5 - Puasa:
Ibadah ini mendidik diri (nafs) sendiri demi kepentingan dalam hal
ehwal umat Islam Al-Fuqara’ (fakir miskin) di samping bertaqwa kepada Allah.
Kamu tidak melalui hari-hari berpuasa siang kamu dengan memikirkan santapan berbagai
jenis makanan kamu dan akan dibincangkan mengenainya. Apabila kamu berasa lapar
sementara kamu sedang berpuasa akan mengingatkan kamu berapa ramai umat Islam melalui
kebanyakan hari-harinya dalam tahun itu adalah berlapar dan janganlah kamu
menjadi golongan yang
﴿وَإِذَا
قِيلَ لَهُمْ أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنُطْعِمُ مَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ إِنْ
أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلالٍ مُبِينٍ﴾
Dan apabila dikatakan kepada mereka:
"Nafkahkanlah sebahagian dari rezeki yang diberikan Allah kepadamu",
maka orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman:
"Apakah kami akan memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah
menghendaki tentulah Dia akan memberinya makan, tiadalah kamu melainkan dalam
kesesatan yang nyata".[91].
Dan bukanlah segala-galanya apa kamu miliki adalah untuk memberi makan sebahagian
faqir miskin, tetapi kita semua mesti berkerja untuk mengangkat (melenyapkan)
kemiskinan dari orang-orang Islam yang diwakili kebanyakan anak-anak umat Islam
hari ini yang tanahnya kaya dengan semua jenis kekayaan, pertanian, hasil
lombong dan minyak.
Walaupun apa yang ada di tanah orang Islam dibelanjakan untuk orang
Islam menurut undang-undang (Syariat) Islam untuk menjadikan orang Islam hari
ini antara manusia yang terkaya. tetapi malangnya kuasa mutlak ke atas tanah umat
Islam yang kaya hari ini di tangan taghut penzalim yang bukannya milik mereka melainkan
hasil dari sumber-sumber rompakan untuk membina istana megah dan perbuatan yang
keji serta kepuasan minuman alkohol,
Jika salah seorang taghut penzalim ini membuat lawatan kepada salah sebuah
negara-negara Barat, ia akan membawa bersamanya dengan tujuh pesawat gergasi
dan dua ratus tan bahan makanan dan kemewahan serta lain-lain. Ia termasuk khadam
dan lain-lain keperluan yang perbelanjaannya cukup untuk memberi makan penduduk
sebuah bandar dari bandar-bandar umat Islam yang rakyatnya kebuluran dan kelaparan.
Salah seorang daripada mereka pula membelanjakan untuk sebahagian keperluan media
massa cukup untuk memberi makan kepada orang-orang mukmin yang dikuasainya yang
terlibat dengan pertumpahan darah dan mengalami kelaparan atau kebuluran. Semua
ini dalam usaha untuk menutup muka hitam dan mulutnya, yang disuling (dicuci) dari
darah orang-orang mukmin untuk kekal memerintah umat Islam, Walaupun pada hari
yang lain telah menjarah wang dan makan banyak makanan yang tidak dikenyangkan oleh
Allah isi perutnya..
Wahai saudara yang dikasihi, dengan berpuasa kita merenung dan
memikirkan keadaan umat Islam. Dengan berpuasa kita berjihad mendidik diri
(nafs), menentang syaitan, keinginan dan perhiasan dunia, dan dengan berpuasa ia
mendidik kasih dan benci kerana Allah. Pada hati orang yang berpuasa berkasih
sayang sesama mukminin tetapi tegas dan keras pada orang-orang kafir dan
munafik, berhati-hatilah dari menjadikan puasa kamu hanya lapar dan dahaga.
Diriwayatkan daripada Rasulullah (S):
(ما أقل الصوم وما أكثر الجوع)
(Sedikit yang berpuasa dan banyak yang berlapar)
[92].
Amir Al-Mukminin (sholawatu Allah 3alai) telah berkata:
(كم
من صائم ليس له من صيامه إلاّ الظمأ، وكم من قائم ليس له من قيامه إلاّ العناء،
حبذا نوم الأكياس وإفطارهم)
(Berapa ramai dari yang berpuasa tiada apa
yang mereka dapat dari puasanya, selain dahaga, dan berapa ramai yang berdiri (sholat)
dan apa yang mereka dapat dari berdiri selain keletihan, lebih baik mereka tidur
dengan bantal-bantal dan berbuka) [93].
Diriwayatkan bahawa Rasulullah (S) bersabda kepada Jabir bin Abdullah Al-Ansari
(Wahai Jabir bulan Ramadan ini berpuasa pada siang hari dan bangun menghidupkan
malam. dan yang melemahkan perut dan auratnya dan menjaga lidahnya daripada
dosa-dosanya ketika dia meninggalkan bulan itu. Jabir berkata apa yang baiknya
percakapan ini, Rasulullah (S) bersabda: Wahai Jabir, Betapa beratnya syarat-syarat
ini) [94].
Mungkin amalan yang paling penting dalam beribadah dalam bulan puasa
adalah membaca Al-Quran, hendaklah diketahui bahawa merenung dan mengkaji
Al-Quran dalam menjalani kehidupan yang bahagia dan matinya seperti orang yang
mati syahid,
Diriwayatkan dari Rasulullah (S): (Akan datang pada manusia zaman yang tidak
tinggal dari Al-Quran itu selain tulisannya) [95].
Semakin banyak naskhah Al-Quran hari ini, dan semakin ramai yang membaca
Al-Quran, Alhamdulillah, tetapi adakah mereka bertadabbur (merenungkan)
Al-Quran? Adakah kita berakhlaq dengan akhlaq Al-Quran? Adakah kita memikirkan
(mengkaji) ayat-ayatnya? Adakah kita menjadi hamba Allah? Adakah kita kufur dengan
taghut (penzalim) seperti yang diperintahkan dalam Al-Quran? Adakah kita orang-orang
yang yakin?
Allah Taala berfirman:
﴿وَلَوْ أَنَّ قُرْآناً سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ
بِهِ الْأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَى بَلْ لِلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعاً﴾
Dan sekiranya ada suatu bacaan Al-Quran itu dapat
menggoncangkan gunung-gunung atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya
orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, Sebenarnya segala urusan itu
adalah kepunyaan Allah. [96]
Subhana Allah – Maha Suci Allah - semua ini ada dalam Al-Quran dan kita
tidak menyedari (lalai) terhadap Al-Quran!! Kita adalah kepunyaan Allah dan
kepada-Nya kita akan kembali, Adakah kita bertadabbur (merenungkan) Al-Quran dan
kita berasa cemas oleh kurangnya apa yang diturunkan kepada kita? Dalam Al-Quran
yang tidak terkira banyaknya pelajaran tentang kesabaran dan tawakkal kepada
Allah dalam Surah Al-Syu3ara’:
﴿فَلَمَّا
تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ * قَالَ
كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ﴾
Maka setelah kedua golongan itu saling
melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: "Sesungguhnya kita benar-benar
akan dapat ditawan." * Musa menjawab: "Sekali-kali tidak;
sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku."
[97].
Tidakkah kita patut merenungkan maksud ayat-ayat ini??
Sahabat-sahabat Musa (as) menegaskan bahawa mereka telah terperangkap di
tangan Firaun dan angkatan tenteranya, dan Musa (as) menegaskan bahawa Allah akan
memberi petunjuk dan menyelamatkannya dia dari Firaun dan angkatan tenteranya:
﴿كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ﴾
Sekali-kali tidak; sesungguhnya
Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku.
Adakah ayat ini digunakan sebagai senjata untuk mengalahkan musuh kamu
seperti yang dilakukan Nabi Musa (as)?!
✡✡✡✡✡
-----------------------
[91] – Yasin 36:47.
[92] - Lihat: Bihar Al-Anwar: Jilid 93: halaman 293.
[93] - Nahj Al-Balaghah dengan syarah Muhammad Abduh: Jilid 4:
halaman 35.
[94] - Al-Kafi: Jilid 4: halaman 87, Tahzhib Al-Ahkam: Jilid 4:
halaman 196.
[95] - Al-Kafi: Jilid 8: halaman 308, ganjaran perniagaan: p 253.
[96] – Al-Ra3d 13:31.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan