1 - Sholat:
Sholat adalah Tiang Agama dan Mikraj seorang mukmin serta harga
dirinya, jika ia diterima, diterimalah (ibadah) yang lain, tetapi jika ia ditolak
ditolaklah (ibadah) yang lain, dan dengannya roh-roh disucikan daripada
kekejian sebagaimana disucikan badan daripada kekotoran dengan air, dan dari
sabda Rasulullah (S):
(إنّ
الله تعالى ذكره قسم بعزته أن لا يعذب المصلين والساجدين وأن لا يروعهم بالنار يوم
يقوم الناس لرب العالمين)
(Sesungguhnya Allah Taala Allah bersumpah
dengan KemuliaanNya Bahawa tidak mengazab orang-orang yang sholat dan
mereka yang sujud dan tidak menakut-nakutkan mereka dengan api neraka pada hari
manusia bangkit menemui Tuhan sekalian alam) [75].
Apabila masuk waktunya maka janganlah ditangguh-tangguhkan lagi, kerana
menangguhkannya adalah permulaan bagi melalaikannya dan boleh membawa kepada memandang
ringan terhadapnya, Sabda Rasulullah (S):
(من
حبس نفسه في صلاة فريضة فأتم ركوعها وسجودها وخشوعها ثم مجد الله وعظمه وحمده حتى
يدخل وقت صلاة فريضة أخرى لم يقطع بينهما كتب الله له كأجر الحاج المعتمر وكان من
أهل عليين)
(Sesiapa yang menjaga sholat fardhu lalu menyempurnakan rukuknya,
sujudnya dan dengan khusyuknya (rendah diri) dan kemudian memuliakan, mengagung
dan memuji Allah sehinggalah masuk waktu sholat fardhu yang lain tidak terputus
antara keduanya, dituliskan Allah baginya ganjaran seperti orang-orang yang mengerjakan
Haji Umrah (Al-Haji Al-Mu3tamir) dan adalah ia termasuk ahli Illiyin) [76].
Dan Al-Baqir dan Al-Shadiq (3alaihima s-salam) kedua mereka berkata: (Sesungguhnya bagi
kamu adalah dari sholat kamu apa yang diterima atasnya, maka jika ia telah
melakukan suatu kesalahan keseluruhannya atau lalai dari melaksanakannya akan
dirosakan dan dipukul wajah pemiliknya) [77].
Dan fikirlah tentang kebesaran Allah dan kamu berdiri di hadapanNya,
dan memanjangkan sujud dan rukuknya adalah hadiah kamu kepada Al-Malik Al-Haq
(Raja Yang sebenar), dan pahalanya amat besar. Bagaimanapun sedapat mungkin kamu
berjemaah di masjid, kerana kelebiham berjemaah amat besar. Dan kamu hendaklah
melakukan sebahagian sholat-sholat mustahab (sunat), terutama Sholat Al-Ghufailah dan Sholat
Malam. Jangan
meninggalkannya dalam apa jua keadaan sekali pun kerana ganjarannya amat
besar, Ia (Sholat
Malam) adalah sholat lapan rakaat, kemudian dua rakaat Sholat Shafa3 dan (penutupnya)
satu rakaat - Sholat Witir. selepas setiap dua rakaat beri salam (mengakhiri sholat)
seperti Sholat Shubuh kecuali pada Sholat Witir kerana ia adalah sholat satu
rakaat sahaja, dan boleh dipendekkan bacaan dalam Sholat Malam dengan hanya membaca
Al-Hamd (tanpa membaca surah pendek lain), dan boleh sholat dua rakaat Sholat Shafa3
sahaja.
Dan telah diriwayatkan bahawa sesiapa yang terbangun sebelum Sholat Shubuh
maka dirikanlah Sholat Witir dan Sholat Nafilah Shubuh – ia adalah dua rakaat
sebelum Sholat Shubuh - ditulis baginya sebagai Sholat Malam (penuh) maka jangan
lepaskan peluang kamu ini. [78].
Dari Abi Abdillah (as): (Seorang lelaki datang menemui Nabi (S) maka
dia berkata: Ya Rasulullah, mintalah pada Allah apa yang menyamai sholat fardhu,
baginda bersabda: Tiada, Lalu dia berkata: Demi yang mengutus kamu kebenaran, tidak
mendekat kepada Allah dengan sesuatu yang menyempurnakannya. Baginda bersabda:
Mengapa tidak? Dia berkata; Kerana Allah telah menciptakan aku dalam keburukan.
Maka Nabi (S) menahan diri, Jibril (as) telah turun lalu berkata: Ya Muhammad,
Tuhanmu mengirim salam kepadamu dan mengatakan bacakan salam kepada hambaku Si
Fulan, dan katakanlah kepadanya: Tidakkah engkau redha jika engkau dibangkitkan
esok nanti dalam keadaan selamat?. Lalu dia berkata: Ya Rasul Allah, Allah telah
mengingatkan aku padaNya (di sisiNya). Baginda bersabda: Ya. Katanya: Demi yang
mengutus kamu kebenaran, tidak tinggal sesuatu untuk mendekati Allah melainkan
dengan mendekatinya) [79].
Siapakah di antara kita yang tidak berbuat dosa, dan siapakah di antara
kita tidak mahu datang pada Hari kiamat dengan selamat?
✡✡✡✡✡
-----------------------
[75] - Amalie Al-Shaduq: halaman 154, 3uyun Akhbar Al-Redha (as): Jilid
2: halaman 266, Bihar Al-Anwar: Jilid 93: halaman 357.
[76] - Wasail Al-Syahid Al-Tsani: halaman 107, Mustadrak Al-Wasail: Jilid
4: halaman 101, Bihar Al-Anwar: Jilid 81: halaman 260.
[77] – Al-Kafi: Jilid 3: halaman 363, Al-Tahzhib: Jilid 2: halaman 342,
Bihar Al-Anwar: Jilid 81: halaman 260.
[78] Mu'awiyah bin Wahab meriwayatkan, dari Al-Shadiq (as) bahawa dia
mendengar beliau berkata: (bergembiralah salah seorang dari kamu yang bangun
sebelum subuh dan bersholat Witir dan sholat dua rakaat Sholat Fajr
(Nafilah Shubuh) – maka ditulis baginya sebagai Sholat Malam (penuh)) Tahzhib
Al-Ahkam: Jilid 2: halaman 341, Wasail Al-Syiah (Aali Al-Bait): Jilid 4:
halaman 258 .
[79] – 3ilal Al-Syarai3: Jilid: halaman 463, Bihar Al-Anwar: Jilid 5:
halaman 280.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan