kepada yang membuat andaian (sangkaan), ini adalah semata-mata sangkaan, ia adalah kekeliruan semata-semata. Maka dari manakah kamu dapat wajib merujuk kepada yang membuat andaian (sangkaan). Andaian (sangkaan)nya dalam agama Allah SWT?! Dengan kita merendah diri pada mereka dan menerima kata-kata mereka  padahal mereka adalah orang-orang yang membuat andaian (sangkaan), sebaliknya jika kita ingin membincangkan apa yang ada di tangan mereka untuk menerangkan bahawa mereka hanyalah orang-orang yang keliru tidak lain kebanyakan dari fatwa-fatwa mereka seperti fatwa permanian beradas, bayi tabung uji, waktu sholat di kutub dan kawasan berhampiran daripadanya ... dan lain-lain.  Percubaan oleh sebahagian orang jahil untuk mengelirukan dengan kata-kata mereka mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum dan dengan kata-kata lain adalah dibolehkan bertaqlid kepada yang bukan maksum atau mengambil hukum dari yang bukan maksum, adalah percubaan akhir mereka untuk menyebarkan kata-kata yang sama dalam mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, ia hanya satu anggapan yang salah yang cuba untuk mewajarkan diri mereka untuk waktu yang singkat, Ia hanyalah satu percubaan melarikan diri tetapi tidak akan membawa perubahan melainkan kerugian dan kehinaan. dan terdapat penolakan yang mencukupi kepada masalah membenarkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, tetapi kita tidak akan menolaknya kerana mereka tidak mengatakannya sekarang, bahkan mereka mengatakan bahawa ia adalah wajib, dan secara amnya pada suatu saat mereka menghinakan diri sendiri bila mengatakan dibenarkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, maka kita akan berbincang dengan mereka pada kata-kata baru mereka yang dinyatakan sebagaimana pengisytiharan pertama mereka yang batil lagi bid’ah di dalam kitab fiqh dan aqidah mereka. Juga: Adalah malang sekali bahawa terdapat mereka yang tidak membezakan penerangan ucapan bid'ah mewajibkan bertaqlid kepada yang bukan maksum, dan menerangkan kata-kata dibenarkan atau tidak dibenarkan mengeluarkan fatwa-fatwa bagi yang bukan maksum, Tidak dapat membezakan antara fatwa-fatwa yang bukan maksum yang berdasarkan pada kata-kata Al-Maksum atau berdasarkan pada kata-kata ijmak atau pendapat akal dan dengan itu mendakwanya sebagai Fiqh dan menyeru orang lain untuk bertaqlid kepadanya.
[3]. Sebahagian riwayat yang khusus mengenai hal ini dalam Lampiran 4.
[4] Dari Abi Ja'far (as): Sesungguhnya Allah apabila marah (benci) kepada kita disisi sesuatu kaum akan diangkat kami daripada penglihatan mereka«.
[5] AL-Ghaibah – Al-Nu’mani: halaman 192-193..
[6] . Sunan Ibn Majah: Dikatakan pada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, katanya: Dikatakan pada kami Abdul Razaq dari Sufian Al-Tsuri, dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qulabah, dari Abu Asma’ Al-Rahbi, dari Tsauban, beliau berkata: 
قال رسول الله (ص): يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق. فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم". ثم ذكر شيئا لا أحفظه. فقال »فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج. فإنه خليفة الله، املهدي
"Rasulullah (S) bersabda:  Perperangan yang terpendam antara kamu ada tiga (pihak) semuanya putera khalifah. Kemudian tidak berakhir pada seorang dari mereka. Kemudian muncul panji-panji hitam dari arah timur, mereka melakukan peperangan terhadap kalian, yang tak pernah dilakukan kaum sebelumnya. "Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang tidak aku ingat dan bersabda, "Bila kalian melihatnya, maka berbai’ah kepadanya walaupun dengan merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Khalifah Allah Al-Mahdi
Al-Mustadrak 3ala Al-Shahihain oleh Al-Hakim: Diberitakan pada kami Al-Hussein bin Ya’kub bin Yusuf Al-3adl dari Yahya bin Abi Talib dari Abdul Wahab bin 3atha’ diberitakan dari Khalid Al-Hazha’, dari Abi Qulabah, dari Abi Asma’ dari Tsauban (ra) 
قال: إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فاتوها ولو حبوا فإن فيها خليفة الله المهدي.
Baginda telah bersabda: Apabila kamu melihat panji-panji hitam keluar dari arah Khurasan datanglah kepadanya walaupun dengan merangkak kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi. 
Hadits ini sahih mengikut syarat kedua-dua syeikh (Bukhari, Muslim) walaupun tidak mengeluarkannya.
Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: Diberitakan pada kami Abdullah dari bapaku dan Waki3 dari Syarik dari Ali bin Zaid dari Abi Qulabah, dari Tsauban katanya: Rasulullah (S) bersabda: 
إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله
Sekiranya kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan datanglah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi. ".
Dalam Kitab Al-Qaul Al-Musaddid (القول المسدد) oleh Ibn Hajar: Dari Abdullah bin Mas’ud katanya: Rasulullah (S) bersabda: 
إذا أقبلت الرايات السود من خراسان فائتوها فإن فيها خليفة الله المهدي
Apabila datang kepada kamu panji-panji hitam datang dari arah Khurasan pergilah kepadanya kerana di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi [5]

Dikeluarkan oleh Abu Nu`aim Al-Ashbahani (empat puluh hadits mengenai Al-Mahdi): Hadits ke 16, dari Abdullah ibn Umar katanya: 
قال رسول (ص): يخرج المهدي وعلى رأسه عمامة، فيها مناد ينادي: هذا المهدي خليفة الله فاتبعوه
Rasulullah (S) bersabda: Al-Mahdi keluar dan ada serban di atas kepalanya, ada penyeru yang menyeru: Ini Khalifah Allah Al-Mahdi, maka jadilah pengikutnya 
[7]. "Menurut keadaan Al-Fatrah – terputus – yang berlaku kepada rasul sebelum Al-Rasul Muhammad (S), utusan yang bersedia adalah utusan dari Allah, tetapi pada keghaiban Imam Mahdi (as) utusan yang bersedia adalah dari Imam Mahdi (as).
[8] Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: "Semua panji yang berkibar sebelum bangkitnya Al-Qaim dimiliki oleh taghut yang menyembah selain dari Allah AWJ." Al-Kafi - Al-Kulaini: Jilid 8, hal. 295; Wasail Al-Syiah (Aal Al-Bayt) – Al-Har Al-‘Alami: Jilid 15, hal. 52..
Dan dari Abi Ja’far Al-Baqir (as), beliau berkata: "Semua panji yang berkibar sebelum panji Al-Qaim -(as) dimiliki oleh taghut " Al-Ghaibah – Al-Nu’mani: hsl. 115; Mustadrak Al-Wasail - Mirza Al-Nuri:. Jilid 11, hal. 34.
Dan Malik bin Al3Yan Al-Juhani, beliau berkata: Aku mendengar Aba Ja'far Al-Baqir (as) berkata: "Semua panji yang berkibar sebelum Al-Qaim (as) pemiliknya adalah taghut " Al-Ghaibah – Al-Nu’mani: hal 115..
Dan Malik bin Al3Yan Al-Juhani, beliau berkata: Aku mendengar Aba Ja'far Al-Baqir (as) berkata: Semua panji yang berkibar - atau beliau berkata: keluar - sebelum bangkitnya Al-Qaim (as) pemiliknya adalah taghut." Al-Ghaibah – Al-Nu’mani: hal 115..
Dan dari Ali Bin Al-Hussein (as) beliau berkata: "Demi Allah tidak keluar seorang pun dari kami sebelum keluarnya Al-Qaim (shalawatu Allah 3alaihim ajmain)) melainkan ia seperti ayam yang mengibas-ngibaskan kepaknya dari sarangnya sebelum menguncupkan sayapnya lalu mengambil anak buahnya dan menyalahgunakannya " Al-Kafi - Al-Kulaini: Jilid 8, hal. 382; Wasail Al-Syiah (Aal Al-Bayt) – Al-Har Al-‘Alami: Jilid 15, hal. 51..
Dan Abu Ja'far Muhammad bin Ali Baqir (as) berkata, "Perumpamaan keluarnya Al-Qaim dari kami seperti keluarnya Rasulullah (S) dan seumpama keluarnya kami ahlulbait sebelum Al-Qaim (as) seperti ayam yang mengibas-ngibaskan kepaknya lalu menyalahgunakan anak buahnya." Al-Ghaibah – Al-Nu’mani: hal 206 ; Syarah Al-Akhbar - Al-Qadhi Al-Maghribi: Jilid 3, hal. 56; Mustadrak Al-Wasail - Mirza Al-Nuri: Jilid 11, hal. 37
[9] 3ilal Al-Syarai3- Al-Shaduq: Jilid 1, hal. 244 Bab 179 3illah Al-Ghaibah..
[10] Kaum yang menerima ini adalah orang-orang yang menerima rissalah Al-Mahdi, Dailah yang membetulkan aqidah agama, syariat, sosial, politik, ekonomi dan yang dibawa oleh Al-Mahdi yang bertentangan dengan apa yang ada dalam tangan mereka. Ini bukanlah suatu perkara yang tidak penting atau mudah, ia adalah dalam zaman kezuhuran, sebagai contoh, terdapat pertentangan (khilaf) perwarisan agama yang dirosakkan dan bercangah dengan semua rujukan agama ketika kemunculan Imam Mahdi. Mereka orang-orang yang menerima kemunculan dari tempat yang penuh dengan bau busuk najis yang biasa dihidu oleh semua orang di sekeliling mereka., terpaksa ke luar rumah untuk menghirup udara segar, untuk menjelaskan dan membezakan tahap najis yang yang mencemarkan bau udara dan najis yang mereka hidu pada masa yang sama adalah sangat mudah dan sukar. Maka ia sangat mudah bagi manusia berjalan melangkah untuk menyedut udara bersih, dan amat sukar untuk mengakui atau mungkin untuk tinggal di tempat yang berbau busuk dan penuh dengan udara berbau najis- tanpa dapat membezakannya - untuk mengambil langkah pertama.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya

Tiada ulasan: