Sabtu, 25 Jun 2016

Soalan 671: Bolehkah Diterima Teori Evolusi Charles Darwin?


Soalan 671: Bolehkah Diterima Teori Evolusi Charles Darwin?

                        السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maulai dan Qaim Aali Muhammad ...

Soalan ini dari saudara-saudara yang berbahasa Inggeris dan telah diterjemahkan soalan mereka secara bersama-sama. Ya Allah berilah salam dan berkatilah atas Muhammad dan Aali Muhammad serta para imam yang diberi petunjuk, Salam atas tuan, Ya Imam! Ya Maula! Ahmad Al-Hassan, saya mohon kepada Allah supaya membantu dan menolong tuan.

Adakah boleh diterima teori evolusi Charles Darwin? Ia sangat mengelirukan, kerana mereka mempunyai banyak bukti-bukti bermula dari bukti-bukti ilmu genetik sehinggalah bukti-bukti arkeologi, seperti Fosil Organisme Sel Tunggal. Saya berharap tuan dapat menyelesaikan kekeliruan ini.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pengirim: Muhammad Akhtar – Kanada


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
                                        والحمد الله رب العاملين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Saya bermohon kepada Allah agar memberikan kamu kejayaan dan menghapuskan semua kesalahan kamu, Masalah evolusi secara umumnya kini tidak dapat dinafikan lagi melainkan seseorang yang jahil tentang apa yang dimaksudkannya. Jika kita membuat pembezaan dan pemilihan, pada genetik tidak dapat dielakkan terdapatnya evolusi (perubahan beransur-ansur), masalah ini hampir menjadi satu kenyataan dan hampir tidak dapat ditangani walaupun terhadap perbandingan fosil dan anatomi untuk dibuktikan, perbezaan genetik antara suatu spesies yang sama juga masih tidak wujud, dan sifat (tabiat) yang mengelilingi individu yang sesuai dengan sebahagian daripada suatu spesies - yang membawa genetik yang memiliki keutamaan - kebanyakan daripada yang lain mempunyai kewujudan biasa, dan genetik tidak dapat tidak wujud selagi terdapatnya pembiakan, dan jika terdapat ketiga-tiganya - bahawa Bumi tidak mengganggunya sejak bermula hari-hari kehidupan – akan ada evolusi. Apa yang diamalkan oleh sesetengah ahli agama yang jahil dengan pengertian Evolusi dan segala keterangannya, itu hanyalah berpegang pada kedegilan, kerana mereka berfikir bahawa Evolusi bercanggah dengan nash agama. Sebenarnya mereka tidak tahu malah maksud evolusi dan peningkatan (pemeringkatan) itu sendiri. Dengan itu mereka mencari jawapan secara tidak betul atau berdusta dengan segala kelancangan dan berlagak sombong..Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka percaya bahawa evolusi ini bermakna peningkatan dari satu spesies ke spesies yang lain, yang tidak diucapkan oleh ahli-ahli biologi semasa, walaupun pada Darwin sendiri - bahawa evolusi akan menghasilkan dari satu jenis ke jenis lain sama sekali bertentangan secara langsung, tidak ada siapa pun yang mengatakan bahawa ikan berevolusi langsung menjadi haiwan amfibia, bahkan walaupun pada ikan yang sama yang hidup di atas lumpur dengan siripnya tidak ada yang mengatakan bahawa ikan itu secara langsung bertukar dari ikan hidup di air kepada ikan amfibia (mudskippe- Tembakul - belontok) dan sebahagian daripada mereka menimbulkan bahawa evolusi adalah suatu kebiasaan yang tidak bergerak padahal dia tidak tahu prinsip evolusi dan perbezaannya adalah bermaksud perbezaan genetik dan bukan perbezaan tabiat atau tingkah laku (cara). Maka yang berjalan dengan dua kaki, yang membezakan manusia, sebagai contoh, ia tidak dihasilkan dari akibat kebiasaan – kerana kebiasaan sahaja tidak menyebabkan ia berdiri - kerana ia tidak diwarisi, tetapi apa yang berlaku adalah pemilihan semula jadi (tabi’ei) bagi individu pembawa gen (genetik) yang memiliki keutamaan
. .
Secara umumnya penafian evolusi yang ada pada kita hari ini adalah suatu masalah seperi menafikan putaran bumi ini pada masa dahulu. Bukti-bukti secara akal dan petikan dari Al-Quran tidak bercanggah dengan teori evolusi, Maka dalil ketiadaannya bukanlah hasil daripada tindakan

﴿أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan? [Al-Thur 52:35] 

tidak bercanggah dengan teori evolusi yang digambarkan oleh mereka yang menentangnya kerana jahil. Ya kita boleh menganggap teori Big Bang suatu teori yang tidak sesuai, dengan anggapan bahawa teori kuantum sebagai satu teori atau mungkin menjelaskan kemunculan alam semesta daripada tiada, dan ini umumnya satu teori alam semesta (universal) yang lebih luas daripada sempadan-sempadan teori bumi (kosmik) ini

Bukti yang lain adalah bahawa kesan fungsi sifat menunjukkan yang berpengaruh [Sebahagiannya adalah dalil (bukti) pengkanunan, dalil sistem, dalil sasaran dan dalil kebijaksanaan ...), dan dalil-dalil ini mungkin terhasil dari ilusi (waham) yang bertentangan dengan teori evolusi tetapi pada hakikatnya ia juga bercanggah dengannya; kerana wujud peraturan genetik yang cukup untuk membuktikannya. Ini bermakna kita hanya perlu membuktikan bahawa pemetaan genetik termaktub (dikanunkan) dan perkara ini telah terbukti.

Bagi nash agama, Al-Quran dan riwayat yang tidak bercanggah dengan evolusi tetapi menyokong dengan jelas dan ini adalah contoh-contoh nashnya: Allah berfirman:

﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا ۞ أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّـهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۞ وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا ۞ وَاللَّـهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا﴾

Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.* Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? * Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? * Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya, [Nuh 71:14-17]

Makna zahir nash menjelaskan
﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا
Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian
Dan begitulah perumpamaan bagi tingkatan tujuh langit-langit. Tingkatan tujuh langit-langit dalam evolusi dan bertingkat-tingkat. Kemudian menerangkan perkara itu dengan lebih jelas.
﴿وَاللَّـهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا
Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya,
Ini bermakna kamu dikeluarkan dari zarrah (benih) yang Allah semaikan benihnya di bumi
﴿وَاللَّـهُ أَنبَتَكُم
Dan Allah menumbuhkan kamu
atau kita memanggilnya pemetaan genetik Allah, yang ditaburkan di bumi dan ia adalah mencapai tujuan - akhirnya - kepada suatu jasad yang layak untuk menerima diri kemanusiaan yang dicipta dari tanah yang dinaikkan ke langit pertama dan ditiupkan ruh ke dalamnya.

Dan dari Mohammed bin Ali Baqir (shalawatu Allah3alaihi)

Sesungguhnya Allah AWJ menciptakan (makhluk) di bumi sejak menciptakannya tujuh alam (dunia), mereka bukanlah dari golongan anak-anak Adam. Mereka dicipta dari kerak bumi dan tinggal di atasnya satu selepas satu dengan alam dunianya, dan kemudian Allah AWJ mencipta bapa manusia ini dan menciptakan keturunan daripadanya. [1]

Semoga kamu mendapat petunjuk Allah. Insya-Allah, pada dasarnya saya akan menulis sebuah kitab bagi menjawan soalan kamu dan akan menerangkan di dalamnya teori evolusi, teori pemeringkatan dan teori Big Bang, apa yang benar dan apa yang tidak benar, dan akan menerangkan di dalamnya delusi atheisme (Wahmu Al-Ilhad) dan tanda-tanda Tauhid dari teori-teori yang sama ini yang diterima oleh sebahagian daripada orang-orang yang jahil tentang hakikat bahawa ia menentang agama dan kewujudan Tuhan. Insya-Allah, tidak lama lagi akan diterbitkan dan saya berharap kamu tidak lupa saya dalam doa kamu.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahmad Al-Hassan
Jamadi Al-Tsani / 1433 H


✡✡✡✡✡
                         
-----------------------
[1] – Al-Khashal - oleh Al-Shaduq: halaman 359



Tiada ulasan: