Ahad, 12 Jun 2016

Jihad iii - Menyebarkan Konsep Revolusi Islam


Jihad
     i.                                    iii) Menyebarkan Konsep Revolusi Islam


Revolusi Islam adalah revolusi Muhammad bin Abdullah (S), revolusi orang-orang mukmin dan revolusi golongan tertindas (Mustadh’afin) atas taghut penzalim di zamannya, seperti Abu Sufian, Kisra dan Kaisar serta pembantu-pembantu mereka, dan revolusi ini tidak akan berakhir sehingga setiap orang di atas muka bumi ini mengatakan La Ilaha Illa Allah, Muhammadu r-Rasulu Allah (tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah), dan memastikan keadilan Ilahi dan memakmurkan ke seluruh pelusuk dunia di tangan Mahdi umat ini (as).

Orang Islam tidak ragu-ragu bahawa revolusi Al-Hussein (as) adalah kesinambungan daripada revolusi Al-Rasul (S), di mana baginda bersabda di dalam sebuah hadits yang terkenal: (حسين مني - Hussein dariku) [128].

Revolusi Al-Hussein (as) adalah Revolusi Hizbullah (Parti Allah) dan tenteraNya ke atas taghut penzalim dan partinya, dan Al-Hussein (as) keluar (berperang) adalah keluar berperangnya Rasulullah (S) dalam diri anaknya Al-Hussein (as) Penghulu Pemuda Syurga.

Al-Hussein (as) tidak keluar untuk mencapai kemenangan tentera di medan perang dan dia tahu bahawa dengan dia berbuat demikian bersama tujuh puluh orang atau lebih sedikit. Bahkan Al-Hussein (as) keluar dengan janji datuknya Rasulullah (S), dan dia tahu dia akan terbunuh, sahabat-sahabatnya dan anak-anaknya, mahupun bayinya akan terbunuh, Wanita-wanita ditawan dan di dalamnya ada Zainab binti Fathimah binti Rasulullah (S).

Revolusi Al-Hussein (as) bertujuan untuk menghidupkan semula Revolusi Islam Al-Muhammadiyah dan hakikatnya adalah pengislahan (perbaikan) orang-orang Umaiyah yang mahu mengubahnya menjadi kebangkitan ketenteraan semata-mata bagi penubuhan sebuah kerajaan (empayar) Arab atas nama Islam. Maka kedatangan kebangkitan Al-Hussein (as) untuk mengatakan kepada seluruh manusia pada setiap tempat dan setiap zaman bahawa Islam tidak bertujuan untuk mewujudkan sebuah empayar (kerajaan) Arab atau empayar Islam.

Matlamat Islam adalah supaya semua orang-orang yang ada di muka bumi mengatakan: La Ilaha Illa Allah, Muhammadu r-Rasulu Allah.

Matlamat Islam adalah untuk mewujudkan keadilan Ilahi di muka bumi.

Revolusi Al-Hussein (as) datang untuk mengisytiharkan pemutusan hubungan dari Allah SWT dan Rasul-Nya (S)  dengan pemerintah-pemerintah yang menguasai umat ini, yang menjauhkanlah Khalifah-khalifah Allah di bumiNya iaitu dua belas Imam-imam (as) Aushiak Muhammad (S) daripada memerintah.

Apa yang berlaku di Karbala pada sepuluh Muharram tahun enam puluh satu Hijrah mengesahkan bahawa umat Islam kembali kepada Jahiliyah (murtad) selepas kewafatan Nabi (S), dan kenyataan kemurtadan (riddah) ini adalah yang paling besar iaitu pembunuhan Al-Hussein bin Ali (as), dan kepalanya dijulang dengan lembing. dan memenjara Washi keempat dari Aushiak Muhammad (S) Ali bin Al-Hussein (as) dan dia diseret ke Syam (Syria) dibelenggu dengan besi. Itulah apa yang dilakukan oleh umat ini terhadap Aushiak Nabi mereka (S) melengkapi apa yang dilakukan oleh Bani Israel terhadap nabi-nabi mereka (as), jika tidak pun apa yang dilakukan oleh umat ini lebih dahsyat dan lebih besar lagi.

Dan apa yang berlaku di Karbala adalah suatu kejadian terkutuk atas generasi umat Islam pada masa itu, yang merelakan terbunuhnya Al-Hussein (as), dan pada masa yang sama ia adalah rahmat bagi generasi-generasi umat ini yang datang selepas pembunuhan Al-Al-Hussein (as), di mana beliau mula menembusi jauh ke dalam diri-diri atau jiwa-jiwa kebanyakan manusia memikirkan Revolusi Islam, di mana yang meletakkan rancangannya adalah Allah SWT dan dilaksanakan oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as) selepas itu.

Hari ini, kita memahami hakikat ini, kerana kenyataan yang diamalkan tidak menunjukkan Hari Asyura sehingga kamu mendengar laungan yang berkumandang di setiap tempat di dunia di mana wujud orang-orang beriman.

Al-Hussein (as) telah mengorbankan segala-galanya untuk menjadikan tanda-tanda yang lebih jelas bagi jalan kepada Allah dan keluar dari Al-Tiih yang menimpa umat ini. dan meletakkan asas yang kuat dan kukuh yang berasal (dirujuk) dari beliau kepada setiap Muslim supaya mengangkat pedangnya untuk berhadapan dengan taghut penzalim yang memerintah umat ini dan yang membawa kembali kepada Jahiliyah. Revolusi Al-Hussein (as) adalah revolusi Muhammad, revolusi Islam dan revolusi tulen yang malamatnya adalah mengislah dalam diri-diri anak-anak umat ini dan mewujudkan satu generasi yang berkelayakan untuk membawa Risalah Ilahiyah. Generasi Rabbani yang mengabdi kepada Allah, tidak menerima melainkan Al-Quran sebagai perlembagaan dan dengan Al-Maksum yang dilantik oleh Allah atau dilantik oleh yang memegang hukumNya. Kematian Al-Hussein (as) adalah urusan besar, maka matlamatnya selaras dengan kadar betapa besarnya matlamat untuk menegakkan sebuah Daulah La Ilaha Illa Allah yang Besar di atas muka bumi, Negara Keadilan Ilahi yang diketuai oleh Ibn Al-Hassan (as) Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntadzar (aj)
عجل الله فرجه الشريف
3ajala Allah Farajahu Al-Syarif

Semoga Allah menyegerakan kelapangnya yang mulia.



Tiada ulasan: