Berkenaan dengan makanan dan minuman
Soalan 56: Apakah hukum
keju yang diambil daripada haiwan yang tidak suci atau babi?
Jawapan: Keju yang
dihasilkan dari susu haiwan yang tidak boleh dimakan dagingnya tidak dibenarkan
untuk dimakan.
Soalan 57: Kalau terdapat
keguguran janin haiwan tenusu yang halal dimakan dagingnya, adakah dibenarkan minum
susu yang dihasilkan dengan keguguran janin, atau menggunakannya? Di mana
terdapat sesuatu kaum yang megharamkannya dengan mendakwa bahawa ia adalah kejadian
yang tidak lengkap.
Jawapan: Susu dalam
keadaan tersebut boleh digunakan.
Soalan 58: Apakah hukum
gelatin haiwan?
Jawapan: Produk
gelatin dari haiwan tidak ada masalah untuk dimakan dan digunakan dalam
ubat-ubatan dan makanan, sama ada produk haiwan yang dikeluarkan itu dari haiwan
suci atau tidak suci, yang halal dimakan atau yang tidak halal dimakan.
Soalan 59: Apakah hukum
mengunyah gula-gula getah pada lelaki dan wanita? Adakah gula-gula getah air
(masin) atau mengunyah gula-gula getah mur (pahit) mempunyai hukum yang sama?
Jawapan: Untuk wanita
tidak ada masalah dengannya dan makruh bagi orang lelaki, dan mur (pahit) yang
digunakan sebagai ubat tidak ada masalah .
Soalan 60: Apakah hukum
makan atau minum atau menghisap rokok daun ganja (marijuana)?
Jawapan: Bahan narkotik
yang diekstrak daripada tumbuhan ganja tersebut adalah tidak dibenarkan untuk
makan atau minum atau sebagai bahan untuk merokok, sebab ia adalah bahan
narkotik yang memabukkan, tetapi boleh digunakan dalam bidang perubatan bagi
tujuan rawatan.
Soalan 61: Apakah hukum
minum minuman ringan (bergas), termasuk (cocacola - coke), yang
dikatakan di dalamnya ada nisbah (peratusan) khamar (arak)?
Jawapan: minuman
ringan (bergas), tidak ada masalah padanya,
dan kewujudan kadar alkohol yang tidak menyebabkan mabuk di dalam minuman dan
makanan tidak menjadikan ia haram, walaupun sekiranya kadarnya ditambah dan
tidak dibuat dalam makanan dan minuman hasil daripada cara penyediaan. Ya, ia dianggap
makanan dan minuman yang najis dan haram dimakan sekiranya ditambah dengan jumlah
atau peratusan alkohol atau khamar (arak) yang memabukkan, walaupun nisbahnya (peratusan)
sangat kecil dan tidak menyebabkan mabuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan