Soalan 675:
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم يل مولي ورحمة الله وبركلته ...
والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليما كثيرا
Dalam khutbah Rasulullah (shalawatu rabbi 3alaih) mengatakan
Dalam bulan Ramadhan: Syaitan-syaitan diikat, maka aku
meminta TuhanMu supaya dia tidak menguasai kamu),
Jika syaitan-syaitan telah diikat dalam bulan Ramadhan, jadi bagaimana
manusia melakukan dosa (maksiat) di sepanjang bulan Ramadhan. Kita melihat
banyak kejahatan dan yang berani mencabar Allah dengan berbuka (makan) dengan
sengaja dan lain-lain?
Semoga Allah menyerahkan tanah tuan dan segera membolehkan tuan mengambilnya
dalam masa terdekat, Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Memperkenankan doa.
Dihantar Al-Narjis- Bahrain
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليما كثيرا
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jika syaitan-syaitan jin diikat pada bulan Ramadhan tidak bermakna bahawa syaitan-syaitan manusia juga diikat, dan ini juga tidak bermakna bahawa manusia telah menjadi malaikat, tetapi ia adalah seorang manusia yang mempunyai kegelapan di halaman kewujudannya hingga menjadi penyebab untuk melakukan maksiat pada masa itu dan menjadi syaitan-syaitan jin bersifat iblis. Dan syaitan-syaitan manusia pada masa yang lain menjadikan yang ada.di dalam diri manusianya kegelapan, dan terdapat sebahagian diri-diri manusia lebih berbahaya dari syaitan-syaitan jin. Ia menghabiskan hidupnya sebelum Ramadhan dalam kelalaian sehingga kegelapan mengatasi dirinya, lalu tidak mendapat apa-apa manfaat dalam bulan Ramadhan.
Secara amnya kamu boleh menganggap kebencian syaitan-syaitan dalam bulan Ramadhan sebagai satu penghormatan dan bantuan dan pertolongan Ilahi
bagi mereka yang mahu bertaubat dan mempertingkat diri terhadap Kerajaan Langit
(Malakut Al-Samawat), dan merupakan peluang yang baik untuk sesiapa yang mahu mengambil
kesempatan dan mengubah kehidupannya dan pencapaiannya dalam kehidupan selepas
kematian (ukhrawi) kepada yang lebih baik. Kamu boleh mengetahui keterangan
yang lebih lanjut dengan membaca Kitab Jihad Pintu
Syurga dan kitab-kitab
lain di mana perkara-perkara ini diterangkan.
Ahmad Al-Hassan
1433 H
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan