Al-Qasam I:
Soalan: Soalan Ayat Al-Quran Dan Tafsirannya
Soalan 649: kesal hanya sebut nama Allah
Soalan 649: Terangkan ayat
﴿وَإِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ
لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا
ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ﴾
Dan apabila hanya nama Allah
saja disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan
akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut,
tiba-tiba mereka bergirang hati.
Taha - Iraq / Sulaimaniyah -
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
.
والحمد لله رب العللمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat Allah atas
Muhammad dan Aali Muhammad imam-imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan
﴿وَإِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ
لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا
ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ﴾
Dan apabila hanya nama Allah
saja disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan
akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut,
tiba-tiba mereka bergirang hati. [Al-Zumar 39:45]
Persoalannya di sini adakah dikesali apabila hanya disebut nama Allah
sahaja?
Orang-orang Atheis (Mulhid) tidak kesal (benci) kerana mereka memang
tidak percaya dengan kewujudanNya untuk berasa kesal, orang-orang musyrik tidak
kesal (benci) kerana mereka percaya dengan Allah, bagaimana mereka akan kesal
atau benci menyebut (berzikir) nama Allah di samping itu mereka beriman kepada
kehidupan akhirat secara zahir (luaran).
Jadi maksud mengingat Allah adalah mengingat Khalifah Allah di bumiNya,
atau wajah Allah atau Allah dalam penciptaan, bermakna
yang dimaksudkan dengan akhirat itu adalah yang ghaib..
Sesiapa yang kafir dengan Khalifah Allah di bumiNya pada setiap masa mereka
berasa kesal (benci) di hati mereka apabila disebut sahaja di hadapan mereka,
sebab mereka tidak percaya kepada yang ghaib (akhirat) dan mereka meminta supaya
dipaksakan beriman kepada Khalifah Allah dengan mukjizat kebendaan yang menarik
yang tidak terdapat mana-mana ruang pada perkara ghaib, Walaupun mereka berasa kesal
(benci) mengingat ulama mereka yang tidak beramal yang menentang Khalifah Allah
pada zaman mereka dan meminta mukjizat kebendaan yang menarik, yang tidak terdapat
mana-mana ruang untuk yang ghaib atau akhirat. Orang-orang yang tidak beriman
kepada yang ghaib dan yang tidak wujud dalam iman mereka kepada perkara (ruang)
yang ghaib, tidak beriman kepada hari akhirat, sebenarnya yang mengarahkan
mereka; kerana akhirat itu ghaib (tersembunyi) bagaimana ia boleh beriman dengannya
orang yang menjadikan iman mereka ditambat (berlabuh) pada mukjizat kebendaan
yang menarik dari segi kebendaan seratus peratus, dan dengan menafikan
mana-mana perkara (ruang) yang ghaib di dalam iman.
Jadi pada zaman Rasulullah Muhammad (S) yang merupakan Khalifah Allah di
bumiNya, orang-orang kafir telah berasa kesal (benci) menyebutnya (mengingatnya)
tetapi mereka bergembira menyebut (mengingat) tuan-tuan mereka, pemuka-pemuka mereka
dan ulama mereka yang tidak beramal, sama seperti di kalangan mereka orang-orang
Ahnaf, Yahudi atau Nasrani.
والسلام عليكم ورحمة الله وبركلته
Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram/ 1432 H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan