Selasa, 20 September 2016

‘Ushul Kedua: Khalifah



Ushul-ushul Yang Tiga:
(الأصول الثالثة)    

Ushul Kedua: Khalifah

Pelantikan Khalifah di bumiNya [1] atau Utusan Allah yang mempunyai lebih banyak ilmu dan diperintahkan kepada orang-orang mukallaf supaya mentaatinya, Perkara yang tidak dapat dielakkan pada setiap zaman. Khalifah mestilah dilantik di setiap zaman.


Ini ditunjukkan oleh ::

Pertama: Tujuan penciptaan adalah mengenal (makrifah) [2], dan tujuan ini tidak boleh dicapai di alam ini bagi kebanyakan penciptaan kecuali dengan terlantiknya pembawa ilmu dan tugasnya untuk memberitahu (mengenalkan) kepada manusia, dan meninggalkan perbuatan yang tidak membenarkan tujuannya dengan keupayaan yang diperuntukkan padanya untuk tujuan itu, percanggahan ini tidak bersumber dari Yang Maha Bijaksana mutlak.
Maka pada perlantikan Khalifah Allah yang ditentukan oleh Allah, dengan agama Allah dan kehendak Allah untuk mencapai tujuan penciptaan, maka ia mesti dari lantikanNya. Tidak dibenarkan berkhalwat (menyendiri) darinya pada zamannya, ketika wujud penerimanya. Maka tidak akan mengenal penciptaan (makhluk) pada agama Allah dan kehendak Allah, dan mereka tidak akan mengetahui dan tidak akan menyembah dan mengenal Allah, sehingga membatalkan tujuan penciptaan. Dan begitu juga tidak dibenarkan berkhalwat (menyendiri) darinya pada zamannya, ketika wujud penerimanya; kerana ia menggugurkan (memusnahkan) alasan orang-orang yang ingkar akan kedatangannya. Pelantikan ini dan keperluannya adalah amalan yang diperakui - dua perlindungan padanya - Semua yang dilantik fuqahak atau aushiak atas agama yang disyari’at kepada mereka, walaupun mereka dinafikan dengan lidah-lidah mereka itu, di mana mereka ingkar (kafir) dengan pelantikan ilahi yang disampaikan kepada mereka adalah sebahagian dari agama Allah, Mereka telah melantik diri mereka sendiri atas sangkaan dan keinginan mereka dalam apa yang bukan dari nash ilahi yang ada di sisi mereka. Oleh itu, mereka telah mengakui dengan pengetahuan mereka keperluan ini untuk melantik Khalifah Allah, dan mengisytiharkan kemahuan mereka untuk menyampaikan kepada mereka ilmu ilahi dan perundangan Allah adalah benar dalam segala keadaan.

Kedua, Al-Malik (Pemilik) Yang Maha Mengetahui lagi Yang Mutlak mesti memerintahkan orang-orang yang bertanggungjawab (mukallaf) bagi seluruh alam kerajaanNya dalam melaksanakan kehendak-Nya; kerana Dia lebih mengetahui untuk kebaikan kerajaanNya dan yang ada di dalamnya [3], melainkan keuzuran mereka dalam perlaksanaan kejahilan mereka dalam kerajaanNya, dan dengan itu ia membuatkan betapa jauhnya kebijaksanaan berbanding kebodohan, dan tidak benar bagi Yang Maha Bijaksana Mutlak. Untuk mencapai tujuan ini mestilah disampaikan perintah-Nya dan kehendak-Nya kepada mukallaf supaya mengerjakannya, tidak ada jalan kepada perkera tersebut dengan wujud kerajaan dan tidak adanya Al-Malik di sisi mukallaf [4] bagi seluruh alam kerajaanNya [5] melainkan dengan perantaraan di sisinya kerajaan (iaitu, sesiapa yang diwahyukan kepadanya dengan kerajaan dan mengetahui kehendak-Nya), tidak benar untuk meninggalkan perlantikan - Khalifah Allah – perantaraan dengan kekuatan, Kerana ia mengenepikan maksud yang baginya ia adalah penguasaNya mahu melaksanakan kehendak kerajaanNya.

Jika Al-Malik Yang Maha Mengetaui lagi Maha Bijaksana Mutlak melantik Khalifah dalam kerajaanNya, yang hubung kaitnya mengetahui kehendak Al-Malik yang membolehkan mukallaf yang lain dengan kehendak Al-Malik, Kemudian mukallaf boleh melaksanakan apa yang dikehendaki Al-Malik, dan memberi hujah kepada mereka yang lalai dengan mwnggugurkan (membinasakan) alasan mereka yang ingkar dan sombong, dan Dia SWT telah menunjukkannya di dalam Al-Quran dengan firmanNya:

﴿رُّسُلًا مُّبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَزِيزًا حَكِيمًا﴾ 

(Mereka selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al-Nisa’ 4: 165]


Dan firmanNya lagi:  

﴿وَلَوْ أَنَّا أَهْلَكْنَاهُم بِعَذَابٍ مِّن قَبْلِهِ لَقَالُوا رَبَّنَا لَوْلَا أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ مِن قَبْلِ أَن نَّذِلَّ وَنَخْزَىٰ﴾
Dan sekiranya Kami binasakan mereka dengan suatu azab sebelum Al Quran itu (diturunkan), tentulah mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utus seorang rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau sebelum kami menjadi hina dan rendah?"  [Taha: 20:. 134]

Jadi, meninggalkan perlantikan dari yang mengetahui kehendak Al-Malik dengan penetapan Al-Malik di kalangan mukallaf, dan dengan wujudnya penerima di kalangan mukallaf, atau walaupun ianya menegakkan Al-Hujah atas mukallaf dan hancurnya alasan orang=orang yang tidak bersyukur, ia akan jauh dari kebijaksanaan dan melanggar tujuannya, dan ini tidak benar bagi Yang Bijakaksana Mutlak [6], dan begitu juga ia jauh dari rahmat, dan ia tidak bersumber dari Al-Rahim mutlak [7].

Adapun urusan khalifah itu mempunyai lebih banyak ilmu dengan apa yang ditugaskan kepadanya [8] maka  oleh kerana perlantikan pada yang kurang berilmu disamping wujud yang lebih berilmu telah membuang sebahagian ilmu yang wujud pada yang lebih berilmu untuk disampaikan kepada mukallaf,.ini jauh dari kebijaksanaan, dengan sebab itu Al-Malik mestilah yang membekalkan kepada khalifah dengan ilmu bagi perlaksanaan risalahNya. Pada umumnya khalifah sentiasa lebih berilmu; kerana dia mengetahui kehendak Al-Malik dan tidak ada yang lain, dan mempunyai kelebihan ilmu menjadikan khalifah yang paling kenal akan jalan dan keupayaan melaksanakan kedudukannya dan mencapai tujuan dan matlamat serta menyediakan keperluan.

Ada pun urusan yang tidak dapat dielakkan adalah perintah mereka beramal untuk taat kepada Khalifah - Dengan wujudnya penerima – maka untuk meninggalkan perintah ini akan mengganggu kepentingan kedudukan yang diperlukan bagi Khalifah Allah melaksanakannya [9], dan yang tidak mengeluarkan darinya dan ia tidak bersumber dari kebijaksanaan mutlak.

Dengan tidak adanya penerima yang membolehkan wujudnya khalifah atau rasul yang telah Allah selaraskan perlantikannya dengan ilmuNya, tetapi Allah tidak memerintahkannya supaya menyampaikan dakwah baru (seperti Muhammad), kewujudan dan keadaan ini selaras dengan kebijaksanaan, kerana padanya tertegak hujah kepada manusia dan memusnahkan alasan orang-orang yang ingkar, dan supaya tidak ada alasan bagi manusia dengan kewujudan rasul-rasul itu.
﴿لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّـهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ﴾

Agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya rasul-rasul itu. [Al-Nisa’ 4: 165]

dan pada zaman ini adalah suatu zaman terputus, diwujudkan utusan di mana dia adalah adalah khalifah Allah di bumiNya dan hujahNya atas hamba hamba-hambaNya, tetapi tidak diperintahkan supaya menyampaikan dakwah baru (seperti Muhammad) walaupun telah terputus tempoh yang panjang ia yang sepatutnya terdapat banyak rasul-rasul dan ia telah ditunjukkan oleh Allah Taala dalam firmanNya:

﴿يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا مَا جَاءَنَا مِن بَشِيرٍ وَلَا نَذِيرٍ ۖفَقَدْ جَاءَكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan (syari'at Kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan: "Tidak ada datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan". Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.   [Al-Maidah 5: 19]

Oleh kerana tidak wujud penerima yang boleh terdapatnya tempat-tempat yang layak maka tidak diutus padanya, dan tidak sampailah pada kaum-kaum itu risalah-risalah samawi:

﴿إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِندَ اللَّـهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ ۞ وَلَوْ عَلِمَ اللَّـهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَّأَسْمَعَهُمْ ۖ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوا وَّهُم مُّعْرِضُونَ﴾


Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun.* Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sememangnya mereka memalingkan diri. [Al-Anfal 8: 22 - 23.]

Hujah yang ditegakkan di atas semua ini adalah untuk Khalifah Allah di BumiNya, Tidak ada alasan untuk mereka atau sesiapa sahaja terhadap Allah dengan wujudnya khalifah, walaupun tidak diperintahkan untuk menyampaikan dakwah kerana tiadanya penerima di kalangan mereka, maka Allah SWT mengetahui keadaan mereka itu dan telah mengutus orang-orang seperti mereka dan mereka sentiasa menolak dan mendustakan dengan meminta kuasa mukjizat yang menarik (memaksa) mereka kepada beriman dengan dalil (bukti) kebendaan semata-mata, mereka tidak dapat bersabar (tahan) dengan perkara-perkara yang ghaib sahaja:



﴿وَلَوْلَا أَن تُصِيبَهُم مُّصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ فَيَقُولُوا رَبَّنَا لَوْلَا أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٤٧﴾فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِندِنَا قَالُوا لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَىٰ ۚأَوَلَمْ يَكْفُرُوا بِمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُ ۖ قَالُوا سِحْرَانِ تَظَاهَرَا وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ﴾

Dan agar mereka tidak mengatakan ketika azab menimpa mereka disebabkan apa yang mereka kerjakan: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutus seorang rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau dan jadilah kami termasuk orang-orang mukmin".* Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: "Mengapakah tidak diberikan kepadanya seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?". Dan bukankah mereka itu telah ingkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: "Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu membantu". Dan mereka (juga) berkata: "Sesungguhnya kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu." [Al-Qashash 28: 47 - 48]



---------------------------------------
[1] Utusan tidak lain melainkan manusia seperti mereka tetapi mereka ikhlas kepada Allah, dan mereka mendengar dan menyahut panggilanNya, maka Dia Yang Maha Suci mengutamakan mereka dan menjadikan mereka KhalifahNya di bumiNya, dan mengutus mereka kepada penciptaanNya supaya mereka mengenal kebenaran yang menyanjungNya dan mengenalNya
[2] - ﴿ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ  ﴾" - "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."] [Al-Zhariaat 51:56] : iaitu mempelajari (mengetahui), mengabdi (menyembah) dan mengenal.
[3] Walaupun orang-orang yang bertanggungjawab (mukallaf) bagi seluruh alam dalam kerajaanNya SWT maka mereka juga sebahagian dari kerajaanNya, kerana Dia adalah Pencipta mereka dan pemilik mereka yang sebenar (haqiqi) maka tingkah laku mereka walaupun pada diri mereka sendiri mestilah dengan perintahnya; kerana Dia yang memiliki mereka dan memiliki segala-galanya yang mengelilingi mereka sebagai Penguasa sebenar
[4] KetiadaanNya bukanlah pada haqiqat, tetapi disebabkan kekurangan dan kelalaian mereka terhadapNya, padahal, Dia menyaksikan yang ghaib dan membolehkan semua insan ikhlas dan berhubung dengan Tuhannya dan mengetahui kehendak-Nya SWT kerana Allah mengurniakan kepada yang ghaib; sama pada KhalifahNya di muka bumiNya, Dia Yang Maha Suci yang menyediakan segala-gala yang diperlukan seluruh penciptaan, mengikut apa yang sesuai (sepadan) dengan keadaan dan kedudukannya. Dan sama ada menjadi hamba-hamba Allah yang mengenal Allah sebahagian dari perkara yang ghaib, dan mereka sepatutnya mendapat manfaat daripadanya untuk mengenal Khalifah Allah di bumiNya dan mereka mentaatinya; kerana mereka tidak mengenal melainkan sedikit dan tetap memerlukan Khalifah untuk memperkatakan:
﴿عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا ۞ إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا ۞ لِّيَعْلَمَ أَن قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالَاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَىٰ كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا﴾
(Dialah) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.* Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga di hadapan dan di belakangnya. * Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang (sebenarnya) ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu. - [72:26 - 28]
[5] Untuk menerangkan perkara ini, dibawakan contoh: Sebuah kapal dan pemiliknya, jika pemilik kapal itu mahu berlayar di laut untuk melaksanakan sesuatu kerja, kebijaksanaan mengatakan bahawa jika dia lebih berilmu dan lebih bijak dari semua yang lain, dia mestilah melantik seorang Nakhoda (ketua-kapten) dan pilihannya adalah yang lebih berilmu di kalangan anak-anak kapal dan kemudian mengarahkan para pekerja dan anak-anak kapal supaya taat kepadanya, dan kalau ditentang mana-mana dari tiga perkara ini ia menunjukkan jauh dari kebijaksanaan berbanding kebodohan.
[6] Oleh kerana hancurnya matlamat ia jauh dari kebijaksanaan, dan ia akan membatalkan kebijaksanaan mutlak dan dengan itu membatalkan Ketuhanan mutlakNya dan membuktikan kemiskinan-Nya, Maha Tinggi Allah dari ketinggian yang seperti ini.
[7] Di mana jika tiada perlaksanaan rahmat (kasih sayang) sesuai dengan tanpa wujudnya bantahan dan kewujudan penerima mereka - Mereka adalah orang-orang yang ingat apabila Khalifah Allah diutus kepada mereka – ia mengukuhkan kekurangan rahmat (kasih sayang) Al-Rahim dan tidak keseluruhannya dan dengan itu membatalkan hakikat rahmat yang mutlak dan dengan itu membatalkan Ketuhanan mutlakNya, Maha Tinggi Allah dari ketinggian yang seperti ini. Dalam Al-Quran:
﴿قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖقُل لِّلَّـهِ ۚ كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾
Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi". Katakanlah: "Kepunyaan Allah". Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman. [Al-An3am 6:12]]
[8] Akan didatangkan ilmu terperinci yang perlu dicapai pada Khalifah Allah di bumiNya.
[9] Oleh kerana perlantikan Khalifah: bertujuan untuk mewujudkan hujah dan menghancurkan alasan dan ia berjalan sama ada terdapat penerima atau tidak terdapat penerima, dan juga ia bertujuan untuk menyelamatkan mukallaf dari kelalaian mereka dengan mengingatkan mereka untuk menerima kehendak Allah yang disampaikan melalui KhalifahNya di muka bumi., dan ini tidak akan dicapai hanya apabila terdapat penerima, Oleh itu, apabila tidak terdapat penerima tidak akan terdapat kegagalan bahagian akhir peraturan yang disampaikan pada mukallaf untuk mentaati Khalifah Allah di bumiNya, sama sahaja padanya
Penyampaian dakwah melalui Khalifah Allah adalah untuk menegakkan Hakimiyah Allah atau dari Allah dan rasul-Nya secara langsung kepada mukallaf seperti dalam suatu rukya, atau dari Khalifah sebelumnya secara langsung atau tidak langsung.



Sebelum ✡✡ MENU ✡✡ Berikutnya

Tiada ulasan: