Khamis, 26 Mei 2016

Bani Israel Tersesat (Tiih)


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.

الحمد لله رب العالمين، مالك الملك، مجري الفلك، مسخر الرياح، فالق الإصباح، ديّان الدين، رب العالمين

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Raja segala raja, Dia yang menetapkan perjalanan bintang-bintang, dan menggerakkan angin dan Yang menyingsingkan pagi hari, dan Yang menyinari agama. Tuhan sekalian alam.

الحمد لله الذي من خشيته ترعد السماء وسكانها، وترجف الأرض وعمّارها، وتموج البحار ومن يسبح في غمراتها

Segala puji bagi Allah, yang takut padaNya gemuruh dari langit dan penghuninya, dan bergoncang bumiNya dan bergegar penduduknya, dan bergelora lautan dan yang berenang di kedalamannya.


اللهم صل على محمد وعلى آل محمد الفلك الجارية في اللجج الغامرة يأمن من ركبها ويغرق من تركها المتقدم لهم مارق والمتأخر عنهم زاهق واللازم لهم لاحق . 

Ya Allah selawat atas Muhammad dan ke atas Aali Muhammad, Pemilik bahtera yang belayar di laut dalam, sesiapa yang belayar bersamanya akan selamat, sesiapa yang ketinggalan akan tenggelam, yang mendahului mereka akan terpesong dan yang berada di belakang mereka akan binasa, dan yang mengiringi mereka akan bersama kebenaran.

Bani Israel Tersesat

Bani Israel tersesat berputar-putarnya di Sinai selama empat puluh tahun selepas mereka keluar dari Mesir bersama Musa dan Harun (as), Disesatkan berputar-putar ini adalah satu hukuman kerana pembangkangan (kederhakaan) mereka terhadap Musa (as) dan perintah Ilahi untuk memasuki Tanah Suci (Palestin), kerana ia adalah untuk pengislahan (reformasi) dan akan membersihkan mereka dari kejahatan yang telah bertapak di dalam diri mereka akibat dari pengaruh pemerintahan Firaun dan kumpulannya terhadap mereka di Mesir. Peristiwa mereka disesatkan itu telah disebut di dalam Al-Quran, pada Firman Allah Taala:

﴿وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنْبِيَاءَ وَجَعَلَكُمْ مُلُوكاً وَآتَاكُمْ مَا لَمْ يُؤْتِ أَحَداً مِنَ الْعَالَمِينَ * يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلا تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ * قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْماً جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّى يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ * قَالَ رَجُلانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيهِمَا ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ * قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَداً مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ * قَالَ رَبِّ إِنِّي لا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ * قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ فَلا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴾

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi nabi di antaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain".* Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu mundur kebelakang, maka kamu akan menjadi orang-orang yang merugi.* Mereka berkata: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya".* Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman".* Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti disini saja".* Berkata Musa: "Ya Tuhanku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu".* Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu". [5].

Sebelum disesatkan berputar-putar (Al-Tiih) Bani Israel tinggal di Mesir, dan orang yang pertama menetap di Mesir daripada mereka adalah Yusuf Ibn Ya’kub (alaihima s-salam) dan kemudian dia memanggil ibu bapanya dan saudara-saudaranya ke Mesir ketika menjadi Menteri secara paksa kepada salah seorang daripada penguasa di perbendaharaan (Baitu l-Maal) Firaun. Sejak itu berpindahlah Israel atau nabi Allah Yaqub ibn Ishaq ibn Ibrahim (alaihimu s-salam) dan anak-anaknya dari kehidupan padang pasir - di mana mereka menggembala sebahagian ternakan - ke Mesir dan menjalani dan mendiami kehidupan bandar.

Dan kemudian keturunan nabi Allah Ya’kub terus tinggal di Mesir dan didakwahkan dengan Tauhid dan Agama Al-Haq dan meninggalkan penyembahan berhala dan pendewaan firaun. Mungkin dakwah ini secara terbuka dan kadang-kadang pada masa yang lain secara berselindung. Ada ramai penduduk Bani Israel di Mesir. Dan dakwah kepada kebenaran telah bertembung dengan kepentingan pemerintahan Firaun yang tidak adil kerana mereka yang zalim takut kekuasaan mereka jatuh dan pemerintahan duniawi bertukar tangan kepada nabi-nabi besar Bani Israel. Dengan itu dijalankan berbagai penindasan dan keganasan yang paling teruk terhadap Bani Israel dengan menundukkan dan menindas mereka serta membunuh anak-anak mereka dan menghalang mereka daripada mengamalkan ibadah dan syiar Agama Allah, dan mereka cuba dengan berbagai cara untuk mengaburkan ajaran agama Tauhid dan memaksa penduduk Mesir dan Bani Israel kepada syirik dan kufur kepada Allah dan agamanya dan taat kepada Firaun dan semua yang diperintahkan kepada mereka supaya menyembah patung dan berhala dan dengan membunuh orang-orang mukmin, Dan kalaulah tidak kerana aqidah menantikan kehadiran (kewujudan) di sisi Bani Israel yang terdapat dalam diri mereka dengan berita gembira iaitu penggantian para nabi (as) yang dinantikan yang akan menghapuskan Firaun, Haman dan tentera-tenteranya. Inilah kepercayaan yang tinggal bersama mereka apabila mereka bertemu dengan penyelamat ini apabila dia datang. Tetapi malangnya masyarakat yang lemah tertindas itu mengira kuasa pemimpin itu hanya membebaskan mereka dari taghut penzalim sahaja, dan mereka tidak sedar bahawa pemimpin ini adalah nabi besar yang diutus untuk membersihkan dan menyucikan diri (jiwa) mereka serta mengembalikan Tauhid dan ajaran yang hampir terhapus.

Musa (as) diutus dengan ayat-ayat (tanda-tanda) dan keterangan-keterangan, tetapi Firaun dan Haman serta tentera-tentera keduanya adalah orang-orang yang hidup mewah di sisi Bani Israel seperti Qarun yang sombong dan terus melanggar dan merosakkan sesiapa sahaja yang beriman kepada Musa (as), Firman Allah Taala:

﴿وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَى بِآياتِنَا وَسُلْطَانٍ مُبِينٍ * إِلَى فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَقَارُونَ فَقَالُوا سَاحِرٌ كَذَّابٌ * فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْحَقِّ مِنْ عِنْدِنَا قَالُوا اقْتُلُوا أَبْنَاءَ الَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ وَاسْتَحْيُوا نِسَاءَهُمْ وَمَا كَيْدُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلالٍ * وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَى وَلْيَدْعُ رَبَّهُ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَنْ يُظْهِرَ فِي الْأَرْضِ الْفَسَادَ * وَقَالَ مُوسَى إِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمْ مِنْ كُلِّ مُتَكَبِّرٍ لا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ﴾

Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata,* kepada Fir'aun, Haman dan Qarun; maka mereka berkata: "(Ia) adalah seorang ahli sihir yang pendusta".* Maka tatkala Musa datang kepada mereka membawa kebenaran dari sisi Kami mereka berkata: "Bunuhlah anak-anak orang-orang yang beriman bersama dengan dia dan biarkanlah hidup wanita-wanita mereka". Dan tipu daya orang-orang kafir itu tidak lain hanyalah sia-sia (belaka).* Dan berkata Fir'aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi".* Dan Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab". [6]
              
Selepas peringkat ini, perlu pula berhijrah di bumi Allah yang luas, dan keluarlah (as) dan Bani Israel dari Mesir berhijrah di jalan Allah, tetapi Firaun tidak suka melihat orang-orang yang lemah tertindas ini bebas dan lari dari genggaman dan kezalimannya, maka dia dan tenteranya mengikuti mereka, dan ini adalah keadaan dan ujian yang besar. Bani Israel berhenti, di hadapan mereka ada laut terbentang, dan di belakang mereka mula terlihat tentera Firaun, sehingga mereka ketakutan dan berkata, Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. Mereka tidak memberi perhatian bahawa yang membawa mereka ke tempat itu adalah seorang nabi besar (as) yang diutus Allah SWT dan memberi amaran kepada mereka bahawa mereka berhijrah kepada Allah sambil berkata:

﴿كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ﴾

(Musa menjawab): "Sekali-kali tidak demikian; sesungguhnya Tuhanku beserta daku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku". [7]

Allah mewahyukan kepadanya supaya memukul laut dengan tongkatnya, maka terbelah dua laut itu; kerana lautan adalah hamba dari hamba-hamba Allah dan laut tidak boleh tetap menghalang di hadapan hamba yang ikhlas dan yang bertawakal kepada Allah atau laut tidak boleh tetap menghalang di hadapan jalan gelora air ini daripada iman, atau laut tidak boleh tetap menghalang Nabi Musa (as), kerana Musa, manusia dan segala sesuatu di bumi dicipta untuk berkhidmat kepada manusia yang luas keupayaan makhluknya atas makrifah Allah (mengenal Allah), tetapi jika lebih taat kepada Syaitan adalah lebih jahil dan lebih keras daripada batu, Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah (pecah) lalu keluarlah mata air dari padanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah.

Mukjizat ini adalah tanda (ayat) terakhir yang dilihat oleh Firaun dan tenteranya dari Musa (as), tetapi hati-hati mereka lebih keras daripada batu, tidak berhenti terkejut (bingung) tetapi terus berjalan di antara dua bungkah (diding) gunung air yang memenuhi (menenggelamkan) mereka kerana kedegilan dan sombong, maka tenggelamlah mereka kerana air yang melepasi mereka.

Dan terselamatlah Bani Israel melintasi laut dan mendapati diri mereka di padang gurun gersang selepas mereka telah tinggal di lembah Sungai Nil yang subur. Tetapi Musa (as) datang kepada mereka dengan berita gembira dan perintah Ilahi untuk memasuki Tanah Suci dan menjanjikan mereka pertolongan dari Allah. Kewajipan ini adalah selepas semua tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat yang pernah diperlihatkan di Mesir, dan selepas laut terbelah dan Firaun dan tenteranya dilemaskan supaya tidak akan teragak-agak untuk mereka berlaku taat, dan sepatutnya mereka lebih yakin dengan pertolongan, tetapi mereka menderhaka dan enggan masuk ke Tanah Suci (Palestin)!!



-----------------------
[5] – Al-Maidah 5: 20-26.
[6] – Ghafir 40: 23-27.
[7] – Al-Syu’araa’ 26: 62.



Tiada ulasan: