Jumaat, 10 Jun 2016

Jalan Keluar Dari Al-Tiih 7 - Taqiyah:


7 - Taqiyah:

Kita semua mengamalkan Taqiyah  dalam kehidupan harian kita.
Manusia mempunyai sifat semula jadi (tabi’ei) untuk mengelakkan kerosakan jasmaninya (fizikal), bahkan haiwan tanpa menggunakan kata-kata juga berbuat demikian, tetapi kita perlu ukuran  peraturan tertentu (pengkanunan) tabiat ini berdasarkan undang-undang Islam, Taqiyah di dalam Islam adalah satu dari jenis ibadah yang penting yang mesti dipatuhi bagi orang-orang mukmin yang ingin melakukannya (iltizam dengannya) dengan sempurna dan betul. Meninggalkan Taqiyah pada maknanya adalah haram sebagaimana (haram) beramal dengannya bukan pada maknanya yang dikatakan (dilemukakan) oleh seorang mukmin pada makna yang rosak.

Ramai daripada orang-orang mukmin bersenang-senang dalam bertaqiyah, dan sedikit daripada orang-orang mukmin bersenang-senang dalam bertaqiyah sesuai dengan apa yang telah diriwayatkan dari para Imam (as) yang melarang mengenai perkara berlebih-lebihan dan bersenang-senang dalam bertaqiyah, diriwayatkan dari Al-Shadiq (as) sesuatu yang bermaksud: (Taqiyah adalah agamaku dan agama bapa-bapaku) [113].

Dan dari beliau (as): (Sesiapa yang tidak bertaqiyah tiada agama baginya,) [114].

Seperti yang disebut oleh beliau (as) sesuatu yang bermaksud: (Sesungguhnya kamu, jika kamu diseru untuk menyokong kami, Taqiyah akan lebih kamu cintai daripada bapa kamu sendiri) [115].

Walaupun beliau (as) menegaskan supaya bertaqiyah dan beramal dengannya pada maknanya menyebut bahawa sebahagian daripada mereka gagal menolong Aali Muhammad (as) dengan alasan Taqiyah, terutama pada zaman kemunculan Imam Mahdi (as)!!

Jadi Taqiyah tidak bermakna meninggalkan jihad dan beramal (berjuang) di jalan Allah, tetapi ia bermakna untuk melakukannya dengan berhati-hati, sebagai contoh: Jika kamu mahu untuk membunuh ular berbisa (beracun), kamu perlu mendekatinya secara senyap-senyap dan kemudian memukul kepalanya, tetapi jika dijejaskan dengan banyak bunyi ketika menghampirinya akan menyedarkan ular ini dan mungkin ia mula menyerang kamu.

Dan dri Abi Ja'far (as) dalam Shahih Al-Hazhaa’: (Demi Allah, aku lebih suka sahabat-sahabatku pada kewarakan mereka, kefaqihan mereka dan mereka banyak menyimpan hadits-hadits kami...) [116].

Menyimpan hadits Ahl Al-Bait dari yang bukan ahlinya termasuk orang-orang yang tidak memperkatakan terhadap Imamah Aali Muhammad (as), yang menentang (berdegil) terhadap mereka dan terkeluar dari wilayah mereka.



✡✡✡✡✡
                                 
-----------------------
[113] – Al-Mahasan: Jilid 1: halaman  255, Da3aim Al-Islam: Jilid 1: halaman  110.
[114] – 3awali Al-Liaali: Jilid 1: halaman  432, Aawail Al-Muqalaat: halaman  216...
[115] – Dari Abi Hamzah Al-Tsimali, beliau berkata, Abu Abdillah (as) berkata: (Bumi tidak akan kekal kecuali terdapat padanya seorang ‘Alim dari kami yang ‘arif (mengenal) yang Haq dari yang Batil, beliau berkata: Namun diadakan Taqiyah untuk mengekalkan darah dengannya, maka jika sampai Taqiyah Darah maka tidak adalah Taqiyah, dan Demi Allah, jika kamu diseru untuk menyokong kami, Taqiyah akan lebih kamu cintai daripada bapa dan ibu kamu sendiri, dan jika Qa'im (as) bangkit dia tidak perlu bertanya kepada kamu tentangnya. Dan bangkit kebanyakan dari kamu dari orang prang menafik disekat oleh Allah) Tahzhib Al-Ahkam: Jilid 6: halaman 172.
[116] - Al-Kafi: Jilid 2: halaman  223.




Tiada ulasan: