Sabtu, 11 Jun 2016

Jihad ii - Amar Makruf Nahi Mungkar


Jihad
ii) Amar Makruf Nahi Mungkar
:

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kerja-kerja ini adalah tugas penting seluruh masyarakat, yang merupakan kewajipan Syari’ah, tugas (usaha) yang paling penting untuk mencapai redha Allah dan untuk mematahkan taghut penzalim. Dan kita mesti memberi tumpuan kepada mengislah (memperbaiki) diri-diri dari tunduk dibawah taghut penzalim dan mengingatkan mereka dengan Al-Quran dan para nabi (as) berjihad atas mereka taghut-taghut penzalim:

Dia SWT berfirman:

﴿إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ﴾

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi. [122].

Dan firman Allah lagi:

﴿كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ *  لا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْأِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾

Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. * Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan roh daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap-Nya. Mereka itulah hizbu Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbu Allah (parti Allah) itu adalah mereka yang beruntung. [123].

Dan firman Allah lagi:

﴿وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ * إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنْصُورُونَ  * وَإِنَّ جُنْدَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ﴾

Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul, * (yaitu) sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. * Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang, [124].

Orang yang dalam dirinya walaupun membara dengan kebenaran akan ingat dan kembali (rujuk) kepada Wilayah Allah dan tidak tunduk kepada perintah taghut penzalim, dan untuk bergabung dengan barisan orang-orang mukmin.

Adapun orang yang bermasalah menyangka bahawa penyerahannya kepada taghut penzalim akan menyelamatkannya dan mengekalkan kehidupannya, maka janganlah kamu berduka cita terhadapnya, kerana dia menyangka bahawa hidup ini adalah di tangan taghut penzalim bukannya di tangan Allah! Lalu dirinya dipengeruhi ketakutan dan hilang keberanian terhadap taghut penzalim sehingga ia menjadi suatu tabiat sampingan.

Sementara pembantu-pembantu taghut penzalim, kebanyakan hati-hati mereka telah dihitamkan dan tanggapan mereka mereka telah dibutakan, dan jadilah pandangan mereka kemungkaran itu sebagai makruf (kebaikan) dan makruf pula sebagai kemungkaran, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita meninggalkan mereka semua menjadi bahan bakar bagi neraka jahannam, kerana mungkin mereka boleh memperbaikinya dan mengembalikannya kepada Wilayah Allah.

Marilah kita sebagai orang yang beriman mengambil tauladan dari Al-Hussein (as), yang memberi nasihat kepada tentera Yazid bin Muawiyah (la3nahumu Allah) dan menyeru mereka kepada makruf (kebaikan) dan melarang mereka melakukan kemungkaran, hasilnya ialah kembalinya panglima perang dari panglima-panglima tentera Umaiyah, iaitu Al-Hurr bin Yazid Al-Riahi (ra) kepada kebenaran, walaupun ia bukan sahaja hasil daripada khutbah Abi Abdillah (Al-Hussein (as)) semata-mata.

Dan bagi orang-orang mukmin hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati dalam menasihatkan kumpulan yang sesat ini kerana pada rahim-rahim mereka ada orang-orang mukmin atau sesiapa yang merasa aman dari tindakan bahaya mereka untuk menasihati mereka dan cuba untuk memperbaiki mereka. Orang-orang mukmin jangan berputus asa dalam mengislah (memperbaiki) masyarakat Islam kerana mereka adalah Hizbullah (parti Allah) dan tentera-tenteraNya dan Allah telah menulis untuk mereka kejayaan dan kemenangan, Allah SWT akan mengutus kepada mereka pemimpin rabbani Al-Mahdi (as) pengislah (pembaharu) yang agung dan pelaksana kepada Syari’at Allah di muka bumi, dan perkataan yang telah terdahulu dari Allah kepada hamba-hambaNya para rasul dan Dia SWT berjanji kepada mereka dengan pertolongan. Matahari pasti terbit selepas keghaiban (ketiadaan) yang panjang dan penderitaan yang pahit ini, Maka berkerjalah (beramallah) siang dan malam secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan, dan ketahuilah bahawa ganjaran orang mukmin yang bekerja (beramal) untuk mewujudkan asas bagi Daulah Shohib Al-Zaman (Negara Pemilik Zaman) (as) dalam waktu yang agung ini.

Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (Rasulullah (S) bersabda: Berbahagialah orang yang sedar Ahl Al-Baitku dan dia adalah pengikut jejak-jejaknya sebelum dia bangkit, berwalikan wilayahhya dan berlepas diri dari musuhnya, dan berwalikan Imam hidayah sebelumnya, mereka itulah rakan-rakanku dan mereka itulah yang mesra dan mengasihiku, dan semulia-mulia umat adalah umat Ali, baginda bersabda dengan suara yang kuat: semulia-mulia penciptaan Allah adalah Ali) [125].

Dan dari Al-Shadiq (as), beliau berkata: (Rasulullah (S) bersabda kepada para sahabat baginda: Akan datang orang-orang selepas kalian, seorang lelaki dari mereka yang mendapat lima puluh ganjaran berbandaing kamu, mereka bertanya: Ya Rasulullah kami bersama-sama kamu dalam perang Badar, perang Uhud dan Hunain serta Al-Quran diturunkan kepada kami. Lalu baginda bersabda: Bahawa jika kalian memikul apa yang mereka pikul kalian tidak boleh bersabar seperti kesabaran mereka) [126].

Dari Muhammad bin Abdul-Khaliq dan Abi Bashir, berkata: Abu Abdillah (as) berkata: (Wahai Aba Muhammad bahawa di sisi kami demi Allah ada rahsia daripada rahsia-rahsia Allah, dan ilmu dari ilmu Allah, demi Allah tidak dapat memegang (menampung) oleh raja yang dekat mahupun nabi yang diutus tidak juga orang mukmin yang hatinya telah diuji Allah untuk iman, demi Allah dan Allah tidak akan amanahkan seorangpun selain kami, tidak diperhambakan akannya seorangpun selain kami. Sesungguhnya di sisi kami ada rahsia daripada rahsia-rahsia Allah, dan ilmu dari ilmu Allah, Allah memerintahkan kami menyampaikannya, maka kami sampaikan dari Allah AWJ  apa yang diperintahkan kepada kami untuk menyampaikannya, tidak terdapat tempat mahupun kaum keluarga dan tidak pembawa yang dapat memegangnya (menampung) sehingga Allah menciptakan orang-orang itu yang dijadikan dari Tanah yang darinya dicipta Muhammad, keluarga dan keturunan baginda (as). Dan dari Nur ciptaan Allah darinya Muhammad dan keturunannya (as). Menjadikan mereka dengan penciptaan rahmat-Nya yang dicipta darinya Muhammad dan keturunannya (as), maka disampaikan kepada kami dari Allah AWJ  apa yang diperintahkan kami untuk menyampaikannya maka mereka menerimanya dan memegangnya (maka mereka menyampaikannya dari kami lalu diterimanya dan dipegangnya), dan disampaikan kepada mereka supaya mengingati kami maka telah cenderung hati mereka untuk mengenal kami dan kejadian kami. Kalaulah mereka tidak dijadikan dengan cara ini dan untuk tujuan itu, tidak demi Allah mereka tidak dapat memegangnya.

Kemudian dia berkata: Bahawa Allah menciptakan neraka jahanam dan api neraka penciptaanya. Lalu memerintahkan kami untuk menyampaikan kepada mereka sebagai mana yang kami sampaikan dan merasa kecut dengan kebencian itu dan berpaling dari hati mereka dan mereka kembalikan kepada kami dan tidak dapat memegangnya lalu mendustakannya dan mereka berkata: Dia adalah seorang tukang sihir lsgi berdusta, Allah bentuk hati mereka dan mereka melupakannya, Lalu Allah kendurkan lidah mereka dengan sebahagian kebenaran. Mereka berkata-kata dengannya dan hati-hati mereka menolaknya. Untuk menolak auliakNya dari orang-orang yang taat kepada-Nya, Jika tidak, tiada hamba Allah di atas muka bumi ini, dan memerintahkan kami untuk menghalang mereka dengan tirai dan yang tersembunyi, Maka mereka sembunyikan  perintah Allah dengan menghalangnya, dan menutup perintah Allah dengan tutupan yang menyembunyikannya.

Kemudian beliau mengangkat tangannya dan merayu sambil berkata: Ya Allah, Sesungguhnya mereka benar-benar golongan yang sedikit, maka jadikanlah kehidupan kami adalah kehidupan mereka dan kematian kami adalah kematian mereka, dan janganlah mereka dikuasai oleh musuh Engkau, maka siksalah musuhMu itu. Jika Engkau tidak siksa musuhMu itu nescaya Engkau tidak akan disembah di bumi Mu, dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarganya dan salam pengiktirafan) [127].



✡✡✡✡✡

-----------------------
[122] – Ghafir 40:51.
[123] – berhujah 58:21-22.
[124] – Al-Mujadalah 37:171-173.
[125] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 457..
[126] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 457..
[127] – Ushul Al-Kafi: Jilid 1: halaman  405.


Tiada ulasan: