Jumaat, 17 Jun 2016

Soalan 654: Adakah Bapa Ibrahim Penyembah Berhala.


Soalan 654:
بسم الله الرحمن الرحيم

Mengikut ayat yang mulia ini

﴿وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلَّا عَن مَّوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِّلَّـهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ﴾

Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. [Al-Taubah 9:114] 

Adakah Azar bapa kepada Ibrahim (as)? Dan apakah dia Aali ikrar (janji)?

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Pengirim Zainab - UAE

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
                                        ً                                                                                
والحمد لله رب العالمين،
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

Nama bapa Ibrahim (as) adalah Tarih (تارح) bukan Azar. Panggilan datuk sebelah ibu dengan panggilan bapa (Aba) adalah perkara biasa;

﴿قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيمُ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا * قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي ۖ إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا﴾

Berkata (bapanya): "Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti, maka niscaya kamu akan ku rejam, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama." * Berkata Ibrahim: "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. [Maryam 19:46-47

 Ibrahim (as) berjanji kepadanya akan memohon ampun untuknya, dan Ibrahim (as) memenuhi janjinya  memohon ampun untuk Azar itu, tetapi apabila dia meninggal dunia dalam kesesatan diketahuilah bahawa dia musuh Allah dan tidak lagi memohon ampun untuk Azar selepas kematiannya. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya.
.

Ahmad Al-Hassan

Rabi3 Al-Tsani / 1433 H



Tiada ulasan: