Selasa, 31 Mei 2016

Jalan Keluar Dari Al-Tiih (Tersesat)


Jalan Keluar Dari Al-Tiih (Tersesat)

Wahai yang dikasihi, wahai orang-orang mukmin dan mukminah! Semua kerja atau amalan untuk menjadikan kita satu generasi yang (dapat) keluar dari Al-Tiih dan padang gurun pasir, yang kita dapati diri kita di dalamnya, dan bagi kita mulakan dengan mengislah (memperbaiki) diri kita dan masyarakat Islam kita, setiap orang mengikut kemampuan dan usahanya. Dia SWT berfirman:

﴿وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴾

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sholat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [72].

Wahai yang dikasihi, yang kembali pada Agama Islam dan Manhaj Rabbani yang membuat hati-hati terikat terkunci mati dan bergema, atas pengelihatan bersembunyi yang tidak keluar melainkan ikhlas kerana Allah dan sangat cepat membelenggu maksiat kepada Allah untuk kemuliaan taat kepada Allah, dan dari kehinaan taat kepada taghut penzalim dan merendahkannya kepada kemuliaan taat kepada Allah dan menyerah kepadaNya; supaya bersinar cahaya dalam hati dan menghapuskan kegelapan bagi pengelihatan. Dia SWT berfirman:

﴿فَذَكِّرْ إِنْ نَفَعَتِ الذِّكْرَى * سَيَذَّكَّرُ مَنْ يَخْشَى * وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى﴾

Oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat, * orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, * dan orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (([73]).

Allah akan melindungi kamu dari kesengsaraan dan menjadikan kita dari orang-orang yang mendengarkan perkataan dan orang-orang yang mengikuti yang terbaik, semoga Allah memberkati kita dengan kelapangan yang membolehkan kemenangan Maulana Muhammad bin Al-Hassan (as) dengan kesaksian orang-orang (bersemangat) Al-Hussein selepas pertolongan dan memerangi musuh-musuh agama dan orang-orang munafik.

﴿ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ﴾

Demikianlah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai kurnia yang besar. [74].

Bahawa jalan keluar dari Al-Tiih (tersesat) adalah dengan sholat, zakat, puasa, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berjihad di jalan Allah serta mengasihi dan membenci kerana Allah. Jalan keluar dari Al-Tiih (tersesat) itu adalah dengan mematuhi (iltizam) Syariat Islam keseluruhannya dan ikhlas kerana Allah dan beramal kepada-Nya SWT, Dan dalam perjalanan keluar dari Al-Tiih (tersesat) itu akan mengalirkan darah dan akan bermandi keringat.

Perjalanan melalui jalan keluar dari Al-Tiih (tersesat) itu bukannya mudah, tetapi kesan-kesannya amat baik kerana pada akhir jalan ini adakah redha Allah SWT dan redha Rasul-Nya (S), dan pada akhir jalan ini akan tertegak Daulah Kebenaran Dan Keadilan Ilahi di atas muka bumi dan tersebarnya kalimah Allahu Akbar di segenap pelusuk dunia.

Dan bagi jalan keluar dari Al-Tiih (tersesat) itu ada tanda-tanda dan alamat-alamat yang jelas yang akan ditunjukhan perjalanannya kepada Allah atas jalan yang lurus. dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu mengenai alamat-alamat pada jalan ini sebagai yang diberikan oleh Allah dan seperti yang diberikan orang-orang yang berilmu (Al-Ulama’) dan mereka adalah Muhammad dan Aali Muhammad (as), dan saya dalam perbahasan ini menyentuh beberapa ayat-ayat Al-Kitab Al-‘Aziz dan beberapa hadits Muhammad dan Aali Muhammad (as) dan keadaan-keadaan mereka. Mudah-mudahan Allah dapat menolong dengannya dengan dilemparkan pendengaran sebagai suatu penyaksian, alamat-alamat yang paling penting pada jalan ini:


✡✡✡✡✡
                            
-----------------------
[72] – A;-Taubah 9:71.
[73] – Al-A’la 87: 9-11.
[74] – Jumaat 68: 


Tiada ulasan: