Jihad
i) Menyebarkan
Fiqh Agama Di Kalangan Mukminin
Ini adalah tugas penting setiap orang mukmin. Ia adalah wajib Syar’ei, kerana
ia pendahuluan kepada semua ibadah dan untuk menentukan sahnya (diterima) sesuatu
amalan, tetapi semua mengikut kadar dan keluasannya. Kewajiban graduan universiti
tidak sama dengan kewajipan orang yang buta huruf, sebagai contoh, seorang
graduan universiti hendaklah mempelajari Fiqh atau beberapa masalah fiqh dan
dibantu oleh pelajar-pelajar ilmu agama, dan ini adalah tugas mereka sebagai
pembimbing, kemudian sebarkan Fiqh tersebut di kalangan orang-orang mukmin.
Bagi yang tidak boleh membaca hendaklah belajar beberapa masalah fiqh dari
penyusun atau dari sebahagian orang-orang mukmin dan kemudian sebarkan di
kalangan orang-orang mukmin, dan jangan memperkecilkan ilmu seseorang jika kamu
mengetahui satu sahaja masalah fiqh maka lakukan penyebaran di kalangan orang-orang
mukmin.
Ketahuilah bahawa dengan menyebarkan Fiqh dan membincangkannya dengan orang-orang
mukmin tentang perundangan Islam dan hal ehwal umat Islam hari ini mendedahkan kezaliman
taghut (penzalim) dan pembantu mereka yang berpura-pura dengan Islam. Umat Islam
tahu sejauh mana pemerintah zalim ini, terkeluar daripada Syari’at yang suci
dan pandangan hina mereka dan mereka memerangi Auliak Allah, orang-orang rabbani
dan orang-orang mukmin yang soleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan