Rabu, 18 Mei 2016

Sholat Lain untuk Si Mati



Sholat Lain untuk Si  Mati

Diriwayatkan juga Al-Syed Ibn Thawus. (ra) dari Nabi (S) sabda baginda, Tidak datang pada si mati saat yang lebih berat dari malam pertama, maka belas kasihanilah pada si mati dengan bersedekah. Barang siapa yang tidak punya, maka, sholatlah dua rakaat dengan membaca pada rakaat pertama Fatihatu l-Kitab (Surah Al-Fatihah) sekali dan Qul Hua Allahu Ahad adalah dua kali, dan dalam rakaat kedua Fatihatu l-Kitab (Surah Al-Fatihah) sekali dan Alhakumu t-Takatstsur sepuluh kali, dan Selepas salam berselawat:
Allahumma Shalli 3ala Muhammad Wa Aali Muhammad dan dpkirimkan pahala ke kuburan Si  Mati Fulan bin Fulan.

Maka Allah akan mengirimkan saat itu juga 1000 malaikat ke kuburannya dan setiap malaikat membawa pakaian dan jubah dan melapangkan kuburnya dari keadaan sempit hingga hari ditiup sangkakala. dan bagi orang yang melakukan sholat tersebut akan diberi pahala sebanyak benda yang tersinar oleh matahari dan akan diangkat baginya empat puluh darjat

Diriwayatkan Al-Kaf3ami juga dengan cara (kaifiat) sholatnya seperti ini dan kemudian berkata: Aku melihat di dalam sebahagian kitab sahabat-sahabat kami, bahawa dibaca selepas Al-Fatihah Ayat Kursiy sekali dan surah Al-Tauhid (Al-Ikhlas) dua kali. Al-3alamah Al-Majlisi (ra) berkata di dalam kitab (Zad Al-Ma3ad) Seseorang itu perlu bersedia untuk mengingati orang-orang yang mati, mereka boleh mengugurkan untuk mereka dari amalan soleh dan kebaikan, dan mereka mengharapkan pada anak-anak, saudara-mara dan dari saudara seiman mereka, dengan menantikab ihsan mereka terutama doa-doa mereka dalam sholat malam. Dan seseorang perlu menghormati ibu bapanya dalam doanya pada akhir ibadah-ibadah fardhu yang dilihat mulia. Dan untuk berkhidmat kepada mereka dengan amalan-amalan soleh, maka di dalam hadits sangat sedikit orang yang tidak taat kepada ibu bapanya dalam kehidupan mereka berdua dan ditulis kebaikan mereka berdua selepas kematian mereka bagi apa jua amalan mereka adalah berbuat kebaikan. Dan sangat sedikit orang yang baik dalam kehidupan mereka berdua maka ditulis selepas kematian mereka yang derhaka kepada kepada keduanya dengan mengabaikannya padahal seharusnya beramal apa jua amalan untuk kedua mereka. Dan yang penting adalah untuk melepaskan ibu bapa dan kaum kerabat lain dari terikat dengan hutang mereka dan membebaskan mereka, dari berhutang hak-hak di sisi Allah dan makhlukNya. Maka bersungguh-sungguhlah dengan mendahulukan kerja haji dan yang lain-lain yang mungkin mereka terlepas dalam ibadah-ibadah dengan dipajakan atau diberi sumbangan

Di dalam Al-Shahih bahawa Al-Shadiq (as) bersholat untuk anaknya setiap malam dua rakaat dan untuk ibu bapanya setiap hari dua rakaat dengan membaca Inna Anzalnahu fi Lailati l-Qadr (Surah Al-Qadr) dan dalam rakaat kedua 'Inna A3thainaka l-Kautsar

Dan di dalam Al-Shahih bahawa Al-Shadiq (as) berkata: Adalah mungkin terjadi pada si mati disempitkan (kuburannya), maka dilapangkan dan kemudian akan dikatakan padanya diringankan pada kamu kesempitan ini oleh sholat Si Fulan saudaramu, Perawi bertanya: Adakah dibenarkan untuk melibatkan dua orang mati dalam dua rakaat sholat? Beliau (as) menjawab: Ya. dan beliau (as) berkata: Si mati bersukacita karena doa dan istighfar untuknya sebagaimana ia bergembira dalam hidup ketika mendapat hadiah yang diberikan kepadanya. Dan beliau (as) berkata: Si mati membawa bersama dalam kuburnya, amalan sholat, puasa, haji, sedekah, kebajikan dan doanya. Beliau berkata: Akan ditulis pahalanya untuk apa yang dia lakukan bagi si mati. Dan beliau (as) berkata dalam satu hadits lain: Amalan orang-orang Islam untuk si mati pahala amalan itu akan meringankannya dan dan dengan amalan itu Allah AWJ memberi manfaat kepada si mati.

Dan dalam sebahagian hadits dikatakan bahawa jika seseorang bersedekah yang jika diniatkan untuk si mayat, Allah akan memerintahkan Jibrail membawa ke kuburnya tujuh puluh ribu malaikat di tangan setiap malaikat itu ada hidangan, Maka dibawa ke kuburnya seraya berkata:

Salam atas kamu wahai yang diutamakan Allah, ini hadiah seorang mukmin Fulan bin Fulan kepada kamu, Maka bergemerlapanlah kuburnya dan Allah memberikan kepadanya seribu bandar di Syurga dan seribu isteri-isteri bermata jeli, seribu pakaian dan menunaikan seribu hajatnya.


Tiada ulasan: