Sholat
Nafilah Bulan Ramadhan
Sholat Nafilah Bulan
Ramadhan, Di dalam riwayat, Ia adalah sholat 1000 rakaat di dalam Bulan
Ramadhan sebagai tambahan kepada Sholat Nawafil yang sedia ada (setiap hari).
Bersholat nafilah 20 rakaat pada setiap malam: 8 rakaat selepas Sholat Maghrib
dan 12 rakaat selepas Sholat 3isyak, oleh itu, jumlah keseluruhan rakaat sholat
sepanjang 20 hari pertama adalah 400 rakaat. Pada sepuluh malam terakhir
hendaklah bersholat nafilah 30 rakaat sebagaimana tertib [berikut iaitu 12
rakaat selepas maghrib dan 18 rakaat selepas isyak, jumlah keseluruhan rakaat
sholat sepanjang 10 hari terakhir adalah 300 rakaat]. Dan pada tiga malam yang
ganjil [iaitu 19, 21 dan 23 ramadhan], hendaklah bersholat nafilah 100 rakaat
pada setiap malam, [oleh itu, jumlah keseluruhan rakaat sholat nafilah menjadi
1000 rakaat]. Perhatikan juga bahawa keseluruhan rakaat sholat nafilah pada
malam ke 19 menjadi 120 rakaat (100 rakaat + 20 rakaat yang ditunaikan pada
setiap malam di sepanjang 20 hari pertama). Dan jumlah keseluruhan rakaat sholat
nafilah pada malam 21 dan 23 ramadhan adalah 130 rakaat (100 rakaat + 30 rakaat
yang ditunaikan pada 10 malam yang terakhir).
Jika terkurang dan
hanya menunaikan 100 rakaat sholat nafilah sahaja pada malam ganjil iaitu dia
tidak menunaikan 20 rakaat lagi sholat nafilah pada malam ke 19 dan 30 rakaat
lagi sholat nafilah pada malam ke 21 dan ke 23, bermakna ada 80 rakaat (20 + 30
+ 30) lagi berbaki yang perlu ditunaikan, maka hendaklah melunaskan sholat
tersebut pada setiap kali jumaat dengan melaksanakan 10 rakaat sholat Ali,
Fatimah dan Ja’far (jumlah keseluruhan 40 rakaat mengambilkira wujud 4 kali
jumaat dalam bulan Ramadhan). Dan pada jumaat terakhir di bulan Ramadhan
menunaikan sholat Ali (as) sebanyak 20 rakaat dan menunaikan Sholat Fatimah
(as) pada malam harinya sebanyak 20 rakaat lagi.
Sholat Amirul
Mukminin Ali (as): sholat 4 rakaat dengan dua kali tasyahud dan dua kali salam,
di bacakan pada setiap rakaat: 1 kali surah “Al Hamd” dan 50 kali surah
At-Tauhid/ Al-Ikhlas.
Sholat Fatimah (as): sholat
2 rakaat, dibacakan pada rakaat pertama 1 kali surah “Al Hamd” dan 10 kali
surah “Al-Qadr”. Pada rakaat kedua dibacakan 1 kali surah “Al-Hamd” dan 10 kali
surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas).
Sholat Ja’far (as): sholat
4 rakaat dengan 2 kali salam, dibacakan pada rakaat yang pertama 1 kali surah
“Al Hamd” dan 1 kali surah “Al-Zalzalah”, kemudian membaca sebanyak 15 kali
“Subhanallah wal Hamdulillah wala Ilaha illalLah walLahu Akbar”, dan
membacakannya sebanyak 10 kali juga di dalam ruku’, selepas bangun dari ruju’,
sujud pertama, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan selepas bangun dari
sujud kedua, maka itu, jumlah kesemuanya adalah 75 kali pada setiap rakaat. Dan
dibacakan pada rakaat kedua surah “Al Hamd” dan 1 kali surah “wal’adiyat”:
rakaat ketiga surah “Al Hamd” dan surah “iza jaa’a nashrulLah”: dan pada rakaat
keempat surah “Al Hamd” dan surah “At-Tauhid”. Disunatkan membaca doa yang
dikhususkan pada sujud yang terakhir.
Kedua: Sholat malam
3id Al-Fithri dua rakaat, dalam rakaat pertama baca: "Al Hamd" sekali
dan surah "Al-Tauhid (Al-Ikhlas)" seribu kali, dan dalam rakaat
kedua, " baca: "Al Hamd" sekali dan surah "Al-Tauhid
(Al-Ikhlas)" sekali.
Rujukan: Syarai3
Islam (Juzuk I)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan