Soalan 650:
بسم الله الرحمن الرحيم،
اللهم صلي على محمد وأل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته؛
Saya bermohon kepada Allah wahai Ahl –Al-Bait semoga dalam keadaan baik.
Kemudiannya, saya berharap saya boleh bertanya pada tuan. Mengikut
kefahaman saya dari ayat ini:
﴿قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ﴾
Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu
termasuk mereka yang diberi tangguh". [Al-A3raf 7:15]
Mengikut kefahaman saya terdapat lebih daripada seorang, mereka (orang-orang)
yang diberi tangguh, dan juga saya difahamkan bahawa Nabi Ilia (Elia), Khidhir
(as) dan Al-Imam Muhammad bin Al-Hassan ‘Askari (Semoga Allah menempatkannya di
Bumi) adalah dari orang-orang yang diberi tangguh. Saya berharap agar tuan Ya
Saidi wa Maulai, wahai yang dikasihi, wahai mahkota junjungan, agar tuan dapat menjelaskanya
kepada saya, Saya bermohon kepada Allah agar mempercepatkan pertolonganNya dan menjadikan
saya ketulan batu yang dengan tangan tuan dapat menghentam musuh-musuh Allah.
dan bermohon supaya tidak dipisahkan di antara saya dan tuan sekalipun pada pautan
suara dan saya juga meminta agar tuan mendoakan pengukuhan dan kejayaan bersama
tuan, wahai Aali Muhammad.
والحمد لله وحده وحده وحده
Dan puji-pujian bagi Allah semata-mata; sahaja dan bersendirian,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركلته.
Ihsan Ali Mahdi Al-Halafi - Iraq -
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم،
اللهم صلي على محمد وأل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما.
و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته؛
Ya, betul. Semoga Allah menjayakan kamu, orang-orang yang diberi
tangguh di sini bukanlah Iblis (la3nahu Allah), dan saya bermohon kepada Allah supaya
memberikan kamu kejayaan untuk kebaikan dunia dan di akhirat dan menghapuskan
semua kesalahan kamu dan memperteguh kamu dengan kebaikan dan Dialah Wali dan Dialah
tempat berlindung orang-orang soleh.
و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته؛
Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram / 1432 H
✡✡✡✡✡
-----------------------
Mungkin ada tiga Ayat yang seperti ini
﴿قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ﴾
[Al-A3raf 7:15]
﴿قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ﴾
[Al-Hijr 15:37]
[Shad 38:80]
Allah berfirman: "Maka - Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang
diberi tangguh".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan