Khamis, 1 September 2016

Soalan 46 - 50 - Berkenaan dengan makanan dan minuman


Berkenaan dengan makanan dan minuman

Soalan 46: Ikan yang diimport dari negara bukan Islam, Adakah hukumnya suci? Bolehkah dimanfaat sebagai makanan seperti haiwan ternakan? Bolehkah dimakan, jika kita tidak tahu padanya ada sisik atau licin kulitnya?

Jawapan: Jika kamu tahu padanya ada sisik dan kamu yakin untuk kesuciannya maka boleh dimanfaatkan untuk makan, kerana ikan bersih diambil hidup-hidup dari air atau ditangkap dengan alat menangkap ikan sama ada ditangkap oleh nelayan Muslim atau bukan Islam, dan ikan-ikan yang diimport ini ditangkap dengan pukat dan peralatan menangkap ikan dan dikeluarkan dari air dan dibiarkan mati luar dari air biasanya ia suci walaupun nelayannya bukan Islam. Ikan-ikan yang dianggap tidak suci adalah ikan-ikan yang mati di dalam air tanpa membiarkan ia dengan alat menangkap ikan, atau ikan yang seseorang itu sengaja membuat ia mati di dalam air seperti ditinggalkan dalam air di lembangan kecil sehingga mati, atau yang ditinggalkan alat menangkap ikan tersekat di dalam air dengan sengaja sehingga dia mati di dalam air.


Soalan 47: Keju yang diimport dari negara bukan Islam, apakah hukum dari segi syariat dan kesuciannya?

Jawapan: Suci boleh memakannya, kecuali apabila diketahui ia najis (bernajis).


Soalan 48: Susu yang diimport dari negara bukan Islam, ada yang kering dan ada yang berbentuk cecair, Adakah ia suci, kerana ia disentuh oleh tangan orang-orang bukan Islam?

Jawapan: Suci boleh dimanfaatkan, kecuali apabila diketahui ia najis (bernajis).


Soalan 49: Makan daging ikan tuna - udang putih - CREVETTE - halal atau haram?

Jawapan: Ikan tuna dan udang adalah halal.


Soalan 50: Seseorang bertanya mengenai (Al-Hilabilab – الحلبلاب - cynanchum) atau perembes zakar ikan, ia adalah berlawanan dengan (omentum - lipatan peritoneum yang menghubungkan perut dengan organ-organ abdomen lain- pent) dalam ikan betina, Mana Adakah halal diimakan?

Jawapan: tidak dibenarkan memakannya.


Sebelum ✡✡ Menu ✡✡ Seterusnya


Tiada ulasan: