Soalan 669: Soalan
Tentang Bintang Isa (as) Dari Timur Di Dalam Injil Matius.
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل
محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
السلام عليكم سيدي ومولاي
أحمد الحسن ورحمة الله وبركاته.
Saya bermohon
kepada Allah supaya meneguhkan Wilayah tuan dan menolong tuan, dan menuliskan
kami termasuk orang-orang yang menyokong hujah tuan dengan rahmatNya Yang Maha
Suci. Soalan ini adalah dari ansar yang tidak boleh berbahasa Arab, mereka
meminta menterjemahkannya dan diberikan kepada Imam (as). Soalannya: Apakah
bintang di Timur, yang membawa tiga orang ketua dari timur kepada Isa (as)?
Dalam Injil Matius Chapter 2 (Matthew 2)
(1) Sesudah Yesus
dilahirkan di Betlehem (Bait Lahm) di tanah Yudea (Yahudi) pada zaman raja
Herodes, datanglah orang-orang Majusi dari Timur ke Jerusalem. (2) dan
bertanya-tanya: "Di manakah Dia, raja orang Yahudi yang baru dilahirkan
itu? Kami telah melihat bintang-Nya di Timur dan kami datang untuk sujud
kepadanyia."
Pengirim Daren- Amerika
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين
وسلم تسليما
Semoga Allah memberikan kejayaan
dan menghapuskan kesalahan kamu. Bintang-bintang adalah seumpama lampu-lampu
begemerlapan di langit. Ia adalah sebilangan kecil dari bintang-bintang lain.
Bintang-bintang dan planet-planet yang cahayanya kelihatan kecil apabila dibandingkan
ruang angkasa yang luas, yang bertasbih di dalamnya, setiap jirim memberi kesan
dalam ruang ruang dan mungkin memainkan peranan yang besar memaksa sebahagian jirim-jirim
dalam pengaruhnya yang terbatas terpaksa
berputar di sekelilingnya seolah-olah mengikutnya, maka terdapat bintang yang berkisar
mengelilingi bintang lain, dan planet-planet yang mengelilingi bintang-bintang,
dan bulan-bulan yang mengorbit (mengelilingi) planet-planet, dan gumpalan
himpunan besar bertaburan bak debu, planet-planet dan bintang-bintang serta pelbagai
sistem tata suria yang mengelilingi cakrawala yang
sangat besar yang membentuk dan kelihatan seperti lubang di alam semesta yang
dipanggil lubang gelap (black hole). Alam semesta jasmani ini yang dapat kita lihat
adalah kalimah dari kalimah-kalimah Allah, kita boleh memekakkan telinga-telinga
kita untuk mendengarnya, seperti mana kita dapat mendengar dan memahami darinya
bahawa para nabi dan orang-orang yang meletakkan diri mereka berkhidmat dengan
Tuhan mereka tidak ramai seperti sedikitnya bintang-bintang itu, atau kita
dapat memahami darinya bahawa terdapat khalifah-khalifah kepada Allah mengikut khalifah-khalifah
Allah yang lain, kita dapati Harun mengikut Musa (as), dan kita dapati Ali
mengikut Muhammad (S), kerana ada (sistem) matahari yang mengorbit (mengelilingi)
(sistem) matahari, ada orang orang-yang beriman yang ikhlas mengikuti para
nabi, sebagai mana planet-planet mengelilingi matahari, dan kita dapat memahami
bahawa kesan (pengaruh) kemanusiaan (Al-Insan) pada alam dan manusia mengikut
kadar amalannya dan keikhlasannya kepada Allah dan bahawa kesan jirim-jirim langit
dalam alam semesta mengikut kadar jisim dan tenaga yang dikeluarkan atau yang dipantulkan,
dan kita dapat memahami bahawa jika manusia ikhlas kepada Allah hampir cahayanya
bersinar sendiri, dan sebagai mana matahari-matahari telah memancarkan cahayanya
sendiri, iaitu, hampir cahayanya tidak terdapat kegelapan di dalamnya, kerana
ia dicipta atas shurah (imej) Allah
(الله خلق آدم على صورته(
(Allah
menciptakan Adam atas shurah (imej)-Nya.) [1], Allah mencipta manusia
menurut shurahNya. Atas shurah Allah terciptaNya.[2] Kita lihat sejumlah
jirim-jirim yang sangat besar mengorbit mengelilingi jurang berpusat yang
dikenali sebagai lubang gelap, Walaupun ia tidak berhenti menelan
(mendorong - mengambil) apa yang ada
dalam lubang (bukaan - mulut) tersebut, ia juga tidak berhenti mengelilinginya seolah-olah
sangat suka membinasakannya seperti mahu ditelan dan menggambarkan diri sendiri
di sekitarnya, kenyataannya ia betul-betul berada di mulutnya seperti mana kita
semua terperangkap di dunia dan menggambarkan bahawa kita terpaksa makan kerana
kita hidup di dalamnya dan sangat menyukainya walaupun kita dimakan seorang
demi seorang sehingga akhirnya tiada seorang pun dari kita yang tinggal. Maka jasad-jasad
pun dimakan cacing dan zaman, dan roh-roh yang terletak dalam ruang terkurung di
dunia tidak lagi tinggal dengannya yang lain daripada yang lain yang gelap tidak
ada cahaya di dalamnya. Hanya sedikit di kalangan kita yang memilih untuk
menjauhkan diri dari muncungnya; untuk lari dari daya tarikan dunia ini dengan roh-roh
yang bercahaya cemerlang dan tidak jatuh ke dalam muncungnya yang cukup gelap
sama seperti jirim-jirim yang sangat sedikit dapat berputar dari lubang gelap
(black hole) itu, seperti yang saya katakan kepada kamu alam semesta adalah Kalimah
Allah dan dengan itu, kita boleh terus mendengarnya sehingga penuh dengan
tulisan yang memperkatakan Kalimah ini, jika saya memperdengarkan Kalimah ini,
mungkin saya tidak perlu memberitahu kamu bintang apakah yang dilihat oleh orang-orang
yang datang kepada Yesus (Yusa3 - Isa (as)) kerana kamu pasti akan memahami
bahawa mereka diperdengarkan dengan Kalimah-kalimah Allah kerana mereka melihat
bintang itu dalam rukya di waktu malam, Allah membimbing mereka dengan rukya (mimpi) yang
terdapat cahaya dan bintang-bintang yang diberkati telah turun di tanah suci
adalah Jesus (Isa (as)), dan kamu akan memahami bahawa mereka melihat dengan
mata mereka sendiri, langit dan bintang-bintangnya telah membimbing mereka
kepada arah (sisi) mana turunnya bintang suci yang diberkati iaitu (Isa (as)). Mereka
diperdengarkan dengan Kalimah-kalimah Allah yang baik dan mereka telah melihat
bintang ini pada segala-galanya dan semua itu membimbing mereka kepada bintang suci
yang diberkati, Yesus (Isa (as)). Kamu juga boleh mendengar (mengenai) Allah dalam
semua perkara, dalam Kalimah-kalimahNya, di langit, pada bintang-bintang, pada semua
peristiwa (kejadian) yang kamu benarkan setiap hari sehingga di dalam hatimu kamu
boleh mendengarkan Allah kerana kamu adalah seorang manusia dan manusia adalah Kalimah
Allah yang paling agung.
والسلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
Ahmad Al-Hassan
Jamadi
Al-Tsani / 1433 H
✡✡✡✡✡
-----------------------
[1] - Al-Kafi: Jilid1: halaman 134; Tauhid Al-Shaduq: halaman 103
[2] – Taurat (Perjanjian
Lama): Genesis - Bab 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan