Isnin, 31 Oktober 2016

Mukjizat - Dalam Injil


Dalam Injil

Isa (as) dan mukjizat seperti mana di dalam Injil:

(38) Pada waktu itu berkatalah beberapa ahli Taurat dan orang Farisi kepada Yesus: "Guru, kami ingin melihat suatu tanda dari pada-Mu." (39) Tetapi jawabnya kepada mereka: "Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda. Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi. (40) Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam.
[Matius 12:38-40]

(11) Lalu muncullah orang-orang Farisi dan bersoal jawab dengan Yesus. Untuk mencobai Dia mereka meminta dari padanya suatu tanda dari sorga. (12) Maka mengeluhlah Ia dalam hatinya dan berkata: "Mengapa angkatan ini meminta tanda? Aku berkata kepadamu, sesungguhnya kepada angkatan ini sekali-kali tidak akan diberi tanda." (13) Ia meninggalkan mereka; Ia naik pula ke perahu dan bertolak ke seberang.
[Markus 8:11-13]

Kita juga maklum dalam teks-teks Injil Isa (Yesus – Yasu3) berkata, "Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda. Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi.!
            
Dalam kedua-dua teks terdapat satu pengesahan bahawa tanda (mukjizat) yang mereka minta ini tidak didatangkan, yang bererti bahawa mereka meminta mukjizat jenis lain (paksaan) bukan dari jenis mukjizat-mukjizat yang boleh didatangkan (dibenarkan), Jika tidak, ia bercanggah dengan kata-kata Isa dalam Injil, Terdapat teks-teks dalam Injil mengatakan bahawa terdapat tanda-tanda (mukjizat-mukjizat) yang berlaku, contohnya:


)35() Ketika Yesus masih berbicara datanglah orang dari keluarga kepala rumah ibadat itu dan berkata: "Anakmu sudah mati, apa perlunya lagi engkau menyusah-nyusahkan Guru?" (36)_Tetapi Yesus tidak menghiraukan perkataan mereka dan berkata kepada kepala rumah ibadat: "Jangan takut, percaya saja!" (37) Lalu Yesus tidak memperbolehkan seorangpun ikut serta, kecuali Petrus, Yakobus dan Yohanes, saudara Yakobus. (38) Mereka tiba di rumah kepala rumah ibadat, dan di sana dilihatnya orang-orang ribut, menangis dan meratap dengan suara nyaring. (39) Sesudah Ia masuk Ia berkata kepada orang-orang itu: "Mengapa kamu ribut dan menangis? Anak ini tidak mati, tetapi tidur!" (40) Tetapi mereka menertawakan Dia. Maka diusirnya semua orang itu, lalu dibawanya ayah dan ibu anak itu dan mereka yang bersama-sama dengan Dia masuk ke kamar anak itu. (41) Lalu dipegangnya tangan anak itu, katanya: "Talita kum," yang berarti: "Hai anak, Aku berkata kepadamu, bangunlah!" (42) Seketika itu juga anak itu bangkit berdiri dan berjalan, sebab umurnya sudah dua belas tahun. Semua orang yang hadir sangat takjub. (43) Dengan sangat Ia berpesan kepada mereka, supaya jangan seorangpun mengetahui hal itu, lalu Ia menyuruh mereka memberi anak itu makan. [Markus 5:35-43]


(18) Sementara Yesus berbicara demikian kepada mereka, datanglah seorang kepala rumah ibadat, lalu menyembah Dia dan berkata: "Anakku perempuan baru saja meninggal, tetapi datanglah dan letakkanlah tangan-Mu atasnya, maka ia akan hidup." (19) Lalu Yesuspun bangunlah dan mengikuti orang itu bersama-sama dengan murid-muridnya. (30) Pada waktu itu seorang perempuan yang sudah dua belas tahun lamanya menderita pendarahan maju mendekati Yesus dari belakang dan menjamah jumbai jubahnya. (21) Karena katanya dalam hatinya: "Asal kujamah saja jubahnya, aku akan sembuh." (22) Tetapi Yesus berpaling dan memandang dia serta berkata: "Teguhkanlah hatimu, hai anak-Ku, imanmu telah menyelamatkan engkau." Maka sejak saat itu sembuhlah perempuan itu. [Matius 9:18-22]
                   
Seperti yang kita maklum semuanya dari punca yang sama iaitu untuk menghidupkan mereka yang mati, dalam teks (nash) di atas bahawa mereka mati melalui tempoh ketika yang singkat, sebagai contoh (Anakku perempuan baru saja meninggal) belum dikebumikan, dan ini begitu ringkas (mudah) dan masih boleh dihujahkan kerana adanya keraguan yang sukar difahami disebabkan mereka tidak sedar, atau apa jua alasan untuk mencabar mukjizat yang berlaku yang juga terdapat perjalanan penyembuhannya.
                                              
Teks-teks yang menceritakan mukjizat yang bersifat paksaan di dalam Injil atau Taurat, kita tidak akan percaya kesahihannya, walaupun oleh orang-orang Kristian sendiri tidak teguh mempercayai kesahihan semua teksnya.

Pendek kata, mereka mempunyai banyak teks sejarah kemalangan atau mukjizat, maka pastilah, sebahagian daripadanya - sekurang-kurangnya - tidak tepat, maka tidak dapat diterima kesahihan kedua-dua teks Injil Matius (Matthew) dan Yohanes (John) contohnya jika ada percanggahan, ,

Penjelasan:

Mukjizat Kebendaan yang boleh datang dari Allah, dan Allah menerima iman mereka yang percaya kerananya, Ia adalah Mukjizat Kebendaan bukan Mukjizat Paksaan, seperti tongkat Musa (as) bertukar menjadi ular [1], dan beberapa orang mukmin yang mendengar rintihan batang (kurma) Rasulullah (S), dan Muhammad Rasulullah (S) memberi makan banyak makhluk (penciptaan) dengan makanan yang sedikit, kemusnahan sebahagian daripada mereka yang berada di Al-Thaff dengan doa Imam Al-Hussein (as), Pertolongan atas penganiayaan Al-Hussein (as), menyembuhkan sesetengah pesakit, dan mukjizat-mukjizat lain para nabi dan para washi, Mukjizat-mukjizat ini samar-samar - mengikut berapa ramai orang yang menghadapinya; di mana mereka tidak boleh membezakannya - seratus peratus - bahawa perkara itu seperti kata Firaun::Sihrani Tadzahara (dua ahli sihir yang bantu membantu), atau
bahawa mukjizat apapun yang didatangkan Musa dia akan hanya mengatakan tipu daya ahli sihir semata-mata [2], ini bermakna bahawa mukjizat - - bukan paksaan - tidak menjadi bukti yang berdiri sendiri, tetapi adalah penyokong dan dalil yang menyokong Nash.

Mereka yang menganggap mukjizat yang tidak memaksa adalah dalil yang boleh serdiri sendiri; adalah bertujuan untuk membantahnya: Bahawa mukjizat aekiranya dilakukan oleh kuasa batil ia akan menyesatkan manusia, dan ia bukan sesuatu yang berasal dari Al-Hakim Al-Mutlak (Yang Maha Sempurna KebijaksanaanNya). Tetapi mereka tidak memberi perhatian kepada kata-kata pembuktian yang sama terjadinya suatu mukjizat bagi orang-orang yang mereka hadapi, maka perkara itu ada kesamaran di dalamnya tidak seperti kata-kata Nash Al-Quran [3]. Apabila ia menerangkan sesuatu ia telah menerangkan semua mukjizat para nabi yang berlaku di hadapan orang-orang yang tidak beriman dan yang menjadi tajuk perbahasan seperti tongkat Musa (as).

Jadi, kedudukan mukjizat dalam agama Allah adalah sebagai menyokong dan dalil yang tidak boleh berdiri sendiri, tetapi bergabung dengan yang lain, iaitu, jika ia didatangkan bersama dalil yang berdiri sendiri, maka ia akan menjadi penguat kepada yang dihajatkan, dan kedudukan dalam agama Allah adalah untuk meningkatkan keyakinan, dan mendorong manusia beriman kepada Khalifah Allah di bumiNya yang datang dengan dalil (Nash).

Ia juga sebagai jalan mengenal Imam Mahdi yang telah ghaib lebih daripada seribu tahun tersekat, apabila dalil-dalilnya adalah yang didatangkan kepada mereka dengan mukjizat..


               
--------------------------
[1] Dan bukan seperti membelah laut pada Musa (as), kerana ini adalah satu mukjizat paksaan, tidak diterima iman orang yang beriman kerananya, sebagaimana Allah tidak menerima iman Firaun apabila imannya kerana mukjizat paksaan,
﴿وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ ۞ آلْآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ  ۞  فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً ۚ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ﴾ 
Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslimin)".* Apakah baru sekarang, padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. * Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lalai dari tanda-tanda kekuasaan Kami. [Yunus 10:90-92],
[2] Iaitu bagaimana seseorang yang melihat tongkat ahli-ahli sihir dan tongkat Musa (as) untuk membezakan dan menentukan bahawa apa yang dilakukan ahli-ahli sihir itu sihir dan yang dilakukan Musa itu mukjizat? Masalah yang sama tongkat Musa menelan tongkat mereka atau ular Musa menelan ular mereka Firaun dengan mudah membalasnya: Sihrani Tadzahara (dua ahli sihir yang bantu membantu) dan Musa (as) adalah seorang ahli sihir yang besar, dan oleh itu keajaiban sihinyar lebih besar (mengatasi) ahli-ahli sihir  itu (Kabirkum – kamu lebih besar)
﴿فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِندِنَا قَالُوا لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَىٰ ۚأَوَلَمْ يَكْفُرُوا بِمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُ ۖ قَالُوا سِحْرَانِ تَظَاهَرَا وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ﴾
Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: "Mengapakah tidak diberikan kepadanya seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?". Dan bukankah mereka itu telah ingkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: "Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu membantu". Dan mereka (juga) berkata: "Sesungguhnya kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu"., [Al-Qashash 28:48]
﴿قَالَ آمَنتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ﴾
Berkata Fir'aun: "Apakah kamu telah beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu sekalian. [Taha 20:71)
قَالَ آمَنتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ ....
Fir'aun berkata: "Apakah kamu sekalian beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia benar-benar pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu[Al-Syu3ara’26:49] 
[3]
﴿وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكًا لَّجَعَلْنَاهُ رَجُلًا وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِم مَّا يَلْبِسُونَ﴾
Dan kalau Kami jadikan rasul itu malaikat, tentulah Kami jadikan dia seorang laki-laki dan, tentulah Kami meragu-ragukan atas mereka apa yang mereka ragu-ragukan atas diri mereka sendiri. [Al-An3aam 6:9]


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya


                

Tiada ulasan: