Khamis, 19 Mei 2016

Dakwah Membimbing Manusia Dan Mengasihi Mereka


Kepentingan Membimbing Manusia Dan Mengasihi Mereka:
اهتمامه بهداية الناس ومحبته لهم:

Syed Ahmad Al-Hassan (as  menasihatkan para ansarnya agar sentiasa memaklumkan kepada manusia dan memperlakukan mereka dengan kasih sayang dan berdakwah kepada mereka dengan hikmah (bijaksana) kepada kebenaran dan jalan yang lurus, dan berusaha untuk membimbing mereka dalam apa jua bentuk yang mungkin dan dengan segala cara yang ada.

Beliau (as) dalam menyampaikan kepada manusia, dan dalam menyuakan kebenaran kepada mereka, telah mengatakan:

[Penyampaian mesti terus menerus dan dengan penampilan yang baik, dan semoga Allah menjayakan kamu, dan tiada sebab untuk terlewat, tetapi juga jangan lupa berhati-hati, berhati-hati melakukan kerja (amalan) yang berterusan dan menjauhi kejahatan syaitan manusia dan jin, mereka yang dihina Allah].

Beliau (as) sendiri yang menyampaikan kepada manusia. Beliau berkata:

[Untuk menyampaikan (dakwah) saya telah katakan kepada kamu berulang kali supaya menyampaikannya iaitu dengan berhati-hati dan berhati-hati tidak bermakna meninggalkan penyampaian (dakwah) itu, saya berkongsi beberapa kenyataan yang saya lakukan pada orang-orang yang saya lawati (jumpa), tetapi mesti berhati-hati untuk terus bekerja, maksud saya tidak bertindak secara melulu, dan juga tidak meninggalkan kerja-kerja itu atas alasan untuk berhati-hati, dengan menjadikan kerja-kerja kamu teratur dan telah dipertimbangkan.]

Beliau juga berkata:

[Kita bermohon kepada Allah dalam membimbing manusia dan mengislah (memperbaiki) keadaan mereka, tidak meninggalkan dari menyampaikan kepada manusia tentang kebenaran dan pada masa yang sama untuk menjadikan kerja-kerja penyampaian (dakwah) secara teratur  Semoga Allah menolong kamu, dan yang dikehendaki Allah akan diberikan kepadanya petunjuk yang akan memimpinnya, Insya Allah].

Bahkan beliau (as) mengambil berat walaupun pada cara bagaimana menyediakan bahan ilmiah untuk mereka, mengadakan (mengemukakan) dalil-dalil dakwah yang diberkati, untuk membantu mereka menerima kebenaran.

Pada suatu hari beliau berkata kepada salah seorang ansar:

[Saya minta kepada saudara-saudara kamu supaya mengedarkan buku panduan kecil dalam ziarah kepada orang awam. Lalu salah seorang daripada mereka berkata: Mereka menyusun untuk penerbitan bagi menerangkan Al-Yamani dan beberapa dalil dakwah, dan melalui kata-kata ini adalah jelas penerbitan itu remeh-temeh; kerana menerangkan Al-Yamani tiada manfaat dalam menyampaikannya secara ringkas, tidak ada manfaat untuk ada dalam buku panduan bagi penyampaian (dakwah).

Saya berharap jika kamu mempunyai sebuah buku panduan (buku kecil - risalah) untuk penyampaian (dakwah) diberikannya kepada mereka atau menggabungkannya dalam risalah ringkas untuk penyampaian (dakwah). Semoga Allah menolong kamu. Letakkan dalam dakwah itu beberapa riwayat, jadikan ia kecil (pendek) supaya tidak terlalu berat dan yang ringkas di mana seseorang boleh membacanya, sertakan padanya alamat (pautan) Internet, laman web dan pejabat-pejabat... dan lain-lain].

Satu hari beliau (as) bertanya kerja-kerja kajian perbandingan, Ia mungkin menyumbang kepada mengenal manusia dengan tepat, beliau berkata:

[Saya mohon kepada Allah untuk memberikan kamu kejayaan dan menghapuskan semua kesalahan kamu, Apabila kamu mempunyai masa untuk mengendalikan kuliah (ceramah) bersiri dalam menerangkan ilmu pengetahuan ambillah dari kitab "Nubuwah Al-Khatimah", "Al-Tauhid", "Al-Mutasyabihat" dan lain-lain. Kuliah hendaklah ini direkod (dicatat - dirakam) dan disiarkan di Iraq, sebagai contoh. Semoga Allah menolong kamu mengenalkan kepada manusia kepada kebenaran dan mengetahui perbezaan antara yang benar dengan yang batil, iaitu siri-siri yang dilakukan dengan teliti itu disiarkan di Iraq, Insya-Allah, bertawakkallah kepada Allah yang melihat amalan dan kelikhlasan kamu dan menghapuskan kesalahan kamu.]

Adalah dinasihatkan ramai orang yang tertipu dan mereka disesatkan oleh sebahagian orang yang mengganggu di jalanan, beliau (as) berkata:
.
Manusia mudah tertipu. Semoga Allah menolong kamu, orang-orang yang mahu bercakap dengan mereka tidak tahu apa-apa mengenai dakwah dan dalil-dalil, sebahagian orang-orang jahil mengejek rukya, mereka ketawa mengenainya, dan mereka tidak sedar mereka telah mentertawakan Ibrahim, Ya’kub dan Yusuf, nabi-nabi Allah.].

Dengan menyampaikan ilmu kepada kumpulan pelajar secara khusus, beliau berkata (as):

Secara umumnya Semoga Allah membantu kamu, kamu juga berusaha menyampaikan ilmu kepada kumpulan pelajar, Allah akan mengislah (memperbaiki) keadaan sebahagian daripada mereka, Mengambil kira apa yang diberitahu kepada saya dari salah seorang saudara kamu: bahawa di Hauzah Najaf sebilangan yang tidak sedikit kini telah beriman.

Saya melihat dalam rukya beberapa hari yang lalu:

Saya melihat seorang Syeikh yang saya kenal, Dia seorang yang berilmu dan dikenali di Hauzah. Dia sedang duduk memberikan pengajaran kepada sekumpulan syeikh-syeikh di sebuah masjid di Hauzah di Najaf dan salah seorang dari syeikh-syeikh itu seolah-olah menolak dakwah ini dalam pelajaran tersebut, dan Syeikh yang menolak dakwah ini beriman dengan dakwah dan keluar dari pelajaran tersebut. Lalu saya melihat seorang profesor seolah-olah seorang yang beriman atau bersimpati kuat dengan dakwah ini, tetapi dia berhati-hati tentang perbuatan tindak balas di Hauzah tersebut atau sesuatu seperti itu. Professor itu menundukkan kepalanya dan tidak berkata apa-apa, tetapi dia seolah-olah termasuk seorang mukmin atau cenderung kepada iman. Rukya berakhir.

Mungkin sebahagian orang-orang yang berserban akan diberi hidayah, maka jangan tertinggal dari diberitahu dan d8sampaikan kebenaran kepada mereka, mudah-mudahan mereka beroleh hidayah.]

Selain itu, kadang kala sebahagian dari tanda-tanda kebaikan itu, dengan kamu menghadapi seorang lelaki yang kamu terangkan kepadanya kebenaran, maka atas kewajipan kamulah dia mendapat bimbingan untuk menyokong Aali Muhammad!! Jangan menyangka pada dirinya adalah lebih baik, seperti ramai antara mereka itu. Semoga Allah menjayakan mereka untuk mendokong khalifahNya di bumiNya.

Untuk itu Syed Ahmad Al-Hassan (as)  mengajar kita supaya berurusan dengan mereka dengan cara yang digambarkannya, dengan kata:

[Orang-orang ini adalah mudah dengan diterangkan kepada mereka bagaimana ada orang yang dianugerahkan menjadi wali-wali Allah hanya dalam tempoh yang singkat. Mereka perlu memahami bahawa ada orang yang telah menjadi wali-wali Allah dan para muqarrabin sebaik sahaja dia membenarkan Khalifah Allah, Sementara ulamak agama gagal membenarkan Khalifah-khalifah Allah, seperti yang berlaku kepada Nabi Isa (as), terdapat pegawai dan tentera-tentera kejam (taghut) yang tidak mengenal agama yang telah mengikuti Nabi Isa dan telah menjadi wali-wali Allah. Sementara ulamak Yahudi dan orang-orang kanan agama gagal dan tidak mendokong Isa (as). ini menerangkan keadaan mereka juga memberi manfaat kepada mereka.

Beliau (as) mengetahui keadaan kebijaksanaan para ansarnya dengan betul, dan tujuannya adalah untuk mendapatkan bimbingan penciptaan (makhluk), maka beliau mengatakan:

Kamu memberi bukti (dalil) yang kukuh daripada Al-Quran dan Sunnah yang jitu (tsabit), ia adalah menuliskan pada kekeliruan (kemusykilan) diatasi dengan dalil, iaitu tidak wujud padanya dalil untuk diketepikan, tetapi hanya dikelirukan, dan untuk mengubah kekeliruan kepada sesuatu dalil tanpa menghasilkan dalil yang dapat dipatahkan iaitu dalil yang mengikat hujah dan tidak boleh ditolak (berpaling) darinya lalu akan pergi kepada kesamaran (kemusykilan) sahaja. Kesamaran-kesamaran adalah ditolak, tetapi ia tidak berakhir. Ia benar-benar seperti kesamaran-kesamaran orang-orang Kristian pada hari ini berbanding Al-Quran dan atas Nabi Muhammad (S), dan seperti kesamaran (kemusykilan) Al-Sunni atas Imam-imam (as) ... dan lain-lain].

Walau bagaimanapun, beliau (as) mengajar kita menjawab kesamaran (kemusykilan) mereka dan memberitahu kita dengan baik, Sungguh kasihan mereka ini, dan dalam usaha untuk itu tidak tinggal pada mereka apa-apa hujah maupun alasan sekama-lamanya.

Bagi para ansarnya:

Beliau berlemah lembut kepada mereka semua, menyayangi orang-orang miskin dan mengasihi anak-anak yatim.

Beliau telah mengemukakan begitu banyak perhatian pada orang-orang yang beriman mereka yang berbuat dosa dan supaya bertaubat. Beliau pernah berkata kepada salah seorang daripada saudara-saudara yang mempunyai keadaan dan sifat tersebut:

[Apabila menyatakan penyesalan maka didiklah dan jagalah diri dengan bersungguh-sungguh. Semoga Allah membantu kamu. Maka bertaubatlah nescaya kamu dikasihi Allah, Maka kasihi Dia. Semoga Allah membantu kamu dan bersungguh-sungguh mengambil berat, mudah-mudahan Allah memberi rahmat dengan rahmatNya].

Adalah dari sirah perjalanan hidup beliau, mengikut para ansarnya pergi ke mana sahaja, dan banyak bertanya kepada mereka, bahkan jika terdengar pada pendengarannya terdapat ansar dari pelbagai bahasa telah beriman kepada kebenaran, beliau akan berkata:

[Orang-orang yang beriman kepada kebenaran hendaklah beramal dengan yang diajarkan kepada mereka, mendidik dan menguatkan aqidah mereka dan menyediakan buku-buku keterangan (yang menjadi dalil) dalam bahasa mereka sendiri.]


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: