Perbincangan
Sebahagian Pendapat Mengenai Mukjizat:
Al-Hilli,
berkata:
Ketiga: Seorang Imam perlu ditentukan kerana
kemaksuman adalah satu perkara Batiniyah yang tidak diketahui melainkan Allah Taala
dan tidak ada pilihan Nash untuk mengketahui kemaksumannya atau kezahiran mukjizat
di tangannya yang menjadi dalil atas kebenarannya. [1]
Miqdad
Al-Siwari berkata, dalam mengulas qaul (pendapat) Al-Hilli tersebut:
Saya katakan: ini adalah merujuk kepada jalan yang menetapkan
perlantikan seorang Imam, dan telah mencapai kesepakatan dalam menentukannya adalah
dari Allah dan Rasul-Nya, dan dari Imam sebelumnya yang menjadi sebab dari bebas
melantik Imam (as), oleh kerana ada perbezaan pendapat padanya, adakah boleh dilantik
kerana dengan tiada Nash atau tidak boleh, maka kita menghalang pemilik Imamah (kepimpinan)
secara mutlak dan mereka mengatakan tiada jalan lain kecuali dengan Nash
sahaja, kerana kita telah diterangkan hendaklah yang maksum memegang Imamah,
dan kemaksuman adalah perkara yang tersembunyi tidak seorang pun mempunyai maklumat
melainkan Allah; maka tidak akan mendapat pengetahuan mengenainya, mengenai siapa
orangnya, melainkan dimaklumkan oleh yang mengetahui yang ghaib dan yang mencapai
dua perkara: Pertama: dimaklumkan oleh yang maksum seperti Nabi (S) yang
memberitahu kita kemaksuman Imam (as) itu dan melantiknya. Yang kedua ialah: Kezahiran
mukjizat di tangannya yang membuktikan kebenarannya dalam tuntutannya terhadap Imamah.
[2]
Seperti
yang diterangkan di atas bahawa Nash Al-Hujah sebelumnya secara langsung atau tidak
langsung; adalah dalil bagi menentukan Khalifah Allah di bumiNya. Mukjizat pula
sebagai penyokong (penguat),Adapun kalam Al-Hilli dan Al-Siwari mengenai mukjizat
di sini bukan menjadi tujuan utama, tetapi ia adalah berdasarkan bahawa mukjizat
apabila dibawanya maka kezahirannya datang tanpa ragu-ragu, walaupun mukjizat itu
adalah untuk mereka berhadapan dengannya, Perkara ini tidak wujud di tempat berlaku
pada kenyataannya, kerana bagi mukjizat yang iman mereka diterima dan zahir di hadapannya,
di mana ianya adalah samar-samar dan terdapat keraguan itu jelas tidak
membatalkan ukuran yang ghaib kepada iman,
﴿وَلَوْ
جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا
يَلْبِسُونَ﴾
Dan kalau Kami jadikan rasul itu malaikat, tentulah
Kami jadikan dia seorang laki-laki dan, tentulah Kami meragu-ragukan atas mereka
apa yang mereka ragu-ragukan atas diri mereka sendiri. [Al-An3aam 6:9]
Jadi,
tidak mungkin pada kenyataannya didahulukan penggunaan kaedah akal, melainkan mukjizat
paksaan apabila dizahirkan untuk manusia; kerana ianya tidak melindungi ukuran keraguan
Dan mengenai
kesamaran, ini bukanlah satu tajuk perbahasan
seperti yang dikemukakan, ia pada asalnya bukan perkara yang membicarakan iman,
tidak diterima iman orang-orang yang percaya dengannya, seperti yang ditterangkan
sebelum ini. Dan dituliskan ketika membincangkan perkara ini dengan akal dan naqal.
Pada
hakikatnya masalah yang dihadapi fuqaha (ulama) ini membuat mereka jatuh ke
dalam kesalahan ini, ia adalah kerana mereka tidak dapat membezakan antara mukjizat
paksaan, yang tidak diterima iman orang yang beriman kerananya, seperti yang
berlaku kepada Firaun ketika Allah membelah laut untuk Musa (as), dan yang
bukan paksaan dan yang diterima iman orang yang beriman kerananya, seperti yang
berlaku pada ahli-ahli sihir apabila dihidupkan tongkat Musa (as) menjadi ular
dan memakan tongkat-tongkat mereka, yang dilihat oleh manusia ianya adalah ular,
ini adalah pengakhirannya, yang menjadi tajuk perbahasan di mana kesamaran yang
meragu-ragukan, iaitu bagi mereka yang menghadapinya bukanlah penzahiran mukjizat
seratus peratus.
----------------------------
[1].
Bab kesepuluh – Al-3alamah Al-Hilli.
1 ulasan:
Boleh bg sy alamat emel utk mengajukan bbrpa soalan kpd ahmed al hassan
Catat Ulasan