Jihad
iv) Mewujudkan Kuasa Untuk Jihad
Jika orang-orang Islam memahami agama mereka dan mula menyeru kepada
Makruf dan mencegah yang Mungkar, dan akan menyerap matlamat Revolusi Islam, iaitu
menjunjung kalimah La Ilaha Illa Allah kepada penghuni bumi dan menegak
keadilan Ilahi di muka bumi. Kita menjadikan generasi kita bersedia untuk berjihad
ke atas taghut penzalim. maka jadilah pula peringkat keempat iaitu bersiap
sedia untuk jihad jasmani (badani) dan melengkapkan senjata walaupun hanya sebilah
pisau kecil atau sekeping besi, dan tidaklah sekecil senjata para sahabat
Rasulullah (S) yang menolong baginda dengan pelepah tamar (kurma) sebagai pedang-pedang
untuk menentang musyrikin Quraisy.
Dan ketahuilah bahawa Allah bersama kamu dan Dia meneguhkan kamu dan menolong
kamu dengan malaikatNya, jika kamu ikhlas kepada-Nya SWT, dan dengan tentera Taghut
Penzalim Al-Syaitan. Syaitan itu hanyalah yang mencetuskan dan mundur ke
belakang apabila mereka melihat kedua-dua pasukan dan akan dikalahkan tenteranya
dan ia memberi semula laluan.. Dia SWT berfirman:
﴿وَقَالَ
الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الْأَمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ
وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلَّا
أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ
مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا
أَشْرَكْتُمُونِ مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾
Dan berkatalah syaitan tatkala perkaranya telah
diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang
benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali
tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu
lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan
tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan
kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan
perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya
orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. [129] .
Pada peringkat ini ia mengalami proses pembentukkan tentera Al-Mahdi
(as), tentera Allah SWT untuk jihad diri dan jasad (badan). Ia membangkitkan (menghadirkan)
semua orang mukmin berjihad pada dirinya dan bahawa sesungguhnya dia bersama Allah
SWT penguasa seluruh langit dan bumi, maka janganlah gentar dan janganlah takut
pada taghut penzalim dan tenteranya tidak kira berapa ramai bilangan dan betapa
lengkapnya ketenteraan mereka:
﴿إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ
كَانَ ضَعِيفاً﴾
karena sesungguhnya tipu daya syaitan itu
adalah lemah. (([130]).
Dan kemudian Allah SWT akan melapangkan umat ini dan mengutus pemimpin
rabbani Al-Mahdi (as) yang mengepalai keluar dari Al-Tiih dan
untuk memasuki Tanah Suci, Insya Allah SWT.
Al-Mahdi (as) adalah Muhammad bin Al-Hassan bin Ali bin Muhammad bin
Ali bin Musa bin Jaafar bin Muhammad bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib
(as), dan dia anak Ali (as) dan Fatimah, anak perempuan Muhammad Rasulullah (S).
Umat Islam sepakat bahawa dia akan keluar di akhir zaman. Hadits-hadits
mengenainya adalah hadits-hadits mutawatir. Mengingkarinya adalah kafir dengan
apa yang dibawa oleh Muhammad (S) sebagaimana yang disebut dalam hadits dari
baginda (S).
Kelahirannya (as) pada tahun 255 H sebelum lima tahun syahid bapanya
Imam Al-‘Askari, dan ibunya adalah cucu seorang Kaisar, raja Rom yang hubungan
nasab keturunannya berkait dengan salah seoramg Hawariyin Isa (as). Ramai orang
mukmin yang telah melihatnya semasa kehidupan ayahnya, Imam Al-‘Askari (as) dan
selepas beliau mengambil alih jawatan Imamah dia dilihat oleh empat orang duta (naib
atau safir) dalam zaman Ghaibah Al-Sughra (ghaib kecil) dan selama lebih
daripada tujuh puluh tahun, kemudian dengan kehendak Allah berlaku pula Ghaibah
Al-Kubra (ghaib utama), dan beliau (as) akan kekal hidup sehingga bumi dipenuhi
dengan kemakmuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya telah dipenuhi dengan
kezaliman dan penindasan.
Dan ia telah disebut di dalam Taurat dan Injil dan dengan panggilan (hidup
kekal – Qadim Al-Aiyam) kerana umurnya (as) yang panjang. Dan pada zaman
kebangkitannya akan diturunkan Isa (as) dari langit sebagai wazirnya dan sebagai
penyokong kebenarannya (as).
Kebangkitan beliau (as) di Mekah. Beliau akan bertemu sahabatnya di sana.
Bilangan mereka seramai tiga ratus tiga belas orang bilangan yang sama dengan ahli
Badar dan anggota tentera Thalut yang melintasi sungai bersamanya. Kemudian berduyun-duyun
orang-orang mukmin yang ikhlas akan pergi ke Mekah dari seluruh nagaea umat
Islam sehingga bilangan mereka mencapai sepuluh ribu orang, mereka adalah
tentera pertama (as), mereka tidak keluar dari Mekah untuk melawan taghut penzalim
sehingga Allah datangkan di Bumi ini dengan tentera Sufyani antara Makkah dan
Madinah. Tentera itu dihantar untuk menghapuskan pergerakan Al-Mahdi (as),
selepas kejadian ini, pergerakan itu mula untuk membersihkan bumi Islam dari
taghut penzalim dan hamba-hamba mereka yang berkumpul di sekeliling mereka, dan
akan dihapuskan Sufyani dan bala tenteranya yang kotor (najis) itu, dan
membebaskan tanah suci dan manusia akan masuk ke dalam agama Allah berbondong-bondong.
Tetapi ujian-ujian pada zaman kezuhuran beliau (as) sangat banyak,
termasuk Dajjal dan tentera-tentera Barat, tetapi Allah menolong WaliNya Al-Mahdi
(as) dan tentera-tentera Allah iaitu orang-orang yang bersama dengan beliau menguruskan
musuh-musuh mereka, untuk memenangkan Agama Ilahi ke atas segala agama,
walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik, seperti yang dijanji Allah SWT di dalam
kitabNya Al-Quran Al-Karim [131].
Di antara tanda-tanda hampir kemunculannya (as) adalah langit tidak
akan dihalang daerahnya (bumi), panas yang bersangatan, orang-orang Syiah
berselisih, berlaku kematian pada fuqahak, kebanyakan mereka terbunuh di Najaf,
sekatan ekonomi ke atas Iraq seperti yang dinyatakan hampir tidak terkumpul oleh
Iraq satu qafiz (sukatan) mahupun satu dirham [132], Dan orang-orang
Iraq dihalang dari mengerjakan haji, dan yang menghalang mereka adalah Rom
(hari ini Barat) seperti yang diriwayatkan dari Al-Shadiq (as), perbualan
sebahagian penduduk Iraq: (... di mana kamu dihalang mengerjakan haji, buah-buahan
berkurangan, negara mengalami kebuluran dan akan terjadi harga barang yang
tinggi serta ketidakadilan penguasa, akan muncul pada kamu kezaliman, dan keganasan
oleh penyakit dan wabak, kebuluran dan kekalnya fitnah di serata dunia...) [133].
Masjid-masjid dihias, Mushaf (Al-Quran) cantik diperhias, jamuan makan
di masjid-masjid, dan (panjang) tahun seolah-olah seperti bulan, bulan seperti minggu,
minggu seperti hari, dan pula hari seperti sejam. Akan berlaku pembunuhan empat
ribu umat Islam di masjid Kufah pada hari Jumaat, mereka dibunuh oleh pemerintah
Iraq, dan perobohan dinding Masjid Kufah, perselisihan di kalangan pemerintah
Iraq. Perselisihan ini adalah tanda-tanda permulaan pemerintah mereka dan orang
lain menjadi tama. Kemunculan komet bintang bercahaya seperti lenturan bulan bersinar
sehingga hampir tidak ditemui hujungnya, dan seruan dari langit dalam bulan
Ramadan pada dua puluh tiga haribulan, dan Kemunculan Sufiani di Syam (Syria); pendudukan
di Jordan, Syria dan sebahagian Palestin, dan sebelumnya terdapat perselisihan di
Syam (Syria) antara pemerintah, dan Sufyani akan masuk ke Iraq dan membunuh pemerintah
Iraq. Akan berlaku gerhana bulan pada akhir bulan bulan Ramadhan pada lima tahapan,
dan gerhana matahari di pertengahan bulan Ramadhan, dan kedua-duanya akan
berlaku dalam satu bulan.
Dan banjir akan melanda Kufah pada tahun kebangkitan beliau (as), dan
hujan turun dua puluh empat kelalang (botol air) terlihat kesan dan berkatnya
di negeri itu pada tahun kebangkitan beliau (as). Dan akan rosak buah-buahan
dan madu akan terasa pahit, kerana buah-buahan di pokok-pokok rosak [134]. Akan muncul api
di Hijaz, dan akan muncul api di langit, langit akan kelihatan kemerahan, dan matahari
akan berhenti beredar pada waktu zawal (rembang - tengah hari), dan Baghdad akan
musnah oleh peperangan dan perselisihan (fitnah), dan kemusnahan akan berlaku di
Basrah, dan kemunculan beliau (as) yang
diingatkan diputar-putar melalui lidah orang ramai, dan ia keluar dalam ketegangan
bertahun-tahun, dan akan terbunuhnya jiwa yang suci di Ka’bah disembelih antara
rukun dan maqam. Maka bangkitlah Al-Qaim selepas tanda ini lima belas hari kemudian
atau kurang daripada itu.
Selepas kebangkitan beliau terdapat tanda-tanda yang menunjukkannya, Iaitu
tenggelamnya Tentera Suftani di Al-Baida’ di antara Makkah dan Madinah, dan
mungkin ada seruan selepas kebangkitannya sebagai dalil kebenarannya, khususnya
seruan Jibrail (as) di langit.
Itulah sebahagian yang disebut dalam hadits dari mereka (as), dan Allah
lebih mengetahui, dan tidaklah kami diberi ilmu kecuali sedikit. kami memohon kepada
Allah untuk menambahnya.
والسلام على حجة الله في
أرضه ورحمة الله وبركاته.
Dan Salam atas hujah Allah di bumiNya dan rahmat Allah serta keberkatanNya.
والسلام على المؤمنين
والمؤمنات ورحمة الله وبركاته
Dan Salam atas mukminin juga mukminah dan rahmat Allah serta keberkatanNya.
﴿رَبَّنَا
آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ
الشَّاهِدِينَ * رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ
لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ﴾
Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa
yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukanlah
kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (syahid).". * "Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami menyimpang, sesudah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau;
karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)". [135].
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالْأِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ * التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ﴾
﴿إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالْأِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ * التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ﴾
Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih
Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itulah janji
yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang
lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual
beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. * Mereka
itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang berziarah,
yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat
munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang
mukmin itu. [136].
Yang Berdosa lagi serba kurang
Ahmad
1420. H
والحمد لله رب العالمين
Dan puji-pujisn itu bagi Allah Tuhan sekalian alam
✡✡✡✡✡
-----------------------
[129] – Ibrahim 14:22.
[130] – Al-Nisa’ 4:76.
[131] - ayat yang menunjukkan
beliau (as) adalah
﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ﴾
Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk
(Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama,
walaupun orang-orang musyrikin
[Al-Taubah
9:33]
[132] – Dari Abi Nadhrah, berkata:.. Kami berada di sisi Jabir bin
Abdullah, beliau berkata: (Akan terjadi pada penduduk Iraq, hampir tidak terkumpul
satu qafiz (sukatan) mahupun satu dirham...) Al-3umdah oleh Ibn Al-Bathriq:
p 424, Bihar Al-Anwar: Jilid 51: halaman 91, Sahih Muslim: Jilid 8:
halaman 184 .
[133] - Amali Al-Mufid:. halaman , Sailor lampu: Jilid 47:
halaman 122.
[134] – Dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: (kemunculan
Al-Qaim (as) akan ditandai dengan kesuburan bumi tidak seimbang yang
menyebabkan kerusakan pada buah-buahan dan madu akan terasa pahit, maka
janganlah kalian ragu terhadap kedatangannya.) Al-Irsyad: Jilid 2:
halaman 377.
[135] - Al-Imran 3: 53 dan 8.
[136] - Al-Taubah 9:111-112.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan