Selasa, 7 Jun 2016

Jalan Keluar Dari Al-Tiih 3 - Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran:



3 - Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran:


Salah satu tugas (kewajipan) yang paling penting yang mesti dilakukan oleh masyarakat Islam secara keseluruhannya adalah: Menuntut (belajar) ilmu agama, kedoktoran, pertanian, kejuruteraan dan semua orang dalam masyarakat Islam bertanggungjawab untuk Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran. Rasulullah (S) telah memberi amaran kepada umat ini supaya jangan meninggalkannya kerana Allah menguasakan atasnya kejelekannya kemudian mereka berdoa tetapi doa mereka tidak dikabulkan [83], dan adakah tidak benar terdapat para penguasa taghut penzalim atas umat manusia pada hari ini?!

Maka kembalilah kepada Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran dan janganlah celaan orang yang suka mencela menghalangi kamu dari jalan Allah dan untuk memadamkan suara-suara yang menentang setiap yang ingkar perintahNya. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita dan menghapuskan dari kita kezaliman (bala) tersebut, Dia SWT berfirman:

﴿وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾

Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. [84].

Dan telah diriwayatkan daripada mereka (as): Bahawa menyeru kepada Kebaikan dan menyuruh berbuat makruf (kebajikan) menegakkan segala yang fardhu, mendamaikan mazhab-mazhab,  menghalalkan usaha-usaha sara hidup,  mencegah ketidakadilan, memakmurkan tanah (bumi) dan menuntut keadilan bagi yang tertindas dari penindas. Manusia senantiasa dalam keadaan baik selama mereka  menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kemungkaran dan bantu membantu dalam kebajikan. Jika kalian tidak berbuat demikian akan diangkat (dicabut) dari mereka keberkatan dan akan dikasari sebahagian kepada sebahagian yang lain dan mereka tidak mempunyai penolong di bumi dan di langit [85].

Nabi (S) bersabda: (Bagaimana kamu jika isteri-isteri kamu rosak (akhlak), pemuda-pemuda kamu fasiq dan mereka tidak menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Maka dikatakan kepada baginda, Akan terjadi seperit itu, Ya Rasulullah? Baginda (S) bersabda: Ya, lalu baginda mengatakan, Bagaimana keadaan kamu jika kamu menyeru kepada Kemungkaran dan mencegah kebaikan, maka dikatakan kepada baginda, Ya Rasulullah bagaimana ini boleh terjadi? Lalu baginda (S) bersabda: Ya itulah kejahatan, bagaimana dengan kamu, jika kamu melihat kemungkaran itu kebaikan dan kebaikan itu kemungkaran) [86].

Bagi semua orang mukmin pada hari ini hendaklah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka bekerja siang dan malam untuk memperbaiki diri-diri yang melakukan kerosakan yang terjadi kepada kamu hanya melihat kebaikan itu kemungkaran dan kemungkaran itu kebaikan dan pujian kepada Allah semata-mata.




✡✡✡✡✡
                            
-----------------------
[83] - Riwayat Al-Thabrani: (dari Abu Hurairah katanya: Rasulullah (S) bersabda: Hendaklah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau Allah akan menguasakan kejelekan atas kamu kemudian mereka berdoa untuk kebaikan-kebaikan kamu tetapi tidak dikabulkan doa mereka untuk kamu) Al-Mu3jam Al-Ausath: Jilid 2: halaman  99.
[84] - Al-Imran 3:104.
[85] - Riwayat Al-Syeikh Al-Thusi dalam Al-Tahzhib: Dari Al-Nabi (S) baginda bersabda: (Manusia senantiasa dalam keadaan baik selama mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kemungkaran dan bantu membantu dalam kebajikan dan bertakwa. Jika kalian tidak berbuat demikian akan diangkat (dicabut) dari mereka keberkatan dan akan dikasari sebahagian kepada sebahagian yang lain dan mereka tidak mempunyai penolong di bumi dan di langit.) Al-Tahzhib Al-Ahkam: Jilid 6: halaman  181.
Dan juga Riwayat Al-Kulaini dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Akan terjadi pada akhir zaman suatu kaum yang mengikut mereka orang-orang yang gila yang membaca-baca dan orang-orang yang bertapa terjadi pada orang-orang bodoh, mereka tidak mewajibkan pada seseorang untuk menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kemungkaran kecuali memperoleh kerosakan untuk mencari keringanan dan alasan diri mereka mengikuti ulamak sesat yang merosakkan amalan mereka, mereka meneruskan sholat dan puasa dan tidak berbicara pada dirinya dan tiada pula harta, walaupun merosakkan semua sholat yang lain, apa yang mereka lakukan dengan harta dan tubuh mereka untuk mereka menolak seperti mana mereka menolak ibadah-ibadah fardhu yang lebih tinggi dan lebih mulia, hendaklah menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kewajipan yang besar yang dengannya tertegak ibadah-ibadah fardhu. Di sana terdapat murka Allah AWJ ke atas mereka lalu meratakan mereka dengan hukuman yang membinasakan orang-orang yang baik-baik (yang soleh) dalam Dar Al-Fujjar (Neraka untuk orang jahat) dan yang mempunyai (dosa-dosa) kecil dalam Dar Al-Kibar (Neraka untuk dosa-dosa besar), Sesungguhnya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran, adalah jalan para nabi dan manhaj (pendekatan) orang-orang yang soleh adalah kewajipan yang besar yang dengannya tertegak ibadah-ibadah fardhu dan dan mendamaikan mazhab-mazhab dan menghalalkan usaha-usaha sara hidup dan mencegah ketidakadilan dan memakmurkan tanah (bumi), menuntut keadilan bagi musuh-musuh dan meluruskan seruan keingkaran mereka dengan hati-hati kamu dan menjaga lidah-lidah kamu, dan dengannya menutup dahi-dahi (muka) mereka, tidak takut selain Allah walaupun celaan orang yang mencela, Maka hendaklah mereka mengambil iktibar dan kembali kepada kebenaran kerana tidak ada cara lain untuk mereka
(Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.) [Al-Syuraa 42:42
Dengan itu berjihadlah terhadap mereka dengan badan diri kamu dan membenci mereka dengan hati-hati kamu, bukan orang yang mencari kuasa
bukan orang yang meraih kekayaan
bukan orang yang inginkan kemenangan atas kezaliman sehingga mereka tunduk kepada Allah  dan terus mentaatiNya. Beliau berkata: Allah AWJ mewahyukan kepada Nabi Syu3aib (as): Aku akan mengazab kaum engkau selama 140.060 tahun dari kejahatan mereka dan atas pilihan mereka, lalu beliau (as) berkata: Ya Tuhan, mereka itu orang-orang jahat bagaimana pula dengan orang-orang yang baik? Maka Allah AWJ mewahyukan kepadanya: Untuk memperdaya orang-orang jahat dan orang-orang yang tidak membenci dengan kemurkaanKu) Al-Kafi: Jilid 5: halaman  55.
[86] - Al-Kafi: Jilid 5: halaman  59, tune Tahzhib Al-Ahkam: Jilid 6: halaman  177, Wasail Al-Syiah (Aali Al-Bait): Jilid 16: halaman  122..




Tiada ulasan: