بِسْمِ اللَّـهِ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
والحمد لله رب العالمين،
وصلى اللَّـهِ على محمد وآله الأئمة
والهديين وسلم تسليما
Segala
puji tertentu bagi Allah, dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga baginda,
para imam dan Mahdi-mahdi serta salam pengiktirafan
Sesiapa Mengenal Kamu Akan Mengenal Allah
Bantahan kekeliruan terhadap apa yang ditulis oleh
Al-Syed Ahmad Al-Hassan washi dan utusan Imam Mahdi (as) Dalam bahagian
pertama Kitab Mutasyabihat dalam menjelaskan makna ( A3rafa Allah biLlah- Mengenal Allah dengan Allah)
Untuk berfikiran secara adil dalam mengingatkan kata-kata
Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan mengurangkan kekaburan dan kemudian menjelaskannya
dalam satu keterangan yang paling jelas mengenai jalan Muhammad dan ‘itrah
baginda yang disucikan (selawat Allah ke atas mereka semuanya –shalawatu
Llah 3alahim Ajma3in).
Soalan:
Apa dia mengenal Allah dengan Allah?
Jawapan:
Ia bermakna mengenal Allah SWT dengan Allah dalam penciptaan, iaitu Imam
Al-Mahdi (as). Beliau (as) adalah tajalli dan penzahiran Allah di dalam
penciptaan. Ia bermakna tajalli dan penzahiran Kota Kesempurnaan Ketuhanan
(Madinat Al-Kamaalaat Al Ilahiyyah) pada penciptaan.
Dalam
erti kata lain, tajalli dan penzahiran nama-nama Allah SWT dalam penciptaan,
kerana dia (as), adalah wajah Allah SWT yang dengannya Dia menghadapi penciptaan-Nya.
Oleh itu, sesiapa yang ingin mengenal Allah Yang Maha Suci mesti mengenalNya
dari Imam Al -Mahdi (as). (Akhir kata-kata Al-Syed Ahmad Al-Hassan).
Saya katakan: Tanpa ragu-ragu bahawa Allah Taala tidak
dapat dikenali dengan makrifah sebenar melainkan dengan jalan para hujajNya atas
penciptaanNya. Sekiranya tidak dijadikan sedemikian kerana menidakkan mereka
(as) adalah dalil-dalil (bukti-bukti) terhadap Allah dan duta (wakil) kepada penciptaan-Nya
bagi jalan yang lurus, telah menyimpang darinya, akan terhumban ke dalam gaung
syirik dan memupuk kekufuran. Maka mereka (selawat Allah atas mereka) adalah pintu
Allah, yang dariNya mereka datang, dan wajah merekalah yang penciptaan akan hadapi.
Bolehkah memasuki rumah selain dari pintunya? Sesiapa yang masuk bukan dari pintunya
dipanggil pencuri. Pintu dan wajah yang dimaksudkan di sini adalah pintu mengenal
dan panduan kepada mengesakan (mentauhid) Allah Taala dan beribadah kepadaNya
dan mensucikanNya (tanzih)
dari sifat-sifat makhluk; Dia SWT Maha Agung ketinggianNya.
Sekiranya mengenal Allah Taala dibolehkan pada
penciptaan (makhluk) tanpa melalui hujaj (para hujah Allah), pastilah mengutus nabi-nabi dan washi-washi akan
menjadi sia-sia dan tidak perlulah kepada kitab mereka yang datang dari Allah
Taala, pastilah semua orang adalah rasul dan hujah atas diri mereka, sehingga
begitu ramai yang layak menjadi hujaj (para hujah Allah), dan ini tidak diterima
oleh akal yang waras.
Jadi, adalah perlu bagi penciptaan (makhluk) duta di antara mereka dan Pencipta mereka yang membawa kepada mereka dan
membimbing mereka ke jalan yang lurus untuk mengenal Allah, mentauhidkanNya dan
beribadah kepadaNya dengan ibadah yang tepat (benar). Ini telah disebut dalam
banyak riwayat, yang saya akan sebut sebahagian daripadanya, Insya-Allah Taala,
bahkan ia adalah jelas dan tidak memerlukan keterangan lebih lanjut.
Adalah sesuatu yang pelik lagi aneh apabila saya
membaca dari seorang pengikut Al-Syed Mahmud Al-Sarakhi, iaitu Al-Syeikh Ahmad Al-Baghdadi,
beliau telah menolak perkara ini. Beliau mengatakan bahawa Allah tidak dapat
dikenal oleh penciptaan atau makhlukNya
walaupun oleh nabi-nabi dan washi-washi (shalawatu Llah 3alahim Ajma3in).
Ia terperangkap dengan hujjah yang diriwayat dari Imam (as) (mengenal Allah dengan Allah). kerana yang dimaksudkan adalah mengenal Allah dengan Imam Al-Mahdi (as) pada zaman ini.
Syeikh Ahmad Al-Baghdadi menyebutnya dalam ulasan
yang panjang mengenainya, ia suatu sangkaan semata-mata dan tidak berbaloi menjawabnya
dengan panjang lebar pula, tetapi saya akan menjawabnya secara ringkas hasil yang
disimpulkan oleh Ahmad Al-Baghdadi, sebahagian dari teksnya yang berbunyi:
(... darinya kita mengenal
dan mengetahui bahawa Allah tidak boleh dikenal oleh hambaNya (walaupun
Imam Mahdi sendiri (Semoga Allah Taala percepat kelapangannya
yang mulia)),
dan juga seperti yang dipetik beberapa riwayat yang
disebutkan dari ‘itrah yang disucikan (as), dan saya akan membincangkan riwayat
tersebut, dan
mengumpulnya dengan riwayat-riwayat yang
menyatakan dengan terang dan sangat jelas bahawa Allah Taala dikenal melalui jalan
Muhammad dan keluarga baginda dalam setiap zaman, dan orang-orang yang mencari (jalan)
mengenal Allah Taala daripada selain mereka (as) maka mereka tidak akan dapat selain
kejahilan dan kesesatan yang menyesatkab.
Saya katakan: Hasil dari kesimpulan Syeikh Ahmad Al-Baghdadi
(Semoga Allah Taala memberi taufiq kepadanya) kita tidak boleh bergantung
untuk menyalahi riwayat-riwayat yang mutawatir, yang dinashkan bahawa Tuhan
tidak boleh dikenal dengan makrifah yang benar melainkan dengan jalan para imam
(as), dan mengisytiharkan riwayat-riwayat ini tidak boleh bertentangan dengan riwayat-riwayat
yang disebutnya. Dengan itu boleh digabungkan dua golongan untuk memperbaiki kenyataan
bahawa mengenal Allah melalui jalan para Imam (as), kerana apa yang dikatakan Syeikh Ahmad Al-Baghdadi mengenai
riwayat-riwayat yang lemah menunjukkan apa yang akan disebutkannya dari riwayat-riwayat
yang jelas mutawatir, terutamanya kerana apa yang dibacakannya terhadap penentangan
petunjuk (dalil) andaian berbanding petunjuk (dalil) qath’ei adalah untuk mengemukakan
yang qath’ei dan juga penentangan terhadap yang mutawatir berbanding yang ahad (kedudukan riwayat tunggal) adalah
mengemukakan yang mutawatir dan mentakwil yang ahad untuk dipersetujui sebagai
mutawatir, telah diriwayatkan daripada para imam (as))
)ألزموهم
بما ألزموا أنفسهم به)
Mereka patuh dengan apa
yang diri mereka patuhi),
dan pada kamu diingatkan riwayat-riwayat yang dinashkan
untuk menentukan bahawa pada haqiqatnya mengenal Allah hanya melalui keluarga
Muhammad (as) sahaja:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan