4 – Khumus Dan Zakat:
Telah dinyatakan dalam banyak khabar (riwayat) bahawa orang yang enggan
membayar Zakat adalah kafir [87], Al-Baqir (as) berkata: (Sesungguhnya
yang paling teruk bagi manusia pada hari kiamat adalah urusan ahli Khums, maka dia
berkata, ya Tuhan, Khumsku) [88], Imam Al-3ashr (3ajala Allahu
Farajahu Al-Syarif – (aj) Semoga Allah percepat kelapangannya yang mulia) berkata:
(Sesiapa yang makan sesuatu dari harta kami di dalam perutnya ada api neraka, dan
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka Sa3ir).) [89].
Dan pembayaran Khums dan zakat ianya adalah kebaikan dunia dan akhirat
dan mendapat keberkatan dan ditambah harta kekayaan, Dia SWT berfirman:
﴿إِنَّ
الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ *
لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ
شَكُورٌ﴾
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca
kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang
Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu
mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, * agar Allah menyempurnakan
kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. [90].
Semoga perkara yang paling penting yang kamu wajib mengetahuinya adalah
sesiapa yang tidak membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah tidak mengangkat
dirinya di jalan Allah, maka orang yang tidak membayar Khums (Satu per lima) dan
Zakat tidak akan berjuang bersama barisan Imam Al-Hujjah (as), bahkan tidak
menjauhkan dirinya dari berperang menentang Imam (as) kerana kepentingannya bercanggah
dengan keadilan Imam (as) berbanding dengan kepentingan dirinya sendiri, dan dilihat
dari sudut kesaksamaan bahawa semua harta itu adalah milik Allah kerana Dia Pemilik
segala sesuatu. Walau bagaimanapun, kamu dapat empat per lima, apa yang
menjadikan kamu sebagai pengganti (pengurus) padanya, dan diwajibkan pada kamu
membayar Khums dan Zakat untuk menyatakan ketaatan kepada-Nya dan mengasihi-Nya
serta kepada rasul-Nya (S) dan keturunannya, Allah tidak berhajat kepada harta
ini, maka hendaklah kamu menafkahkannya
pada hari ini kepada orang-orang faqir dan miskin dengan kamu mengeluarkannya.
Berikut diberikan perumpamaan:. Pemilik sebuah ladang telah memberikan arahan
kepada pekerjanya: Bekerjalah di dalam ladang ini dan ambillah empat per lima
daripada hasil pengeluarannya, dan baki satu perlima (khums) berikan kepada
jiran kamu yang miskin; kerana saya tidak mahu mereka mengalami kelaparan atau kehinaan.
Maka genggamlah pekerjaan (amalan) ini sehingga membayar khums dan memakannya.
adakah kamu lihat sesiapa yang lebih mulia daripada pemilik ladang ini, dan
adakah kamu lihat sesiapa yang lebih mementingkan diri daripada pekerja-pekerja
ini?!
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
✡✡✡✡✡
-----------------------
[87] – Diriwayatkan dari Al-Shadiq dan dari bapa=bapanya (as) - dalam wasiat
Nabi (S) kepada Ali (as) Baginda bersabda: Wahai Ali, kufur kepada Allah Al-3adzim
oleh umat ini ada sepuluh perkara – janji dari mereka - menolak Zakat, dan
kemudian baginda bersabda: Wahai Ali, lapan darinya tidak diterima sholat mereka
- janji dari mereka - menolak Zakat, dan kemudian bersabda: Wahai Ali, sesiapa
yang mengelak dari kadaran Zakat hartanya dia bukan dari kalangan mukmin mahu
pun muslim dan tiada maruah (kemuliaan), Wahai Ali, orang yang meninggalkan Zakat
akan meminta Allah mengembalinya ke dunia, begitulah firman Allah AWJ, hingga
apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya
Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), [Al-Mukminun 23:99] , Wasail
Al-Syiah (Aali Al-Bait): Jilid 9: halaman 34.
[88] - Al-Kafi: Jilid1: halaman 547, Man La Yahdhuruh Al-Faqih: Jilid
2: halaman 43.
[89] – Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: halaman 521, dan Wasail Al-Syiah
(Aali Al-Bait): Jilid 9: halaman 541..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan