Sabtu, 7 Mei 2016

Peranan Wanita Dalam Menyokong Kebenaran:



Peranan Wanita Dalam Menyokong Kebenaran:
دور المرأة في نصرة الحق:


Saya bertanya kepada salah seorang daripada saudara-saudara perempuan beriman mengenai peranan wanita dalam menolong kebenaran pada zaman ini (beberapa tahun dahulu) dan apa pula had-had bertaqiyah, dan bagaimana pula berurusan dengan orang-orang yang menunjukkan kepada kita permusuhan.

Oleh kerana dalam jawapan itu ada pelajaran dan pengajaran yang mungkin memberi manfaat kepada semua orang, terutama kepada saudara-saudara perempuan beriman, jawapan itu disampaikan oleh Syed Ahmad Al-Hassan (as) atas soalan tersebut

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآل محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

Orang-orang perempuan beriman juga seperti lelaki mukmin, mereka mendirikan sholat, berpuasa dan beramal untuk mendapat keredhaan Tuhan SWT sesempurna mungkin seperti lelaki mukmin kecuali dalam beberapa perincian dan pengkhususan tertentu. Mereka bertanggungjawab (taklif) mengetahui agamanya dan menyampaikan kepada manusia dan memperkenalkan mereka kepada kebenaran mengikut kesesuaian dan kesanggupan mereka.

﴿لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ ﴾
                  
Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. [Al-Baqarah 2:286] 

Jangan merasa lemah dalam menyampaikannya kepada manusia dan untuk menyatakan yang benar, sama ada menyampaikannya berhadapan (muka-ke-muka) atau melalui media yang sedia ada di sisi kamu seperti Internet, kerana tidak ramai saudara-saudara ansar kamu menerbitkan makalah (artikel) dalam halaman yang diterbitkan di Internet dan ia kerap digunakan (dilayari) orang di kebanyakan negara di dunia, yang mempunyai kesan yang besar dan menjadi punca beriman sesetengah orang dari negara-negara yang berlainan.

Orang-orang perempuan beriman juga boleh menyusun kerja-kerja menurut kesanggupan mereka, termasuk
menubuhkan sebuah halaman penerangan musibah-musibah
Aali Muhammad (as) dan memperkenalkan kepada orang ramai tentang kebenaran dan menerang dan mendedahkan kepalsuan orang-orang batil. Sesungguh ia adalah peranan Zainab (as) selepas peristiwa Karbala, peranan yang besar dalam menerangkan kebenaran dan mendedahkan kepalsuan. Mintalah bantuan Allah untuk berdiri menghadapi pelampau zaman ini sebagaimana Zainab (as) berdiri mendedahkan kepada ahli batil atas perampasan mereka dan menerangkan jenayah mereka yang melampaui batas dan pengingkaran (penafian) mereka.

Tentang taqiyah, ia adalah untuk memelihara orang mukmin supaya terus hidup membantu kebenaran, dan ia bukan hanya untuk memelihara nyawanya sahaja hanya untuk menangguhkan pemeliharaannya, Pengkhianatan kebenaran bukanlah taqiyah sama sekali, dan bermohonlah kepada Allah untuk membuka pintu-pintu yang menjadi sebab-sebab dan memudahkan urusan untuk membantu kebenaran dan berjaga-jaga dengan tangan-tangan dan lidah-lidah kamu, Dan agar membolehkan kamu mengikuti jejak langkah soleh Fatimah (as), Zainab (as), Khadijah (as), Maryam (as), dan wanita-wanita mukminah solehah isteri Firaun yang memilih rumah di sisi Allah berbanding perhiasan-perhiasan dunia.

﴿وَضَرَبَ اللَّـهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ﴾

Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Tuhan, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di syurga, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim. [Al-Tahrim 66:11] 


Berdiri menentang taghut penzalim dan mempertahankan kebenaran (Al-Haq) sehingga pergi menemui Tuhannya dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Perjuangan (jihad) dan keberanian yang telah disebut Allah dalam kitab yang diturunkanNya iaitu Al-Qur'an: Sesungguhnya ini adalah suatu kemenangan (keutamaan) yang besar
dan firmanNya

﴿لِمِثْلِ هَـٰذَا فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ﴾

Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang melakukannya" [Al-Shafaat 37:61] 


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


✡✡✡✡✡



Tiada ulasan: