Khamis, 9 Jun 2016

Bagaimana menentukan Waktu berpuasa Harian


Bagaimana menentukan Waktu berpuasa Harian

63. Apakah tempoh waktu puasa?
J: Dari terbit fajar sehingga terbenam fajar. Terbenam fajar adalah waktu solat Maghrib.


S6. Bagaimana keadaan seorang mukallaf yang tidak dapat menentukan waktu sholat kerana dia tinggal di negara Non Muslim yang mana siangnya sangat pendek?

J. Untuk Sholat Maghrib, ianya senang dikenalpasti dengan kehilangan lingkaran matahari. Untuk Zawal (gelincir rembang tengahari), jika dia tidak dapat mengenalpastinya seperti yang diajarkan oleh Syariat, dan dia tidak mempunyai jadual pengiraan yang telah dia sahihkan dan boleh dipakai, maka hendaklah dia mengambil zawal sebagai pertengahan antara terbitnya fajar dan terbenam matahari. Bagi waktu fajar, jika mampu untuk mengenalpasti dengan melihatnya dan mengetahui tandanya yang telah saya jelaskan dalam kitab Syarai3 maka beramallah dengannya, jika tidak, pengiraannya adalah apabila matahari berada 19 darjah dibawah ufuk, dan jika masih tidak mampu, maka waktunya adalah satu jam setengah sebelum matahari terbit, iaitu 90 minit.

S7. Bolehkah seorang mukallaf itu, mengikut pilihan mana-mana cara penentuan waktu sholat ini, contohnya waktu sholat fajar?

J. Perlu mengikut turutan, bukan pilihan. Dan ini adalah teksnya: [Bagi waktu fajar, jika mampu untuk mengenalpasti dengan melihatnya dan mengetahui tandanya yang telah saya jelaskan dalam Kitab Syarai3 maka beramallah dengannya, jika tidak, pengiraannya adalah apabila matahari berada 19 darjah dibawah ufuk, dan jika masih tidak mampu, maka waktunya adalah satu jam setengah sebelum matahari terbit, iaitu 90 minit.]

S8. Salah satu cara untuk menentukan fajar adalah matahari berada 19 darjah di buwah ufuk, bagaimana boleh seseorang itu mengetahuinya?

J. Diketahui dengan pengiraan matematik yang sedia ada untuk pergerakan matahari dan bumi.

S9. Adakah dibenarkan beramal dengan jadual kalendar yang dikira oleh negara Islam atau bukan Islam, yang mana masyarakatnya bukan kaum Mukmin?

J. Jika ia selari dengan waktu yang ditetapkan oleh Syariah, maka dibenarkan beramal dengannya, jadi perlu ada sedikit penyesuaian kepada kalendar tersebut dan fokuskan kepada berapa banyak keselariannya dengan waktu syariah sebelum boleh beramal dengannya.]

Sila rujuk:


Tiada ulasan: