Rabu, 14 September 2016

Riwayat 6 - 10

Riwayat Keenam:


عن بريد العجلي، قال: سمعت أبا جعفر (ع) يقول: (بنا عبد الله،، وبنا عرف الله،، وبنا وحد الله تبارك وتعالى، ومحمد حجاب الله، تبارك وتعالى(  

Dari Barid Al-‘Ajli, Dia berkata: Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata: (Demi kami Allah disembah, dan dengan kami Allah dikenal dan dengan kami Allah Tabaraka Wa Ta’ala diesakan dan Allah, dan Muhammad adalah tabir (hijab) Allah TWT.[1]

Maka bukankah dengan Tuhan kamu diwujudkan sesuatu keterangan yang lebih jelas dari keterangan ini adalah Allah Taala dikenal melalui para Imam (as) (dengan kami Allah dikenal)?!!! Saya tidak fikir riwayat tersebut memerlukan keterangan lebih lanjut, dan juga saya tidak fikir bahawa Syeikh Al-Baghdadi masih berpegang dengan katanya (... darinya kita sedar dan kita tahu bahawa Allah SWT tidak dapat dikenal oleh hamba-hambaNya (walaupun oleh Imam Al-Mahdi sendiri (Semoga Allah percepatkan kelapangannya Al-Sharif)).

Kata-kata ungkapan ini dari usaha untuk dipertimbangkan sebagai nash, kita memohon kepada Allah untuk membantu mengembalikan kepada perkara demikian dan ia tidak dapat dinafikan dari keutamaan-keutamaan para imam (as).


Riwayat Ketujuh:

عن جابر، قال: سمعت أبا جعفر (ع) يقول: (إنما يعرف الله عز وجل ويعبده من عر ف الله وعرف إمامه منا أهل البيت، ومن لا يعرف الله عز وجل و ]لا[ يعرف الإمام منا أهل البيت  فإنما يعرف ويعبد غير الله، هكذا والله ضلالا ([2]

Dari Jabir, dia berkata: Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata: (Sesungguhnya mengenal dan menyembah Allah AWJ adalah mereka yang mengenal Allah dan mengenal imamNya daripada kami Ahl Al-Bait, dan mereka yang tidak mengenal Allah AWJ dan [tidak] mengenal daripada kami Ahl Al-Bait, maka sesungguhnya telah mengenal dan menyembah selain daripada Allah, jadi demi Allah ia seatu kesesatan.) [2]


Riwayat Kelapan:

وعن أبى بصير، قال: قال أبو عبد الله(ع)  ( :الأوصياء هم أبواب الله عز وجل التي يؤتى منها . ولولهم ما عرف الله عز وجل، وبهم احتج الله تبارك وتعالى على خلقه(  

Dan dari Abi Bashir, katanya: Telah berkata Abu Abdillah (as) (Bahawa para washi, mereka adalah pintu-pintu Allah AWJ yang diberikan kepada mereka dan sekiranya bukan kerana mereka nescaya Allah AWJ tidak dikenali, dan mereka adalah hujah Allah TWT atas makhluk-Nya.) [3]


Riwayat Kesembilan

و عن أبي عبد الله (ع) [عن أبيه(ع)] أنه قال لرجل وقد كلمه بكلام كثير فقال: (أيها الرجل، تحتقر الكلام وتستصغره، اعلم أن الله عز وجل لم يبعث رسله حيث بعثها ومعها ذهب ولا فضة، ولكن بعثها بالكلام، وإنما عرف الله عز وجل نفسه إلى خلقه بالكلام والدلالات عليه  والعلم(

Dan dari Abi Abdillah (as) [dari bapanya (as)], Bahawa beliau berkata kepada orang yang banyak berkata-kata, maka beliau berkata: (Wahai manusia, kamu menghina dan memperkecil kata-katanya, krtahuilah bahawa Allah AWJ tidak mengutus Rasul-rasulNya, di mana ia diutus bersama-sama dengan emas atau perak, tetapi diutus dengan kata-kata, Sesungguhnya Allah AWJ mengenalkan diriNya kepada penciptaan dengan kata-kata dan dalil-dalil ke atasNya dan ilmu pengetahuan.) [4]


Riwayat Kesepuluh:

و عن سلمة ابن عطا، عن أبي عبد الله (ع) ،قال: (خرج الحسين بن علي (عليهما السلم) على أصحابه فقال: أيها الناس، إن الله جل ذكره ما خلق العباد إلا ليعرفوه، فإذا عرفوه عبدوه، فإذا عبدوه استغنوا بعبادته عن عبادة من سواه، فقال له رجل: يابن رسول الله بأبي أنت وأمي فما معرفة الله ؟ قال: معرفة أهل كل زمان إمامهم الذي يجب عليهم طاعته(

Dan dari Salamah bin ‘Atha, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Al-Hussein bin Ali (as) keluar kepada para sahabatnya dan berkata: Wahai manusia, sesungguhnya Allah mengingatkan, tidak dicipta hamba-hamba melainkan untuk mengenalNya, jika mereka mengenalNya mereka akan menyembahNya, jika mereka menyembahNya mereka akan berurusan dengan beribadah kepadaNya daripada yang lain, maka berkata seorang lelaki: Wahai anak Rasulullah, demi bapa dan ibu tuan, apakah dia mengenal Allah? Dia pun berkata: Penduduk setiap zaman mengenal imam mereka yang diwajibkan mereka taat kepadanya.) [5]          

                      
----------------------
[1] - Al-Kafi Jilid 1, halaman 140
[2] - Al-Kafi Jilid 1, halaman 181
[3] - Al-Kafi Jilid 1, halaman:193
[4] - Al-Kafi Jilid 8, halaman 148
[5] – 3ial  Al-Syarai3 – oleh Al-yheikh Al-Shaduq: Jilid 1 halaman 9


Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Seterusnya





Tiada ulasan: