Sebahagian pekerjaan dan perniagaan
Soalan 80: Bolehkah menjual dolar kepada
dinar, dan sebagainya dalam mata wang lain?
Jawapan: Dibenarkan
Soalan 81: Saya bekerja sebagai pemandu dalam
sebuah syarikat yang kadang kala mengangkut khamar (arak), apakah hukumnya jika
ia dipaksa oleh majikan?
Jawapan: Tidak
dibenarkan mengangkut
arak atau alkohol yang memabukkan.
Soalan 82: Adakah dibenarkan pemandu teksi membantu sebahagian penumpang yang membeli arak dan
sebagainya, yang diharamkan makan atau minum, dan menghantar barang-barang itu
ke kereta atau ke rumahnya?
Jawapan: Apa-apa
yang berhubung
dengan alkohol tidak dibenarkan.
Soalan 83: Kerjanya sebagai pengawal di kedai-kedai atau di bar-bar menjual alkohol, atau sebagai
pengangkut barang-barang termasuk arak atau sesuatu yang haram dimakan, atau sebagai
pekerja di ladang-ladang anggur yang kemudiannya membuat arak, maka apakah
hukum dengan pekerjaan-pekerjaan ini?
Jawapan: Bekerja di kedai-kedai yang
menjual alkohol atau sebagai pengawalnya tidak dibenarkan, Ada pun bekerja ladang-ladang
anggur tidak ada masalah dengannya.
Soalan 84: Seorang pemandu lori bekerja
di syarikat mengangkut daging yang tidak Halal atau yang lain-lain, adakah ia pekerjaan
haram? Adalah diketahui bahawa orang itu hanya pemandu dan lori itu bukan miliknya.
Jawapan: Dibenarkan bekerja sebagai pemandu
lori yang membawa daging yang tidak halal dimakan, tetapi ia tidak dibenarkan bekerja
dengan yang melibatkan penjualan arak atau sebagai pemandu lori yang membawa arak.
Soalan 85: Seseorang bekerja di rumah penjagaan orang sakit dan di rumah wanita tua di samping
itu ada juga yang lelaki, dia melayan dan berkhidmat kepada mereka, membawa
mereka untuk menyediakan barang keperluan mereka dan menolong membersihkan mereka
jika perkara itu diperlukan, Adakah ia dibenarkan?
Jawapan: Dibenarkan jika terpaksa.
Soalan 86: Lelaki yang sentiasa
berada di Jabatan Kesihatan, bersama-sama dengan ramai pekerja wanita, apakah
hukumnya semasa sentiasa bercampur. apakah hukum memandang mereka?
Jawapan: Kehadiran lelaki dan
wanita untuk melakukan kerja-kerja (yang dibenarkan syarak) dibenarkan, Orang-orang
mukmin dan mukminah wajib menegakkan seruan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Adapun pada memandang, jika tanpa sebarang maksud (tidak sengaja), adalah dibenarkan.
Soalan 87: Orang yang bekerja dalam sebuah
organisasi penyelidikan (mereka menyelidik tulisan Fiqh yang terkenal
seperti Kitab Al-3urwah Al-Wutsqa. (Berpegang Pada Tali Yang Teguh), atau
Kitab riwayat-riwayat), adakah dibenarkan untuk terus bekerjasama dengan
mereka?
Jawapan: Dibenarkan, tetapi jauhilah
dari menulis kesesatan, maka jangan bekerja
untuk menyelidikinya, menerbitkannya, atau membantu untuk menyebarkan, Mengenai
Kitab Al-3urwah itu menjauhinya lebih baik bagi agamanya, apabila ia mungkin
hendaklah dengan menghormati riwayat-riwayat adalah lebih baik baginya.
Soalan 88: Saya dapati seorang dari
saudara-saudara ansar mengumpul CD yang mengandungi filem asing dan dia datang
kepada saya atas dasar untuk menjualnya kepada orang-orang yang bekerja denganya;
Oleh kerana belas kasihan dengan keadaan kesempitan kewangan saya, tetapi saya tidak
selesa pada urusannya itu, Apakah yang perlu saya lakukan?
Jawapan: Jika ia sesuatu yang
merangsang nafsu (syahwat) tidak dibenarkan untuk menjualnya, dan saya bermohon
kepada Allah agar memberi rezeki kepada kamu dari yang halal yang melimpahi kamu.
Soalan 89: Terdapat beberapa klip video
yang saya tonton di Internet, Yang berbicar (kira-kira 4 orang atau lebih),
bercakap dengan memberi tumpuan kepada jiwa (nafs) manusia dan cara bagaimana
untuk mengikhlaskan dari sifat negatifnya dengan merujuk kepada asas-asa jiwa (nafs).
Kebanyakan mereka berpegang pada had-had jiwa manusia sebagai asas dan tidak
melangkah kepada Pencipta Yang Maha Suci. Perkara itu bukan urusan agama bagi
mereka, atau kepada sesiapa yang mendengar cakap mereka. Percakapannya hanya mengelirukan
sahaja, apabila ia sampai ke titik penghujung tidak ada yang tinggal melainkan untuk
menghormati mereka yang cemerlang dan rekaan gambaran layu. Adakah dibenarkan bagi
ahli Tauhid mendengar atas alasan untuk mengambil hikmah dan dia mengakui
kepada Allah Yang Maha Suci yang menciptakan atau adakah ia satu kesalahan?
Jawapan: Mendengarnya tidak memudharatkan,
kerana mungkin mendengar hujah orang-orang Yahudi, Nasrani dan Atheis untuk menjawab
hujah mereka, tetapi jika kamu maksudkan iktiqad dan membenarkan apa yang mereka
katakan mengenai diri (nafs), maka ini tidak betul, mereka terjejas dalam membuat
penelitian dengan suatu kesalahan yang lain. Maka yang sahih adalah bahawa kamu
mengenal diri (nafs) dari pencipta diri (nafs) Yang Maha Suci dan melalui jalan
mengenal KitabNya dan Rasul-Nya SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan