6 - Sabar:
﴿يَا
بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ * وَلا
تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لا
يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ * وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ
صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ﴾
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah
(manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah dari perbuatan yang mungkar dan
bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
termasuk hal-hal yang diwajibkan. * Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari
manusia dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. * Dan
sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai. [98].
Dan Abi Abdillah (as): Rasulullah (S) bersabda: (Allah tidak berhajat bagi
sesiapa yang tidak manfaatkan hartanya dan tubuhnya) [99].
Dan dari Rasul Allah (S)
وعن رسول الله (ص) عندما سئل من أشد الناس بلاءً في
الدنيا؟ فقال: (النبيون ثم الأمثل فالأمثل، ويبتلى المؤمن بعد على قدر أيمانه وحسن
أعماله، فمن صح أيمانه وحسن عمله اشتد بلاؤه، ومن سخف إيمانه وضعف عمله قل بلاؤه)
Apabila ditanya siapakah manusia yang paling
teruk ujian (bala) di dunia? Baginda bersabda: (Nabi-nabi kemudian yang
seumpamanya dan yang seumpamanya, dan orang mukmin dibelenggu mengikut kadar
imannya dan amalan-amalan baiknya. Sesiapa yang benar imannya dan baik amalannya
lebih teruk ujiannya (bala). Sesiapa yang cetek imannya dan lemah amalan-amalannya
sedikitlah ujiannya) [100].
Amirul Mukminin (as) berkata:
لو أحبني جبل لتهافت
Sekalipun sebuah gunung mencintai saya, ia
akan runtuh (juga) [101].
Beliau (as) juga berkata:
من أحبنا أهل البيت
فليستعد للبلاء جلباباً
Barang siapa yang menyintai
kami Ahl Al-Bait, maka bersiaplah untuk menjadikan ujian (bala) itu sebagai
bajunya [102].
Seorang mukmin yang ditimpa musibah ia mestilah sabar sebagai senjata
yang kuat berhadapan dengan musibah-musibah dan ujian-ujian tersebut.
Sabar di jalan Allah termasuk ibadah-ibadah terbesar dan mempunyai
banyak aspek: termasuk kesabaran dalam ibadah, dan kesabaran terhadap maksiat,
dan kesabaran dalam musibah, dan mudah-mudahan dengan pengesahan kesabaran yang
paling besar dari menanggung kesusahan dan musibah yang dihadapi oleh orang mukmin
yang ikhlas dalam mentaati Allah, kerana ia menghadapi kebatilan, taghut penzalim
yang terlibat dalam kemewahan lagi jahil, Bersabarlah wahai mukminin dan mukminat
atas kejahatan yang berada di bawah daripada taghut penzalim dan hamba-hamba
mereka daripada orang-orang yang terlibat dalam kemewahan dan kejahilan, dan mereka
yang mengigit agama kamu dengan geraham (kuat), dan bersabarlah dengan
kehidupan yang sempit, dan tidak tertolak diri kamu punca-punca yang
membinasakannya. Kehidupan ini adalah saat-saat kematian yang tidak dilihat oleh
manusia, ia hanyalah seperti saat-saat yang tidak lama untuk tinggal di
dalamnya bagi orang-orang yang mengetahui.
.
Dan ketahuilah bahawa dunia ini dipisahkan dari
Muhammad bin Abdullah (S) di mana tiada kebaikan di dalamnya, maka ketahuilah untuk
memperbaiki agama kamu untuk memperbaiki dunia kamu dan akhirat kamu,.Rasulullah
(S) bersabda: (Sungguh akan datang pada manusia suatu zaman tidak menyerah agar
orang mematuhi agamanya, melainkan akan lari dari satu daratan tinggi ke satu
daratan tinggi, dan dari satu batu ke batu seperti seekor musang dengan anak-anaknya.
Lalu mereka bertanya, Bilakah zaman itu, Ya Rasulullah? Baginda bersabda: Jika
tidak ada kerhidupan melainkan bermaksiat kepada Allah, maka pada masa itu telah
musnah hidup membujang Lalu mereka bertanya: Ya Rasulullah kami diperintahkan
berkahwin!! Baginda bersabda: Ya, tetapi apabila masa seorang lelaki musnah di
tangan ibu bapanya, pada yang tidak mempunyai dua ibu bapa musnah di tangan
isteri dan anak-anaknya, jika ia tidak mempunyai isteri dan anak-anaknya akan
(musnah) di tangan saudara-mara dan jiran-jirannya. Lalu mereka bertanya: Bagaimana
itu, Ya Rasulullah? Baginda bersabda:: dipinjamkan kepadanya dengan kehidupan
yang sempit dan mereka tidak mampu sehingga mereka meletakkan punca-punca yang
membinasakannya) [103] .
Wahai saudara-saudara yang dikasihi yang menanggung kesusahan dan yang menerima
sebahagian kecil yang halal, dan sebahagian kecil yang berjalan tempang di atas
dunia. Penzalim taghut dan pembantu-pembantu mereka tidak bertolak ansur dengan
mereka, kelapangan (Faraj) Aali Muhammad adalah kelapangan yang hampir, Insya-Allah,
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, dan kesusahan akan
diikuti dengan kesenangan. Dari Rasulullah (S): Baginda bersabda: (Janganlah tertipu
oleh mereka yang bersegera (gopoh) yang menggoda dengan keselamatan (kedamaian)
yang telah menarik dan menggosok dengan tipu daya tersebut untuk menuju Dar Al-Suuk
(tempat yang rosak), Peralihan akan berakhir dan lonjakan pasti akan berlaku. Sesungguhnya
ia tidak meninggalkan dunia kamu ini untuk jauh daripada perkara yang lepas, kecuali
seperti penumpang yang bertolak ansur atau pemerah susu yang menjengkelkan,
maka untuk apa kamu ragu-ragu dan apa yang kamu tunggu? Maka demi Allah apa
yang kamu jadi di dunia seakan-akan tidak seperti itu, Dan apa yang meletakkan
dinya di akhirat, maka ia telah bersedia untuk dibawa dan tidak tamat tempoh
untuk dipindahkan dan ditambah pula persediaan untuk menghampiri perjalanan. Ketahuilah
bahawa setiap manusia atas sesuatu yang didatangkan akan datang, dan apa yang tinggal
di belakang adalah penyesalan) [104].
Jika ia adalah hampir seribu empat ratus tahun dunia ini, hanya tinggal
tidak jauh dari apa yang lepas selain penumpang yang bertolak ansur, maka
ketahuilah apa yang kekal pada dunia hari ini bukanlan dengan sesuatu yang sedikit
untuk disebut atau digambarkan, kerana mungkin Imam Mahdi (as) muncul pada
tahun ini atau pada tahun-tahun berikutnya, maka apakah kita akan kekal lalai (leka)
mencari sesuatu atas permintaan dunia dan dilalaikan dengan apa yang
dicadangkan kepada kita? (Manusia tertidur, apabila mati maka baru terjaga.) [105].
Ditanya kepada Abu Dzar (ra): Mengapakah kita semua membenci
kematian?” beliau menjawab: “Karena kamu memakmurkan dunia kamu dan merusak
akhirat kamu, sehingga kamu benci untuk berpindah dari tempat yang makmur ke
tempat yang rusak dan terbengkalai.” [106].
Allah mencipta kita untuk beribadah maka pada masa ini kita wajib beribadah,
dan di samping itu untuk mencari rezeki dan bekerja, bukan sebaliknya.
Rasulullah (S) bersabda: (Wahai manusia, rezeki dibahagi-bahagikan
bukan semata-mata untuk seorang lelaki yang telah dibahagikan untuknya. Maka,
carilah rezeki itu dan tempoh umur itu terhad tidak akan melebihi bagi seseorang
dari kadar ketentuannya ...) [107].
Dan Baginda (S) bersabda ketika meninggalnya seseorang: (Wahai manusia
ternyata mereka meneruskan atas apa yang mereka fahami tentang akhirat kamu dan
berpaling dari apa yang menjamin dunia kamu ...) [108].
Ali (as) berkata: (kamu tidak akan terlepas apa bahagian kamu carilah
rezeki itu, kamu tidak akan sedar apa yang sesuai dengan kamu maka kumpullah yang
diperolehi) [109].
Beliau (as) berkata: (akan datang ajal kamu, Maka, carilah rezeki, akan
datang kepada kamu kadar ketentuan untuk kamu, maka kurangkanlan apa yang diperolehi)
[110].
Beliau (as) berkata lagi: (Sungguh hairan bagi yang mengetahui bahawa
Allah telah menentukan kadar rezekinya dan bahwasanya usahanya itu tidak menambahkan
kadar perolehannya tetapi dia tetap tekun berminat untuk mendapatkan rezeki itu)
[111].
Dan ketahuilah bahawa hadits-hadits ini tidak bercanggah dengan usaha mencari
rezeki yang dikhaskan untuk dunia ini, tetapi bertentangan dengan mencari rezeki
yang membuat kamu meninggalkan ibadah, atau dengannya ia menyekat atau
melambatkan (menunda-dunda) sholat di luar waktunya, atau membinasakan tubuh badan
kamu dalam mencari rezeki, kerana tubuh badan kamu, mempunyai haknya atas kamu.
Dan ketahuilah bahawa yang menghalang usaha tubuh badan seseorang tidak
akan ada kekuatan untuk beribadat, maka kita mesti memberi masa untuk beribadat
yang wajib dan mustahab (sunat), kerana kita berjanji melaksanakannya,
terutamanya jangan meninggalkan sholat malam atas apa jua keadaan.
Imam Al-Hassan (as) berkata: (Wahai pencari yang tidak berjihad dengan jihad
pemenang dan tidak bergantung kepada takdir pergantungan orang yang menyerah, maka
hendaklah mencari keutamaan dari sunnah yang terkumpul dalam mencari kemurnian
(kemuliaan), dan bukannya kesucian (kemuliaan) itu menghalang mencari rezeki mahupun,
dengan sebab mencari keutamaan, kerana rezeki dibahagi-bahagikan dan ajal
ditetapkan dan bersifat tamak adalah warisan orang yang berdosa) [112].
✡✡✡✡✡
-----------------------
[98] – Luqman 31:17-19.
[99] - Al-Kafi: Jilid 2: halaman 256, Bihar Al-Anwar: Jilid 64:
halaman 215.
[100] - Al-Kafi: Jilid 2: halaman 252, Wasail Al-Syiah (Aali
Al-Bait): : Jilid 3: halaman 261.
[101] - Nahj Al-Balaghah dengan syarah Mohammad Abduh: Jilid 4:
halaman 26, Bihar Al-Anwar: Jilid 34: halaman 284.
[102] - Nahj Al-Balaghah dengan syarah Mohammad Abduh: Jilid 4:
halaman 26.
[103] - Mustadrak Al-Wasail: Jilid 11: halaman 388, Syarah Ibn
Abi Al-Hadid: Jilid 10: halaman 37.
[104] - Bihar Al-Anwar: Jilid 74: halaman 183, Nahj Al-Sa3adah: Jilid
7: halaman 61.
[105] - Khashaish Aimmah:. halaman 112, Hadits tentang Imam Ali
(as).
[106] – Berkata seorang lelaki kepada Abu Zhar – (rahmah Allah atasnya)
-: Mengapakah kita semua membenci kematian?” beliau menjawab: “Karena kamu memakmurkan
dunia kamu dan merusak akhirat kamu, sehingga kamu benci untuk berpindah dari
tempat yang makmur ke tempat yang rusak dan terbengkalai) Al-I3tiqadat Fi Din
Al-Imamiyah: halaman 57.
[107] - Mustadrak Al-Wasail: Jilid 13: halaman 29, Bihar Al-Anwar:
Jilid 74: halaman 179..
[108] - Bihar Al-Anwar: Jilid 74: halaman 182, Nahj Al-Sa3adah: Jilid
7: halaman 329.
[109] - Mustadrak Al-Wasail: Jilid 13: halaman 33, Nahj
Al-Sa3adah: Jilid 7: halaman 330..
[110] – Mustadrak Al-Wasail: Jilid 13: halaman 32, Nahj
Al-Sa3adah: Jilid 7: halaman 330..
[111] - Mustadrak Al-Wasail: Jilid 13: halaman 33, pendekatan
kebahagiaan Jilid 74: halaman 330..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan