Jumaat, 6 Mei 2016

Kesedihan Beliau Pada Para Ansarnya Yang Syahid:


Kesedihan-Kesedihan Beliau Pada Para Ansarnya Yang Syahid:
رثاؤه لأنصاره الشهداء:

Syed Ahmad Al-Hassan (as) sangat sedih pada para ansarnya yang Syahid terbunuh secara tidak adil dan zalim pada tahun 2008, dan orang-orang yang telah menumpahkan darah suci dan memberi kesan yang mendalam dalam menyebarkan seruan dakwah kebenaran dan menyampaikannya hingga ke hujung dunia, dan berikut ini adalah teks kenyataan beliau terhadap mereka, semoga Allah meninggikan makam-makan (martabat) mereka;
                
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

Firman AllahSWT:

﴿مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّـهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا﴾.

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya), [Ak-Ahzab 33:23] 

 السلام على الشهداء السعداء.
                                             
Salam atas mereka yang syahid lagi yang bahagia.

Salam atas yang dikasihi Allah dan yang dikasihi Rasul-Nya.

Salam atas orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah.

Salam atas orang-orang yang menyaksikan Bahawa Tidak Ada Tuhan Selain Allah, dengan darah suci murni mereka.

Aku bersaksi bahawa kamu berada di 3illiyin (tempat yang berkedudukan tinggi), bersama penciptaan Allah yang terbaik, kejiranan yang diberi rezeki.

Aku bersaksi bahawa kamu adalah umat yang adil dan pilihan (pertengahan)  dan menjadi saksi atas manusia

﴿وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيداً﴾
             
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu, umat yang adil dan pilihan (pertengahan) agar kamu menjadi saksi atas manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas kamu. [Al-Baqarah 2:143.]
                
Aku bersaksi bahawa kamu adalah pemberi syafaat kepada yang boleh mendapat syafaat.

Dan aku bersaksi bahawa darah suci kamu yang tertumpah adalah rahsia dari rahsia-rahsia Allah, dan menjadi tanda dari tanda-tanda di alam ini, kamu dikenali oleh para malaikat, para pembuka Negara Keadilan Ilahi, maka salam atas kamu pada hari lahir kamu, hari syahid kamu dan pada hari kamu dibangkitkan.

Kesedihan ku tidak akan putus, Tidak, demi Allah tidak akan putus selamanya selepas hari kamu ini sehingga pergi ke tempat peredaran kamu. Ia menjadi iktibar padaku, air mataku mengalir demi kamu selagi aku masih hidup. Sesungguhnya demi Allah kamu meninggalkan (kesan) di hati Ahmad Al-Hassan kepedihan dan luka yang dalam yang tidak akan sembuh walaupun bertemu dengan kamu di kediaman kamu yang mulia tempat kamu dipindahkan. Maka salam atas kamu wahai yang dikasihi Ahmad Al-Hassan dan belahan hatinya.

Salam atas mereka yang cedera dan ditawan orang-orang zalim, Insya Allah akan sembuh luka kamu merungkai belenggu tidak lama lagi sebagai tanda dan rahmat bagi orang yang beriman kepada Tuhan sekalian alam. Dan celakalah atas kafirin (orang-orang yang ingkar) hamba talibarut Amerika dan hamba talibarut Sufyani dan Dajjal (la3nahumu Allah – laknat atas mereka), adalah akhiran bagi mereka di dunia dan di akhirat.

Salam atas keluarga orang-orang beriman yang kehilangan orang-orang tersayang terutamanya ibu-ibu yang kehilangan anak-anaknya.

Aku berharap kamu mengampunkan Ahmad Al-Hassan, kerana demi Allah lebih mudah bagi saya membunuh penzalim-penzalim (taghut-taghut) hamba-hamba bermata satu Dajjal Amerika rakan-rakan (sekutu) pembunuh ini daripada menjejaskan salah seorang ansar suci dari dicederakan. Saya tidak mengatakannya melainkan kerana kita tidak dicipta di dunia untuk mencari keabadian atau kekal lama di dalamnya, kerana sebaik-baik manusia adalah orang-orang yang tahu untung nasib dan menyediakan bekalan untuk perjalanannya. Saya tidak tahu orang-orang yang melengkapkan diri lebih baik daripada yang orang-orang yang suci, maka mereka demi Allah adalah hamba-hamba yang bertaqwa, dan orang-orang yang berilmu lagi arif (Ulama Al-3arifin), Allah akhiri (matikan) mereka dengan baik semuanya adalah Syahadah Al-Haqiqi (syahid sebenar) yang tidak dipikul melainkan seorang nabi atau washiy atau mukmin yang diuji Allah hatinya dengan iman.

﴿وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ﴾

Dan terang benderanglah bumi dengan cahaya Tuhannya; dan diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para nabi dan para syuhada’ dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dizalimi. [Al-Zumar 39:69] 

Salam Allah atas mereka, selama mereka berada di langit dan bumi.

"Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali. Dan orang-orang yang menzalimi Aali Muhammad itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.


Ahmad Al-Hassan

Muharram Al-Haram / 1429 H].


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: